Saturday, April 17, 2010

AWAS : Jika Anda Sayangkan Bayi Anda !!

SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain. Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.....( occupational stress ).

Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.

  PENCEGAHAN

1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
2. Jangan memegang bayi anda ketika marah.
3. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
4. Minta bantuan orang lain.


General Info.....

Pesakit terakhir yang kami 'tidurkan' ialah bayi berusia 4 bulan. Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain.. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.

Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).

Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.


~~~> JADI, ANDAI ANDA SAYANGKAN ZURIAT ANDA.. AMBIL LA IKTIBAR DRP KEJADIAN INI.. JIKA SELAMA INI KITA ANGGAP AMALAN TIMBANG2 ANAK TINGGI ITU MEMBUATKAN ANAK GEMBIRA.. KITA SILAP..KERANA KESAN BURUK MENYUSUL KEMUDIAN HARI.
~~> Info by e-mail & pic by Mr Google

17 comments:

miemiey said...

kasihan bayi tu...bukan penderaan je menyebabkan kecederaan otak tapi menimang pon tak boleh..kmi mmg tak menimang ank dulu sbb org tua kata darah cam turun gtu..takut gak...terima kasih info lya..ni kmi nak bgtau tengku sbb tu je anak sedara kesayangan kmi...sebelum apa2 baik kita mencegahkan...

LYaFRINA said...

Betul tu k.mie..nmpak mcm remeh temeh j kan.. tp effect dia sgt2 teruk.. bkn j menimang.. semasa kita hayun buaian msa baby tdo tu pon kena bhati-hati.. sbb tu kalo blh elak dr awl drp guna buaian.. kdg2 kita biasa main lambung2 ank kitakn..kita happy bila tgk ank kita happy bila dilambung,, tp akibat drp pbuatan tu sgt2 teruk.. sama2 kt jdknnya panduan

~ Lady ell ~ said...

ell lama dah tau bende ni.sbb tu jgn sebarangan nak timang2 n goyang2 ank ni.

LYaFRINA said...

LADY ELL :

itu la.. rasa ramai y xtau psl ni.. @ ada y tau.. tp still juga amalkan..

Zaidah said...

katanyer klu nursery yan ade buaian pun bleh di kenakan tindakan dengan menarik lesen...sebab buaian tu pun merbahaya...

LYaFRINA said...

ZAI:-

mmg ar... sbb kdg2 kita hayun buai tu kuat2.. tba2 bimbang sbb asya tdo pakai buai.. tp just letak j.. lps dh lena angkat ats katil...

**pasal nursery guna buai tu.. lya xpasti.. mgkin gak betul

alyyani said...

jgn la pengasuh adel buat adel cmtu. benda yg aku paling takut. moga anak kita sentiasa dilindungi Allah..amin..

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Kasihan baby tue..

Qis ni suka tul nk di buai..
Klu tido siang mesti nk buai..
Klu x mmg susah nk tido..

liza said...

tq for the info..

LYaFRINA said...

ALLYANI:-

tu la alya... dah org luar jagakan.kt xtau mcmana dia org jaga.. apa2 pon, alya kena yakin.. insyallah, xde apa2... kalu nursery tu ramai pgasuh xde hal rsenya,.. y jd poblem bila pngsuh sikit n jaga budak2 ramai..

**smoga TUHAN sentiasa melindungi anak kita..
amin...

-----------------------------------

LILY :

sama la dgn asya.. pon slalu nk buai. sbb dah ajr dr kecik.. tp xpela.. kita hayun buai tu jgn kuat2...

-----------------------------------

LIZA :

sharing is caring...

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat.”

yaya said...

xpenah terpikir plak x boleh timang baby.

atau tu info untuk baby yang badan lembut lagi je kot?

Ain said...

sebab kalau kids jatuh kita kena pantau 48 jam....

risau ada kecederaan dalaman kan...

bayi yg masih kecil pun tak elok dibuai laju2....

otak dorang sangat sensitif waktu tue....

papepun, kena sentiasa beware...

LYaFRINA said...

YAYA :-

owhhh,, xde la yaya.. bkn utk bdn baby y lembut je.. tp utk semua baby, sbb dh dinyatakan kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa. jadi penting sgt2 kalo kita take note semua ni..

**kdg2 perkara y kt anggap remeh tu kt perlu ambik serius.

-----------------------------------

AIN :

itu la... kecederaan dalaman y takot. sbb kt x nmpak n mberi effect y lbh besr.. apa2 pon sama2 kt take note smua ni..

Liza said...

thanks for sharing, at least boleh ler kita saling ingat mengingati...

LYaFRINA said...

LIZA :

betul tu/

Momma Mia said...

good sharing. thanx for the info

LYaFRINA said...

MOMMA MIA :

sharing is caring..
sama2 kita btukar ilmu y kita tau.

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (81) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (73) INFO (67) Asya's School (60) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Birthday (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Jom Singgah (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (27) Tempat Makan Best Di Terengganu (27) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) mama+papa+fasya (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) fasyafrinatraveltales (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) mama+papa (8) Parenting (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1)