Friday, April 4, 2014

Kronologi 1 Mac 2014 - kemalangan Yang Merubah Kehidupan


Lamanya menyepikan diri.. Bukan apa mood masih merudum..Dalam masa yang sama saya memang betul2 nak berehat. Kalo update pon kat IG aje.. Saya tak tahu camner nak mulakan.. Jadi ke jakun plop nak menaip ni.. Sekarang dah musim cuti sekolah, tapi terkilan sebab x dapat bawak dia bercuti..aritu janji nak bawak dia bercuti. Sori ye asya, insyallah bila mama sihat & dipanjangkan umur kita pergi jalan-jalan. Tapi cuba gak merancang percutian terbaik utk asya, maybe just tidur kat hotel & bagi dia mandi kolam puas-puas. Nak jalan-jalan kaki saya uzur & bengkak.

Ramai yang bertanya pasal kemalangan yang menimpa saya pada 1 Mac 2014 tu..Kejadian tu berlaku sewaktu balik kerja. Pada kebiasaannya Fain memang ambil saya dengan kereta. Tapi nak jadi cerita, hari tu dia bawak motor LC dia sebab dah terlewat.. Tertido katanya. Kalo nak ambik dengan kereta takut lambat sampai. Saya lak hari tu pakai baju yang dah lama tak pakai, pemberian MIL saya. Sebelum balik tu, saya siap touch up muka lagi. Kebetulan tu waktu "CUTI" saya, jadi balik rumah terus salin baju je nak bawak asya jalan-jalan. Dan sepatutnya. 1 Mac 2014 tu adalah hari weekend saya.. Tapi hari tu saya pegi gak kerja sebab ada hal. Itulah, kadang-kadang mde nak jadi kan.. macam-macam.

Bintang PINK - Lokasi kemalangan

1.3.14 : Last pakai baju ni.. Yang kelakar saya sempat selfie.. Sebenarnya bukan untuk upload IG ke hape.. Tapi saya gini la sokmo, nak tengok kulit muka berminyak ke tak? Kalo berminyak nak touch-up. Masa ni dalam kul 4.30pm.. Ni pic sebelum saya touch-up muka saya. Yelaaa... nak sebab waktu ni masa "cuti" saya so, saya terus touchup, balik rumah just salin baju je untuk bawak asya jalan-jalan. Tapi, malang memang tak berbau.. manatau sesuatu akan menimpa saya hanya beberapa ketika selepas ni. Senyuman berakhir disini ;-)


Akhirnya tinggal menjadi kenangan.... sayang jugak kat baju ni. Sebab kain baju ni pemberian MIL pada saya dulu.

Waktu balik dari kerja pukul 4.45pm. Memang ontime turun & Fain dah sampai. Saya terus je naik motor.. Tanya jugak "bakpe bawok motor?" .. Baru je keluar pintu pagar kawasan ofis.. Dalam pukul 4.48pm dekat selekoh, saya kena langgar.Memang Fain bawak motor slow je, baru je masuk gear2.. Tup tup kat selekoh terus bertembung dengan NISSAN NAVARA yang bawak kereta serupa pelesit & masuk side sebelah saya. Memang super drift r.. memang xde pilihan , sama ada langgar depan& atau ke sisi.. Mujur motor, Fain boleh elak ke sisi navara.. Tapi time tu la motor lekat kat tayar navara & badan saya memang bergesel habis dengan navara. Time tu saya rasa mcm bahu saya kebelakang sangat & macam ada satu kuasa penolakan yang sanggat kuat sampai saya boleh terpelanting sebelah kanan.. time tu la saya menjerit sekuatnya & sedar-sedar dah terhempas atas jalan.. Sakitnya badan hanya tuhan yang tahu. Fain sendiri tak sedar saya boleh tercampak. Budak yang melanggar saya tu xde lesen & merupakan budak praktikal company "P". Kereta yang melanggar saya lak kereta company dia. Dan sememangnya salah dia sebab bawak laju mcm nak drift kat litar kat kaw industri ..Lagi-lagi dekat selekoh tu, punyalah syok drift, dengan kita-kita kena sapu.. Kalo bukan saya yang kena waktu tu, budak-budak ofis saya yang lain akan kena.. Cuma masa tu nak ditakdirkan terkena pada saya.

Lepas tu orang terus bawa saya ke Emergency Room. Sampai kat sana saya dah x sedar diri. Dan saya tak tahu apa yang berlaku waktu tu. Cuma dari cerita Fain, pukul 9pm ambulan bawak saya ke Hosp Besar Kuala Terengganu untuk CT SCAN. Elok je fain sampai kat hosp, ambulan dah nak bertolak balik semula ke Kemaman.. perjalanan KT-Kmn dalam 3 jam gak. Sepatutnya saya masuk ICU Kuala Terengganu, tapi penuh . Buat balik Kemaman semula & masuk ICU Kemaman..




Sepanjang tempoh tu, saya tak tahu apa berlaku sebab saya memang tak sedar diri & hidup hanya bergantung pada mesin bantuan hayat. Sedar-sedar saya terkejut dengan suasana.. dan blurrrr. Saya sendiri dah lupa apa yang berlaku & tentang kemalangan tu. Hari ke-5 baru saya sedar.. Sakitnya hanya tuhan yang tahu.. menahan kesakitan sebab dalam mulut & hidung dipenuhi wayar-wayar untuk mesin bantuan hayat. saya menangis & menangis.. dengan harapan cepat-cepatlah tiub bantuan hayat dibuang.. tapi doc xboleh buang, sebab paras oksigen saya amat rendah. Kalo buang, memang saya x boleh bernafas sendiri. Hari ke-6 kalo tak silap.. t/hari tu baru boleh buang tiub intubation tu. Proses untuk membuangnya hanya tuhan yang tahu kesakitan tu.. Dengan darah yang terpancut keluar dari mulut & luka-luka. lepas buang tiub tu saya mintak makanan sebab terlalu lapar.. tapi tak boleh lagi dalam beberapa jam.. Dalam pukul 12am-1am, baru saya boleh makan.. Perkara pertama yang saya mintak waktu tu yogurt & aiskrim vanilla. Pukul 12pagi++ nurse ICU kol Fain suh bawakan utk saya. Mlm-malam buta cari, mujur 7e buka. Tapi boleh makan sesuap je.. Keesokkan harinya sy makan yogurt 3 cawan sekaligus.. Sampai ke hari ni, saya xleh nak makan lagi..sebab terlalu sakit kat dada ni bila makanan masuk. Sehingga sekarang dah 3KG berat badan saya hilang.

Terkejut dengan keadaan kulit sampai jadi macam ni?
Tapi sekarang dah semakin OK..Pakai krim, cuma parut-parut je.
Sedih pon ada bila kulit jadi macam ni. Maybe effection sepanjang saya sakit & x sedar diri tu

Keadaan bibir yang lebam, Ni pon dah OK sebenarnya. Asalnya teruk lagi.. Nak senyum & makan pon x boleh, mesti berdarah. Masa ni dah nak baik. Tapi sampai sekarang kesan lebam tu ada lagi.. Ntah hilang atau tak.. Terkilan ;-(

Bermula dari kemalangan hingga ke hari ini saya masih belum mampu menyentuh makanan disebabkan luka dalaman. Lapar hanya tuhan yang tahu. Kadang-kadang cuba makan sesuap dua bubur nasi.. yogurt.. Tapi saya banyak minum air zam-zam & air Tamar Cocoa ni pemberian blogger Jaa masa melawat saya kat sepital. Sekarang nak repeat order, sebab mmg bergantung pd air ni juga untuk tenaga..Nak minum air nestum pon mcm pedih jugak..

Dan satu perkara yang paling saya terkilan..adalah sikap orang yang melanggar saya. Sekali pon lepas saya sihat & sedar dia x pernah jumpa & mintak maaf. Saya nak tuntut bayaran bil hosp, minyak, kos baiki motor, dan segala kos yang dikeluarkan selama saya sakit seperti pampers.. tapi boleh dia jawab, "dah buat report polis dah.. claim la insuran'.. memang sakit HATI. masalahnya insurans & socso just bayar bil hosp je.. Lain-lain mana dia tanggung. Saya rasa tak salah pon saya tnutut dari dia. Sah-sah salah dia. Company dia pon patut bertanggungjawab.. Pada asalnya saya nak tarik saman tu, sebab kesiankan dia.. Tapi nampak gayanya akan teruskan sebab sikap dia tu.. Dia tak tahu kerana dia, saya merana & nyawa berada di hujung tanduk.. Harga nyawa saya hanya RM50 dimata dia?? Trauma saya? Kesakitan saya? Kemurungan saya? Asya terbiar... ? Ya Allah, asya berubah drastik sekarang.. sedih dengan keadaan dia..Maybe terkejut dengan apa yang berlaku pada saya .. Atau maybe sebab terlalu lama ditinggalkan saya & Fain. Sekarang saya & Fain berusaha memulihkan kembali emosi asya. Kalo bab saya lak.. setiap malam saya menangis.. kadang-kadang rasa nak pecah dada memikirkannya.. SEDIH hanya tuhan yang tahu. Dengan kelaparan yang terpaksa saya tahan.. Walaupon meluat-luat ingin makan..tapi tak mampu.. makan sesuap dua camtu je.. Entah, sampai bila mcm ni.. Bila makan je, sakit habis sampai ke dada, maybe sebab luka dalaman akibat itubation tu. Rasa lembik sangat badan. Setakat ni, berat badan saya dah hilang 3kg.



Dan..paling kesian pada anak ajaib mama ni.. Secara tak langsung menjadi mangsa keadaan.. Emosi terganggu & saya tak tahu nak kata mcm mana.. Sebab saya sedih sangat melihat keadaannya. Dia terlalu kecil. Tabahlah anakku sayang.. Kita di pihak benar.. Insyallah, Allah SWT akan membantu kita perolehi keadilan.


Dan..sempat papa bawa melepak beberapa minit je tepi pantai teluk kalong disebabkan saya sakit nak berjalan. Asalnya lepak dalam kereta. Tapi kesian asya nak makan aiskrim.. ajak duduk tepi benteng je.. Lepas tu terus balik rumah. Kesian sangat anak mama.

Dan.. walaupon lewat tapi saya amat hargainya.. Birth gift dari papa asya. Purse, memang tepat pilihannya. Warna & compartment dalam semua kena dengan citarasa saya. Kebetulan memang saya xde purse, lepas hanyut banjir memang saya tak terbeli pon lagi. Tqsm sayammmm.. Love u so much.. Dan hadiah termahal darinya semestinya kasihsayang yang seadanya buat diri ini. Moga sayang & cintakan saya seadanya hingga saya menutup mata ye ;-)

** Sejak kemalangan ni..sakit melampau-lampau..demam on/off..badan rasa terlalu lemah.. ntahhhhhh???**

last update : 20.03.14 @ 11.30pm
============================================
UPDATE 04.03.14
 Entri ni saya sempat draft selepas saya keluar wad dulu , tapi tak sempat publish. Sehinggalah 25.03.14 sekali lagi saya koma effect dari kemalangan tu & saya juga tahu perkara yang lebih serius tentang diri saya & effect kali ni lagi teruk. Kali ni kritikal & di transfer ke HTAA.. Sepatutnya time tu kena transfer ke HKL atau Kubang kerian..Tapi last minute ada kosong di ICU HTAA. Saya tak mampu nak berjalan sekarang... Emosi lagi teruk & rasanya sekarang berat badan saya dah hilang hampir 10kg...Dan umtuk kehidupan lepas ni, saya berharap cukuplah setakat ini ajer penderitaan ...atau ianya baru permulaan semula yang saya harus tempuhi?? Hanya tuhan yang tahu. Insyallah, lepas ni saya akan coretkan disini sebagai kenangan. Sebab saya ada satu perkongsian yang ingin saya share selama saya koma kali ni.. memang lain & saya tak pernah ceritakan pada sesiapa sebab dalam HATI ni terasa sesuatu.. Mungkin Petunjuk??  Mohon doakan saya mudahan saya tabah menghadapi ujianNya.
Setiap ujian yangg berupa musibah ada 3 perkara yg Allah ingin sampaikan pada kita:
1. Sebagai kafarah pada dosa-dosa kita.
2. Allah hendak naikkan darjat kita di sisiNya.
3. Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik lagi.

Ustaz Dato' Hassan Mahmood Al Hafidz.
Terus bersangka baik kepada Allah kerana Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:- "Sungguh pelik urusan orang mukmin itu, semua perkara baginya baik belaka, semua ini tidak didapati oleh orang lain melainkan orang mukmin : Jika dia mendapat kesenangan dia bersyukur, maka itu baik baginya, dan jika dia ditimpa kemudharatan dia bersabar, maka itu baik baiknya." 

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Monday, March 10, 2014

10.03.2014 : 29 tahun... yang penuh rintangan hidup !

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Setelah sekian lama menyepi.. bukan sengaja menyepi..Tapi penyepian kerana mengharungi ujian yang bertalu-talu dariNya. Kalo baca entri terkahir berkaitan asya & menyusul dengan ujian buat diri saya. Ya Allah, kerdilnya hambaMu ini. Alhamdulillah, Allah amat sayangkan saya. Saya cuba cari kekuatan utntuk menaip disini, sebagai menyimpan kenangan di blog saya sempena usia saya 29tahun harini (10.03.14). Alhamdulillah..alhamdulillah.... percaya atau tidak, saya dah hidup 29tahun di dunia. Alhamdulillah..Ya Allah, teruskanlah usiaku ini selagi aku diperlukan & membawa kebaikan buat dunia. Disamping itu saya ingin ucapkan jutaan terima kasih buat semua sahabat yang wish kat FB & essepcially jugak buat GSFianz... Amin..amin, mudahan doa kalian yang penuh keikhlasan itu dimakbulkan Allah SWT.

Surprise dari Fain & Asya t/hari tadi..
Tak de makan kat mana-mana sebab saya tak sihat..Dulu, sebelum kejadian ni menimpa, awal-awal saya dah suh fain belanja makan Nando's.. takpe..lpeas saya sihat ni kena belanja gak ye! Fain just beli KFC.. tapi xleh nak makan jugak. Makan sikit je.. Sakit kesan intubation.. Habis luka-luka.. Nak makan , berdarah..nak senyum pon berdarah.. Ya allah..Ujian-Mu... Betapa istimewa aku disisi Mu



pic saya letak sekeping ni je..
 sebab yang ni je paling OK boleh senyum..

Status instagram sempena ulanglahir saya hari ini.. 
Simpan kat sini sebagai kenangan
" 10.03.14 : syukur alhamdulillah... masih dipanjangkan umur utk menempuhi kehidupan d usia 29thn. 29thn??? iye ke?? mcm x percaya! Tqsm buat insan tersyg @fain84 & #fasyafrina y sntiasa berusaha utk utk mhappykan diri ni. Terima kasih kerana selalu disisi sy sejak kali pertama kt jumpa hingga sekarang. Terima kasih teman n sahabat sejati ku dulu y kini merangkap suamiku. Teringat kali pertama kt bjumpa... sy dlm keadaan x sempurna.. lumpuh n bkerusi roda. terima kasih krn terima n sygkan sy seadanya diri sy yang serba kekurangan .Terima kasih krn sentiasa bersabar dgn sy . Dear sahabat sejatiku, i love u so much.. terima kasih krn cintai sy tanpa syarat n berusaha utk memiliki HATI sy. Semoga tuhan akan terus m'eratkan persahabatan n percintaan kita hingga ke akhirat.. Ditambah kehadiran baby ajaib buat kt rasa begitu istimewa walau byk perkara y tpaksa kita pndamkan.. Namun sama2 kita tempuhi demi sebuah kehidupan kekal di akhirat kelak. Utk semua sahabat sy, sy bsyukur krn dikurniakan insan2 spti kalian disisi sy.. Yang sentiasa ada n terus menerus mendoakan sy. Terima kasih ats smua ucapan harilahir. Mudahan dimakbulkanNya. amin"


Dan...sunyinya & sepinya saya selama ini kerana ini...
saya koma bermula pada 1 Mac 2014... Selama 4hari koma.. hari kelima baru sedar diri.. Ramai kot kawan-kawan saya dah tahu lepas suami saya muatnaik pic ni kat FB. Insyallah, lepas-lepas ni la saya story.. Saya tak larat sangat ni.. Baru je 2 ari keluar wad..Tu pon kul 7ptg, baru discahrge selepas berhari-hari pujuk rayu nak balik berehat kat rumah je. Kiranya balik dengan risiko sendiri. Terima kasih buat semua sahabat yang mendoakan saat saya bertarung nyawa ini. Alhamdulillah, ternyata doa kalian semua dimakbulkan Allah Swt, maka diberi lagi peluang untuk saya membuka mata walaupon saat ni hidup saya hanya bergantung pada mesin bantuan hayat semata-mata. Sebenarnya banyak yang saya nak katakan.. tapi keadaan tak menizinkan lagi, sebab saya betul2 perlukan rehat & hilangkan trauma dalam diri. Insyallah, panjang umur..kita jumpa entri lepas ni.. Insyallah..doakan moga saya cepat sembuh dari segala segi emosi, jiwa & fizikal.

**PRAY FOR MH370, mudahan Allah SWT memberi petunjuk..Hanya Dia yang mengetahunya.. Sedih,,saya baru tahu hal ni kelmarin..sebab baru kelmarin rajin buka FB & baca-baca kat internet**


Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Tuesday, February 25, 2014

Jantung Hati

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Sejak petang kelmarin, hati ni tak keruan memikirkan satu-satunya jantung hati ini. Bagai dihempap batu bila terima Whatsapp dari Fain t/hari tu. Menangis & menangis... Sedih... Adakah apa yang dikatakan oleh doc sewaktu mengandungkan asya menjadi kenyataan hari ini?? Sungguh.. susah saya nak terima semua ni. Ya Allah, salah mama kah sebab mengandungkan asya dalam keadaan koma dulu?? Hingga membawa derita dalam diri asya? Sampai saat ni, saya xleh tumpu perhatian pada kerja. Masih terfikir-fikir.. Terngiang-ngiamg apa yang diperkatakan. Fain dah nasihat, " jangan fikir sangat... biar apa yang orang nak kata"... Macamana tak nak fikir?? Sebab saya yang mengandung & melahirkan dia?
OK.. FULLSTOP ! Mamapapa redha.. mamapapa akan lakukan yang terbaik buat asya. Ini ujian buat mamapapa.. Mamapapa takkan putus asa.. akan terus berusaha demi asya. Teruskan kekuatanmu, sebagaimana kamu kuat sewaktu berjuang untuk bertemu mamapapa.

Wajah yang menyimpan 1001 kisah.. Kamu anak istimewa buat mamapapa sayang.. Terus berjuang ! Saya sendiri, sejak semalam dah mula tak sihat.. Maybe kerana terlalu memikirkannya. Dari semalam nak pitam-pitam. Hari ni, xleh nak sentuh makanan... Semua rasa pahit. Tak pela... akan terus positifkan diri. Insyallah.. insyallah..insyallah ... 

** mesti semua tertanya-tanya, kenapa dengan asya?? Saya tak bersedia untuk berkongsi. Biarlah kami saja yang mengetahui hakikat ini. Hakikat yang amat perit . Stay strong ! Kalo ikut hati, saya tak nak pon menulis kat sini.. Tapi... HATI saya tak tertahan.. Rasa yang perlu diluahkan..**

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Monday, February 24, 2014

Allesya Kafe : Mencari Takoyaki Di Kemaman ??

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah...boleh juga menaip akhirnya.. Kadang-kadang sakit jiwa dengan strymyx,rasa nak potongggg je. Asal kul 11pm++ mesti line putus2.. Ntah la?Tak tahu apekes.Tapi jadi geram jugok la.. boleh potong stim mood nak bw n up entri. Lega, sebab dah selamat BW.. tapi ada 5komen tersilap delete..aduyai! Saya sayang komen2 yang diterima dari semua sahabat blogger..kalo la boleh korek semula komen2 tu.. Bagi saya setiap komen tu beharga n menceriakan hari saya. Berbalik pada tajuk, Allesya Kafe ni restoran baru kat Kemaman ni. As usual, kami laki bini memang suka mencuba tempat baru.. Kebetulan dekat dengan rumah.

Pelan lokasi ke Allesya Kafe.
Orang-orang Cukai Kemaman faham la pelan ni ;-)

Apa istimewanya Allesya Kafe?? 

Sebab.......... ada TAKOYAKI. Saya rasa yang pertama kat Kemaman ni. Sungguh sedap & saya suka rasanya. Takoyaki ni makanan Jepun. Memang lepas makan sekali terus teringat-ingat. Saya ambik Takoyaki Udang+Sotong+Sosej = RM3.50 untuk 4 ketul.

Abam Fain pekena Lamb Chop. No bad rasanya.. 

Mee sup dia pon sedap & kena dengan tekak saya.

Kalo dia blh makan banyak..maknanya memang sedap la mee sup ni. Sebab asya memang TER-amat memilih bab-bab makan ni. Kalo dia makan bersungguh tu memang sedaplah maknaya..

** Nak dijadikan rezeki, lepas saya makan Takoyaki tu saya up kat instagram & share ke wall FB saya & page Jalan-Jalan Cari Makan Bandar Chukai Kemaman..Tak sangka owner kafe ni baca post saya. Kali ke-2 saya ke sini terus dapat diskaun 10%. Ya Allah, saya memang ikhlas promot & nk perkenalkan kafe ni sebab menu dia unik.. Tapi tak sangka jadi rezeki kami . Apa-apa pon saya doakan moga kafe ni terus sukses & maju..Apa yang pasti owner ni amat peramah orangnya**


Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Friday, February 21, 2014

Resepi : Udang Galah Goreng Berlada

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Lamanya tak share resepi. Lagipon saya bukan selalu ada masa nak memasak.. Sesekali tu berasap jugak la dapur. Kali ni nak share resepi masakan udang galah berlada. FYI, kat sini harga udang RM35/kg. Udang tu kecik-kecik je.. Kalo beli berbelas ringgit pon memang ciput dok oh lalu. Tapi kali ni dapat rezeki dari sepupu, hasil dari menjala. Sebenarnya, saya nak share resepi ni last year lagi, tapi terus terperap dalam draft.


Bahan-Bahan:
* Udang
* Bawang Mearah+Bawang Putih - Cincang
* Cili Boh
*Halia - Cincang
* Serai
* Sos Tiram
*Sedikit Air Asam Jawa
* Perasa

Cara-Cara Memasak :-
1. Tumis bawang merah+putih+halia + serai hingga kekuningan.
2. Masukkan Cili Boh & tumis hingga pecah minyak
3. Masukkan sedikit sos tiram
4. Masukkan perasa (gula, garam,aji) & sedikit air asam jawa. Biar ada rasa masam manis.
5. Masukkan udang & masak hingga kering

Resepi yang mudah & simple..
Sedia untuk dihidangkan ;-)

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Monday, February 17, 2014

I.M.A.G.I.N.A.S.I

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Satu perkara tentang asya... Dia teramat suka melukis.. dan setiap lukisannya hasil dari imiginasinya sendiri, tanpa merujuk gambar semasa melukis. Kalo buka latihan kat rumah tu, setiap page penuh lukisan dia.. apa yang menariknya hasil lukisan dia memang UNIK bagi saya. Dan adakalanya dia melukis sesuatu yang tak terfikir oleh saya. Bagi saya itu satu perkembangan yang bagus, sebab semasa melukis semestinya otaknya ligat berfikit & berimiginasi. Sebenarnya banyak sangat lukisan asya yang saya nak share, tapi kali ni saya nak share 1 lukisan yang amat bermakna buat asya.. Memangla lukisan asya ni biasa-biasa aje sebenarnya, cuma bagi seorang mama ianya amat membuatkan saya teruja, lagi-lagi kalo lukisan tu penuh isi didalamnya.

Tentang lukisan ni.. nampak biasa saje.. Tapi sebaik saja saya ternampak asya lukis ni, saya terus dapat tangkap satu cerita.. Ini adalah luahan dari asya di atas kertas. Karekter dalam lukisan ni merupakan kawan-kawan asya kat sekolah Al-Jannah Cyber Montessori semasa melakukan persembahan di hari konvokesyennya. 




1. POKOK
2. BUNGA
3. WATAK LELAKI (NAZRIL) & PEREMPUAN (MARYAM)
4. BUNGA
5. POKOK
6. NENEK KEBAYAN PEGANG TONGKAK (Tapi tak nampakd alam pic ni)

Lukisan biasa-biasa ni membuatkan mama terharu. Rupanya anak mama dah besar. Paling sweet tiap kali asya lukis pic mama&papa. Dan pernah asya lukis pic, saya terbaring sebab sakit. Rupanya begitu kuat juga ingatan dia pada saya & penyakit saya. 

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Wednesday, February 12, 2014

Kalau Dah Jodoh : Sepupu Kahwin Sepupu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Ini kisah cuti CNY baru-baru ni.. Memang 2hari berturut berada di Dungun kerana menghadari majlis perkahwinan sepupu sebelah Fain. Hari Jumaat ( 31.01.14) majlis pernikahan..Tapi terlewat sampai coz sesat.. Hahaha.. Jadi tak sempat nak snap2 pic dengan pengantin pon. Keesokkan harinya , 01.02.14 berlansung majlis persandingan pengantin. Hari ke-2 pergi pon tersesat jugak. Aihhhh.. Tapi sedang molek sampai kat rumah pengantin, pengantin lelaki baru berarak masuk ke rumah pengantin perempuan. Saya datang belah mana-mana pon sama je. Coz kedua-duanya SEPUPU. Kalau dah jodoh, pengantin lelaki & pengantin perempuan ni adalah sepupu ye. Semua ni ketentuan dari Allah SWT.

Oppss.. ini bukan pengantinnya, 
tapi kebetulan sungguh baju sama kaler dengan pengantin.


Syukur alhamdulillah.. Kalau dah jodoh, dalam periuk bertemu jua ;-)
Kedua-duanya my cousin. Happy for both of u. Mudahan mahligai yang dibina ini kekal hingga ke akhirat.



Kat sini, asya jumpa kawan-kawan baru.
 Memang ralik la dia bermain. Cepat ngam & mesra

Baju biru, my SIL. Adik perempuan Fain & Anaknya.. Yang bertudung hijau anak saudara. Merupakan cucu sulung dalam family Fain.. Dan 14tahun umurnya .



Mama & asya tumpang posing kat pelamin.
Papa sibuk melepaks kat luor.

Yang ni candid..
 suka-suka dia duk santai atas pelamin

Guest Book

100% hasil tulisan & lukisan asya.
Jenuh menunggu dia siapkan ni.. Saya just sebut huruf & dia tulis sendiri.
Haha. tak pasal2 dah jadi perhatian ramai asya ni..

Dan... inilah hasilnya ;-)

*******************************************************************

IKLAN SEKEJAP ;-)
salah satu design cotton tribal

Untuk Cotton Lovers, jangan lepaskan peluang dapatkan design terlatest 2014, kain ela "COTTON TRIBAL". Ada 3 design tribal yang sangat cantik-cantik & warna-warna yang sungguh ceria. Untuk melihat design "COTTON TRIBAL", jemput singgah di blog ALMARI ASYA atau FB ALMARI ASYA. ( kat FB baru upload 1 design, nak tgk ke semua design direct ke blog almari asya )
Boleh dah buat pakai raya ni...


Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Buat Follower, Jangan Lupa Tinggal LINK kat kotak KOMEN entri terlatest ye.