Thursday, July 30, 2009

Family Day 2009 : Summerset Resort













 







 
Pada 3-5 June,2009 di Summerset Resort, Kuala Rompin.
Mmg best n sgt memenatkan....Nasib baikla Asya x meragam lgsung...
Ini juga percutian pertama bg sy sekeluarga....
JOM KITA LAYAN.......

(ni j gmbar yg tgl dlm PC...yg lain ade terDELETE.mls nk transfer smula gmbar dr kmera k PC)

Tuesday, July 28, 2009

JULY'2009

Design untuk JULY 2009.
Merupakan 1st design aku punyer blog.
Syeda yg tlg designkn...Aku xde xperience g.
Insyallah,aku nk tkar design blog tiap2 bulan.
N blh jd salah satu koleksi n hobi baru...

EPILEPSY vs PREGNANT

Penyakit sawan semasa mengandung

Kebanyakan ibu-ibu yang mempunyai penyakit sawan, juga dikenali sebagai epilepsi. Namun begitu, penyakit sawan ini mempunyai risiko semasa mengandung, lazimnya puan sudah pun tahu yang puan menghidapi penyakit sawan dan dengan utuh dalam perhatian pakar perubatan dalaman/pakar neurologi. Doktor-doktor ini akan menasihati puan sebelum, semasa dan juga selepas bersalin.

Di hospital peringkat termaju seperti Hospital USM, puan akan menjalani pemeriksaan mengandung di klinik antenatal berkongsi dengan doktor pakar perubatan. Mereka memberikan penjagaan perubatan serta obstetrik yang optimum supaya kesejahteraan puan serta janin selamat serta tidak berkomplikasi.Artikel ini akan membimbing puan ke arah:

1. Penjagaan sebelum mengandung.
2. Risiko yang mungkin pada puan serta janin.
3. Perawatan semasa mengandung.


Penyakit sawan dan wanita

Sel saraf di otak menjanakan isyarat berelektrik dalam penghantaran maklumat ke seluruh anggota badan. Maklumat ini bertanggungjawab dalam pengendalian fungsi serta pergerakan badan. Mereka yang mempunyai penyakit sawan, pengendalian serta pengawasan fungsi ini terganggu, langsung memberikan manifestasi dari segi kelakuan, kekejangan otot-otot dan juga sawan.Hormon wanita iaitu estrogen dan juga progesteron boleh memberikan kesan pada keabnormalan sawan. Sebarang perubahan di antara hormon-hormon tersebut memungkinkan peningkatan ataupun penurunan frekuensi serangan sawan.
Mungkin juga pola serangan sawan berubah semasa mengandung dan juga seawal selepas bersalin.Ubat antisawan/antiepilepsi dapat mengawal serangan sawan, doktor mungkin terpaksa preskripsi beberapa kategori antisawan sebelum ubat yang paling sesuai untuk puan ditetapkan.

Persedian untuk mengandung

Kadangkala ubat antisawan dikurangkan secara perlahan-lahan sekiranya sejarah kesihatan puan tidak ada kehadiran serangan sawan untuk 2 tahun atau lebih. Mungkin juga doktor tidak mengesyorkan penurunan dos antisawan, mungkin ubat puan akan ditukar pada ubat antisawan jenis lain. Walaubagaimanapun, puan dinasihatkan supaya memberitahu doktor akan niat untuk mengandung seawal mungkin. Sesetngah ubat membahayakan janin, walaubagaimanapun, serangan sawan lebih merbahaya pada puan serta janin.

Pakar perbidanan dan juga pakar perubatan dalaman /neurologi akan berusaha menyelesaikan mencari dos optimum yang bersesuaian, jenis ubat yang selamat dan menghindarkan serangan sawan semasa mengandung.Ubat antisawan ini memberikan kesan pada penggunaan asid folik oleh badan. Ketidakcukupan asid folik boleh mencacatkan janin. Oleh itu dinasihatkan walaupun tidak berniat untuk mengandung, pengambilan asid folik perlu dilakukan setiap hari.Sebanyak 0.4 mg asid folik perlu diambil setiap hari sebelum mengandung dan juga semasa tiga bulan mengandung untuk mengurangkan insiden kecacatan janin.

Risiko pada wanita

Kekerapan serangan berubah semasa mengandung, ada yang menjadi lebih kerap, ada juga yang seperti sebelumnya dan ramai pula yang menjadi lebih selesa. Paras ubat antisawan dalam darah puan perlu diamati sekiranya serangan semakin kerap. Disebabkan perubahan ketara fisiologi badan semasa mengandung, perubahan hormon dan juga perubahan terhadap metabolisma badan terhadap ubat, ujian darah diperlukan untuk menentukan keberkesanan dos ubat antisawan yang diberikan.

Risiko pada bayi

Secara keseluruhan, risiko untuk mendapat bayi yang cacat dalam populasi adalah sekitar 2-3%, tetapi dengan penyakit sawan, nilai ini bertambah menjadi sekitar 6-8%. Risiko ini juga berkait dengan jenis ubat antisawan yang digunakan. Di antara jenis-jenis lazim kecacatan bayi adalah seperti:
1. Sumbing bibir serta lelangit pada mulut.
2. Keabnormalan tiub neural, contohnya spina bifida.
3. Bayi yang rendah berat kelahirannya
4. Kepala kecil
5. Ketandusan dari segi tumbesaran serta perkembangan.
6. Terencat mental
7. Masalah pembekuan darah
8. Masalah sawan pada masa hadapan.
Kelahiran

Kelahiran secara normal dibolehkan, kelahiran secara pembedahan hanya apabila pemasalahan obstetrik timbul.

Jagaan selepas bersalin

Perubahan fisiologi badan puan selepas bersalin ke arah sebelum mengandung mengharuskan pertukaran dos dan jenis ubat antisawan yang digunakan. Ubat antisawan ini juga boleh menganggu paras hormon di badan puan. Ini memberikan kesan keberkesanan pada kaedah perancangan keluarga. Mungkin kaedah berlandaskan hormon menjadi kurang berkesan dan perlu diiringi dengan penggunaan metoda lain seperti kondom, ubat pembunuh sperma dan sebagainya.Sejurus kelahiran, bayi akan disuntik dengan vitamin K, ini adalah kerana paras vitamin K yang kurang dengan penggunaan ubat antisawan. Vitamin K membantu dalam sistem pembekuan darah.Penyusuan badan dibenarkan, hanya sedikit sahaja paras ubat antisawan terdapat dalam susu badan, walau bagaimanapun, ketetapan ini akan ditentukan oleh doktor yang merawat puan.


LYA 'VS' EPILEPSY




- Mula kna epilepsi mase umo 19thn..(Kecik2 dulu sihat n xde sawan)


-Simptom:-


Demam panas


-Punca :-


High Fever n jangkitan kuman (enchepelitis) semasa operate.


ktumbuhan otak smasa umur 15thn


-Koma beberapa kali n gna bantuan pernafasan sokongan hayat.(50/50)


-Ubat:- Epilim,Keppra Leveteraticam,Kalsium lactate,Penytoin,Carbemazipine,Folic Asic


-Masuk Persatuan Epilepsi Malaysia(2003-now) - http://www.forum.epilepsy.com.my/
p/s:- Kepada mana2 ibu yg mengandung, jagala kesihatan,
jauhkan stress...Serangan Epilepsi semasa mengandung amat merbahayakan nyawa ibu n anak yg
dikandung.

Monday, July 27, 2009

BABY ASYA DEMAM LAGI......

Ciannyer baby mama....
Aikkkk..... Tba2 ade kt tangan plok!!Have a Sweet Dream Asya


Tiap2 bln Baby Asya msti demam... Bla dh demam 2 mcm2 perangai ler,,,asyik mnangis jer,,nk dukung ler.. Alahai Asya,,,,kali ni demam nk blh mde plok???
Demam nk blh berjalan k???


----> Minggu ni penuh dgn kebz'an...sibuk prepared doc utk ISO.
Audit ISO akn dijalankan pd 1 & 2 Ogos 2009..
Maknanya ader 4 ari g utk siapkan doc...
Uwaaaa...PENING WOOOO.
(curi wak blog ni mase rehat pagi)

Sunday, July 26, 2009

PAPA ASYA PUNYER KERJA...

hua...hua..... Tgk la Hang Kebun punyer ideal ni...... Ade j mde2 ngarut yg direka....
Ade k patut walker dah xjd walker lg.. Tp xpe,cz Asya suke duk gni.... Blh npk hbs permandangan....
Okesss,, papa n mama luv u asya.. We try 2 give all the best for asya...

Saturday, July 18, 2009

2 MONTH....

Ni masa Asya 2 bulan ( 03.12.2008 )
ASYA dah masuk 2 bulan.. Alhamdulillah asya sihat n cergas mcm baby2 lain.. Mama n papa syg sgt kt asya.. Mama tkt sgt khilangan asya..

Sejak asya hadir dlm hidup mama,,
mama x sakit2 truk macm dulu lg. Mama dh makin sihat. Mmg khadiran asya btl2 merubah khidupan mama. Mungkin khadiran asya memulihkan semangat dan penyakit mama.

Perkembangan asya sgt bagus.. Anak mama ni mmg cergas..
2 bln dh blh meniarap.. Mmg manusia hanya blh membuat ramalan sje..Tp semua ketentuan di tangan ALLAH SWT..
Tp mmg la dkt tulang tngan kanan asya sdkit bengkok .Mcm bengkak sket. 2 kesan sket j drp ubt mama mase pregnant asya dlu. (Atleast x seburuk kate2 doc)Tp xpela, bkn nmpk sgt pun.Kalu btl2 tgk bru perasan.Mcmanepun, baby mama ni ttp comel.Mama terima ape saje keadaan asya.



Asya cpt la besar,, mama x sbr nk dgr asya pggil MAMA....
Nak asya peluk mama....
Mama janji akn berikan sepenuh kasihsyg utk asya,
Mama akan cuba lakukan yg terbaik utk asya....
Sekali lg mama mintak maaf krn mama hampir menggugurkan asya dlu...
Mama hrp suatu hri nanti asya faham,, semua 2 mama x pernah rela...
Semuanya krn keadaan mama mase 2 n didorong dgn tekanan akibat desakan dr doc n org sekeliling. Mama nk asya tau, sejak asya berada dlm rahim mama, mama sdh mula myayangi asya.

Thursday, July 16, 2009

MIRACLE : WELCOME TO MY LIFE

BABY ASYA 2 HARI
SAMB: "tgh syok2 makan roti canai 2, tiba aku terasa basah n mcm ade something yg mengalir...Aku jd confuse...Aku terkencing k ni??? cz d/date lambat lg...aku petnant baru nk msk 8bln... pah2, aku tkr kain lain.. mcm 2 jgk,, bsh lg... Kali ni mama sruh aku p hosp trus cz tkt air ketuban yg pecah..tp aku x rase skit pun .. suami aku pun bawak la aku k hosp kt bahagian wad bersalin.....N..........................Tgu episod akan datang... "

Sampai kt hosp,nurse periksa jln ,rupanya dah terbuka 1cm..Aku trus admit kat wad.And kate doc aku akn bersalin secara paksa tp x gna ubat cz tkt ia bg effect kt aku, cz bla aku xleh tahan skit aku mdah kna sawan.. Jd dia juz gna alat utk bka laluan pranakan.(mmg MALU).Klu iktkan pd 5hb Nov 08 aku ada appointment dgn pkar OnG utk ambk tarikh caeseran.Pada 1 Nov 08 aku laluan peranakn aku still lg 1cm..n doc trus besarkn laluan peranakan.

Pada 2.11.2008, aku dh mula rase sakit sket2..Mase 2 jln dh terbuka 2 cm..Aku badget mlm ni aku bersalin.. Tp jln still jgak 2cm,sdangkan air ketuban dah 3ari kuar.Hari ni dh mula kuar drh..Pada 3.11.2008,,aku dh rase skit,,bla nurse cek jln bru j 3cm terbuka. N mase 2 bdn aku mcm nk terketar dh nahan skit.Mase 2 doc Zahar(PAKAR O&G) mri n tnya aku nk operate k x? Cz mash sempat. Sbb skit aku kate ye pun x,,kate tidak pun x.. N aku rse mcm blh bersalin normal j (PADAHAL MASE SKIT DULU DOC X RESPECT AKU DPT BERSALIN NORMAL).Jln 3 cm aku dh dimasukkan k labour room dlm kul 12 lbih2..Mase 2 suami pun ade teman. Masa msk labour room skali lg doc tnya samaada nk operate k x..N mase ni jgk aku n suami dh bersiap sedia utk terima ape saje yg berlaku..N aku redha seandainya baby aku cacat sprti yg doc katekan.
Semasa dlm labour room, tangan aku n kaki dimasukkan drip ubat bg mgelakkan serangan jantung mengejut semasa nak PUSH baby..(CZ masalah aku 2)..Selain 2 aku dmasukkan morfin utk kurangkan kesakitan, tp aku jd terlalu mengantuk.. Lama2 skit aku makin kerap n mcm nk buang air besar, mmg x leh tahan. suami aku pgil nurse, nurse kate bru 5cm, dia x bg aku push lg cz tkt terkoyak n kepala baby jd bujur.Makin lame mkin kerap ksakitan 2, n suami aku sntiasa ada mberi skongan.Tp aku mmg xleh tahan, mmg mcm nk keluar sgt2..mase ni ade peristiwa lucu dmane aku tergigit buah dada suami aku sampai berdarah.(sbnarnya aku tergigit bju dia,tp mana la tau terkna skali dgn bdn dia)..Nurse srh aku thn n mgiring cz blum tba mase lg..


Mase mgiring 2 aku mmg rse ssuatu, n suami aku tgk,"RAMBUT BABY DAH NAMPAK'.masa ni mmg kcoh,bla suami aku jerit pgil nurse..Dengan hanya sekali PUSH,, tepat pukul 3.45 ptg pada 03.11.2008 lahirlah "JUARA" aku n suami krn berjaya tempuhi segala cabaran utk melihat dunia ni.Suami aku memberi ciuman n aku n suami btl2 menitiskan air mata. Dan alhamdulillah, baby aku sempurna dr sgi fizikal (xsprti yg doc katekn) dan aku pun sht. mase baby keluar,baby aku x menangis cz effect dr morfin yg didrip k aku.Baby tdo,lps bersih baru aku dgr suara baby aku..Alhamdulillah, jz luka sbb digunting,2 pun skit sgt. Mase 2,nurse kt ICU smua mri tgk aku..


Aku dikuarantinkan di dlm PE ROOM slama 12jam, krn perlu melalui proses utk memasukkan ubt antibiotik n jntung.. Sementara 2, baby aku admit kat wad kanak2 cz lahir x ckp bln(8bln)..n utk dberikn antibiotik krn tkt jgkitan kuman sbb air ketuban dah pecah lame. Dlm pukul 10lbh bru aku admit kt wad bersalin..Pd keesokkannya, aku pengsan...n aku pun x tau ape citer sbnarnya.. Sedar2 kt bilik PE ROOM lagiiiii..(bosan). Mase aku pgsan 2 mmg kecoh kat wad 2,, cz mybe ingat aku dh XDE kot..Mase 2 tbuh aku jd biru habis..(cerita drp mama).



"KATIL BABY ASYA YANG PAPA BELI"

Kuasa Allah SWT,, Walaupun sepanjang mengandung aku menanggung penderitaan, tetapi sewaktu kelahiran aku diberi kmudahanNya.Masa ni,,aku menangis dgn sepuas ati krn bersyukur krn hnya krn mtk penangguhan utk pengguguran baby, aku dpt melihatnya didunia.Seandainya aku bersetuju utk melakukan pguguran pd ptg itu,, akulah manusia yg paling menyesal n berdosa..Sampai k hari ini aku sentiasa dhantui perasaan bersalah wlaupun pguguran ini x terjd.YA ALLAH,,TERIMA KASIH KRN MEMBERI KESEMPATAN UTK AKU BERGELAR SEORANG IBU KEPADA NUR FASYA AFRINA "Cahaya Hatiku Putih Kemerahan"

" ALMARI BAJU BABY ASYA"








"KOLEKSI SARUNG TANGAN & KAKI BABY ASYA"




KOLEKSI KASUT SI PUTERI

Monday, July 13, 2009

Mommy To Be : PART 5

Selepas keluar dari wad, kehidupan aku bgitu membosankan. Krn aku x boleh kemana-mana pun. Mcmana nk bergerak kalu kaki yg slalu membawa aku kmana-mana x dpy bergerak. Mmg terlalu tertekan. Sepanjang menghabiskan masa di rmh mak mentua, mama slalu juga dtg tgk aku. Aku tau mama pun rase serba salah ,, tp xpe, sbb keadaan abg aku mase 2 lg truk.

Hari-hari tiap kali sblum suami aku pegi kerja, dia akan ambik air utk basuh muka aku n bawak aku turun k bawah (dapur)... Selepas 2, mak memtua aku akan sediakan makanan. N dlm pukul 10 suami aku akn balik smula kerumah utk memandikan aku n pakaikan pakaian.. Kudrat mak mentua x kuat utk mengangkat aku. Sbb masa 2 aku masih lg terlalu lemah.. Selepas 2 aku akn tdo, n tgu suami aku blik tengahari utk makan t/hari.. Hari2 aku berlalu begitu saje.. Tapi tiap kali ari cuti suami aku akn bawak aku pergi jln2 (stakat duk dlm kete j)..

Mcm2 iktiar yg dilakukan agar aku blh berjln smula,, antaranya mak mentua memanggil tukang urut.. Mmg kaki aku lembek n pcat sgt. Bila keadaan aku dah makin kuat, suami aku mula letakkan aku ats krusi roda.. Dan,, aku mula belajar bergerak dari 1 tempat k 1 tempat. MMg trlalu seksa utk aku,, sbb aku terpaksa menahan perut yg makin membesar n mjaga kselamatan bby dlm kandungan. Hari makin hari, semakin menunjukkan tanda2 positif dimana kaki aku mula boleh digerakkan. Lama kelamaan,, aku mula blajo berjln. N akhirnya, aku mula blh berjln smula tp kaki aku masih lmah. MMG menyeksakan dan memakan masa utk mencapainya. Bila aku makin OK aku ajk suami aku balik k rmh aku, tp suami aku x nk cz bimbangkn aku bila time dia keje.

Masa trus berlalu..............................
Aku masih diserang sawan n kali ni masalah baru timbul,,,kaki, tangan n muka aku mula bengkak n sembab.. Mulanya ingat ni tanda2 utk bersalin walau pun duedate masih terlalu jauh lg.. Aku ditahan lg dlm wad,, kate doktor bengkak aku ni x normal sbb terlalu besar n ada bintik2 merah. Besar kemungkinan sbb saluran darah tersumbat.. (baru aku teringat sejak akhir2 ni aku kuat makan roti canai ,skali mkn blh 6 biji + air teh tarik/horlick). Aku x ditempatkan di wad bersalin ttpi di wad khas, utk pregnant bermasalah, kalu x silap name bilik 2, PE ROOM.. dekat dgn dewan bersalin n ICU..
Mungkin sbb aku kerap masuk wad, jd semua nurse n doktor2 kat situ knl aku,, jd hidup aku sentiasa berteman.. Bila dah terlalu lame dlm wad, aku mula naik bosan, lgpun birthday suami aku ade 2 ari lg.. Ari2 aku merayu nk pelepasan balik k rmh sempena birth suami aku 31.10.2008.. Akhirnya pada 30.10.2008 aku dibenarkan pulang. And, kali ni balik kt rmh mama, sbb abg aku yg sakit dh makin OK.. Aku ingat lg, pd hari aku kuar wad 2 jatuh pada hari khamis, balik 2 aku trus ajk suami aku pegi pasar minggu kt Padang astaka. Masa 2 mmg byk sgt aku beli makanan. Semuannya mcm mengarut j..... Sampai kt rmh, habis aku makan.. N malam 2 aku raikan birth suami aku.. HANYA AKU DAN SUAMI AKU,, dengan hanya sekadar ucapan n ciuman, sbb aku x smpat nk beli ape2 pun utk suami aku.TP ada HADIAH LG BEHARGA KAT DALAM PERUT ...

Pada keesokkan harinya 31.10.2008, aku hanya berehat d rmh. N hari 2 aku mtk lg suami aku beli roti canai.(makanan kgemaran mase aku petnant)...N.....................................................
tgh syok2 makan roti canai 2, tiba aku terasa basah n mcm ade something yg mengalir...Aku jd confuse...Aku terkencing k ni??? cz d/date lambat lg...aku petnant baru nk msk 8bln... pah2, aku tkr kain lain.. mcm 2 jgk,, bsh lg... Kali ni mama sruh aku p hosp trus cz tkt air ketuban yg pecah..tp aku x rase skit pun .. suami aku pun bawak la aku k hosp kt bahagian wad bersalin.....N..........................Tgu episod akan datang...

Mommy To Be : PART 4

Selepas menerima rawatan di HKL,, aku dipindahkan semula k Hosp Besar Kuantan... Dan ditempatkan di wad biasa. Masa 2 sawan aku semakin kurang menyerang, tetapi, dari hari k hari kaki kanan aku semakin lemah dan tidak berdaya. Akhirnya,, aku mengalami paralaise pada kaki kanan.. Di wad aku masih meneruskan rawatan sprti biasa.. Hari2 makan ubat,, masuk ubat (x ingat dh name ape) melalui drip. Tp tiap kali masuk ubat 2, tangan aku akan atau bahagian tmpat ubt dimasukkan akan mengembang seperti belon dan rase sakit yg amat sgt.. Hari2 ambik darah..Mmg meletihkan n membosankan. Tp ini hakikat yg harus aku trima..

N, buat masa ini kandungan aku masih selamat drp digugurkan, n aku nekad utk mempertahankannya. Baby aku aktif, selalu menendang,, tp kalu bby terlalu aktif aku plok yg jd sesak nafas.. Tp ape yg aku perasan tiap kali dimasukkan ubat melalui drip,, baby dlm perut aku mesti bergerak kuat..Maafkkn mama syg,, mmg baby aku kesakitan..Itu aku tau, sbb doktor sdah memberri penerangannya. Mama cuba utk tidak menyakitkan baby, tp.. mama x mampu nk menghalang, sbb tanpa ubat 2 keadaan mama akn jd teruk. Mama tau baby mama tabah dan kuat.. Dan mama tau baby mama sama2 berjuang dgn mama utk trs hidup..MAAFKAN MAMA .

Masa trus berlalu,, akhirnya aku dibenarkan pulang ke rmh.. mmg aku terlalu happy. Sepanjang tempoh itu, aku duk kt rmh mak mentua, cz mama kna jaga abg ang yg same sakit. Mmg rase sdikit sdih, sbb slama ni tiap kali aku skit msti mama yg jaga aku. Tp xpe aku faham mmg keadaan complicated mase 2.

Thursday, July 9, 2009

Mommy To Be : PART 3

Selepas aku dipindahkan ke wad biasa,,, x lame lps 2,, aku x sedarkan diri lg... n sekali lg aku di msukkan k ICU n di INTUBATE... n,, berape ari lps 2 aku pun x tau,,, bla dh sdr n OK aku dipindahkan smula k wad biasa.. Keadaan aku still same,, selalu diserang sawan.. N pada satu hari doktor pakar perubatan dan pakar O&G dtang,, n memberitakan sesuatu yg hampir membuatkan hidup aku musnah... Pada hari itu,, aku tau dgn berat hati,, doktor memberi kaunseling agar aku bersetuju untuk menggugurkan kandungan aku yng masa 2 dh masuk 6 bln lbih... Semuanya demi menyelamatkan nyawa aku.. Kalau aku teruskan kandungan aku kate doktor MUNGKIN :-

1. AKU MATI

2. BABY MATI

3. DUA-DUA MATI

4. KALAU BABY HIDUP,,, anak aku akan cacat seperti tulang belakang bengkok atau terncat akal atau ape2 j effect(akibat kesan ubatan penyakit aku n semasa koma)..
Semasa menerima berita tu,,hanya tuhan yg tau.. cuma ape yg aku pikir mase 2,,, same sprti aku membunuh jka aku bersetuju.. TAPI,, ats pujukan doktor , keluarga n suami aku merayu-rayu akhirnya aku bersetuju. Dengan berat hati aku tandatangan pada surat persetujuan utk mengugurkan kandungan aku.. Aku tau,, suami aku pun berat hati,, cuma katenya mase tu "abg x blh khilangan syg"... kalau ikut aku,, aku rela ambik risiko 2.. Mvmane aku nk menahan hati ini dr kesedihan,, betapa x tergamaknya utk mengugurkan kandungan yg sudah bernyawa,,sudah pandai menendang tiap2 malam n yang sudah membentuk menjadi manusia (gmbr scan ats masa bby 6 bln,, mase nok gugur,,SANGGUP K KALU AWK SEMUA D TMPAT SY??)Dan kate doktor, proses penguguran 2 akan dilakukan pada sebelah ptg itu jugak..Kerana rase takut n syg kan baby aku,, aku mintak doktor bg tempoh semalam utk bersama baby dlm kandungan aku.. n penguguran itu akan dilakukan esk pagi.. TQ utk FLIZZ krn dtg pd ptg 2 kat hosp untuk memberi semangat..FRIEND 4EVER.. Tq jugak utk adk-beradik yg dtg memberi sokongan..
Tapi perancangan TUHAN itu maha adil,, ketua pakar perubatan telah datang berjumpa aku pd ptg tersebut n memberitahu utk menangguhkan dulu penguguran itu,, dimana aku akan dihantar ke HOSP KL untuk mencuba kaedah rawatan baru n ubat baru dgn harapan aku n baby dpt diselamatkan... Mase 2,, betapa bersyukurnya krn masih diberi kesempatan utk bersama baby di dlm kandungan.. Masa 2 suami aku ambik cuti tanpa gaji selama sebulan semata-mata utk menjaga aku.. Terima kasih jugak utk Kak Long yg sanggup ambik cuti tanpa gaji sebagai guru krn utk menjaga aku sakit.. Begitu jugak dengan emak mentua yg bergilir-gilir dgn mama menjaga aku.. N x lupa utuk abg2 aku yg byk habiskan duit sepanjang aku sakit dulu.. Di HKL,, aku ditempatkn di sebuah bilik khas,, dimana seluruh kepala aku dipenuhi wayar..
menurut pakar neorologi,, jika aku teruskan kandungan mungkin akan ade effect truk kat baby kesan dr ubat baru itu.....Hari-hari trus berlalu... Khidupan aku asyik berulang alik ke hosp...

N,, aku TETAP MENERUSKAN KANDUNGAN..AKU BERAZAM UNTUK LAHIRKANNYA DIDUNIA..WALAU APE BERLAKU LPS ITU,, AKU REDHA N TERIMA.......

Mommy To Be : PART 2


Sepanjang aku pregnant,, hidup aku byk dihabiskan di hospital... Untuk pengetahuan semua, aku mengalami masalah Vitral Valve Prolapse (MASALAH INJAP JANTUNG BERLUBANG), epilepsi n transfer mysletis.. Disebabkan penyakit ini, aku tidak digalakkan mengandung. Sepanjang aku pragnant aku x mengalami langsung alahan.. TETAPI penyakit aku yang bertambah serius.. Aku kerap diserang sawan sehingga aku koma n terpaksa bergantung kepada INKUBATOR(alat bantuan pernafasan).. Masa 2 aku dimasukkan di ICU hosp Kuantan. Keadaan aku masa 2 terlalu kritikal.. Mmg sepenuhnya aku bergantung pada alat bantuan pernafasan.. Aku sendiri pun x sedar n x tau ape yg berlaku mase 2. Cuma yg aku ingat,, bila aku celik mata doktor suruh aku jgn tdo n cuba bernafas sendiri.. Tp lps 2 aku pun xtau ape yg berlaku.. Mgkin aku tdo panjang mase 2... N sedar plok bla aku rase mcm ade sesuatu dlm perut.. Mase 2 aku x ingat lagsung aku pregnant.. n bila aku btl2 sdr aku terasa sakit teramat sgt dlm tekak n badan.. rupenya dalam mulut aku dipenuhi oleh tiub pernafasan n jarum drip memenuhi leher.. aku x mampu utk berbuat ape2.. cume blh mgalir air mata saje. mase 2 aku x tau hari ape,, siang atau pun malam.. dan terasa terlalu sunyi n bosan terkurung dlm bilik yg semua org disekeliling seperti tdo(koma).. mase 2 aku tercari-cari muka yg sgt aku rindu....suami aku.. Tp sbb ape smua org x ada.. tp x lame lps 2 bru aku nmpk wajah yg sgt aku rindu.. Aku ingat lg mcmana keadaan suami aku masa 2.. Aku tgk air mata dia... n aku x dpt berbuat ape2.. aku ingat dia cium n gosok kepala aku dan kate "syg jgn nangis,, abg ade..." mase 2 aku rase terlalu sedih.. tapi masa yg ade terlalu singkat... mgkin dh prosedur bilik ICU mcm 2.... Pada keesokkannya,, aku semakin ok,, tp masih x dpt bernafas sendiri.. ini kerana kandungan aku makin membesar n menekan bhagian jantung aku yg bermasalah. Apabila suami aku mari,, aku hanya mampu gna isyarat tangan n mata.. mgkin nurse yg jage aku kesian tgk aku mase 2,, dia bg kertas n pen utk aku berkomunikasi.. Tp alhamdullilah akhirnya,, selepas doktor ambik darah aku,,RESULT MENUNJUKKAN OKSIGEN DLM DARAH AKU HAMPIR K TAHAP NORMAL.. Akhirnya,, doktor membuang tiub intubate. Tapi hanya tuhan yg tahu betapa sakitnya semasa proses membuang tiub 2 dilakukan.. Aku mengalami luka yg sgt teruk slpas membuang tiub.. Aku x blh makan mkanan keras..Nk menelan bubur pun terlalu pedih n suara aku pun mcm dh nk hilang. Kate doktor kesan 2 sementara j,, sbb luka n pendarahan kt peti suara n tekak semasa proses memasang tiub n membuang tiub... Beberapa hari lepas 2,, aku di tempatkan di wad biasa...

Mommy To Be : PART 1

Alhamdullillah...Awal thn 2008 aku disahkan mengandung.. Semua perasaan bercampur baur.. Antara suka,duka n takut.. Bukan krn x menerima kewujudan baby ni... tapi krn terpikirkan risiko yg terpaksa aku tanggung jika aku ingin meneruskan kandungan ini.. Seblm ni, pada tahun 2007,, aku pernah mengandung.. Tapi mengalami keguguran.. Mgkin itu satu hikmah,, krn kalau bkn aku keguguran pun,,mmg kandungan itu akan digugurkan..Namun utk kali ini,,aku ttp dgn pendirian aku utk meneruskan kandungan ni.. Demi untuk melengkapkan kehidupan KAMI berdua. Terlalu besar dugaan sepanjang aku mengangung.. Aku mengalami tekanan perasaan yg amat kuat,, bila semua org sekeliling termasuk doktor, suami n keluarga menyuruh aku menggugurkan kandungan ni.. Aku tau,,semuanya krn bimbangkan keselamatan aku jk aku teruskan kandungan ni. Sejak awal berkahwin lg mmg aku tau x blh mengandung krn masalah ksihatan aku. Mmg pada mulanya aku dan suami sdah berjanji hanya ingin hidup berdua sampai k akhir hayat.. Tp Tuhan itu MAKA KAYA n PENGASIH,, aku diberi kesempatan untuk mengandung..

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (135) WEEKEND (114) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (96) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) MyHappyFamily (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (71) INFO (67) Asya's School (57) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Sinopsis (51) Ramadhan (49) DapurLyaBerasap (48) Shopping (47) Birthday (46) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Jom Singgah (43) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (34) Check-Up (33) NuFF (33) D.I.A.R.I (32) Let's Eat (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (28) Video (27) MamaAsya (26) S.A.N.T.A.I (26) Tempat Makan Best Di Kemaman (26) Tempat Makan Best Di Terengganu (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (19) mama+papa+fasya (19) Do It Yourself (18) Villafasyafrina (18) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) Medical (11) TUTORIAL (11) fasyafrinatraveltales (11) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) DecobyLya (8) Idea Bento (8) Travel (8) Deko VillaCintaku (7) Parenting (7) mama+papa (7) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Tempat Makanan Best Di Kuantan (4) Family Day (3) Lyafrina's Instagram (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) Mamalovefasyafrina (1)