Wednesday, June 30, 2010

Kekejaman ISRAEL terhadap KANAK-KANAK

Israel memang terlalu kejam & x berperikemanusiaan. Bayangkan anak-anak kecil pun turut menjadi mangsa kekejamannya. Hairan... xkan x ada rasa kasihan langsung dekat kanak-kanak??? Bayangkan kalau p'ganiayaan ini dilakukan terhadap anaknya sendiri??? Kesimpulannya ISRAEL memang hati batu, terlalu kotor sampai tiada perasaan langsung.

Kesian... walaupun anak ini menangis tapi ISRAEL terus menerus menyeret kanak-kanak ini.

Begitu juga kanak-kanak ini, diheret seperti binatang. Sungguh binatang ISRAEL.
Mangsa kekejaman israel. Anak tak berdosa ini terus dihentam.

Pic ni betul2 memilukan hati saya. Sangat2 pilu.. Lihat satu persatu pic diatas, macamana kanak2 ini ketakutan sampai menangis & begitu juga si ayah/abang cuba melindungi kanak-kanak itu. Akhirnya, MEREKA tetap menjadi kekejaman ISRAEL.

" Dan apabila dia berpaling (dari kamu), dia berjalan di bumi untuk melakukan kerosakkan padanya, dan merosakkan tanam-tanaman dan haiwan ternakan.
Allah tidak sukakan kebinasaan. "
(Al-Baqarah, 2:205)

 Anak-anak untuk disayangi, bukan diikat seperti binatang: --> http://mamaizzya.blogspot.com/2010/06/sayangi-anak-anda.html <--klik


SUMBER GAMBAR :http://www.harunyahya.com/malaysian/buku/kebangkitanislam/kebangkitanislam04.php

Jom Jom Jom Jom... JOM HEBOH HEBOH...

Syhhhhhh.... x payah heboh-heboh la.. Senyap2 dah la....
Act.. hari Sabtu baru2 ni sempat la terjah Jom Heboh kat Kuantan tu. Pegi pon lepas maghrib, lepas selesai majlis kahwin sepupu Fain. Xde plan pun nak pegi, saya just ajak2 ayam jer..last2 Fain follow j.. i lagi suka hati.. hehehehe.. Makk aiiii.. bandar Kuantan jame y amat. Nak dapat parking pun sekian hal.. Sabor je la..

Zue, ingatkan hari Ahad tu nak pegi balik Jom Heboh, skali ada org potong Q.. Gerammmm.. Fain keje la plok. Tapi just g punch n terus balik, tp x berani nk p jauh2 cz kna standby, if ada calling2 dari ofis.. g terjah jer..Last2 xde apa2 pun.. Jadi hari Ahad tu hari lepak di rumah je.. Frust i.. nk jumpa ZUE x kesampaian..

Pintu Gerbang... See,, berapa banyak umat manusia .

Kebetulan masa sampai terus pegi kat Hotlink. Masa smpai tu, DJ tu baru nak buat persembahan. So, ramai yang serbu kat stage ni.

Tu dia.. Pengacara kat stage tgh duk sibuk campak2 belon. Kecoh... pakat berebut belon Hotlink. Samala dengan si Asya ni. Tapi cukup terhibur, mmg best!!

Dan x lama kemudia, ada mini konsert.. SIAPA ITU???? Hehehehe.. kecik jer TOMOK ni, lebih kurang tinggi saya jer. Tapi duk sekejap je.. sbb sound tu menggegarkan jantungku... Time nak balik tu, tgk SOFAZ buat persembahan.

Ni gelagat asya.. org angkat tangan..dia angkat tangan. Orang goyang badan, dia pon layan goyang..

Lepas round2.. minum air jap.. Dahaga.

See... Dah balik baru beli ni.. Apa erk?? Telinga arnab k???

All About LOVE & MIRACLE
Its My Family

OK la...
Atleast dah lepas hajat nak buat HEBOH.

--> Act x byk pic ambik, sbb xde y special.Kalo dtg siang hari b;h la ambik pic dengan personaliti TV k.. pelakon ke.. Macam beberapa tahun lepas, sempat ambik gambar dgn Lisdawati. Makk aiiii..punyala cun, putih melepak smpai nampak urat2 hijau kat muka tu. Gigi tu tersusun elok jer. Nantila scan pic tu..blh publish sini.

Imbau Kenangan : )


Sekadar mengimbau kenangan.. setelah beberapa lama bangun dari koma.. Lena y cukup panjang. Asya pon koma gak k??? Xtau?? x pernah tanya doktor... Yang pasti tendangan itu telah mengejutkan mama dari tidur yang panjang. Terima kasih sayang!!

---> dalam wad khad, PE ROOM... xlama lepas tu asya dilahirkan.. syukur..

Tuesday, June 29, 2010

Hubungan Suami Isteri : Biar Mesra Sokmo

Hubungan cinta meskipun dalam jangka waktu bertahun-tahun tetap saja ada permasalahan dan pasang surut erat atau longgar hubungan. Apalagi hubungan itu masih dalam tahap pendekatan, tentu perlu adanya upaya untuk mempererat maupun menjaga hubungan yang telah terjalin. Hubungan cinta tidak dapat dibiarkan mengalir begitu saja tanpa ada upaya untuk menjaganya.

Jom kita amalkan tips berikut supaya hunbungan antara suami siteri mesra sokmo sampai bila-bila :

Saling Terbuka
Jika Anda dan pasangan ingin saling percaya, perlu adanya keterbukaan dari anda dan pasangan. Kala anda dan pasangan bercerita dan terbuka tanpa menyimpan rahasia apapun, maka hubungan akan semakin erat disamping adanya rasa saling percaya diantara keduanya.

Waktu Untuk Pasangan
Dalam kesibukan kerja yang sedang Anda jalani, sebaiknya luangkan waktu sebentar untuk menghubungi pasangan. meskipun hanya sekadar menanyakan kabar, maka pasangan akan merasa diperhatikan & disayangi.

Waktu Bermesraan

Pastikan ada ruang @ waktu untuk bermesraan bersama pasangan. Walaupun hubungan itu sudah bertahun-tahun dan telah mimiliki anak remaja atau dewasa, tetap diperlukan adanya waktu untuk bermesraan seperti masa awal-awal hubungan . Luangkan waktu sesaat untuk bermesraan kembali seperti masa lalu tanpa memikirkan kesibukan & hal2 luar. Rancangkan percutian berdua @ bersama anak2 tersayang.

Mengingat Masa Indah 

Masa indah yang telah lalu begitu sayang kalau ditinggalkan begitu saja. Dengan saling bercerita mengingat kenangan masa lalu akan menambah keharmonisan hubungan Anda. Imbau semula kisah percintaan anda, saat2 anda bertemu & sebagainya.

Berilah Kejutan

Berilah kejutan yang menyenangkan pasangan Anda, misalnya pada saat ulang tahun pasangan atau saat ulang tahun pernikahan. Dengan memberikan kejutan, maka hubungan anda akan semakin romantis .

Hindarilah Pertengkaran

Sudah sewajarnya setiap hubungan ada permasalahan. Tetapi jangan membawa kemarahan itu lama-lama  sampai esok hari. Segera berkomunikasi dan diskusi untuk menyelesaikan permasalahan yang ada.

---> Sama-sama kita hayatinya untuk keharmornian rumahtangga kita.. TIAP HARI SAYANG..

SUMBER : http://www.tipskeluarga.com/2009/03/10/tips-menjaga-hubungan-tetap-mesra/

Monday, June 28, 2010

Happy : )

Oleh kerana banyak pic yang belum sempat di edit.. Gara2.. keMALASan mula menjangkiti diri ini. Owhhhh.. slama ni, mana pernad mood mcm ni datang. Gara2 tubuh badan y keletihan n x cukup rehat habis semua mde jadi malas.. Xpe.. tunggu cerita-cerita yang LEBIH HANGIT dari biasa.. heheheheheee..

Sebagai tempat menyimpan memori.. so sila jangan boring yer.. : )

Pic beberapa minggu lepas.. Tak taula berapa banyak minggu dah.

Laju... laju.. buaiku laju..... asya nak kawin dengan anak raja.

Dah jadi tempat tdo plok

Sebab papa asya kecik.. so boleh join main skali.. suka dia dpt jadi budak2.. hik..hik


Happy lagi.. Yang ni minggu lepas, kiranya x lapok lagi kan??

Main ngokkngekngokngekkk

Layan ..

Geram.. sbb pic ni kabur. Time ni TM ada buat promosi apa ntah kat padang ni. Ada mcm2 acara menarik.. Dalam pic ni lali kat laluan ni.. Ingat kan apa fungsinya, skali masuk..tkezuzzzz.. Bunyi sorakan y amat kuat.. Terpaku asya. apa lagi, trus nk main kuar masuk sini jer. Konon2 nya mcm team bola sepak lalu, trus dpt sorakan gitew.. Padahal model kenek y lalu.

AJAIB : Fetus 5 bulan menggengam jari

Saya cuba search image AJAIB di google. Memang banyak yang ajaib. Sajer bosan2. Sampailah terjumpa pic ni. Saya cukup terpaku & kagum dengan ciptaan Allah SWT. Gambar y menujukkan kebesaran Allah SWT. Betapa kerdilnya diri kita ini.

Gambar tersebut menunjukkan tangan bayi berumur 21 minggu itu memegang jari Dr. Joseph Bruner

Gambar menunjukkan seorang bayi yang belum lahir lagi, berumur 21 minggu (~ baru 5bulan) yang diberi nama Samuel Alexander Armas. Bayi ini perlu menjalankan satu pembedahan khas olih pakar bedah bernama Dr. Joseph Bruner. Bayi itu telah di sahkan melalui diagnosis sebagai mengidap sejenis penyakit bernama “spina bifida”, dan tidak mungkin ia bolih hidup jika tidak di bedah dahulu sebelum dilahirkan ke dunia ini.

Ibu Samuel pula adalah seorang jururawat perbidanan di Atlanta, Georgia. Beliau dapat tahu bahawa Dr. Joseph Bruner merupakan seorang pakar bedah yang handal melalui prosedur pembedahan uniknya. Dr. Bruner bertugas di Vanderbilt University Medical Center di Nashville, USA. Beliau telah melakukan pembedahan yang unik ini ke atas Samuel semasa bayi ini masih lagi berada di dalam rahim ibunya. Semasa pembedahan sedang berjalan, doctor tersebut telah membuka rahim si ibu menggunakan “C-section”, kemudian membuka pula satu lubang kecil untuk membedah bayi tersebut.

Sebaik sahaja Dr. Bruner selesai melakukan pembedahannya ke atas baby Samuel ini, bayi kecil ini telah menghulurkan tangan kirinya yang masih kecil tetapi telah sempurna kejadiannya, melalui lubang kecil tadi lalu terus memegang erat jari pakar bedah tersebut. Dr. Bruner telah di laporkan sebagai berkata kemudian bahawa apabila jarinya di pegang olih bayi tersebut, dia merasakan sesuatu yang ganjil yang amat menusuk perasaan di sanubarinya, dan pada ketika itu juga dia berasa seolah-olah kaku dan tak bolih bergerak. Apabila sampai masanya, Samuel telah dilahirkan di dalam keadaan yang sihat, dan pembedahan yang telah dilakukan keatasnya adalah juga 100% berjaya.

Act, saya pernah tengok cerita seperti ini dalam drama ER @ Kingdom Hospital.. mybe diadaptasi dari kisah benar ini. Ajaib kan... pembedahan dapat dilakukan ke atas baby keika di dalam kandungan. Dan ketika itu dah berlaku ransangan, dimana baby itu megenggam tangan doktor. Sungguh ajaibkan.. 4 bulan selepas pembedahan, baby ini dilahirkan semula .
 
Asya ketika 21 weeks++.. Saat2 asya hampir digugurkan. Syukur alhamdulillah, semuanya selamat.
 

---> Cerita penuh : http://jb125.blogdrive.com/archive/103.html

Saturday, June 26, 2010

PHOTOSHOOT : Baby In White

Hehehehehe.. Sila jangan percaya yer... Xde pon contest Baby In White. Ke nak buat ni?? Ader saper2 mau join ke? ngeh..ngeh..ngeh...

Selebekkkk.. sebab kena marah dengan mama.. Panjang tarik mulut tu.

Sesi memujuk... bagi choc stick tu.. Terus senyap.

Yihhaaaaaaaaaaaaa...
Dengan ini diumumkan bahawa " CONTEST......"

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
JUST KIDDING
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
DENGAN INI DIUMUMKAN 27.6.2010 CUTI AM BAGI NEGERI TERENGGANU SEMPENA MEMENANGI SUKAN SUKMA YANG KE-13.

YIIIHAAAAAAAAAAA !!!!

Friday, June 25, 2010

Happy Weekend.... utk org pata timo la...

Dok tau nok citer mende.. Sebab nok tepek pic ni jer..
hehehhehehehehe

eyhhhh..pah kemana Mok Cik Watermark ni???
AWAS....

Asya : ammmaaaaaa... kisss syasya
Mama : MMuahhhhh... kisss mama plok
Papa : Anak saper ni???
Asya : Anak pappppaaaaaaaa

Susah y amat nk tgk asya senyum gini..

Selamat bersantai dgn famili
Y duk luar dari pantai timo tu.. teruskan mengerah tenaga yer...
Buat keje molek2.. jgn ngulor...
(ada paham?? hehehehehheee)

-HAPPY FRIDAY-

--->jom..jom..jom..jommmm... jom heboh-heboh... Zue, kalo xde aral, nak kesana.. TUNGGU

Thursday, June 24, 2010

My HERO time muda-muda

Sajer interframe pic lama fain. Sebab tgh duk tgk pic asya kat dlm pc.. Tiba2 kuar pic ni. Akal panjang pon datang lerrr.. Tp pic ni nampak cam flash, sbb main ambik dgn kamera.

Ada macam org nak sembur nyamuk aedes??? Act ni topi yang fain pakai time naik skuter. Dulu2 Fain & saya Geng CUTE VIRUS.. Samala dengan si RINA tu... Owhhh rina..mu sokmo skodeng fain erk??? Sebenornya, saya n rina satu skolah. Tapi Rina senior 3 tahun kan??? X pernah bertegur saper pon..jumpa2 pon skarang, di alam maya. Kiranya, ada gak baiknya sebab m'eratkan silaturahim.. Jagan duk erat tempat y salah dah.

I can be your hero, baby
I can kiss away the pain
I will stand by you forever
You can take my breath away

Cuba lihat keajaibanya..



Lihat pd titik pd kalimah ALLAH selama 10 saat dan alihkan pandangan pd dinding kosong.. lihatlah keajaibannya....

Wednesday, June 23, 2010

Siakap Sweet Sour... Ada Ummmphhhh

 Hari jumaat baru ni, sempatla berasapkan dapur. Bukan senang nak bekontang-kanting kat dapur. Pagi2 dah pegi pasar beli Ikan Siakap. Lepas tu, balik2 cari buku resepi saya y sgt saya sayang tu.. Ntah kat mana dah, lps pindah rmh x ingt letak mana. Banyak sangat resepi , segala jenis masakan. Buku tu, saya buat start saya nak kawin dengan Fain dulu. Punya la banyak saya search kat internet. Pahtu siap bukukan and title buku masakan saya tu " DAPUR BERASAP". Last2 time nak masak tu terpaksa search internet balik. Cari2 jumpa la resepi ni.

CARA-CARA MEMASAK :
Perlu ada Ikan siakap y fresh lagi ni.

1. Lumurkan garam(sikit jerr) ke seluruh badan ikan.
2. Kemudian pecahkan sebiji/2 biji telur ayam & pukul.
3. Gaulkan ikan dengan telur y dipukul tadi
4. Last, taburkan tepung jagung keseluruh tubuh ikan. (saya suka letak banyak.. sedap)


Selepas dah settle step kat atas tu. Panaskan minyak.Pastikan betul2 panazz yer. Baru letak ikan ni dalam kuali. Time mengoreng ni, part Fain. Sebab saya x past lagi. Asyik terlompat-lompat ajer..

CARA MEMASAK KUAH SWEET SOUR adaaa ummphhhh

Sediakan lada hidup(cili) , cili boh 3 sudu , Bawang putih 3 ulas, Halia , Bawang besar , Tomato , Daun sup & Sos tomato+sos cili+sos tiram

1.Tumiskan bawang putih + halia sampai wangi n kekuningan.
2. Masukkan cili boh. Tumis sampai naik bau.
3.Masukkan bawang besar/merah + cili y dipotong
4. Masukkan Sos tiram + sos tomato + sos cili (agak2 la bnyak mana)
5. Masukkan gula sikit.
6. Kalau perlu tambah air sikit
7. Last.. masukkan tomato.
8. Bila dah angkat boleh la tabur daun sup / daun bawang.


Jeng..jeng..jeng..jengggg
Tu dia.. Dah siap!! Kalau suka, kuah tu boleh siram atas ikan. Tapi, saya suka letak asing2 gini.. Kalo x habis makan, xlah membazir n boleh simpan lagi. Act, ikan tu xnmpak rupa sebab saya letak tepung jagung banyak sgt. Semalam masak lagi, n baru nmpak rupa ikan & menjadi.. hehehhehee

SELAMAT BERLUNCH

Andai ada rezeki .. Patutnya bulan 6 bakal menyaksikan ..... TAPI...

Bulan 10 tahun lepas saya pernah menulis n3 DILEMA---> http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/2009/10/dilema.html/ <---klik

Dalam n3 tersebut saya ada membuat pregnancy test y pertama sebab rasa something y x kena. Tapi resultnya -ve.. Dan sekali lagi pada bulan 11 saya melakukan pregnancy test dan resultnya +ve--> http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/2009/11/cerah-yang-gelap.html <-- klik

Bermula saat itu, saya mula b'ulang alik ke hospital. kesihatan makin x stabil. Dan doktor dah bagi tau awal2 yang saya n fain harus bersiap sedia daripada semua aspek, if saya teruskan kandungan ini, doktor x yakin saya akan bernasib baik seperti saya dah selamat seperti melahirkan asya dulu. Cz, asya betul2 membawa keajaiban, tanpa ada sebarang kecacatan seprti tulang belakang bengkok & macam2 lagi effect daripada ubat-ubatan ketika koma dulu.

Untuk kali ini risiko y diambil lebih tinggi, walaupun puas saya n fain menangis bersama. Tapi hati ibu .. tetap memilih anaknya. Pada ketika itu, saya just yakin saya mampu. Dan andai tiada rezeki, biarlah baby itu pergi dengan sendirinya. Saya x sanggup untuk melakukan kesilapan yang hampir dibuat semasa megandungkan asya dulu. Sebab kerana keputusan itu, sampai sekarang menghantui saya. Sama seperti fain, tiap kali kt org renung wajah asya time tidur, akan selalu kata.. " menyesal sebab hampir gugurkan asya dulu".. Kalo tidak, x mungkin saya n fain akan rasai kebahagian ini. ( penguguran itu terpaksa dipilih kerana ingin selamatkn nyawa sy y kritikal time tu.)

Dan untuk kandungan ini, sepatutnya.. baby ini akan dilahirkan pada 5 JUN 2010.
Tapi... semuanya ketentuan Allah SWT--->

---> AGAKNYA, KALO KANDUNGAN INI BERTAHAN.. MACAMANA KEADAAN SAYA?? ADAKAH SAYA AKAN SAKIT TERUK HINGGA KOMA SAMA SEPERTI SAYA KANDUNGKAN ASYA DULU??? APA YANG PASTI KEGUGURAN ITU ADALAH PETUNJUK DRP ALLAH SWT. SEBAB DIA TAHU TAKAT KEMAMPUAN UNTUK SAYA MENGHADAPINYA.

Tuesday, June 22, 2010

Candid Asya... Ada style laaaa

Salam semua... Mula2 x nak publish.. tiba2 nak gak publish.. Eyhhh x jadi.. Tiba2.. Dah publish ni pun. Kalau org dah boring sori erk.. Tiada apa y lebih indah melainkan posting cerita + pic tentang anak y dikandung kan??? setuju x para ibu2??

Time ni kat Kuantan Parade, nak bersantap selepas menyusuri sg.kuantan tu---> http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/2010/06/kuantan-river-cruise.html

Kat food court kuantan parade.. Mujur ada tempat asya menakalkan dirinya..Kalo tidak susah wei nak makan. Tapi pilih meja tepi dengan PG ni.. Xleh kalo duk jauh2.. Bahaya weiii.. Apa2 pun anak harus diutamakan.

Lepas makan, round2 jap dalam ni.. Sampai ternampak mende alah ni.. Kita ni kemain xnak bagi dia nampak.. Skali dah nampak, riuh la satu mall ni. Untuk mendiamkannya... bagi la naik ni.. Act, asya nak main yang kat PG angin tu. Tp xre;a nak lepas, sbb bahaya.. Asya ni kecik lagi.. sekali orang langgar tunggang terbalik jadinya.

Lepas tu singgah kat Taman apa ntah nama.. Dekat taman teruntum tu.. X ingt dah nama aper. Time ni saya nak rest kejap. Sebab letih y amat. nak tidur, sementara tu Fain bawak asya main kat PG. Skali terbantut sebab dikacau oleh jurujual y suka paksa2 beli roduk dia tu. Tension gak time tu.. sebab saya ni letih y amat. Xkan x nampak lagi org tgh tdo, siap seat buat jatuh lagi.. Ni p main ketuk pintu, suh buka pintu.. tension wei!!! Nasib baik saya ni jenis x pandai nk marah2 n makin hamun.. Kalo x,, habisla kena basuh.

Bila dah terbantut.. nak rest pon x dapat, saya pun mulala ambik pic candid asya. Lagi bagus!!! Kualiti x ok.. Sebab main zoom jer.. Lepas tu, terus balik..

I LOVE U

---> Hari ni ngantuk mata sangat2..

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (135) WEEKEND (114) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (96) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) MyHappyFamily (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (71) INFO (67) Asya's School (57) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Sinopsis (51) Ramadhan (49) DapurLyaBerasap (48) Shopping (47) Birthday (46) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Jom Singgah (43) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (34) Check-Up (33) NuFF (33) D.I.A.R.I (32) Let's Eat (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (28) Video (27) MamaAsya (26) S.A.N.T.A.I (26) Tempat Makan Best Di Kemaman (26) Tempat Makan Best Di Terengganu (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (19) mama+papa+fasya (19) Do It Yourself (18) Villafasyafrina (18) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) Medical (11) TUTORIAL (11) fasyafrinatraveltales (11) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) DecobyLya (8) Idea Bento (8) Travel (8) Deko VillaCintaku (7) Parenting (7) mama+papa (7) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Tempat Makanan Best Di Kuantan (4) Family Day (3) Lyafrina's Instagram (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) Mamalovefasyafrina (1)