Saturday, August 28, 2010

AWAS !!!! Taktik Penculik Menculik Kanak-Kanak Dalam Sekelip Mata !

SILA AMBIL IKHTIBAR ATAS KES PENCULIKAN KANAK2 YANG BERLAKU  DI CAREFOUR BARU2 INI... TQ, UNTUK IEYZA UNTUK INFO YANG AMAT TINGGI NILAINYA..

JIKA ANDA SAYANGKAN ANAK ANDA...

BACALAH SAMPAI HABIS, DENGAN HARAPAN IANYA DAPAT MEMBERI KESEDARAN DALAM DIRI KITA SEBAGAI IBUBAPA AGAR SELALU PEKA DENGAN KEADAAN SEKELILING APABILA KITA MENDEDAHKAN ANAK2 KITA DI KAWASAN UMUM SEPERTI
 SHOPPING COMPLEKS DLL..

Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja... Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan menghantar e-mel ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu... Terima Kasih.

Kita mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging, dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.

Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian, dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.

Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta.. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.

Siapa pun yang melakukannya - iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya - melakukannya kurang daripada 10 minit. Ini bikin saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan mereka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.

Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit. Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas.

SEBARKAN BERITA INI SELUAS-LUASNYA SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA !
 

---> Tindakan segera mungkin boleh diambil dengan cepat jika kes penculikan ini berlaku di tempat tertutup seperti Shopping Complex... Tetapi, bagaimana pula nasibnya jika penculikan itu berlaku di tempat terbuka, dipenuhi orang ????

10 comments:

Farra Dhelina said...

ee takotnya lya..

fra mmg jarang bwk ank ke tempat awam, melain kan nk makan ke..klu nk membeli belah, mmg jarang bwk diorg, takut kita leka memilih brg, anak2 hilang ke mana..

mtk dijauhkan lah dr kt semua..

tak blh nk byng ibubape yg hilang ank tu kan..sy, mirza baru cedera mcm tu, dh mengigil satu badan..ini kan pulak hilang didpn mata..allhuakbr..

thnx lya..

Ena said...

betul tu lya.. bahaya sangat skrg nie..

Thanks ye sharing info nie.. ;D

MamaYatie said...

mmg menakutkan dngr mcm tu..saya kalo ke shopping complex, sedaya upaya utk tak terlepas pandang kat anak2 walau sesaat..takut benda2 mcm ni la..biar la berat menolak troli 'berisi' anak drpd biar mereka berlari sana sini..huhu..kalo papanya keja,sanggup je umah dihari minggu sbb tau tak mampu monitor mereka seorang diri

azzey said...

gud info ni. kadang2 geram pun ada bl tgk anak2 kecil dibiarkan berlari2 kesana ke mari dlm shopping kompleks.....tp mak ayah nye buat slumber je pilih brg2 sendiri!

mama zharfan said...

dh pernah baca email ni dlm my inbox...lama dh kot, last 2-3 years. but still good reminder for all parents :)

Hasrol Nizam said...

nasib baik pihak carefour tu bertindak pantas.. :D

Pendapat anda?
Awak, boleh pakai purdah tak?

mamalieyna said...

Ya Allah seramnye Lya...hope perkara2 mcm ni, kita sentiasa beringat, sekelip mata anak boleh lesap...aduhai..tak sanggup nk membayangkan! Masyaallah..macam2 akal penculik ni kan..

**sHiKinn** said...

seingat sy kt sini pun pernah berlaku kes mcm tu..tp kanak2 lelaki kat tesco..sib baik sempat dikunci semua pintu2..yg menculiknyer pekerja asing tesco..mereka ni mgkin ada sindiket kot.

Ain said...

memang kena sentiasa waspada, bukan sebab takut anak kena culik jer, tapi jugak supaya dorang tak hilang...

kalau keluar kemana-mana ain memang risau kalau tetiba anak takde kat sebelah, rasa nak gugur jer jantung ni....

Mama Hanim said...

mmg skang ni ramai yg berhati jahat kan.. kena slalu berjaga jaga di mana saja..

tq for sharing lya..

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (135) WEEKEND (111) in N.A.T.U.R.E (98) Kata HATI LYA (96) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (71) MyHappyFamily (71) INFO (67) MACAM2 ADA (57) Asya's School (56) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) Sinopsis (51) CAREMONY (50) Ramadhan (49) DapurLyaBerasap (47) Shopping (47) Birthday (46) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Jom Singgah (42) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (39) My L.O.V.E (39) Check-Up (33) NuFF (33) CINEMA (32) D.I.A.R.I (32) Let's Eat (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (28) Video (27) MamaAsya (26) S.A.N.T.A.I (26) Tempat Makan Best Di Kemaman (26) Tempat Makan Best Di Terengganu (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (19) Do It Yourself (18) Villafasyafrina (18) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Novel (15) mama+papa+fasya (15) Artis (14) Bento Asya (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) Medical (11) TUTORIAL (11) fasyafrinatraveltales (11) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) DecobyLya (8) Idea Bento (8) Travel (8) Deko VillaCintaku (7) Parenting (7) mama+papa (7) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Family Day (3) Lyafrina's Instagram (3) Public Holiday (3) Tempat Makanan Best Di Kuantan (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) Mamalovefasyafrina (1)