Monday, June 28, 2010

AJAIB : Fetus 5 bulan menggengam jari

Saya cuba search image AJAIB di google. Memang banyak yang ajaib. Sajer bosan2. Sampailah terjumpa pic ni. Saya cukup terpaku & kagum dengan ciptaan Allah SWT. Gambar y menujukkan kebesaran Allah SWT. Betapa kerdilnya diri kita ini.

Gambar tersebut menunjukkan tangan bayi berumur 21 minggu itu memegang jari Dr. Joseph Bruner

Gambar menunjukkan seorang bayi yang belum lahir lagi, berumur 21 minggu (~ baru 5bulan) yang diberi nama Samuel Alexander Armas. Bayi ini perlu menjalankan satu pembedahan khas olih pakar bedah bernama Dr. Joseph Bruner. Bayi itu telah di sahkan melalui diagnosis sebagai mengidap sejenis penyakit bernama “spina bifida”, dan tidak mungkin ia bolih hidup jika tidak di bedah dahulu sebelum dilahirkan ke dunia ini.

Ibu Samuel pula adalah seorang jururawat perbidanan di Atlanta, Georgia. Beliau dapat tahu bahawa Dr. Joseph Bruner merupakan seorang pakar bedah yang handal melalui prosedur pembedahan uniknya. Dr. Bruner bertugas di Vanderbilt University Medical Center di Nashville, USA. Beliau telah melakukan pembedahan yang unik ini ke atas Samuel semasa bayi ini masih lagi berada di dalam rahim ibunya. Semasa pembedahan sedang berjalan, doctor tersebut telah membuka rahim si ibu menggunakan “C-section”, kemudian membuka pula satu lubang kecil untuk membedah bayi tersebut.

Sebaik sahaja Dr. Bruner selesai melakukan pembedahannya ke atas baby Samuel ini, bayi kecil ini telah menghulurkan tangan kirinya yang masih kecil tetapi telah sempurna kejadiannya, melalui lubang kecil tadi lalu terus memegang erat jari pakar bedah tersebut. Dr. Bruner telah di laporkan sebagai berkata kemudian bahawa apabila jarinya di pegang olih bayi tersebut, dia merasakan sesuatu yang ganjil yang amat menusuk perasaan di sanubarinya, dan pada ketika itu juga dia berasa seolah-olah kaku dan tak bolih bergerak. Apabila sampai masanya, Samuel telah dilahirkan di dalam keadaan yang sihat, dan pembedahan yang telah dilakukan keatasnya adalah juga 100% berjaya.

Act, saya pernah tengok cerita seperti ini dalam drama ER @ Kingdom Hospital.. mybe diadaptasi dari kisah benar ini. Ajaib kan... pembedahan dapat dilakukan ke atas baby keika di dalam kandungan. Dan ketika itu dah berlaku ransangan, dimana baby itu megenggam tangan doktor. Sungguh ajaibkan.. 4 bulan selepas pembedahan, baby ini dilahirkan semula .
 
Asya ketika 21 weeks++.. Saat2 asya hampir digugurkan. Syukur alhamdulillah, semuanya selamat.
 

---> Cerita penuh : http://jb125.blogdrive.com/archive/103.html

37 comments:

az rina a.k.a jaijina said...

dah macam2 kekdah dah skang ni..baby blom lahir pon buleh bedah, tulah teknologi..

**aku kah yg pertama komen? ngeeee..

LYaFRINA said...

@az rina a.k.a jaijina

itula..leni canggih manggih.. 6 bulan pon dh dpt hidup kalo dilahirkan. tp kna bgantung pada inkubator la... tp teknologi y tlalu pesat mcm agak mbahayakan jer...

**owhhhh.. tahniah..kamo la pgomen ku y ptama d pagi hari.

Ena said...

tersentuh juga hati bile tgk jari yg menggenggam tu..

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Mmg 1 keajaiban lah..Bayi yg baru 21minggu dlm kandungan dpt mmenggenggam..
Msh dlm kandungan pon pembedahan dpt dilakukan..bermcm2 teknologi canggih skrg ni..

firahadifa said...

wah.. hebat kuasa Allah..

mummy_ayu said...

subhanallah..kuasa tuhan kan?

ieyza said...

itulah kekuasaan Allah SWT.....kiter sebagai hambanyerr kenalaa sentiasa mengingatinyer kerana Dia boleh buat apa sahaja...

cik zatil said...

tumpang baca entri ni
ye akak..

kebesaran tuhan ape2
yg dia tntukan
mst terjadi..

Mummy Zara Sofea said...

kuasa tuhan...

Zaidah said...

subhanallah...baby blum lahir pun dah bleh kena bedah....

LYaFRINA said...

@Ena

itu r.. bdegup jntung

LYaFRINA said...

@LiLy @ MumMyQiStInA

canggih sngt skrang ni.. y mustahil x jd mustahil

LYaFRINA said...

@firahadifa

amin

LYaFRINA said...

@mummy_ayu

itula...

LYaFRINA said...

@ieyza

betul tu.. bukti kbesaran allah swt

LYaFRINA said...

@ieyza

betul tu.. bukti kbesaran allah swt

LYaFRINA said...

@cik zatil

sila2.. dtg la sini.. baca selalu n3 kat sini.. y baik blh dikongsi

LYaFRINA said...

@Mummy Zara Sofea

ya kuasa tuhan...

LYaFRINA said...

@Zaidah

itula... dah canggih kan??

princess_eryna said...

Itulah kekuasaan Allah SWT..

kella said...

terharu...
bergenang di buatnya..
subhanallah.. kuasa Allah sahaja yangmampu..

~aSHa~ said...

tak tergambar olehkata2 perasaan doktor tu kan....mesti dia panjat kesyukuran..

Ir.Ladybird said...

macam penah tgk dalam House M.d jugak..hehee~

AngahSayang2314 said...

lya sekarang nie duit jer yg utamanya..kalau ada duit semua bole jadi.

AYU said...

kebesaran Allah SWT, tiada siapa dpt menandinginya...subhanalllah

Fieza79 said...

tersentuhnya baca info ni...mmg ajaib kan...janin sekecil tu pon cam da pasaan je kan..? tgk jari comel tu leh wt ati meruntun tau...jatoh syggg...walau bkn janin kita..!

zue @ annaleeya said...

tulah kebesaran Allah.... subhanallah..!

Liza said...

Subhanallah.. Kuasa Allah...

LYaFRINA said...

@kella

ITULA KELLA.. RASA SEBAK PON ADA

LYaFRINA said...

@~aSHa~

ITULA..KALO KT BLH GENGGAM SNDIRI JARI ANK KITA..LG AKN INGT SMPAI BILA2

LYaFRINA said...

@Ir.Ladybird

HAAA.. BETUL TU.. KINGDOM HOSPITAL KAN??

LYaFRINA said...

@AngahSayang2314

BETUL TU.. HULURKAN DUIT.. SEMUA JADI

LYaFRINA said...

@AYU

BETUL TU

LYaFRINA said...

@Fieza79

ITULA.. LYA PON TPAKU BILA TGK PIC NI.. TERUS P DIRECT KE LINK NI

LYaFRINA said...

@zue @ annaleeya

KUASA ALLAH

LYaFRINA said...

@Liza

TANDA KEBESARANNYA

Cik Rose Cute said...

betapa besarnya kebesaran Allah....

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (81) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (73) INFO (67) Asya's School (60) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Birthday (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Jom Singgah (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (27) Tempat Makan Best Di Terengganu (27) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) mama+papa+fasya (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) fasyafrinatraveltales (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) mama+papa (8) Parenting (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1)