Thursday, May 6, 2010

PAP SMEAR... sudahkah anda??


Kelmarin, selepas selesai check-up asya.. Nurse kat situ sarankan saya jalankan ujian Pap Smear. Pada asalnya memang saya x nak.. Macam2 alasan saya bagi. Kata ada meeting la.. Tapi selepas dengar penerangan tu, Fain suggestkan saya buat ujian tu.. Serius,, sebenarnya saya TAKUT SAKIT & MALU.. Dan seelok-elokknya, ujian ni diambil selepas 5 bulan bersalin.. Tapi saya... dah setahun setengah.. heheheheh..

Rupa-rupanya, ujian ni memang tak menyakitkan langsung. Dengan syarat kita harus rileks sajer.. Resultnya, saya akan dapat selepas 3 bulan..(standard ar kalo gov )...Kalau ada y belum jalankan ujian ni.. Cepat2 lakukankan, sekurangnya jika ada sebarang yang x normal, semuanya dpt dikesan diperingkat awal & masih boleh dirawat.


Mengenai perkembangan asya, semuanya ok..draft makin menaik.. Syukur alhamdulillah. Dan, semasa kena injection tu..asya dengan selamba rileks jer.. Siap senyum.. Tak menangis langsung.. Terkejut gak.. Saya ni punyala excited nk dengar teriakan asya.. Mungkin asya dah biasa kut, sebab dari lahir dah biasa kena cucuk..

SEDIKIT INFO TENTANG UJIAN PAP SMEAR


Apa itu Ujian lumuran Pap?
Ujian lumuran Pap merupakan ujian yang mudah dan tidak menyebabkan sebarang kesakitan. Ujian Pap Smear ini boleh mengesan barah pangkal rahim (Kanser Serviks) pada peningkat awal. Rawatan yang mudah pada peringkat ini boleh membawa penyembuhan sepenuhnya.

Pap smear bertujuan bagi mengenalpasti keadaan luar biasa pada sel di permukaan serviks pada peringkat awal. Jika keputusannya meragukan, wanita akan dipanggil semula bagi menjalani ujian colposcopy untuk mengetahui punca sebenar masalah yang dihadapi, khususnya mengesan kehadiran sel luar biasa yang dipanggil cervical intraepilhelial neoplasia (CIN).CIN adalah fasa sebelum sel itu bertukar menjadi sel barah berbahaya dan boleh menjangkiti sel lain.CIN tidak memberikan sebarang simptom dan hanya boleh dikesan melalui ujian pap smear

Bagaimana Ujian PAP Smear Dilakukan?
Sel-sel diambil secara berhati-hati dari permukaan rahim "servik" dan diletakkan di atas slaid kaca seterusnya dihantar ke makmal untuk pemeriksaan mikroskopik.


Apakah Keputusan Yang Akan Diperolehi?
Bagi kebanyakan wanita, sel-sel ini adalah normal sepenuhnya. Pada sesetengah wanita sel-sel ini mungkin tidak kelihatan normal dan mungkin menunjukkan peringkat awal kanser. Apabila ini terjadi ujian berkenaan diulangi dan jika perlu pemeriksaan seterusnya dilakukan.

Apakah Tindakan-Susulan Yang Akan Diambil?
Jika terdapat sebarang keluarbiasaan, seseorang itu akan dirawat atau dirujuk untuk penyiasatan dan rawatan selanjutnya.

Di Manakah Ujian PAP Smear Boleh Didapati?
Ujian ini boleh didapati di:
Pusat Kesihatan Kerajaan
Klinik Perancang Keluarga
Hospital/Klinik Swasta

Siapa Yang Harus Menjalani Ujian Ujian PAP Smear?
Wanita berumur antara 20 - 65 tahun, yang aktif seks atau pernah aktif seks dahulu, perlu menjalani ujian Ujian PAP Smear.
Berapa Kerapkali Ujian Ujian PAP Smear Harus Dilakukan?
Ujian Ujian PAP Smear hendaklah dilakukan sekurang-kirangnya 2 tahun sekali.

Bilakah Masa Yang Terbaik Untuk Menjalani Ujian Ujian PAP Smear?
Ujian PAP Smear terbaik sekali dijalankan pada pertengahan pusingan haid atau 10 hari selepas kedatangan haid.



Apa Itu Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)?
Serviks adalah pangkal rahim. Rahim merupakan bahagian badan di mana janin berkembang. Serviks berhadapan dengan saluran yang dipanggil faraj.

Dalam barah pangkal rahim (Kanser Serviks), sel-sel di serviks tumbuh secara tidak normal. Sel-sel terus membesar dan membentuk satu ketumbuhan atau tumor. Jika tidak dirawat sel-sel barah ini bolek merebak ke bahagian badan yang lain melalui sistem darah atau limfa anda.

Barah pangkal rahim (Kanser Serviks) mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang. Sebelum barah pangkal rahim berkembang, perubahan awal berlaku di dalam sel pada permukaan pangkal rahim (serviks). Ini disebut peringkat pra-kanser.

Apakah Tanda-Tanda Gejala Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)?
Lelehan faraj yang berair dan berbau busuk.
Rasa sakit semasa melakukan perhubungan seks.
Perdarahan dan faral antara haid atau selepas perhubungan seks.
Sebarang perdarahan dan faraj selepas putus haid.

Apakah Faktor Risiko Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)?
Tabiat seks: memulakan perhubungan seks pada usia muda atau mempunyai pasangan seks yang ramai (bertukar pasangan).
Agen jangkitan: terdapat bukti yang mengkaitkan barah pangkal rahim (Kanser Serviks) dengan jangkitan virus Human Papilloma.
· Tidak menjaga kebersihan diri.
· Menghisap tembakau.

Apa Yang Boleh Anda Lakukan Untuk Melindungi Diri Anda Dari Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)?
Oleh kerana wanita yang aktif seks boleh mengidap barah pangkal rahim (Kanser Serviks), adalah penting untuk mengesannya awal-awal lagi. Ini boleh dilakukan melalui Ujian Pap Smear. Ia merupakan ujian yang mudah dan tidak menyebabkan sebarang kesakitan. Ujian Pap Smear ini boleh mengesan barah pangkal rahim (Kanser Serviks) pada peningkat awal. Rawatan yang mudah pada peringkat ini boleh membawa penyembuhan sepenuhnya.

Apa yang harus dilakukan ketika menghadapi kanser?
- Berfikiran positif.
- Amalan cara hidup sihat seperti mengamalkan senaman selalu dan makan diet yang seimbang.
- Ikuti jadual perubatan secara teratur dan patuhi arahan doktor.
- Bertawakkal dan memohon kepada tuhan. Sesungguhnya segala terjadi ada hikmahnya.


---> Info dari wikipedia

24 comments:

rynas said...

saya pun dh buat masa anak pertama..memula gitu ler takut gak tapi bila dh buat ala..kejap jer tk sakit pun hehheh

~ Lady ell ~ said...

baru buat last week.n sepatutnya wat appointment 2thn se kali..

lia said...

x buat g... TAKUT kalau result xok & takut sakit....

tp mcm nk buat lak lps baca n3 ini... thnks ya...

mamalieyna said...

dah buat! tak sakit pun kan.. ^_^

Mama Adli said...

i pun dah buat...
mmg tak sakit..tp masa mula nak mskkn speculum tu...ngeri jugak...;)

~aSHa~ said...

asha dah buat...kat klinik kuala ni...tak sakit pun kan....mula2 rasa takut sakit jugak la

fazilzura said...

daku pun dh wat dh ..
time tu 8 bln lepas banak .. ngeri jgk memula tu .. cuak2...

sib baik doc ckp "clean & clear".. lega rs nye, time tu makan makjun..

result plak smp x smp 2 bln (hosp purajaya).. sume nye ok .. leps 3thn wat lg

hati - ema said...

Belum...serammmm huhuhu

Mummy Zara Sofea said...

alamak, xbuat lagi...dh 9bulan dhnie..

LYaFRINA said...

rynas :

betul tu.. xskit pon..
just tgk alat tu nmpak ngeri..

-----------------------------------

Lady ell :

betul tu.. 2thun skali..

-----------------------------------

lia :

lia..cpt2 la.. xskit pon..bisa jer...

-----------------------------------

mamalieyna :

iyer,, mmg x skit lgsung

LYaFRINA said...

Mama Adli :

betul tu..xskit..msa msukkn specullum tu, kt kena rileksss je.bru x skit

-----------------------------------

aSHa :

lya buat kt berenjut.. betul..mmg xskit pon.. msa nk buat tu mmg tkut skait

-----------------------------------


fazilzura:

alhamdulillah semuanya ok...

-----------------------------------
hati - ema:

waa..cepat2.. xde aper y seram..xskit lgsung..

-----------------------------------

Mummy Zara Sofea:

cepat2 buat...

Fieza79 said...

dh wt skali dulu...dh lama..
sure kn bt lg next time...
kan pe asik dok tangguh2 je..

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Lily blum buat lg..
Sebab takut.. :)
Lily pon kena paksa gak suh buat..tp disebabkan time tu lily blum pernah peot..so lily pon x leh buat..koz nk buat pap smear ni..mesti kena peot dulu kan..skrg dh peot..dtg ke klinik x pernah plak di tanya..Lily pon diam je lah.. :)

Siti said...

adoi..belum buat lg ni..isk...tgk gambar2 tu rasa serun lak...nak buat gak dlm masa terdekat ni...

AngahSayang2314 said...

alya alhamdullila asya sihat segala2nya.. agah terkejut gak tapi kan??? kalau macam angah haruskan buat rawatan tersebut???& bagaimana kesakitan yg di alami yekk???lg 1 tak pernah lak di tanya pasal nie tiap kali bawa gegirl ke klinik????

NOORWAHIDAH MOHD RIDZUAN said...

erm..nk kena wat jgk la kan..ank kta dh 2 thn lebih tapi kta x pnh wat pap smear lagi.asik dok tpu nurse kt klinik ckp dh wat.sebenarnya malu la nk tnjuk tutt kat org klu x skit ape2 kan..he..he..tp setelah baca info di atas, haruslah dibuat jgk..

iera me casa........ said...

doc duk bebel dah.. sebab benda tu .. perempuan wajib buat..
hehehe..

tapi daku still gewunn laa... dengar owang citer .. wat
pap smear sakit...

hehehe....

zue @ annaleeya said...

nak buat... tapi tulah.. malu dan takut sakit.... tapi kene wat gak ujian pap smear... bila la nak wat nih.. adoilaa..

Mama Hanim said...

blum bt lg daaa... bila nk bt x tau..huhuhu..

LYaFRINA said...

Fieza79 :

pttnyer 2 tahun sekali buat.. sebaiknya..

-----------------------------------
LiLy @ MumMyQiStInA :

kena la buat lily.. lily gtau la kt nurse tu.. cam lya, tiap kali k klinik..kena paksa sokmo..last2 kelmarin..daa xleh elak.. eheheh

-----------------------------------

Siti :

ishh.. xsakit pon.mcm dia check jln msa nk bsalin .. gitu j.. x skit lgsung..

-----------------------------------

AngahSayang2314 :
tq.. aik nape angah tnya g2?? setiap wanita harusla buat..aptah lagi y dh berumah tangga..

kella said...

dah buat! hubby suruh buat! huhuhuh, mula2 memang la sangat tak mahu, sebab malu dan takut sakit..
tapi tak sakit..
request doctor perempuan yg buat

LYaFRINA said...

NOORWAHIDAH MOHD RIDZUAN :

heheheh..kbyakan org xnak buat sebab malu la.. sama la cam lya.. sbb malu nk kankang2 tu.. tp time beranak pon gitu gak kan??? buat muka bodo j la time tu..

-----------------------------------

iera me casa :

betul tu.. msti la buat..ishh sape kater sakit,, xsakit pon. mybe dia kemut time speculum tu masuk.. dia kena rileks je..jgn tahan nafas.. masa masukan, tarik nafas dlm2..siyes..mmg x skit.

-----------------------------------

zue @ annaleeya :

ishh.....jgn malu2 kucing zue.. x sakit pon.. siyess

-----------------------------------
Mama Hanim :
jgn tagguh2 lagi... cepat btindakk

LYaFRINA said...

kella :

a ah.. asalnya sebab malu + takut j kan.. act.. xde apa2 pon kan?? x skit pon..lya pon buat dgn pompuan..

MamaYatie said...

opss..tak pernah buat...alemak!! nnt diusahakan..

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (139) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (82) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (74) INFO (67) Asya's School (62) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Birthday (49) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Jom Singgah (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) F.A.M.I.L.Y (41) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) H.O.L.I.D.A.Y (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) Tempat Makan Best Di Terengganu (29) mama+papa+fasya (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (28) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) fasyafrinatraveltales (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Papa Asya (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) mama+papa (9) Idea Bento (8) Travel (8) Parenting (7) Ulangtahun Perkahwinan (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) TERENGGANU (1) de (1) fasyafrinavacationtime (1) ma (1)