Sunday, January 2, 2011

SINOPSIS TIRAMISU

Drama Tiramisu sedang hangat ditayangkan di TV3 bermula pukul 6.30 ptg-7.30 ptg mengantikan Drama Seribu Kali Cinta. Bagi saya drama ni ckp enjoy & ringan! I like dgn lakonan selamber si pieere andre+amani ni.Kelakor & sempoi habis!


‘Tiramisu’ mengisahkan cinta antara dua insan yang sudah berkawan rapat di zaman sekolah, Melur (Sharifah Amani) dan Dani Mirza (Pierre Andre). Walaupun Dani seorang pelajar lelaki yang popular dan diminati oleh ramai pelajar perempuan tetapi Melur yang baru berpindah ke sekolah tersebut tidak meminati Dani seperti pelajar lain. Ini membuatkan Dani ingin mendampingi Melur dan berkenalan dengannya. Sebenarnya, Melur mempunyai masalah keluarga kerana abang iparnya seorang kaki judi. Malah, Melur sering diganggu oleh pemiutangnya dan Dani telah menyelamatkannya. Sejak itu, Melur dan Dani mula berkawan. Terdapat keserasian antara Melur dan Dani tetapi mereka tidak memikirkan soal cinta kerana usia masih muda.

Watak Dani & Melur yang sempoi

Dani menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang Chef Pastry walaupun ibunya, Puan Gai (Sheila Mambo) mengharapkannya menjadi seorang peguam yang berjaya. Melur sentiasa memberi sokongan kepada Dani dan mencadangkannya supaya memujuk ibunya dengan membuatkan kek Tiramisu. Akhirnya, Puan Gai mengalah dan menyokong cita-cita Dani.Sebelum Dani menyambung pelajaran ke London, Dani berjanji sekiranya mereka masih bujang pada usia 28 tahun, dia mahu mengahwini Melur. Melur terharu. Mula-mula, mereka masih berhubung melalui emel. Lama-kelamaan, mereka terputus hubungan dan membawa haluan kehidupan masing-masing.
si tomei ni berlakon sbg Ayesha

Beberapa tahun kemudian, Dani telah kembali ke tanah air sebagai Chef Pastry terkenal di London. Dani bercadang untuk membina empayar di Malaysia. Selain itu, Dani juga mahu mencari Melur namun kecewa kerana Melur telah berpindah. Lyana (Tania Hudson) yang meminati Dani sejak zaman persekolahan masih terpikat dengannya dan menaruh harapan supaya Dani akan jatuh cinta dan mengahwininya suatu hari nanti. Dani dan Melur pernah berselisih beberapa kali tetapi tidak pernah bertembung muka. Suatu hari, Dani terserempak Melur bersama seorang budak perempuan, Ayesha (Mia Sara Nasuha). Dia berasa kecewa kerana menyangka Melur telah berkahwin. Sebenarnya, Melur berkorban untuk keluarganya selepas kakaknya bercerai dan bekerja di Singapura.


Sejak itu, Melur bekerja di kedai bunga dan menjaga anak saudaranya, Ayesha. Walaupun Dani dapat tahu bahawa Melur masih bujang tetapi Faris (Zain Ruffedge) tidak pernah berputus asa untuk memikat hati Melur telah mengaku dirinya sebagai teman lelaki Melur. Sekali lagi, Dani memilih untuk mengundur diri. Masih adakah jodoh untuk Melur dan Dani? Apakah yang akan terjadi kepada mereka?


kredit : http://ohdaus.blogspot.com/2010/12/tiramisu-slot-akasia-tv3.html

7 comments:

Liza said...

sedih lak nak tgk criter nie sbb ada arwah faizal...al-fatihah

ieda said...

wow dah baca sampai habis sinopsis nie kira pueh hati ler .. kalau akak terlepas tgk ok dah heheheh

Fieza79 said...

hurmm mcm best je kan...dh start ke Lya citer nie...fieza ni skrg dh ketinggalan sgt...tk sempat nk tgk citer ptg2..sll blk lambat je...huhuu

munna said...

dah macam citer korea lah pulak... suka makan tiramisu aje

Zaidah said...

macam mana agaknyer watak abang ipar melur tu yerk....al-fatihah untuk arwah...

SYaMiLa said...

suka tgk citer ni kan...


My recent post "Izamir Ridzwan Pendrive GiveAway"

sAyOobAeQ said...

tapi kenapa piere(cane tah eja)??
huhuuu

time laki tu blakon budak femes kat skolah,amat sangat tidak cocok.

hehe!

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (81) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (73) INFO (67) Asya's School (60) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Birthday (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Jom Singgah (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (27) Tempat Makan Best Di Terengganu (27) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) mama+papa+fasya (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) fasyafrinatraveltales (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) mama+papa (8) Parenting (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1)