Sunday, May 9, 2010

Perjalanan Mommy To Be_ SELAMAT HARI IBU



Sempena Hari Ibu...
Saya Ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu
Buat Semua Ibu2... Anda Memang Hebat!!

Dikesempatan ini, sebagai penghargaan buat diri sendiri.. Ingin saya kongsikan sedikit cerita perjalanan untuk saya bergelar seorang ibu..

Perjalanan yang saya lalui adalah amat sukar. Dengan faktor kesihatan yang x stabil.. Saya harus kuatkan diri. Dengan keadaan kaki yang lumpuh ketika ini, saya harus bertahan..menampung asya di dalam kandungan saya. Sepanjang 8 bulan asya didalam perut saya... kehidupan hanya dihabiskan dlm wad & icu..

Kenangan... Ketika ini saya lumpuh.

Sepanjang pregnantkan asya, saya koma utk tempoh y cukup lama.. Ada saat di paras kritikal, saya hampir meninggalkan dunia. Bersama saya pada waktu ini... asya. Sy x pasti mcmana keadaan asya waktu ni.. Maafkan mama sayang. kalau diberi pilihan, mmg mama x nak asya berada dalam situasi ini. Mungkin jugak time ni asya lena bersama mama. Betapa besar ujian itu. Mama akui, memang mama cukup2 sakit waktu ini. Mama cuma fikir nak asya selamat. Tapi, dengan kuasa Allah, asya telah mengejutkan mama dari lena yang panjang ini. Asya memberi tendangan yang cukup kuat hingga mengejutkan mama. Ya... mmg saya xkan lupakan sampai bila2 saat2 itu... Saat saya boleh melihat dunia semula, dikelilingi doktor2 yang sedaya upaya menyelamatkan kita berdua asya. Walaupun kabur2..saya masih ingat.. Tendangan itu juga yang menyelamatkan asya, & membawa asya dalam kehidupan mama. Syukur kepada mu Ya Allah!!

N pada satu hari doktor pakar perubatan dan pakar O&G datang,, n memberitakan sesuatu yg hampir membuatkan hidup aku musnah... Pada hari itu,, dgn berat hati,, doktor memberi kaunseling agar bersetuju untuk menggugurkan kandungan y ketika itu dh masuk 6 bln lbih... Semuanya demi menyelamatkan nyawa saya.. Kalau diteruskan kandungan  MUNGKIN :-


1. AKU MATI
2. BABY MATI
3. DUA-DUA MATI
4. KALAU BABY HIDUP,,, anak  akan cacat seperti tulang belakang bengkok atau terncat akal atau ape2 j effect(akibat kesan ubatan penyakit saya n semasa koma)..

Semasa menerima berita tu,,hanya tuhan yg tau.. cuma ape yg sy pikir mase 2,,, same sprti sy membunuh jka bersetuju.. TAPI,, ats pujukan doktor , keluarga n suami aku merayu-rayu akhirnya sy bersetuju. Dengan berat hati sy tandatangan pada surat persetujuan utk mengugurkan kandungan itu.. Sy tau,, Fain pun berat hati,, cuma katenya mase tu "abg x blh khilangan syg"... kalau ikut hati,, sy rela ambik risiko 2.. Macam mane sy nk menahan hati ini dr kesedihan,, betapa x tergamaknya utk mengugurkan kandungan yg sudah bernyawa,,sudah pandai menendang tiap2 malam n yang sudah membentuk menjadi manusia. Dan kate doktor, proses penguguran 2 akan dilakukan pada sebelah ptg itu jugak..Kerana rase takut n syg kan baby saya mintak doktor bg tempoh semalam utk bersama asya dlm kandungan .. n penguguran itu akan dilakukan esk pagi.. Namun kasih syg..mengatasi segalanya, sewaktu dihantar ke HKL sy nekad untuk TETAP MENERUSKAN KANDUNGAN..SAYA BERAZAM UNTUK LAHIRKANNYA DIDUNIA..WALAU APE BERLAKU LPS ITU,, SAYA REDHA N TERIMA.......

****
***
**
*

KASIH SAYANG IBU, TIADA TANDINGANNYA
MEMBAWA KE SYURGA
Kami sama2 merasai penderitaan itu...
Sama2 merasai kesakitan itu dulu..
Kini..kami sama2 menikmati kebahagiaan itu..
Sama menghargai nikmat kasih sayang yang tercipta.

******

****

**

*

Dan segala pengorbanan Mama & Ma (MIL)... akan saya kenang hingga ke akhir hayat.Kedua-dua ibu ini, sama2 mengharungi kesusahan bersama sy sewaktu sy bertarung nyawa dulu.Mama & Ma mandikan saya sewaktu saya lumpuh, suapkan makanan beri kekuatan untuk saya menjadi seorg insan yang tabah untuk bergelar seorang ibu.. Kini saya memahami erti kasih sayang seorang ibu. Saya memahami kasih sayang yang tanpa sepadan yang muncul ikhlas dari hati. Hanya seorang yang bergelar ibu, memahami rasa itu.

WANITA...anda sangat hebat.
Diberikan kuasa & kekuatan yang istimewa.
Syurga ada dibawah telapak kaki anda
yang bergelar IBU.

Tq SHIDA... utk gift ni....


---> semoga kita menjadi ibu yang terbaik buat anak kita..amin....

35 comments:

~aSHa~ said...

kasih ibu hingga ke syurga...
asya bertuah...dia mmg anak yg bertuah..semoga dia sentiasa bertuah memiliki ibu dan ayah spt kalian...

Ena said...

aduiyaiii..

betul2 buat ena meleleh bace entri nie.. ena kagum dengan lya.. sangat2 kagum dengan semangat lya.. Tahniah!

Moge apa yg telah dilalui beri semangat & teladan buat insan lain.

Selamat Hari Ibu buat Lya juge :)

Mama Hanim said...

kisah ni ant cth terbaik sorg ibu.. tahniah lya coz ada semangat yg hebat..

Selamat Hari Ibu utk Lya juga..

imanalova said...

happy m0ther day..

kisah yang amat menyedihkan..

Ain said...

besarnya dugaan yang terpaksa lya tempuh untuk bergelar seorang ibu....

moga asya akan kenang pengorbanan lya sampai bila-bila....

proud of you dear.... hopefully sentiasa sihat hendaknya....

iem said...

kisah lya buat im menitik air mata..
tahniah lya..lya mmg seorang ibu dan wanita yang kuat..

Selamat Hari Ibu utk Lya juga..

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Itulah pengorbanan seorg ibu..mmg x ternilai..Asya adalah anugerah yg terindah buat Lya & Fain..moga Berbahagia selamanyer!!

Selamat Hari ibu gak buat Lya!! :)

Amanina said...

terharu. berlinang air mata. :(

slmt hari ibu!

Shida said...

tuoching sgt baca kisah lya..mmg betul..kasih ibu membawa ke syurga..shida kagum dgn semangat lya..i'm sure asya jugak mewarisi sifat itu;kuat semangat..
happy mothers day to u dear..

sirna said...

You are superb and strong mom dear...
Salute infinity to you!

adda said...

selamat hari ibu lya. mmg allah buat kkite sekuat2nye. dia takkan memberi dugaan yg tak dpt kita tanggung

alyyani said...

selamat hari ibu lya. kalau tgk pada lya & asya skrg, serasa tak percaya yg lya penah melalui detik sukar itu. Allah melindungi kalian ber-2. asya, kamu untung punya mama yg mempertahankan kamu sebelum mama melihat wajah mu lg. appreciate that ye sayang.. :)

rynas said...

selamat Hari Ibu Lya..
semoga pengalaman lalu menjadikan Lya lebih tabah.

Naz-Segalanya disini said...

wah..sedihnya baca..tahniah lya krn berjaya mengharungi semua dugaan tu

Lelord said...

happy mother's day...pengorbanan ibu x ternilai

Nurshahfamily said...

selamat hari ibu kpd semua ibu... sememangnya kasih sayanf ibu tiada tandingan... subhanallah.... indah sungguh kurnia mu...

Sricahaya said...

Selamat hari ibu utk lya..
moga asya pun setabah dan sekuat seperti lya..

mommyYen said...

tergaman sebentar baca story lya..anda memang wanita hebat.

semoga kebahagiaan sentiasa bersama lya sekeluarga..

fikah mus said...

haru baca entri akak.
kagum dengan ketabahan akak dan orang sekeliling.
semoga Allah mengurniakan kebahagiaan hingga ke akhir hayat buat akak sekeluarga..

selamat hari ibu ye akak..

AYU said...

Selamat Hari Ibu...sangat terharu dgn cerita lya...tahniah kerana tabah mengarungi ujian untuk melahirkan seorang ke dunia...semoga lya abahagia bersama keluarga & semoga aysa akan mejadi anak yg soleh & sentiasa menghargai pengorbanan ibunya...Amin

LYaFRINA said...

TO ALL :

terima kasih ats semua ucapan..
kita semua wanita yang istimewa.. diberi kekuatan y luar biasa.

IbuHakimHaikal said...

Lya memang seorang WANITA dan IBU yang HEBAT..bertuah Asha dpt ibu sepertimu Lya.. ;)

mamalieyna said...

Mmg lya seorang Ibu yang cukup2 hebat!! semuanya demi Asya!!

*sebaknye, tersentuh hati sanubari ni...pastinya asya akan sungguh menghargai lya suatu ketika nanti bila dia membaca ni..!

*Selamat Hari Ibu!

zue @ annaleeya said...

asya sgt bertuah kerana mempunyai mama dan papa sekuat lya dan fain...

"selamat hari ibu"

Fieza79 said...

sguh berharga pengalaman lya tu..
asya bertuah dpt ibu cam lya n ayah cm fain...
tersentuh hati ni bc knyataan tu..
btapa lya sgt kuat smangat...
tp nk tau nape leh jd lumpuh n pe dh jd sebenonye..maybe fieza ktinggalan citer lya before this..

sweetfiza said...

tersentuh btul hati bla bca ...
kekadang bila kita sakit kita terlupa penderitaan yg org lain tnggung lebih teruk dari kita...
sesungguhnya pengalaman itu sngguh mematangkan ....

LeEyA said...

adei.. bergenang air mata sy.. sorry.. hmmm.. cedih..

.cikfasya.(◕‿◕✿) said...

selamat ari ibu lya..
bestnye da jadi ibu..:)

kim salam peluk cium kat kembar kte ek..:)

miZz_nizZ said...

sy bce byk kali entry ni..mmg terharu n sdey la..huhu..

kella said...

Subhanallah...
bergenang air mata..

Selamat hari ibu untuk Lya!

AngahSayang2314 said...

berlinang air mata angah baca apa2 pun selamat hari ibu....alya semoga menjadi ibu yg terbaik

LYaFRINA said...

TO ALL :

tq utk semua sokongan

mamawana said...

Assalamualaikum...

Its a miracle. Keajaiban dan kebesaran Allah swt Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang mengatasi segala2nya berkat sabar dan kesucian hati Lyaa dan keluarga lya.

Eka Yucika said...

crying T___T

izan mama mia said...

baru baca entry nie...mmg tak tertahan airmata membacanya...hebatnya ujian Allah tapi lya hebat jua menempuhinya...izan bangga dengan semangat lya....mmg asya anugerah terindah....Alhamdulillah..

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (82) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (74) INFO (67) Asya's School (60) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Birthday (46) Jom Singgah (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) F.A.M.I.L.Y (41) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) H.O.L.I.D.A.Y (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (28) Tempat Makan Best Di Terengganu (28) mama+papa+fasya (28) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) fasyafrinatraveltales (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) mama+papa (8) Parenting (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1) ma (1)