Monday, August 16, 2010

Dah 7 tahun yer... I LOVE U!!!

You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see

16.8.2010 muncul lagi.. Pada tarikh ini, genapla 7 tahun usia percintaan. Siapa sangka akhirnya dia juga y jadi suami saya?? Semoga kasih sayang antara kami akan terus mekar hingga ke akhir hayat. Disebalik 1001 kepahitan dalam kehidupan saya.. Tuhan pertemukan saya dengan Fain disaat kegelapan dulu. Kehadiran Fain dalam kehidupan saya betul membuatkan saya jadi terus bersemangat untuk berjuang melawan segala kesakitan & keperitan y di alami waktu itu.

Tiada siapa sangka, pertemuan semula saya dengan Fain bermula lagi selepas saya tamat sekolah (18 tahun).. Ketika itu saya masih lumpuh.. Dan hanya kerana Fain menemani kawannya utk menziarahi saya yang sedang sakit telah menyatukan semula saya & Fain. Sememangnya pertemuan y x diduga, sbb kali terakhir saya jumpa Fain dulu semasa saya Form 5 time buat psembahan kawat sempena mewakili Daerah Kemaman di Hotel Impiana. Dan ketika itu, ofis Fain buat family day..

Dan pada saat Fain menemani kawan dia, memang saya dah perasan Fain lain. Masa dia minum, cawan yang dipegangnya terketar-ketar smpai family saya tegur. Bila ingat saat tu, saya tsenyum sendiri. Dan sejak pertemuan itu, Fain x putus2 cuba merebut hati saya. Saya agak pelik sbb apa mesti saya.. dengan dalam keadaan saya begitu. Dalam kecacatan yang saya alami..

PADA TARIKH 16.8.2003 :

FAIN : saya nak... nak dot dot..
LYA : amende dot dot dot??
FAIN : Dot com dot my..
LYA : &%#)@#%&%
FAIN : I Love U..... Saya nak.... awk dalam hidup saya..
LYA : uwaaaa (dlm HATI).. OK.. ok.. sy cuba.. saya cuba untuk menerima awk..(smbil air mata mgalir laju)


Oleh kerana Fain ni KERAS KEPALA sampai bawak serombongan orang KG.BERENJUT... akhirnya saya terima gak dia ni pada 16.8.2003.. Pada tarikh majlis doa selamat untuk saya diadakan.. Alhamdulillah... bermula saat tu, Fain x putus2 memberi dorongan & semangat utk saya pulih semula.. Alhamdulillah.. akhirnya saya boleh berjalan semula... Dan yang pasti, bermula dari saat itu.. Fain x pernah sekali pun meninggalkan saya. Dari dulu hingga sekarang. Dia selalu ada disaat2 saya perlukan sokongan hidup.. Dia pedengar yang baik.. Selalu  teman saya menangis (saya selalu sedih dgn apa y menimpa sy dr dulu hingga kini ).

~ Disebalik KEKECEWAAN, Allah telah menghantar Fain dalam hidup ini bagi merawat KEKECEWAAN.. Disaat saya KESAKITAN & KESEDIHAN... Tuhan hadirkan Fain sebagai seorang suami untuk menjaga saya DAN disaat saya KEHILANGAN, sekali lagi Tuhan berikan KEAJAIBAN dengan kehadiran Nur Fasya Afrina ~


KHAS BUAT FAIN yang suka skodeng blog ni, pahtu komen depan2..-->

Rupanya dari awal lagi tuhan dah tunjukkan jodoh kita. Tapi saya yang x sedar dulu ni.Terima kasih kerana sudi menerima diri ini seadanya & memberikan kasih sayang yang tak bertepi buat saya & Asya. Terima kasih kerana menjaga saya dengan begitu baik sekali saat saya sakit. TAPI.. saya x mampu nak jadi seperti abg, terlalu banyak kekurangan diri ni. Saya nak jd seperti ISTERI y lain.. Saya xdapat berikan apa2 melainkan kasih sayang & doa seorang isteri. Abang pun jgn lupa selalu letakkan saya di hati abg.. Dah setiap kesalahan saya secara sedar @ tak, maafkanlah saya. Saya x nak pergi dalam keadaan berdosa pada suami. Syurga saya ada di bawah telapak kaki abang.

32 comments:

marinahunny said...

suamimu itu satu anugerah buat lya..

Ena said...

Touching pulak baca nie..
Tu la kan... ada himmah disebalik kejadian & kenapa seseorang tu dijodohkan adalah kerana hanya DIA yang tahu.
Moga ikatan itu kekal buat selamanya..

sekamar rindu said...

salam..moga bahagia selalu...amin

'NuReeN' said...

slamat ulangtahun percintaan lya.. moga kekal hingga akhir hayat..

contest tu nureen dh join
http://nureenasir.blogspot.com/2010/08/contest-saya-dan-baby-oleh-cik-awynn.html
:) tq tag nureen..

idah @mama izzya said...

alhamdulillah.semoga cinta korang terus mekar buat selama2nya..

Rizziela said...

Semoga terus mekar dah kekal hingga ke akhir hayat

~aSHa~ said...

romantik rupanye fain ni ye..

tapi lya mmg sgt2 bertuah kerana hadirnya fain dlm hidup lya..tuhan tu dah janjikan manusia dgn sebaik2 perkara..

Fieza79 said...

sguh menyentuh pasaan ini..huhu..
bertuah Lya, kan btol disebalek kesakitan itu ttp tersembunyi hikmahnya iaitu Lya ada suami yg sgt sygkan Lya...itu hakikatnya..!

hehee asben fieza pon sll skodeng gak blog fieza pastu terus komen dpn2 hahaa...

SuZiE said...

Fain mmg suami yg terbaik... smoga hubungan ini berkekalan dunia & akhirat..

Aleeya said...

moga kekal bahagia ke hujung nyawa, keduanya sihat sejahtera, dipanjang usia, dan dilimpahi rezki oleh Allah SWT..amen..

Farra Dhelina said...

smga kekal bhgia selamanya lya..

Zaidah said...

smoga jodoh lya n fain kekal hingga sepanjang hayat....

mummy_ayu said...

wah..romantiknya...baik sgt Fain..untung Lya dapat hubby cam Fain...semoga bahagia selamanya...
amin!

kella said...

Lya! tahniah! selamat ulangtahun,
tak sangga nih!

tahu apa lya? tarikh ini juga adalah sangat bertuah buat ku!

hari ni wed annyversarry kita ngan hubby! terus bday juga adalah hari ini..
tengah draft entri tentang ini, jap lagi post! hehehe..nanti lya mesti komen kan?

percaya tak percaya je kan?

semoga kita semua berbahagia di dunia dan di akhirat.. :)

Amin.

iem said...

so sweet..smga kekal bhgia selamanya lya..

LyNn HaMzAh said...

bergenang air mata lynn pagi nie...moga jodoh korang berdua kekal hingga ke akhir hayat...

Ju@Lucky^Mummy said...

semoga jodoh Lya kekal hingga ke syurga.
AMIN..

makdara TERDIVA said...

semoga terus berbahagia hendaknye..

ayat last tu so touching .. :)

aSmiDar said...

romantiknya..
Moga kalian bahagia hingga akhir hayat..
Amin...:)

MamaYatie said...

tahniah lya..saya doakan semoga both of u sentiasa jatuh bangun bersama, tabah menghadapi segala dugaan & sentiasa dalam rahmatNya.Amin...

zue @ annaleeya said...

bertuah lya punya fain sbg suami...
fain mmg suami yg baik krn mnrima lya seadanya.. smoga lya dan fain berbhgia selalu dan kekal hgga ujung nyawa...

munna said...

tahniah Lya... dah 7 tahun untung dapat Fain sebagai husband... anugerah tuhan buat Lya dan Asya

maszmadi said...

bertuah nye lya dapat fain.. dia memang ditakdirkan untuk memberi kekuatan kepada lya.. smoga bahagia di samping asya yg cumel itu..

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

sgt syahdu bc entry ly bab² gini..
yup, semoga bahagia trus menjadi milik kalian..
ehhh, fain org kg berenjut ekkk..
sgt lawak nama kg itu, tp hakikat sbnr aku jua separa dr situ.. hahahahahah..

b.O.n.d.a said...

sO sweeettttt =)

heppy 7th enibeseri lya & fain! =)

may ALLAH bless u fOrever!

az rina a.k.a jaijina said...

huwaaaaa, very the touching ler..bertuah mu lya dapat suami cam fain tu..susah woo nak cari skang ni..

hope berkekalan hingga ke akhirnya..

EiJa ZaQuaN said...

alhamdullillah lya dpt seorg suami yg sgt baik, memahami & menerima lya seadanya...hepi 7th anniversary n semoga kekal bahagia selamanya..

Ema said...

SEMOGA TERUS BAHAGIA...

Ema said...

mcm meen la ni.... bawak bilik merontak2 mcm kene sampuk

☺[ai][sUmi]☺Chan said...

alhamdulillah.. semoga sis sentiasa berbahagia.. ^__^

alyyani said...

mmg fain soulmate lya... syukur dapat bertemu dgn fain awal kan? congrats on your 7th anniversary. mmg lama tuh.. :)

mamalieyna said...

syahdu!

happy 7th anniversary lya & fain! memang semua sudah ketentuan Ilahi..moga ianya kekal hingga ke syurga!

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (135) WEEKEND (112) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (96) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) MyHappyFamily (72) AIDILFITRI OR AIDILADHA (71) INFO (67) Asya's School (57) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Sinopsis (51) Ramadhan (49) DapurLyaBerasap (48) Shopping (47) Birthday (46) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Jom Singgah (42) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) Check-Up (33) NuFF (33) CINEMA (32) D.I.A.R.I (32) Let's Eat (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (28) Video (27) MamaAsya (26) S.A.N.T.A.I (26) Tempat Makan Best Di Kemaman (26) Tempat Makan Best Di Terengganu (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (19) Do It Yourself (18) Villafasyafrina (18) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) mama+papa+fasya (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) Medical (11) TUTORIAL (11) fasyafrinatraveltales (11) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) DecobyLya (8) Idea Bento (8) Travel (8) Deko VillaCintaku (7) Parenting (7) mama+papa (7) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Family Day (3) Lyafrina's Instagram (3) Public Holiday (3) Tempat Makanan Best Di Kuantan (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) Mamalovefasyafrina (1)