Thursday, July 29, 2010

FAIN + ALYA = Fathia, Faiz & Fasya


+

Fain & Alya bertemu & bercinta

KEMUDIAN

Berkahwin

KEMUDIAN DAPAT
ANAK

yihaaaaa
Anak pertama
Nur Fathia Adriana

Anak Ke 2
Mohd Faiz Adam

Dan MY ONLY ONE
Nur Fasya Afrina

Hakikatnya saya hanya ada sorang anak untuk menamani sy & Fain dalam kehidupan di dunia ni..
My Only One...Nur Fasya Afrina.. Mama syg sgt kat asya..
Dua lagi hanya la impian yang x kesampaian... kerana saya mengalami 2 kali keguguran kerana penyakit saya ini.. Walau sekejap, dia tetap anak saya & darah daging saya&fain.. Mama & papa juga sayang pada kamu.. Semoga tenang disana..

Ermmm.. raut wajah anak khayalan ni saya dapat dari leily . Terhibur hati  layan game macam ni..
Nak cuba????
Jom KLIK SINI .


---> Sedikit down harini.. xpe... tarik nafas panjang2..

Wednesday, July 28, 2010

Kick...Kickapoo.. TAK HALAL!!



Setelah menerima kiriman e-mail dari officemate..
Terus terpaku!!!
Sebenarnya sy & Fain penggemar air Kickapoo....
Dan saya pasti ramai yang gemar aitr tersebut.
Skali dapat email tersebut..
Betul2 buat hati tersentap...
 Sakit hati!!
Rasa Tertipu & Ditipu!!

"Sebenarnya, air kickapoo yang kita selalu beli dan minum itu berasal
daripada SYARIKAT ARAK !
Nama syarikat itu adalah Monarch Baverage.

Untuk bukti lebih lanjut, layari:
http://www.monarch-beverage.com/home.htm
http://www.kickapoojoy.com/history.html

Tolong sebar2kan kepada semua.
Tolong berhenti membelinya...

p/s :-
 tenet arini slow.. susah nak buka blog.. Ni try byk kali. Apa lg nk jalan2.. tunggu yer.. Nanti dh ok sy pegi.

---> Byk lagi email yang menggejutkan.. satu2 yer..
---> Hanya mampu buat posting y simple & copy+paste.. Sakit mata, silau, kelabu, pedih..

Berfikir & Berimiginasi Membantu Saya


Berblog mampu membuatkan saya berfikir. Berfikir tentang tajuk posting. Susunan ayat utk mengayat.. hehhehehee... Bergambar pula mampu membuatkan saya berimiginasi. Membayangkan shoot yang diinginkan walaupun x pro. Tapi itu lah minat sejak dari kecil & ianya juga minat keluarga saya. Mungkin dah keturunan kot.

Kenapa saya kata Berfikir & Berimiginasi membantu saya???? Ini kerana setiap kali saya diserang sawan bayangkan berjuta-juta neuron dalam otak akan musnah. Effectnya akan mempengaruhi kehidupan dimana lambat pikat walaupun perkara y remeh. Ibarat kata seperti sedikit lembab.

Tapi dengan berfikir & berimiginasi ianya dapat membantu membentuk semula neuron2 baru di dalam sel2 otak yang lagi segar. Semestinya harus fikir sesuatu yang kreatif bukan fikirkan perkara yang merunsingkan @ merosakkan diri begitu juga berimiginasi, imiginasilah kepada perkara2 yang indah.

Inilah yang saya selalu praktifkan dari dulu. Setiap kali saya tumbang saya akan bangkit secara perlahan. Kadang2 pernah terbit dihati lebih baik MATI dari menderita. Tapi itu bukan pilihan saya. Sesungguhnya saya rela susah didunia daripa menanggung azab dikubur . Sebolehnya kalo mengadap ilahi biarlah cukup bekalan utk dibawa kesana.


---> Alhamdulillah.. rasa lebih tenang.

Tuesday, July 27, 2010

Kenangan bersama AIN..

Kerana terlalu mencintai dunia blog..
Akhirnya dapat update dgn bantuan Fain di malam hari..
Tq... Kerana Fain begitu menyokong saya meneruskan segala minat saya.


Sehari selepas keluar wad, saya menerima kunjungan Ain yang sanggup datang dari jauh untuk berjumpa saya.. Sesungguhnya, saya cukup2 terharu..sebak & segala macam y ada. Saya sedar saya x keseorangan. Rupanya ramai yang bersama saya. Dan satu perkara penting... betapa saya menderita, masih ada yang lebih derita lagi.

Atas kesedaran itu, timbul kesyukuran dihati. Kerana saya mempunyai pendorong yang KUAT untuk melawan segala cubaan hidup walaupun ada yang memang x mampu tertanggung. Sangat2 x tertanggung. Ain terima kasih kerana sudi bersama menjenguk lya, walaupun menempuh perjalanan yang agak jauh. Bersama itu Ain juga membawa satu form yang mungkin dapat membantu saya meringankan bantuan perubatan yang bakal menyusul selepas ini. Sebab terlalu banyak ujian2 yang akan dilakukan selepas ni. Mybe bermula bulan 8 ni.

Tapi apa yang malunya, keadaan saya ketika ain datang. Dengan mata yang dah senget tu.. Dengan keadaan saya yang sangat2 x t'urus. Harap bila sihat bpluang jumpa lagi. Selain itu saya ucapkan jutaan terima kasih atas keprihatinan AIN, ASHA & ZATI kerana berusaha keras mewujudkan tabung untuk membantu saya membiayai perubatan saya. sesungguhnya saya betul2 terkejut akan kewujudan tabung ini. Sebab memang xde sape2 bagitau saya. Saya tau pun selepas keluar wad dan kat rumah buka lap top ternampak ramai y buat n3 tersebut.

Ketika itu hanya tuhan y tahu. Mengalir air mata kerana cukup terharu. Betapa ramai y ingin membantu. Sebenarnya, saya merasa segan & serba salah. Tapi saya amat2 menghargainya, sebab ianya benar2 akan membantu saya. Jutaan terima kasih buat semua kawan2 blogger y sanggup memberi sumbangan itu. Betapa besar pahala yang dikurniakan tuhan atas niat ikhlas & murni itu. SESUNGGUHNYA TANGAN YANG MEMBERI LEBIH BAIK DARIPADA YANG MENERIMA.



Keadaan mata yang x dapat dibetulkan... Betul kata asha, ain memang cantik kat luar. Macam anak dara. Slim jer. Rasanya nampak saya dan ain boleh jadi sebaya dah. Lama gak ain bersama saya ketika itu. Banyak perkara yang kami kongsikan. Sampaikan x sedar masa berlalu. Ain terima kasih. Lya x tau nak kata macam mana. Tak terluah dengan kata2.

Dikesempatan ini, saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada  Asha , k.miemiey, Oya , liyatie & ramai lagi..( minta maaf, saya x dpt ingat n pasti siapa y datang. saya sebut mana yang saya tau ) selama saya berada di ICU & WAD. Sebenarnya, saya tau bila diberitahu Fain & baca di blog. Tapi sedikit terpinga-pinga bila baca di blog & FB ttg apa y saya cakapkan serta gambar saya. Tiada apa y dapat diingati langsung. Saya x dapat mengingati siapa2 y melawat saya. Y cuma ingat hari nak keluar wad, kawan2 ofis datang melawat. Selainnya saya cuba utk ingat tapi satu pun x dapat ingat. Maafkan saya, semuanya kerana saya berada dibawah sedar & mungkin kesan ubat y banyak.

Kesan lebam yang makin pudar. Dikedua-dua belah tangan lebam hitam y amat dari atas hingga ke bawah. Ngeri melihatnya. Belum termasuk dibahagian kaki, penuh lebam2. Dan paling sakit di bahagian leher, sakit nk tidur n ditekan. Urat dibahagian itu juga menggeras & bahagian celah peha kesan drip jenis apa ntah. Ada kesan jahitan disiti...sgt menyakitkan. Agaknya, kalu dah xde tempat mcmana nak masukkan drip lagi???


--> Malam tadi jumpa asha , tq asha kerana menjadi pendengar y setia.
--> Janji untuk lebih bersemangat memulakan kerja.. SEMANGAT..SEMANGAT!!!

S.A.B.A.R

yang memberi kesabaran penuh

Hari ni x dapat buat apa2... X mampu, x de daya, rasa lemah...kosong
Yang mampu, tgk jam... x sabar menunggu detik 4.45pm...
Nak balik rumah... nak rehat.. nak tido...


Anak kecil ni.. satu2nya cahayahati ... sgt2 perlukan aku...
KUATkan aku


---> MOOD bblog ada.. tp x mampu. xde daya lagi. xnak paksa diri. Saya mohon berjuta kemaafan andai x dapat lagi singgah2 mcm selalu. Berikan sikit masa utk saya pulihkan jiwa, hati, diri & segalanya. Mata saya sgt kabur..sakit tgk skrin kat PC ataupon Lappy...Tunggu saya...jangan lupakan saya.

Tuesday, July 20, 2010

Sehari Sebelum Di ICU

Mula2, jutaan terima kasih buat suami yang mbantu n yokong saya dalam m'update blog ni. Tak lupa juga buat semua blogger yang membuatkan saya hdup bukan seorangan d didunia ini. Yang trut sama-sama support saya. Sesungguhnya saya amat2 bererima kasih dgn niat2 murni para blogger dalam membantu saya.

Hingga ke hari ini saya masih berehat dirumah, belum ada kekuatan untuk bekerja. Masih lemah, pitam2 n selalu muntah2. Petang kelmarin pun sy pengsan lagi dan 1 jam lps itu baru sedar. Masih x ada kudrat utk berjalan sndiri.

Sebenarnya, saya xtau nak ucapkan macammana betapa saya hargai semua niat murni para blogger. Sesungguhnya saya amat tersentuh hati. Sememangnya masih mengharapkan keajaiban dalam kehidupan. Saya sedih kerana x dapat memberi kasih sayang sepenuhnya buat asya. Selalu ditinggalkan bila saya sakit.

Rawatan lanjut, akan teruskan utk merawat mata.. sbenarnya suatu masa dulu saya pernah kehilangan penglihatan mata kanan. Takut ianya b'ulang lagi. MRI CT SCAN utk kesan parut dalam kepala yang mungkin menyebabkan sawan. Saya pernah menjalani pembedahan Ketumbuhan Otak ketika berusia 15 tahun(2000).. Dan pelbagai lagi insiden y berlaku selepas itu.. Saya mengalami kerosakan peti suara sehingga kehilangan suara. Dulu juga saya pernah mengalami kelumpuhan badab Transfer Myeletis..berpunca dari virus Enchephelitis yang juga menyebabkan sawan yang teruk hingga kini. Ketika menjalani pembedahan ketumbuhan otak sebelah kanan dulu, ketika itula masalah Injap Jantung Berlubang dikesan. (thanks buat oya utk kos itu.. biarla rahsia kami bersama)


Pada hari Jumaat sebelum dwarded, sempat singgah hospital cz Fain sakit perut.. Cari toilet.. Rupanya sya dah say hi..hi la....


Asya pon sempat layan posing mama dia.. 1st time asya datang sini ni. Last2 masa dia kecik dulu.


Sayang mama... teruskanlah jadi kekuatan buat mama.


" TO ALL BLOGGER... I MISS U SO MUCH"
SAYA HARGAI SEGALA YANG DILAKUKAN, TAPI SAYA SGT2 X LARAT NAK TINGGALKAN JEJAK..
PADA SEMUA KENALAN BARU, BILA SAYA MAKIN SEMPUH SEPENUHNYA, SAYA AKAN KEMBALI MENJEJAK KAMU SEMUA

Monday, July 19, 2010

Rindu Untuk BerBlog Masih Ada

Baerikan saya sedikit masa utkk saya meneruskan xtvt bblog sperti sediakala. Buat masa ni, saya perlukan bantuan fain utk trus updatate blog. Terima kasih x thingga pada semua kwn2 y mjneggukm saya selama telanntar di ICU duli. saya sgt2 sgt2 hargainyanya..


Tadi ain, atang ziarahihi saya.. sy ckp2 tharu. Lps ni sy akan upload pic bersama ain dengn btuan fain.  Ain, sy sgt2 hargainya.. Begitu juga semua kwn2 blogger y lain y x ptus2 mbereri kata semengangat..

Sunday, July 18, 2010

Terima Kasih pd sume kwn2

Ucapan Dari Lyafrina : Terima kasih tak terhingga pada sume kwn2 yg myokong & memberi kata2 semangat buat saya...

Terima ksih sumenya....

Hanya Allah yg akn membalas budi sume...

Saya ketika ini sudahpn berada di rumah...

==wakil : zati

Saturday, July 10, 2010

PLAY around..

Yeaaaaa.... sukanya saya duk dalam gelongsor ni.

COwboy... eyhhhh...cowgirl.... ada ke???

Kenakan papa.. dengan kenakalanku ..
hihihihihiiii

Ok...dah..dah.. Nak Maghrib, balik dulu.


" HAPPY SATURDAY "

Thursday, July 8, 2010

Meh Skodeng Dapur : GULAI LEMAK KETAM

Kebelakangan ni, saya agak rajin membuatkan dapur saya berasap. Atas dorongan & sokongan Fain... Saya turun gak ke gelanggang yang memang patut dikuasai oleh kaum wanita. Jumaat baru2 ni sempatla ke pasar sebab Fain nak makan makanan febret dia tu, Ikan Siakap Masam Manis. Baru 2 minggu lepas. Tapi, kali ni dah merapu plok.. dapat la ikan kerapu.. Hehehhehee..

Tup..tup.. saya nampak ada banyak ketam yang segar bugar lagi.. Rasa terliur nak makan Ketam masak tomato. Tapi, lauk fain tu dah jenis x berkuah. Last2 tuko resepi GULAI LEMAK KETAM.

Ketam y fresh & segar. Isi manis lagi. Saya sebenarnya nak cari ketam y kaler oren, sbb biasa makan ketam y dah masak kaler oren tu. Skali...malunya muka akuuuuu,,, rupanya, ketam tu bila dia masak mmg bertukar kpd kaler oren la.. ahhhaiiiii!!

Bahan-Bahan :
Cili + kunyit + bawang merah+putih (blender)
Santan Kelapa
Serai
Daun Kunyit
Asam gelugor

Cara Membuat :

1. Masukkan santan dalam periuk

2. Campurkan bahan2 yang sudah diblender tadi dan kacau. (mesti kacau selalu bagi menggelakkan kuah gulai jadi berbiji-biji)

3. Sambil mengacau, masukkan ketam satu persatu.

4. Masukkan serai & daun kunyit. (Daun kunyit, kalo xnak masuk pon xpe.. tp lg best dimasukkan)

5. Last, masukkan asam gelugor sekeping bagi m'balancekan rasa. tapi ada org tu dia x masukkan asam keping ni...

Tu dia... Gulai Lemak Ketam

Dan lauk sampingan haritu, Ikan Kerapu Sweet Sour

Ikan kerapu y kuat merapu. Bagi saya ikan siakap lagi best!!!

Ikan Kerapu y dah siap digoreng

Sos sweet sour.. Resepinya sama seperti ikan siakap hari tu. Meh klik sini----> http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/2010/06/siakap-sweet-sour-ada-ummmphhhh.html

SELAMAT MENJAMU SELERA

----> JANGAN MINGGU DEPAN FAIN BUAT NAK MAKAN IKAN SWEET SOUR LAGI...

Kekasih GelapKu zaman S.C.H.O.O.L


Hai..hai...haiiii...
Kenal x mamat ni?? Namanya SYED ALI yang dah makin laris dlm bidang lakonan . 1st time terperasan kat TV dia awal2 kemunculan dia.. Terpandang berkali-kali gak. Kot2 la silap orang.. Tapi memang x syak lagi... Inilah bekas KEKASIH GELAPKU.. hehehehhee.. (PERHATIAN...SILA JANGAN PERCAYA). 

Xde apela... xceli syed ni bekas schoolmate. Kita orang memang 1 geng gak. Xsangka si syed dah jadi artis yer. Sbb bila tgk time2 skolah dulu pendiam jer. Dulu kt org sama2 join Kelab Usahawan. Yang palinng kelakar Syarikat yang kita orang terajui namanya Quality Bang Sdn Bhd.. Apakah makna itu?? Budak2 skolah..main hentam j nama.. Sampai saya pengsan2 organize company ni. Last bankrap...Bila ingat time skolah dulu rasa kelakor plok. Memang banyak sgt perkara y lucu...

Yang terjadi nak buat n3 ni, sbb belek2 pic lama jumpa la pic dengan kawan2 n Syed Ali pon ada. Yang pasti muka dia memang x berubah. Maintain hencem. Ok la semoga syed terus sukses dalam bidang yang diminati tu.. (ermmm masa zaman skolah saya just ingat dia + kawan dia ada pinjam gitar saya.. x sangka ada bakat terpendam dalam lakonan)


----> Syed.. u ingat i lagi x??? heheheheh.. kalo still ingat hai..hai.. bye..bye.. la yer!!!

Wednesday, July 7, 2010

Zaman 2001 : )

Curi pic ni dalam FB si baju oren tu..
Tengok semula rasa kelakar pon ada.. Heheheheh.. Muka anak2 kecil main api..

Time ni form 4..maknanya 16 tahun la.. Masa ni datang buat lawatan kat Kuala Terengganu. Lawatan untuk apa ntah. Tapi memang ada banyak kenangan sangat2 time ni. Apa yang pasti, spek mata y kita orang gayakan dibeli kat MYDIN... wakakakakaka.. Harganya... (^%^$%^6).

Apa yang best, balik dari lawatan ni sempat lagi celebrate birthday saya & sibaju oren tu kat dalam bas. Sebab kebetulan lahir bulan March. Si baju oren tu lahir 8.3.85 & saya 10.3.85 and time ni 9.3.2001.. Adilla kan??? Balik rumah nanti nak cari pic2 masa potong kek tu. Haritu mmg semua ada dlm simpanan saya. Tapi itula lps pindah rumah haritu, agak bercelaru skit kedudukannya..


---> Agaknya, boleh cam x saya yang mana??? Cepat teka teki teka tekok
Abaikan muka ku yang comot tapi comel.. wakkakakaaaa...

INFO : SENGUGUT & WANITA


Penyakit senggugut (PMS) merupakan himpunan simptom fizikal, psikologi, dan emosi yang berkait dengan kitaran haid wanita. Dianggarkan kebanyakan wanita pada usia boleh mengandung (child-bearing age) (sekitar 80 peratus) mempunyai sebahagian simptom PMS. Simptom sedemikian biasanya boleh dijangka dan berlaku secara tetap semasa dua minggu sebelum haid. Biasanya simptom mungkin hilang sebelum atau selepas permulaan aliran haid.Bagi sesetengah wanita dengan PMS, simptom amat teruk sehingga mereka dianggap melumpuhkan. Bentuk PMS ini mempunyai nama psychiatric tersendiri: Penyakit senggugut teruk (premenstrual dysphoric disorder) (PMDD).

1. Simptom
PMS merupakan himpunan simptom. Lebih dari 200 simptom berbeza telah dikenal pasti, tetapi tiga simptom paling menonjol adalah mudah terganggu (irritability), ketegangan, dan dysphoria (murung). Simptom sebenar dan tahapnya berbeza antara seseorang wanita dengan wanita. Kebanyakanwanita dengan sindrom prehaid mengalami hanya sedikit dari masaalah tersebut.

Antara simptom-simptom SENGUGUT :
* Perut kembong
* Kejang perut
* Payu dara bengkak atau sensitif
* ketegangan atau bimbang (anxiety)
* Masaalah tidur (insomnia)
* Sakit sendi atau otot
* Pening kepala
* Lesu
* Jerawat
* Hayunan perasaan (Mood swings)
* Peningkatan masaalah kulit sediaada,
* Masalah pernafasan (contoh, alahan, jangkitan)
* Masalah mata (gangguan bulbar, conjunctivitis)

2. Faktor risiko :
* Pengambilan kafin tinggi
* Tekanan mungkin menimbulkan keadaan
* Peningkatan usia
* Sejarah kemurungan
* Penggunaan tembakau
* Sejarah keluarga
* Faktor permakanan

3. Antara petua-petua yang boleh diamalkan ketika sengugut :
Petua 1
Ambil sembilan biji pinang tua, dibakar tanpa minyak hingga menjadi arang, dan kemudian ditumbuk hingga halus. Campurkan serbuk pinag bakar itu dengan secawan air suam dan minum selama sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

Petua 2
Ambil segenggam halia, tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap minum air tadi didahulukan dengan selawat.

Petua 3
Minum air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

Petua 4
Campurkan serbuk halia atau halia yang ditumbuk lumat dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Isikan dalam kapsul kosong. Makan 2 biji selepas makan tengahari dan malam 2 minggu atau seminggu sebelum haid.

Petua 5
Semasa sakit ketika haid, minumlah air teh pahit tanpa gula.


SUMBER :
http://101petua.blogspot.com/2010/01/petua-merawat-sengugut.html
http://wapedia.mobi/ms/Penyakit_senggugut#1.

Yiihaaaaaaaaaaaa.....WONDERPETs dah datang.


Yihaaaaa!!!!!
WONDERPETs dah datang..memberi bantuan.
Semua Komen Dah Kelihatan..
SUKA HATI!!!!


"Wonder Pets Wonder Pets…
kami datang..
membantu (anak haiwan) yang kesusahan..
kami tak besar..
dan kami tak kuat..
bila bekerjasama semua jadi mudah.."

Lirik penuh : KLIK SINI

Tuesday, July 6, 2010

TENSION situ sini.... Meh jamu KEPOK dulu : )


Rasanya harini ramai y tension dgn blogspot, sbb xleh komen la... komen x keluarla.. Uhuuuu.. sedih, rindu nak baca komen kawan2 semua.. Ntah r, bila poblem ni dah settle, samaada komen2 y dah di leave sbelum ni akan keluar @ tak??? Kat n3 lya pon xde komen langsung.. huhuhuu... betul ke ni?? biasa bila update selalu ada komen.. Ececececeee.. perasan sunggoh la.. (tutup muka jap..malu)...

Kella .. jgn sedih2 yer.. Act blogspot mmg ada poblem arini. Kat n3 kella sebelum2 ni lya ada leave komen. Tapi x taula nanti akan muncul k x... Sabar jer la.. Begitu gak kat kawan lain, mana y update tu, pasti lya terjah n leave komen.. Tapi cambiasala.. komen x muncul.. Xde mood la.... Jom la tenang pikiran dengan kunyah kepok ni.. best gok.. : )

Kalo dah makan.. x ingat dunia.. Kepok Kuala kemaman ni..

Makan bersama Sos Cili.. Baru Superbbb!!!

Minum bersama air Oren.. waaaa.. nikmat . Comel x mug ni??? : )

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Act Mug ni saya menang contest LOVE STORY ---> ( http://fasyafrina.blogspot.com/2010/02/contest-love-story.html ).. yang dianjrkan oleh Myra_Zoe . Act memang dah lama sangat dapat hadiah ni.. Suka sangat2 dapat mug ni. Tq myra..

----> Heehhehee.. ZUE pun dah naik tension gara2 poblem blogspot ni.. Byk2 sabo yerrr!!! meh jamu kepok lu zue..

PHOTOSHOOT : Asya With T.O.Y

Hai..hai..haiiiii
Jumaat baru2 ni hujan lebat, jadi xkemana-mana berkurung je dalam rumah. Petang tu baru kuar.  Tiba2 datang ideal spontan sebab nak join contest suziey yang dah masuk musim ke-3. Tapi x sempatla nok touchup asya skit, kan mengamuk plok kacau mood dia y tgh duk asyik main sepak2 bola.

Mama : Asya, ambik mainan dalam bilik...Mama nak.

glemer aku arini : )

Last2 asya masuk bilik, jalan terkedek-kedek bawak mainan yang kat atas tu. Aiiii,, dalam banyak2 y ni pilihan asya.. Ok la... Mama follow jer.

Susah betul nak dapatkan shoot y baik. Macam2 stail, memang dia layan mainan jer. Langsung x ambik pusing bila saya suh dia kiss mainan tu, peluk.. Aiseyyyyy!!!


Last2, dia p masuk bilik ambik menda alah ni. Lagila x menjadi.. Uishhh sabor je la layan anak dara ni sorang. Lepas dah boring, habis dia buat terabur bola2 tu. Bagi tambahan keje kat mama plok.

Last.. Sebelum dia mengamuk+menangis sebab kepala terantuk dinding, dia p masuk kat celah sofa ni sebab nak ambik bola.. Macam2 ideal yer... Makin besar, makin pnjang akalnya. Nasib baik mama suka layan akal panjangnya.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Lastly, PIC ni yang diambik secara spontan masa asya bawa mainan ni dari bilik untuk join contest ni ---->


----> Boleh laaaaaa... H.A.R.I I.N.I S.A.Y.A B.O.S.A.N

Princess Rania...

Sebenarnya saya suka tengok Puteri Rania ni... Puteri Jordon kan. Muka dia sweet jerr.
Senyuman yang cukup mempersonakan

Pandangan mata yang mengancam

Gaya yemg mempersonakan

Jelita..Anggun... Cantik

Walaupun berpakaian kasual... Princess Rania still nampak menarik dalam penampilannya.

Princess Rania di samping familynya.

---> Layan je la pic...

Monday, July 5, 2010

Fatisha Mushroom Garden Cafe,,, im COMING !!!

Baru bulan lepas datang sini (KLIK SINI)... Bulan ni mai terjah lagi.. Sampai2 jer berderet kereta. Penuh org kat cafe ni. Lama gak menunggu makanan sampai sbb mmg ramai giler org. dan kebetulan, time makan ni bos n family pun datang sini.. Yang pasti memang berbaloi-baloi. Suasana pon dingin jer..

Untuk pengetahuan semua, salah seorang partner Cafe ni mempunyai pengalaman kerja di Ireland selama 8 tahun dan, dia pernah masuk pertandingan memasak peringkat dunia dan dia mendapat tempat ketiga. Hebatkan??? Jadi sesuailah segala kepakaran dibawa masuk ke Terengganu.

Sebahagian daripada suasana cafe ni.

Tempat ambik air minuman.. Layan diri yer. Bebas nak minum banyak mana. Yang bestnya, kat sini just charge berapa biji gelas y digunakan saja. Berapa banyak/kerap kita nak tambah air x dikira. Memang berbaloi, sbb tuko2 selera.

Sesi melayan kerenah si dara

Tu dia DUTA AIR.. kalo dah dapat air, xingat dunia. Asya minum 1 gelas setengah fresh oren time ni..

hahahaha.. siap blh lending tu..

*
*
*
*
*
*

Pasta Mushroom Carbonara.. Siyessss... mmg sedap!!!

Lamp Chop.. Memang superb!!

My Family Potrait @ Fatisha Mushroom Garden Cafe.


Kalo nak tengok betapa cunnya CAFE ni.. meh klik sini--->
http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/2010/06/fatisha-mushroom-garden-cafe.html

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (138) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (82) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (74) INFO (67) Asya's School (61) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Birthday (49) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Jom Singgah (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) F.A.M.I.L.Y (41) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) H.O.L.I.D.A.Y (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) Tempat Makan Best Di Terengganu (29) mama+papa+fasya (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (28) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) fasyafrinatraveltales (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Papa Asya (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) mama+papa (9) Idea Bento (8) Travel (8) Parenting (7) Ulangtahun Perkahwinan (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) TERENGGANU (1) de (1) fasyafrinavacationtime (1) ma (1)