Wednesday, July 7, 2010

INFO : SENGUGUT & WANITA


Penyakit senggugut (PMS) merupakan himpunan simptom fizikal, psikologi, dan emosi yang berkait dengan kitaran haid wanita. Dianggarkan kebanyakan wanita pada usia boleh mengandung (child-bearing age) (sekitar 80 peratus) mempunyai sebahagian simptom PMS. Simptom sedemikian biasanya boleh dijangka dan berlaku secara tetap semasa dua minggu sebelum haid. Biasanya simptom mungkin hilang sebelum atau selepas permulaan aliran haid.Bagi sesetengah wanita dengan PMS, simptom amat teruk sehingga mereka dianggap melumpuhkan. Bentuk PMS ini mempunyai nama psychiatric tersendiri: Penyakit senggugut teruk (premenstrual dysphoric disorder) (PMDD).

1. Simptom
PMS merupakan himpunan simptom. Lebih dari 200 simptom berbeza telah dikenal pasti, tetapi tiga simptom paling menonjol adalah mudah terganggu (irritability), ketegangan, dan dysphoria (murung). Simptom sebenar dan tahapnya berbeza antara seseorang wanita dengan wanita. Kebanyakanwanita dengan sindrom prehaid mengalami hanya sedikit dari masaalah tersebut.

Antara simptom-simptom SENGUGUT :
* Perut kembong
* Kejang perut
* Payu dara bengkak atau sensitif
* ketegangan atau bimbang (anxiety)
* Masaalah tidur (insomnia)
* Sakit sendi atau otot
* Pening kepala
* Lesu
* Jerawat
* Hayunan perasaan (Mood swings)
* Peningkatan masaalah kulit sediaada,
* Masalah pernafasan (contoh, alahan, jangkitan)
* Masalah mata (gangguan bulbar, conjunctivitis)

2. Faktor risiko :
* Pengambilan kafin tinggi
* Tekanan mungkin menimbulkan keadaan
* Peningkatan usia
* Sejarah kemurungan
* Penggunaan tembakau
* Sejarah keluarga
* Faktor permakanan

3. Antara petua-petua yang boleh diamalkan ketika sengugut :
Petua 1
Ambil sembilan biji pinang tua, dibakar tanpa minyak hingga menjadi arang, dan kemudian ditumbuk hingga halus. Campurkan serbuk pinag bakar itu dengan secawan air suam dan minum selama sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

Petua 2
Ambil segenggam halia, tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap minum air tadi didahulukan dengan selawat.

Petua 3
Minum air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

Petua 4
Campurkan serbuk halia atau halia yang ditumbuk lumat dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Isikan dalam kapsul kosong. Makan 2 biji selepas makan tengahari dan malam 2 minggu atau seminggu sebelum haid.

Petua 5
Semasa sakit ketika haid, minumlah air teh pahit tanpa gula.


SUMBER :
http://101petua.blogspot.com/2010/01/petua-merawat-sengugut.html
http://wapedia.mobi/ms/Penyakit_senggugut#1.

25 comments:

Zaidah said...

klu senggugut zai akan minum air suam bebanyak.. klu sakit teruk tuamkan kat perut ngan hot water bag

kella said...

dulu sebelum kawin selalu kena senggugut! tapi bila dah kawin ilang terus! ajaib! Alhamdulillah.. :)

zue @ annaleeya said...

masa bujang jerk senggugut teruk.. pas kawen nih terus takde.. jadi, cepat kawen.. mmg mujarab... hehe!!

Farra Dhelina said...

time ank dara dulu, rajin lah kena senggugut ni..tp sejak bersalin, dh hilang lak..alhmdlh..klu tak, time dtg bln je, mesti bdn bengkok2 mcm udang, nak menahan sakit..adeii..

mamalieyna said...

senggugut yg sikit2 jer selalanya..tapi tgk mmber2 yg teruk senggugut tu, kesian, ada yg sampai pengsan..aduhai...susahnye..

LYaFRINA said...

@Zaidah

BGUS TU..

LYaFRINA said...

@kella

LYA PLOK X MENETU..SKRANG NI PON ADA KETIKA BLH KNA SENGUGUT NI.. KDG2 OK.. KDG ADA HARI KENA GAK..CONTOH..SKARANG...

LYaFRINA said...

@zue @ annaleeya

HIHIII.. STUJU..JD KENA CPT KAWIN LA NI.. MUJARAB...

LYaFRINA said...

@Farra Dhelina

ALHAMDULILLAH.. LYA SKARANG ADA HARI2 STILL BLH DPT SENGUGUT.. MOOD X MENENTU.

LYaFRINA said...

@mamalieyna

ITULA..KESIANKN KALO SMPAI K TAHAP Y SERIUS .. ADA ORG TU SMPAI KHILNGAN BYK DARAH...

Fieza79 said...

tak penah senggugut yg teruk2...ok2 je...skang pon tgh bendera merah..hehee..

Ena said...

Alhamdulillah..

ena dah lama tak kena senggut sejak dah ada anak nie.. dolu2 masa bujang je ada..

LiLy @ MumMyQiStInA said...

LILY DR DULU SAMPAI SKRG NI MSLH SENGGUGUT X ILANG..SAKIT OOO...

Mak Su said...

tq, nanti boleh beritahu kat anak saya

Ain said...

adik ain kalau senggugut boleh pengsan....

masuk ward pun pernah gara2 senggugut nie...

alhamdulillah, ain pernah kena sekali jer...

☺[ai][sUmi]☺Chan said...

waaa... bgus petua nih.. sumi slalu kena bila time priod..

syahira ariff said...

wahhhh sis
bagus betul petua nie
sesuai dgn entri sy hari ini
hehehe
thanx for sharing
=]

LYaFRINA said...

@Fieza79

fiza samala.. lya pon angkat bendera nih

LYaFRINA said...

@Ena

ok la tu.. xdela mderita sgt

LYaFRINA said...

@LiLy @ MumMyQiStInA

cam lya plok x menentu..kdg dtg..kdg2 ok

LYaFRINA said...

@Mak Su

bgus tu mak su

LYaFRINA said...

@Ain

ishh truknya tahap sengugut adik ain..smpai dh pengsan2 n warded lagi.

LYaFRINA said...

@☺[ai][sUmi]☺Chan

lps ni blh la cuba amlkan petua ni sumi

LYaFRINA said...

@syahira ariff

owh ye k??? nanti adik blh cuba petua ni.. manatau kot2 bkesan..

AngahSayang2314 said...

lya lak info yg menyebabkan selalu ambil pil bila period

thanks for info

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (82) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (74) INFO (67) Asya's School (60) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Birthday (46) Jom Singgah (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) F.A.M.I.L.Y (41) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) H.O.L.I.D.A.Y (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (28) Tempat Makan Best Di Terengganu (28) mama+papa+fasya (28) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) fasyafrinatraveltales (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) mama+papa (8) Parenting (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1) ma (1)