Wednesday, April 21, 2010

Kerana Intubation...

Sebenarnya dah lama nak post pasal ni.. tapi asyik ttunggak jer.. Diharap selain berkongsi pengalaman, ianya boleh gak memberi info pasal INTUBATION ni. Act, baru2 ni kat bahagian leher saya ada timbul benjolan yang agak menyakitkan.. Mula2 ingat sebab panas badan.. Tapi, tekak x sakit n perit pon..just sakit d bahagian benjolan. Nak bercakap pon, kat bahagian bengjol tu sakit.. Sakit y amat.. Bila tido, nak bangun sgt2 seksa.. mybe tekanan y jd sakit.

~ Kesilapan m'edit..sampai pic jd beso n kurang jelas benjolan tu~

Last2, malam khamis 2 minggu lepas saya pon ke Emergency room.. Risau sgt2. Sbab sakit yang amat. Kebetulan doktor y check tu mmg doktor y selalu merawat saya. Jadi senang, sbb dia tau semua history saya.. 1st sy gtau pasal saya sakit ni..doc dah kata ni msti kesan intubate. Check punya check..mmg betul, saluran pernafasan saya mgalami jangkitan (mungkin bernanah) effect drp kesan intube tube pernafasan masa saya koma dulu.. Salah satu faktor, saluran pernafasan saya ni mumpunyai luka & parut y truk kesan drp intubation ni.. Mmg hari ini msih rasa sakit2 mcm tiub intubation tu ada lagi. Dan utk sementara doktor bekalkan ubat antibiotik n tahan sakit dan sepatutnya Khamis bru2 ni sy kena k hospital lagi untuk masuk kamera bagi melihat tahap keseriusan luka tu.. sbb takut ianya makin teruk.. Tapi sampai ke hari ini saya belum pergi2 lagi.. Saya takut.. sbb sakit sgt2 kalo masuk kamera tu.. lebih kurang mcm kena intubate kot.

Bayangkan saluran sebesar ini.. sewaktu dirobek untuk memasukkan tiub & belon bagi megantikan fungsi jantung.. Oppss .. Seseorg itu akan di intubate apabila jantung gagal berfungsi dan hidupnya pada ketika itu adalah kerana mesin bantuan pernafasan & kuasa Allah SWT. Begitula saya pada saat itu, 100 % bergantung pada alat bantuan pernafasan, walaupon slps sedar koma masih lagi bergantung pada mesin tu.. Selepas saya sihat dulu, ramai yang tanya sakit tak?? Ya Allah... Saya x rela lagi..Hanya tuhan yang tahu betapa seksa n sakitnya apabila belon itu mengepam di dalam dada saya.. apila didalam salur pernafasan dipenuhi wayar2.. Amat menyakitkan.. Tiap kali saya sedar, sentiasa air mata y mgalir sbb x mampu bercakap krn dlm mulut n salur pernafasan d penuhi tiub. Dan paling menyakitkan time doktor ingin buangkan tiub dari mulut. Sangat2 menyakitkan. Semasa proses membuang tiub, sememang darah akan memenuhi bed & berhari-hari xada suara..

Ini adalah sebahagian daripada alat2 yang digunakan untuk intubation.. Semuanya berasakan besi.. Memangla, time doktor masukkan intubation pada saya saya x sedar langsung..Tapi ada sekali semasa saya kritikal, fain ternampak.. Kata fain, mmg sgt2 menakutkan sbb besi besar dijolokkan dalam mulut saya. Walaupun saya x sedar time tu, tp mungkin kesan refleksi yang membuatkan mulut saya melawan objek tu. dan time tu la fain pengsan sebab terkejut.


Inilah keadaan ketika proses intubation dilakukan.. Saya sendiri x dapat bayangkannya.. Apa yang saya tahu.. Ianya sungguh2 menyakitkan.. Sangat2 menyakitkan.. Kesakitan yang x tertanggung.

*****

****

***

*

~Pic ni fain ambik cpt2 guna hp dia.. Time ni dlm ICU HKM sebelum di tranfer ke HTAA.~

Dan inilah saya setelah diintubate.. Tiub tu disambungkan dengan mesin bantuan pernafasan hayat. Time ni saya koma.. Bersama saya pada saat2 ini adalah Asya.. Di dalam perut saya.. Syukur alhamdullilah, Asya selamat mengharunginya. Bagi sesiapa yang ingin mengetahui lanjut cerita ni, klik SINI . Keajaiban berlaku..pada saat2 saya hampir pergi drp dunia ni & pada saat doktor ingin mengugurkan asya yang ketika itu 6 bulan dalan kandungan krn ingin selamatkan saya y kritikal saat itu ... asya telah memberi tendangan yang cukup kuat yang terus mengejutkan saya dari lena yang panjang tu.. Terus membawa asya ke dunia ini dlm keadaan x cukup bulan.. Alhamdulillah.. Satu2nya anak mama selamat & membesar hingga ke hari ini. Amin..

---> Kawan2 semua, saya mintak maaf pasal n3 Yezzzaaa... Akhirnya asya dapat adik!! ... Saya x sangka ramai y ingat sy ni preggy.. Act, saya dah x bleh mengandung lagi... SHE... MY ONLY ONE!!

---> Oleh kerana pelbagai kejadian yang berlaku sepanjang membawa asya ke dunia ni, sebab itula saya & fain cuba lakukan apa2 saja... selalu bawa asya berjalan.. demi memenuhi setiap detik yang ada.. Pengalaman y terjadi tu, membuatkan Fain & saya amat menghargai waktu yang ada ini.. Jadi semua ini bukan kerana semata-mata terlalu memanjakan asya.. Tapi menghargai waktu yang ada ni.. Saya ni sakit ... ntah apa lagi y akan terjadi...

34 comments:

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Tgk2 dr gambar2 tu pon..
Lily dpt rasakan betapa
sakitnyer proses intubation tu..
Tu lah Keajaiban dariNya..
Moga Lya sentiasa Sihat!!

fazilzura said...

mak aii .. cm teruk je keadaan tu ..moge2 sakit tu x kan dtg lg ...

mama_izz said...

aduh.. saya pulak rasa nak menangis.. saya harap Lya sentiasa sihat.. jaga diri baik2 yek..

Mak Su said...

tq utk info ni... dan so sorry to hear about your pengalaman dulu

doa yang baik2 saja untuk awak, take care.

mamaaerish : said...

dear,
asya sgt2 bertuah dpt mama yg sgt2 tabah... u go girl... i'm with u... (",)

LYaFRINA said...

LILY :-

MMG AMAT2 MYAKITKAN.. TIME SEDAR TU,, TUHAN J TAHU.. TANGAN KENA IKAT, SBB DOC TAKUT TANGAN LYA RAGUT SEMUA TIUB2 TU..
TQ LILY..

-----------------------------------

FAZILZURA :-

AMIN...

-----------------------------------

MAMA_IZZ:-

EYHH..JGN NAGIS2..SKRANG MASA UTK BGEMBIRA.. JUST UTK KONGSI PGALAMAN JE NI..

-----------------------------------

MAKSU:-

WELKEM.. TQ MAK SU..

LYaFRINA said...

MAMAAERISH:-

TQ VER2 MUCH EB.. SUKA SGT2 KENAL EB.. BEST KALO KT BLH JUMPA SCARA LIVE. TQ ATS SEMUA SUPPORT TU.

Ain said...

lya, gerunnya ain tengok.....

dup dap dup dap jantung nie...huhuhu.....

ain kagum sangat dengan lya sbb lya tabah tempuh semua ni....

moga sentiasa sihat walafiat....

zue @ annaleeya said...

uihhh lya... serun tgk... moga seme nih tak berulang lagik... hrp lya akan sihat sepenuhnya...

lya dah x bulih peknen??? OMG... sorila zue tak tau... tp syukur, sekurang2nya lya ade asya kan???

adda said...

salam lya. dulu2 penah gak cari kt youtube camne doc wat intubation. mmg sgt ngeri. masa tu saya saje nk tau, sebab hubby kena surgery masa tu.. ee mmg takut sgt2

hopefully lya cepat sihat yek. semoga infection tu x teruk. take care

AngahSayang2314 said...

salam alya.. tak sangka ye bertapa perit angah melihat nie kan pula sendiri merasa kan alya!! apa2pun angah nasihat supaya alya cepat sembuh amin..angah doakan terbaik buat alya & sekeluarga

LYaFRINA said...

AIN:-

eee..lya pon gerun.. nasib baik time tu mmg x sedo.kalo sedo..berlari dr katil tu..
Tq ain..

-----------------------------------

ZUE:-

tq zue..insyallah..mtk2 jauh la dr semua tu..

btul zue..lya da xleh petnent.. bahaya..

-----------------------------------

LYaFRINA said...

ADDA :

salam.. owhh..suami adda pon pernah intubate.. dia intubate kot salur pnafasan k kena tebuk leher?? apa2 pon, kesn intubation tu amat2 myakitkan..

lya pon hrp infection tu x melarat..ni smpai skrang x pegi hosp lg.. takut.. tq adda.

-----------------------------------

ANGAH :

Angah, stiap org dberi ujian y bbeza.. cuma lya di uji dgn cara begini.. tq ats semua kata2 n sokongan angah..

Fia Abas said...

harap sumenya baik2 =) fia doakan yg tbaik utk keluarga kamu =)

*setiap ujian allah ada hikmahnya kan?

miemiey said...

dengar cerita lya pun buat kmi terasa sakit macammana tu..tapi mmg tak leh bygkan apa yg lya rasa masa tu...

melalui pa yg lya ceritakan..kmi teringt arwah nenek kmie..
pada mulanya doc kata dia ada kuman lam perut terus antar trg..ta;pi dia sihat
then doc masukkan alat tu lam mulut dia..dia meronta2 tak nak masukkan alt lam mulut tapi kmi tak tau alat macammnt tapi tuk bantuan pernafasan..
apa yg terjadi lya tau tak nenek kmi terus koma dan meninggal dunia
kmi terkilan sbb dia sihat
mgkn dah ajal dia
tapi bila lya cerita cam ni kmi agak mgkin nenek kmi tak mampu melawan keadaan dan kesakitan masa alat tu dipakai...maklum dia dah 70 tahun...
rasa tak tertanggung apa yg lya rasa....
apa yg kmi doa agar lya kembali sihat..

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

ya Allah...takutnye tgk lya alat tu n cara nak masukkan tu

takpe lya..Allah dah kurniakan insan yg sunggoh comel dlam idup lya
peluang sekali seumur hidup..

semoga lya makin tabah jalani hidup ya..

if sy sendiri, rsa tak tertanggung ape yg lya hadapi tu...

LYaFRINA said...

FIA :-

terima kasih y amat fia..

-----------------------------------

MIEMIEY:-

thanks k.mie...

mmg sakit masuk alat tu..tp lya bnasib baik lya x sedar.. tp fain kata, sblum tiub tu di masukkan lya msih sedar x sedar.. n bila dh selamat pakai.. mmg lya x sedar trus.. tp semsa sdr dr koma, dgn alat tu ada.. mmg myakitkan.. bygkan ada belon y megepam dalam dada kita.. sakit sgt2..

LYaFRINA said...

ROSE:-

tq rose... hehhehe..act sgt2 bsyukur krn dikurnian penyeri dlm khidupan lya n fain..

mamalieyna said...

sebak pulak baca coretan lya ni..huhu..besar sungguh dugaan dan cobaan buat lya sefamili kan..

sangat menakutkan dunia perubatan ni..
seb baik tak jd doktor! :P..tak snggup nak tgk pesakit dlm keadaan mcm tu, jd pesakit apatah lagi..

hope lya dpt lalui dgn tenang ye, n harapnya semua berjalan lancar!

lya kuat selama ni, pastinya yg ini juga lya kuat n mampu laluinya!

lia said...

akak telan air liur berkali2 spnjg baca entry ni.... sgt2 menginsafkan akak.... tersekat nafas akak baca....

lya tabah... semoga sentiasa tabah.... semoga Allah sentiasa melindungi lya, amin....

IbuHakimHaikal said...

Lya..semoga sentisa sihat..lya mmg seorang yg tabah...jg asha bebaik tau..xpe dia xdpt adik pun..itu semua rezeki dari Allah... ;)

H@n$ Xy said...

thanks for this post..sharing is caring...

Liza said...

don't worry, you are such a good mom to asya...take care...

Zaidah said...

zai ngeri tengok alatan yang digunakan...sesungguhnyer lya mempunyai semangat yang kuat untul melwan penyakit serta asya yang berada di dalam kandungan ketika itu...

dyea irdina said...

ish..gerun gak baca citer lia ni..ari ni br sempat terjah blog ni abis abisan...nak2 tentang pregnency n koma tu...saya pun dah 2 kali misscarriage n skrng ni still monitored by hospital..kena serah diri 2 minggu sekali pasal beta HCG tinggi..anyway pepehal pun kita kena kuat unt orng2 yg syngkan kita ni...take care

Asz said...

aduihhh ... baca pon dah rasa sakit ... camtu jugak lah agaknyer Ammar rasa ... dia pon dah berkali2 di intubate masa kat ICU dulu ...

apa2pon, lya jgn tunggu lagi, cpat2 pegi spital, kita x nmpak keadaan dlm tuh, better pegi cepat2 sblom makin teruk ... u take care ya!

rynas said...

Lya akak baru jer baca semua kisah2 Lya..sedih sangat. alhamdulillah Lya dpt melalui semua itu dgn tabah. take care yer..harap2 dijauhkanlah drp intubation tu

LYaFRINA said...

MAMALIEYNA:-

a ah..duk hosp mcm2 hal blh tgk ..blh nmpak.. duk dlm icu lg la.. smuanya tbaring kaku.. mmg ngeri n menakutkn.. tp cita2 lya dulu nk jd doc... mencabar.. hehehe..

-----------------------------------

LIA:-

ermmm..just 4 sharing.. lg pun mgkin ramai lg y tak tau pasal intubate ni.. jd dgn adanya pgalaman ni.. blh la kongsi2.. tq lia..

-----------------------------------

IBUHAKIMHAIKAL:-

Amin.. mudah-mudahan begitula..
TQ..

LYaFRINA said...

HANS :-

welkem..

-----------------------------------

LIZA :-

insayaallah.. tq liza..

-----------------------------------

ZAI:-

hheheheh.. biasa j zai..smngat tu.. mybe drp asya kot.. mybe krn naluri seorg ibu.. lya rasa semua ibu2 akn bjuang utk anknya.

LYaFRINA said...

DYEA:-

just kongsi2 pgalaman.. apa2 pun dyea pon take care yer.. insyaallah, kalo ada rzeki x kemana tu.. smua tu ada hikmahnya.
take care.

-----------------------------------

ASZ:-

hhaaaa.. itu la asz.. haritu lya pon ada tgl komen kat blog asz msa tgk pic ammar d intubate.. lya x dpt bygkn baby sebesar ammar menanggung tu.. apa2 pun, semoga kt sama2 tabah..

-----------------------------------

RYNAS:-

tq rynas cz sudi baca kisah lya,, smua tu just utk kongsi2 saja.. manatau ada lg y senasib lya.. jd blh sama2 btukar pndangan..

LYaFRINA said...
This comment has been removed by the author.
'NuReeN' said...

lya kena kuat k..
InsyaALLAH nureen doakan kesihatan lya.. moga cepat sembuh.. amin...

LYaFRINA said...

NURREN :-

tq nureen...

Arina Shamsul said...

Ya Allah..betapa kuatnya kamu dear.betapa besar ujian yang ALLAH berikan untuk kamu.tahniah..sebab kamu berjaya melaluinya dengan sabar dan tabah.

serius sebak baca entri ni ..:'(