Tuesday, April 27, 2010

Lagenda Budak Setan

Ada saper2 yang pernah layan Novel Lagenga Budak Setan (LBS) ni..?? Huhhh..sayalah sorang drpnya.. Saya sangat2 suka citer ni.. Perjalanan ceritanya.. Dan kebanyakan novel Ahadiat Akashah saya khatam.
Antaranya novel2 yang sangat2 melatop :
Pilot Cafe... Novel ni saya ada beli. Ini merupakan novel duet pertama di Malaysia.. Mula2 maca, susah nak faham sebab novel duet ni ada dua cerita.. Bila baca habis baru faham & best!!
Katerina..... dan sambungannya


Kasyah.. adalah kesinambungan daripada novel Katerina..

Dan LBS adalah novel paling melatop!! Saya mmg suka sgt cerita ni..


SINOPSIS : 
Kisah bermula dengan kenakalan Kasyah, seorang pelajar kolej yang sering membuli dan mengenakan pelajar lain, bersama beberapa rakannya. Sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kehadiran pelajar baru, Ayu, yang menambat hati pemuda terbabit. Sebaik saja pulang ke kampus, Kasyah yang tidak mengetahui perkahwinan Ayu dan Azmi, terkejut dengan berita yang diterimanya itu.

Masa berlalu, rumah tangga Ayu dan Azmi berantakan lantaran sikap Azmi yang panas baran dan pemabuk. Ayu sering dipukul. Suatu malam, akibat tidak tahan dipukul Azmi, Ayu bertindak melarikan diri dari rumah dengan memandu kereta. Ayu hilang kawalan lalu terbabit dalam kemalangan. Ayu cedera parah dan dibawa ke hospital. Mukanya hancur dan terpaksa melakukan pembedahan plastik. Wajahnya berubah, tetapi dia pulih semula. Seterusnya Ayu menuntut perceraian.

Bersama wajah berbeza dan dengan trauma kehidupan lampau, Ayu kini bertekad untuk memulakan hidup baru. Bersama wajah barunya dan dengan pampasan perceraian, dia membuka syarikat perniagaan serta menampilkan diri sebagai Emilia. Menerusi Suzana, kawan rapatnya ketika di universiti, Kasyah diambil bekerja.

Kasyah yang mulanya tidak perasan kehadiran Ayu dalam diri Emilia, mulai berasakan sesuatu kerana persamaan yang dimiliki antara dua wanita itu. Emilia mendapati Kasyah masih setia menyintai Ayu. Keadaan itu menambah deritanya apabila Kasyah tidak menerima Emilia dalam hatinya.


  Dan sekarang LBD difilemkan.. Harap2 hasilnya sehangat novel tu.. Jom tengok pelakon2 LBS..

 ****
***
**
*
KASYAH
 Kasyah bersama rakan sekumpulannya, Sapi, Man dan Cin Cai merupakan pelajar nakal yang sering membuat onar dan terkenal kerana sering dikenakan tindakan disiplin. Mereka juga melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan. Namun, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru, Ayu. Ayu telah benar – benar menambat hati dan perasaan Kasyah, membuat dia jatuh cinta. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah dan sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah. Hubungan Kasyah dan Ayu bertambah erat dengan bibit percintaan mulai bercambah. Pada semester akhir, Kasyah ke kawasan pedalaman bagi menjalankan kajian untuk tugasannya. Mereka tidak berhubungan dengan harapan Kasyah dapat menumpukan perhatian pada kajiannya.Episod baru hidup Kasyah pun bermula.
AZMI

Ketika pemergian Kasyah, bekas kekasih Ayu, Azmi, muncul menagih cinta. Azmi menggunakan kedudukan dan kemewahan keluarga bagi mempengaruhi ibu Ayu, Mak Leha, agar memujuk gadis itu berkahwin dengannya. Berpura-pura sakit tenat, ibu Ayu berjaya meminta anaknya berkahwin dengan Azmi.Ayu yang serba salah terpaksa menerima Azmi dalam hidupnya, kerana bimbangkan keadaan ibunya. Ayu berkahwin dengan Azmi.Azmi kembali kepada tabiat lamanya yang pemabuk, panas baran, kaki perempuan dan sering membelasah Ayu. Suatu malam, mereka berdua bergaduh besar. Ayu yang dipukul bertindak melarikan diri dengan kereta. Ketika memandu dalam keadaan trauma dan emosi, Ayu hilang kawalan lalu kemalangan. Ayu cedera parah. Mukanya hancur. Azmi menuntut maaf tapi Ayu sebaliknya menuntu cerai dan minta wajah yang baru. Episod baru hidup Ayu pun bermula. Ayu yang kini berwajah baru tampil sebagai Emilia. Ayu ingin memulakan hidup baru dan melupakan episod dukanya., meskipun hatinya mencintai Kasyah.                    

                                  
AYU
EMILIA

Ayu / Emilia, menubuhkan syarikat melalui wang simpanan dan pampas an dari Azmi. Melalui kawannya, Suzana, Kasyah dijejaki dan dipelawa untuk bekerja dengan syarikat Emilia. Kasyah yang pada mulanya tidak menyangka apa – apa, mula mengesyaki sesuatu setelah baru bekerja. Melalui Suzana juga Kasyah mengetahui segalanya tentang Ayu / Emilia. Hubungan mereka kembali bertaut. Azmi yang sakit hati cuba mengagalkan hubungan itu kembali. Azmi sekali lagi meminta bantuan Mak Leha untuk memujuk Ayu / Emilia. Semasa di rumah Emilia, Azmi telah memukul Emilia dihadapan Mak Leha sehingga milia terjatuh dan tidak sedarkan diri. Emilia cedera parah di kepala dan hilang ingatan. Berbagai cara dilakukan oleh Kasyah dan Mak Leha untuk memulihakn ingatan namun belum berhasil. Emilia yang senakin pulih, akhirnya mengahwini Kasyah. Kebahagian yang diharapkan Kasyah tidak kekal lama. Ayu / Emilia meninggal dunia ketika melahirkan anak



---> Tak sabar tunggu filem lakonan lisa ni!!

20 comments:

fazilzura said...

DAKU DAKU ... sgt2 melayan novel ahadiat akasha tu .. kebetulan bf kwn nye kakak , kawn dgn dia... kwn tu le dok dpt novel pree.. waaa jelos ku ...

** wahh ado kat wyg ker.. sure besh ..

*** pelik tui ler.. kalau farid bercinte, sure awek2 dia akan di gandingkan dlm 1 filem .. cm x leh berlakon dgn org lain selain awek2 dia... dulu dok dgn irma, now dgn lisa plak

miera said...

wahhh.macam best jer citer nie..tak sabar nak tgok..

LyNn HaMzAh said...

seronoknyer bila dapat tahu citer ni difilemkan...i really love karya2 ahadiat akashah...

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Baca sinopsis nyer pon cam best jer..

Kena lg ngan pelakon nyer c lisa yg kiut tu..pasti gempak nnt..

AngahSayang2314 said...

mmm macam best jer citanyer sorry angah kalu bab baca novel tak minat la... hehehe

~LP Lum~ said...

salam~

sy pun slah sorang peminat ahadiat.. novel lagenda budak setan adalah novel pertama sy beli.. msa tu cover nya kaler biru.. then katerina yang kaler pink akhir sekali kasyha yang kaler putih... wah terasa amat menarik bila nak di movie kan.. tapi sy tak mengharapkan pada movie nie wlaupun ianya berlandaskan jalan cerita novel.. kerana bagi sy, cerita dlm novel amat indah tak xmampu nak di realisasikan ngan gambaran... :)

'NuReeN' said...

minat tol lya baca novel kan..
klau nureen 1 novel pon mkn hari nk abis.. mls nk baca n dalami perasaan plak.. hehhee...

mamalieyna said...

Lisa berlakon la..mesti best! ^_^

akak dl suka la sgt baca novel2 ni..tmbh2 tulisan ahadiat akashah ni!

~aSHa~ said...

dulu sempat la baca..dan suka novel, bleh berangan2 sekali

skrg...ehehehhhehe

dulu time preknen atau berpantang...sempat je

Siti said...

siti suka..huhu..suka baca novel ahadiat nih..syoknya...tapid ah lama tak beli novel..huhu

LYaFRINA said...

FAZILZURA :

hahahahha.. sama la wei!!! sgt2 suka.. hrp2filemnya pon sehebat novel la..

**a ah la.. agknya farid just nk blakon dgn makwe dia kot. heheheheh

-----------------------------------

MIERA:

tunggu!!!

-----------------------------------

LYNN :

betul tu..karya ahadiat semuanya best2..

-----------------------------------

LILY :

kalo lily baca novel dia..lg blh feel.. tringat kasyah tu.. y sgt2 noti.

LYaFRINA said...

ANGAH :

hehheeh.. tp kalo novel ni dia xjiwang2 n guna ayat skema.. cuba la.. dia main guna bahasa harian kita bhsa rojak.. jd kt enjoy baca.. sbb dia mmg realiti.. xde ayat2 kiasan.. cubala..

-----------------------------------

LP LUM :

waa.. bgus2..kt sama la.. boleh tahan minat yer.. n lya pon mmg baca semua novel tu.. kalo x sialp katerina tu kesinambungan dr LBS.. eyhh bukan.. novel : sekuntum bunga, sekeping kad & seraut cinta" tu kombinasi kesemua kisah cinta LBS, KATERINA & KASYA.. tp sedih sbb last2 semua hero n heroin mati.. tp best sgt novel tu..

----------------------------------

NUREEN :

sgt2 minat.. drp baca mjalah..better baca novel..kdg2 ada manfaatnya.. tp novel ahadiat ni mmgg sempoi..

LYaFRINA said...

MAMALIEYNA:

haa.. betul tu..novel2 ahadiat semunya best2 kan..

----------------------------------

ASHA :

sha..part berangan tu y paling best.. ehhehehe

-----------------------------------

SITI :

a ah..novel dia smeua best..n msuk dgn jiwa kita.. lya pon lama dh x beli novel.. pinjam j dgn kakak ipar.. n lg pon kat sini ada tmpt sewa novel..lya main sewa j kat pustaka munirah.. heheheh

lia said...

sblm kawin layan cter ni smua tp la ni, nk baca paper pon xsempat kui3...

zue @ annaleeya said...

lisa lagik.... suke tgk lisa... tak sabo nak tgk...

mase sekolah dlu mmg layan novel ahadiat nih...

~MrS adLiE 0gURi~ said...

novel ni mmg besh..da wat crita lagik best!xsabaq nk tgk!hihih

rynas said...

eh dulu sangat suka baca novel ahadiat ni..tapi skang bila dh ada anak minat membaca novel terpaksalah dihentikan seketika.

LYaFRINA said...

LIA :

sama la lya.. celik mata sibuk k opis..balik opis sibuk dgn anak..hai cuti pon gitukn.. heheh

-----------------------------------

ZUE :

sama..suka sgt2 lisa..cute!!

-----------------------------------

MRS ADLIE:

mmg best..hrp2 filem pon se ebst novel

-----------------------------------

RYNAS:

biasala..nk baca sikit dh kena kacau kan..heheh

shi3la said...

uwaaaaaaaaaaa sukernyer Lisa surihanii....

LYaFRINA said...

SHIELA:

sukerrrrr gak

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (81) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (73) INFO (67) Asya's School (60) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Birthday (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Jom Singgah (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (27) Tempat Makan Best Di Terengganu (27) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) mama+papa+fasya (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) fasyafrinatraveltales (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) mama+papa (8) Parenting (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1)