Monday, June 21, 2010

Perjalanan Papa To Be_ SELAMAT HARI PAPA

N3 khas buat suamiku yang tercinta. Khas untuk papa asya sebagai menghargai pengorbanannya sepanjang perjalanan untuk bergelar PAPA.

Papa asya, terlalu banyak melalui kesusahan sepanjang menanti kehadiran asya. Terlalu banyak penderitaan yang dilaluinya. Walaupun saya tidak dapat melihat penderitaan Fain disepanjang perjalan untuk papa asya bergelar papa. Tapi melalui cerita-cerita semua org sekeliling, saya tahu betapa besarnya nilai pengorbanan Fain untuk anaknya. Saya tahu disebalik semua penderitaan, kesusahan, ketakutan.... tersembunyi berjuta KEBAHAGIAAN buat diri Fain. Kerana di dalam perut saya ada PERMATA BEHARGA untuknya. Anugerah yang penuh keajaiban untuknya.

Sepanjang mama asya terlantar sakit.. koma... lumpuh.. Papa asya terlalu banyak bekorban demi kesejahteraan mama & asya. Papa asya rela mengambil cuti tanpa gaji selama sebulan semata-mata untuk berada disisi mama & asya y ketika itu dalam kandungan mama. Papa asya juga sampai jatuh sakit & pengsan di hospital kerana terlalu letih menjaga mama & asya dulu. Papa asya juga, menggunakan sejuta kudratnya y kecil untuk mengusung mama & asya ketika mama lumpuh dulu & time tu asya dalam perut mama. Hari-hari y dilalui sungguh memeritkan.

Tapi, sebaik sahaja kelahiran asya.. Mama melihat kegembiraan yang tidak terhingga di wajah papa asya. Sebaik asya lahir, papa y ambil tanggungjawab mama mengguruskan asya. Mama hanya boleh buat setakat y termampu. Sampai sekarang, time tidur mesti papa y dicari. Mama harap asya akan selalu ingat segala pengorbanan papa asya. Apa y papa lakukan... SEMUANYA UNTUK ASYA.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Handmade card dari LIN HANDMADE.. Kad y saya menangi dalam giveway INI ..
Sepatutnya saya nak beli sekeping lagi kad. Tapi x sempat.

Sedang menulis (CONTENG) ucapan untuk papanya

Sila teka.. apakah makna contengan tu?? Xpelah... yang pasti ianya memang special dari asya untuk papanya. Saya memang dah lama plan nak buat gini.

Perjalanan nak bagi kad kat papa... Time ni papa baru lepas mandi. So pic2 romantik antara papa & asya x dapatlah di publish..


" TIDAK LUPA BUAT ARWAH AYAH YANG TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH KETIKA SAYA BERUMUR 5 TAHUN LAGI. WALAUPUN X SEMPAT MERASAI SEPENUHNYA, TAPI ADA MEMORI YANG MASIH DIINGATI AKAN TERUS KEKAL DI DALAM HATI. PENGORBANANNYA CUKUP BESAR DAN BOLEH DIBANGGAKAN DALAM MENDIDIK ABANG & KAKAK SAYA. SEBAGAI SEORANG ANAK, SAYA AKAN TERUS BERDOA KESEJAHTERAANNYA DI SANA. AMIN. "

Doa MAMA membawa ke syurga
Doa PAPA jalan menuju ke syuga

21 comments:

Aleeya said...

alalalaa kiyutnye gigih nak tulis kad bg papa nye eyh..so sweet la asya neh hehehe..

Anje a.k.a Mama_Balqis said...

wah mesti terharu papanyer...suka gambo tu...ape la yang diborakkan dua beranak tu ek...tomei asya

~aSHa~ said...

comey kad yg asya tulis tu....mesti asya tulis ayat yg buat papa asya rasa terharu kan...

Ain said...

sweetnya lya anak beranak.....

mesti fain terharu sangat-sangat kan.....

moga kebahagian menjadi milik lya sekeluarga selamanya.....

aminnnn....

Zaidah said...

cutenyer kad tu... memang fain banyak berkorban untuk lya n asya..semoga lya berbahagia sehingga ke akhir hayat...

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

yess besar pengorbanan dia tu..terutama masa lya bertarung nyawa

sayangilah dia sepenuh hati k

amboi cik asya..kan main lagi ye

zue @ annaleeya said...

apela yg asya conteng kt kad tuh yer??? hanya papa yg paham kan asya... hikhik.. so cute...

wah cat umah baru la... tomei.. yg penting ader pokok nyo tuh... heheh..

~This is ME!!~ said...

amboi pndainye asya 'menulis'.. hehehe.. happy father's day to papa asya... ;)

mommyYen said...

huhu,very sweet moment..hehe

'NuReeN' said...

pandainyerr asya.. asya boleh wish direct ke papa 'fain', ellesya juz wish dlm phone jerr.. huhuu..

LYaFRINA said...

TO ALL :

TEMKIU VERY2 MUCH!! SGT HARGAINYA.. SKARANG X SMPAT NK REPLY SORANG2.. CZ KENA TURUN BAWAH SURVEY REPORT KAPAL BARU MASUK...

AngahSayang2314 said...

selamat hari bapa alya kepada u husband walaupun lewat tapi soli ya..

tarharu angah baca coretan lya nie sob3

& tak lupa buat arwah ayah lya alfatihah

.cikfasya.(◕‿◕✿) said...

sweetnye entry..
tharu kalo asya bace kalo dia da pndai bace kn..=)

alyyani said...

cam sama je post asya dgn nia masa bagi kad tuh. papa asya baca entry ni mesti dia terharu. happy papa's day to papa asya ye :)

Ena said...

selamat hari bapa buat papa asya ye!.. masih teringat entry2 lya di saat kelahiran asha.. Moga terus jadi papa yg penyayang & bertanggungjawab.. :)
Sweet nyer aksi ashanak bg kad tu.. heheh :)

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Selamat Hari Bapa gak buat papa Asya..
Amboi kemain Asya conteng2 kad bg kat papa yer..Sweet.. ;)

mamalieyna said...

Selamat Hari Bapa buat papa Asya...! comeel la diee..ada gaya time nak buat contengan tu..hikhik..pandai pegang pen dah..cam pandai nulis jer..^_^

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

selamat hari bapa utk papa asya juga..
sungguh bertuah Lya n Asya dpt papa cam fain.. Alhamdulillah, sejuk rumahtangga korang..yup, so sweet dear, corengan sgt memberi makna wat papa asya.. =)

LYaFRINA said...

TO ALL :

TQ VERY MUCH!! SGT2 HARGAINYA

Noor Azlina Abdul Samad K. said...

Hello dear...
Thank you for giving me this link and letting me read your beautiful post about father's day. SO SWEET!!!!! LOVE IT! I'm so happy to see that you used the card I made, and you used it for this sweet occasion. Lin rasa terharu sangat baca post nih....semoga you sentiasa bahagia disamping keluarga dan semua yg menyayangi you selalu.

Hugs,
Lin
Lin Handmade Greeting Cards
http://azlina-lin.blogspot.com

LYaFRINA said...

@Noor Azlina Abdul Samad K.

lin..tq cz sudi k sini.. sbnarnya lya y ptt bterima kasih krn sudi menanti respon drp lya.. sgt2 hargainya.

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (139) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (82) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (74) INFO (67) Asya's School (62) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Birthday (49) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Jom Singgah (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) F.A.M.I.L.Y (41) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) H.O.L.I.D.A.Y (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) Tempat Makan Best Di Terengganu (29) mama+papa+fasya (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (28) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) fasyafrinatraveltales (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Papa Asya (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) mama+papa (9) Idea Bento (8) Travel (8) Parenting (7) Ulangtahun Perkahwinan (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) TERENGGANU (1) de (1) fasyafrinavacationtime (1) ma (1)