Wednesday, November 3, 2010

Last Episode : KEMUNCAK 31 OKTOBER 2008

koma ketika pregnantkan asya

Demi menyelamatkan keadaan, pada 3hb November 2008 saya secara PAKSA RELA dimasukkan dalam labour room. Keadaan makin x terkawal. Setelah peranakan dibuka menggunakan alat, hanya 3cm y terbuka. Dan ketika itu, pakar suggest utk di operate. Saya xtau nak kata apa. Sebab semuanya terlalu mendadak. Saya belum bersedia, dari semua aspek. Sebab time tu saya baru sedar dari koma tgk2 perut dah besar & baru dapat berjalan setelah kaki kanan lumpuh.


Lagi sedih, untuk menyambut satu2nya zuriat saya ni, tiada apa2 persediaan . Satu habuk pun x ada, saya mana ada peluang nak menikmati macam ibu2 lain yang mengandung. Dapat memilih baju baby, dapat membeli baju baby. Saya memang betul2 teringin melalui detik itu. Tapi, kuasa tuhan.. saya terpilih untuk di uji. Dan sehingga ke saat itu, saya & fain xpernah mengetahui jantina baby. Tapi naluri saya kuat menyatakan baby saya perempuan. Memang saya sgt2 inginkan baby perempuan. Tetapi saya berpeluang melihat asya di dalam kandungan melalui kaedah 3D. Semuanya jelas.... terlalu sayu saya melihatnya. Melihat tangannya seakan ingin mengenggam. Dan, pada pukul 12pm, saya mula rasa sakit2.. Ketika itu juga doktor pakar O&G bertanyakan lagi sama ada saya ingin di operate ke x?? Tapi saya xtau nape.. last minute saya yakin saya blh lahir secara normal. Walaupun saya nampak seperti bersalin normal... Tapi seluruh badan saya dipenuhi wayar utk memantau jantung. Di tangan & kaki juga dicucuk drip utk disambungkan ubat jantung yang menggunakan mesin . Dan keadaan itu menyukarkan saya & terpaksa menahan kesakitan akibat jarum2 tu setiap kali kontraksi.


Keadaan makin x terkawal.. Saya makin sakit & doktor pakar ingin menjalankan caeser. Tapi saya rasa dah x boleh. Sbb xlarat. Dan disaat itu, fain setia disisi memberi kata2 semangat & perangsang agar saya terus kuat berjuang. Dan, ketika ini ada insiden lucu y berlaku... pada saat kontraksi kuat saya cuba memaut Fain & Fain terus memeluk saya & krn terlalu sakit saya mengigit baju Fain. Tapi tiba2 terdengar Fain menjerit sekuat hati... Rupanya, saya tergigit sekali dengan isi d badannya hingga berdarah & meninggal parut.. Kiranya memang kuat gak gigitan tu. Dan , saya cuba mengiring.... ketika itu saya terasa something & Fain terus menjerit " KEPALA BABY KELUAR"..Dan ketika itu, nurse terus bergegas & hanya sekali teran & sejuta kekuatan akhirnya saya selamat melahirkan Asya tepat pada 3 Nov 2008 pada pukul 1.45pm. Dan itulah keajaibannya, apabila bayi itu yang hampir menhabiskan usianya demi menyelamatkan mamanya kembali bernafas di muka bumi. Dan itulah juga kekuasaan Allah, apabila saya y sepatutnya x oleh bersalin normal kerana masalah jantung akhirnya dapat bersalin normal walaupun asya dilahirkan x cukup bulan.
Dan kini, bayi itu membesar & terus membesar. Kuasa tuhan tiada siapa dpt menghalangnya. Ya Allah, terima kasih kerana selamatkan hamba mu ini dari lena yang panjang & terima kasih kerana selamatkan bayi yang dikandung itu daripada digugurkan & dilahirkan sempurna. Ya.... tiada siapa menduga asya dilahirkan normal x seperti jangkaan sebelum ini. Dan, selepas melahirkan asya.. sy dikuarantinkan selama 10jam untuk proses memasukkan ubat jantung di dalam PE room. Kiranya selepas melahirkan asya, sy hanya dpt melihatnya sekejap saja, sebelum asya ditempatkan di wad khas. Kira2 seminggu lps tu, baru sy bpluang melihat asya. Saya xtau nak kata apa, semua rasa ada.. Apa y pasti, saya sgt2 tersentuh melihat kaki asya y lebam & penuh kesan jarum. Mesti asya sakit. Tp mama x mampu berbuat apa, sbb semua itu juga utk kebaikan asya.

Perjalanan Asya Menemui Mama & Papanya
Boleh Klik Kisah Dibawah:



DAN HARI INI,
GENAP 2 TAHUN ASYA BERNAFAS DI MUKA BUMI INI

 " Dikesempatan ini, saya igin mengucapkan ribuan terima kasih di atas semua ucapan2 & doa untuk asya di n3 sebelum ini. Semoga segala doa2 yang baik itu dimakbulkan Allah SWT. Dan dikesempatan ini, saya ingin menjemput kawan2 blogger y berada di lokasi Cukai, Kemaman ke rumah pada malam ini untuk merayai detik2 indah ini (kalo y jauh2 nak datang pun, sgt2 lah dialukan) . Semuanya buat biasa2 ajer & y penting kenangan utk masa depan "

12 comments:

cha said...

kita kena baca kat rumah, sebab bila kita baca kisah-kisah Lya ni, kompem mmg kita nangis sedu-sedan.

Allah itu maha berkuasa.

iem said...

happy bufday asya...

Jamiel said...

hepi besday asya..
Semoga panjang umur,murah rezki dan sihat sentiasa disamping ibu tercinta..

Mama Zharfan said...

me sentiasa nangis setiap kali baca citer lya ni :(
lya mcm dpt peluang kedua utk hidup kan..and asya adalah anugerah yg sgt tinggi nilainya--priceless!! moga lya terus sihat , happy, bahagia...AMinn

Ena said...

DIA Maha Mengetahui apa yg terbaik buat hambaNYA.. dan lya terpilih melaluinya..

mama rifQy said...

kAK lya yang mmg sangat tabah! Tabah ye dear!!

mommyYen said...

happy birthday buat bby Asya..smoga membesar mjadi anak yg soleh dan berjaya.buat lya..moga sentiasa ceria n dikiurniakan kesihatan disamping family terchenta...

ieda said...

alhamdulillah aisya membesar dengan izin allah .. allah maha kaya .. dia tahu apa yg dia lakukan :)

rynas said...

selamat hari lahir asya..moga asya membesar menjadi anak yang tabah setabah mama asha..

kella said...

kita mengikuti kisah kisah ini.. dan oleh kerana kisah kisah ini lah kita melekat ngan lya..:)

Fieza79 said...

ada hikmah di sebalek keperitan tu dulu...tahniah Lya berjaya menghadapi nya...

aien said...

besar sungguh pengorbanan seorg ibu...moga asya menjadi anak yg solehah dan menggembirakan ibu dan ayah sentiasa...amin

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (81) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (73) INFO (67) Asya's School (60) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Birthday (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Jom Singgah (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (27) Tempat Makan Best Di Terengganu (27) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) mama+papa+fasya (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) fasyafrinatraveltales (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) mama+papa (8) Parenting (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1)