Sunday, April 10, 2011

Kenapa Anak Mudah Menangis ?

asya nangis sebab termakan capati y hangus & rasa pahit ni

 Semestinya sbg ibu&bapa kita sudah biasa berdepan dengan situasi anak menangis kerana ianya perkara rutin bagi sesiapa yang mempunyai anak & ianya sudah menjadi perkara biasa. Namun, kadangkala situasi anak menangis boleh menimbulkan tekanan dalam diri kita & membuatkan kita mulai naik angin esspecially time kita terlalu letih. Apatah lagi apabila ank kita menangis xtentu pasal. Namun, terlebih dahulu kita harus mengetahui punca anak menangis, adakah kerana sakit @ perkara2 yang remeh. Tetapi ada kalanya dia menangis kerana dia memilih untuk berbuat demikian antaranya ialah:

Bimbang
Ini berlaku apabila si anak mula berada tidak selamat apabila ibu/bapanya tiada disampingnya. Apatah lagi apabila dikelilingi oleh orang asing & tidak dikenalinya. Dan ketika itu juga pelbagai fikiran negatif mula timbul dalam dirinya seperti takut dan macam2 perkara lagi.

Terlalu melindungi
Terlalu melindungi anaknya walaupun hanya mengalami kemalangan kecil @ kemalangan kecil yang biasa dilalui oleh kanak2 sedang membesar akan menyebabkan anak2 terbiasa ditolong & tidak dapat membiasakan diri mengalami situasi yang sukar serta tidak mempunyai kekuatan mental untuk menghadapi masalah itu. Jadi ini akan menyebabkan si anak mudah menangis kerana mengharapkan bantuan ibubapa. Jadi pastikan jangan terlalu manjakan anak anda & biarkan anak belajar berdikari.

Keinginan dituruti
Selalu menuruti keinginan anak akan menyebabkan anak mudah menangis apabila tiba2 keinginannya tidak dituruti. Maka, turutilah keinginan anak2 kita bertempat.

Tip elak anak mudah menangis

1. Bimbang boleh, tapi jangan berlebihan
Kendalikan kebimbangan ibu, jangan dinampakkan di raut muka . Seteruk mana pun keadaan anak, ibu harus terlebih dahulu menenangkan diri. Dalam erti kata lain buat rileks ajer.

 2.Tegas itu perlu
Anak akan cenderung cuba menangis dengan harapan ibu akan menuruti permintaannya. Jadi bertegaslah dengan pendirian anak. Apabila kita bertegas, lama kelamaan anak2 akan mula diam dari menangis kerana tahu permintaannya x akan dituruti.

3. Penuhi rasa tenteram anak
Jika mereka ketakutan, apa yang menjadi penyebabnya? Jangan sekali-kali ibu bapa memaksa anak untuk menghilangkan rasa takutnya. Komentar seperti, “Jangan takut, tak ada apa-apa.” atau,“Ah, itu pun nak takut.” Yang harus dilakukan adalah membangkitkan rasa tenteram pada diri anak. Ketika anak menangis, peluk mereka terlebih dahulu untuk menimbulkan perasaan tenteram.

4. Latih anak menguatkan mentalnya
Ketika anak menghadapi suasana tegang, latih mereka untuk menguasai diri. Ketika mereka mulai menangis, tenangkan hati mereka dengan sabar. “Sabar, sayang. Kita cari bersama-sama patung adik yang hilang tu.


Sumber : Pa&Ma

4 comments:

mama iris said...

ini lah yg selalu nurul fail nak buat....nurul mmg jenis penakot...so kalo dok berdua ngan khayra....kdg2 khayra lg berani.....contoh mcm tgk cerita seram kat tv malam2....lg satu kalo khayra jatuh......nurul yg lbh2 emo...lg satu kalo dia kene mrh ngan papa dia....hwaaaa camne ek lya??

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

ololol.. siannyer picca asya nanges..
kalo mommienyer nangis sbb ape lak?.. ekekekek..
*mau dipujuk gak kan, ahaksss.. *

mamalieyna said...

thanks for the info Lya..berguna ni ^_^

alyyani said...

good info lya. kita dah ada anak ni, and anak pun dah besar sikit kita dah tau kenapa anak kita nangis. cuma time baby2 tu mcm runsing sikit. takut pun ada kan? huhu..

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (79) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (71) INFO (67) Asya's School (59) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (49) Shopping (47) Birthday (46) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Jom Singgah (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (34) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (27) Tempat Makan Best Di Terengganu (27) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) mama+papa+fasya (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) fasyafrinatraveltales (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) Parenting (7) mama+papa (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1)