Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Datang Lagi


Ramadhan datang lagi.. Semoga Ramadhan kali ini akan dapat saya hayati dengan sempurna & baik sekali. Sama2 kita menghayati keindahan Ramadhan ini dengan beramal ibadah & melakukan perkara-perkara y baik.. Jika sesuatu perkara y x baik itu berlaku.. itu adalah dari diri kita sendiri.. Kerana, disepanjang bulan Ramadhan ini, kita akan bebas dari segala hasutan syaitan & iblis.. Maka jika ianya berlaku juga, ini bermakna.. hasutan itu datangnya dari hati & diri kita sendiri..

Sesungguhnya, saya begitu mengharapkan agar saya dapat lalui dengan sempurna pada Ramadhan kali ini.. Sejak 2 tahun kebelakangan ni, Ramadhan saya di hospital & x sedarkan diri.. Jom kita imbau sedikit kisahnya :

RAMADHAN 2008


Pada saat ini saya & asya bertarung nyawa dimana saya koma & asya di dalam kandungan saya ( saya xpasti sama ada asya pun turut koma @ tidak) .. Seingat saya, dalam pertengahan Ramadhan saya dah sedar.. Tapi ini merupakan saat2 y paling getir dalam kehidupan.. Dimana nyawa menjadi taruhan, perlu mengorbankan nyawa asya demi menyelamatkan saya y dalam keadaan kritikan & saya hanya mampu hidup kerana di intubate (mesin bantuan hayat utk teruskan hidup).

Saya x sedarkan diri sejak di awal kandungan lagi.. Kerana di dianosis sbg status epilepticus (sawan y berterusan hingga boleh membawa maut) & komplikasi pada jantung. Saya xtau apa y berlaku di sekeliling saya.. Yang pasti pada saat2 nyawa asya hampir dikorbankan demi menyelamatkan nyawa saya... Berlaku keajaiban daripada Allah swt.. Tendangannya.. Yang membuatkan saya tersentak dari lena yang panjang. Saya terkejut melihat perut y besar. Saya menangis kerana kesakitan y amat.. Kesakitan seluruh tubuh y dipenuhi jarum2 drip & kesakitan menahan pedih kerana di dalam mulut saya dipenuhi wayar2 inkubator utk menyokong saya teruskan kehidupan.

Saya x mampu melakukan apa2 pun.. Bercakap langsung x boleh, melainkan air mata y terus mengalir & mengalir.. Syukur kpd mu Ya Allah, kerana kau berikan KEAJAIBAN dalam kehidupan ini. Akhirnya, asya selamat. Saya pasti, saya terus kuat saat itu kerana mendapat kekuatan y luar biasa daripada asya.. Saya pasti pada saat itu asya sudah berkomunikasi dengan mamanya.. Maafkan mama syg, krn terpaksa terus membiarkan asya kesakitan setiap saat ubat-ubatan dimasukan melalui salur darah. Mama pun sakit.. Yang pasti, setiap kali ubat dimasukkan, asya seakan mengelupar dari dalam.. sama seperti y y mengelupar krn kesakitan. Jelas kelihatan perut2 saya di saat asya kesakitan itu.

Namun, keputusan utk mgugurkan asya ttp diteruskan demi selamatkan nyawa saya. Akhirnya tpaksa akur... Surat ditandatangani.. Dan pada ptg itu juga prosedur akan dilakukan.. Saya akan melahirkan seperti biasa, namun dalam keadaan baby dah x bernyawa. Namun, secara drastik.. saya merayu pada doktor untuk menangguhkan pd keesokkan harinya.. Sekali lagi KEAJAIBAN berlaku.. Kerana penangguhan itu, pguguran itu dihold dulu krn saya akn ditransfer ke HKL daripada Hosp Besar Kuantan.

Setelah beberapa lama di HKL, sy dihantar balik k Hosp Kuantan. Dan kali ini, saya terus nekad utk mempertahankan asya.. Kali ini saya pertaruhkan nyawa saya utk melahirkan asya. Untuk pengetahuan semua, sepanjang megandung, kaki kanan saya lumpuh.. Dah dekat2 nak lahirkan asya, kaki dpt bergerak semula.. Alhamdulillah...

Asya berusia 5-6 bulan.. saat asya hampir digugurkan..

*
*
*
*
*
KEAJAIBANNYA
*
*
*
*
Asya... bernafas hingga kini.. Dah nak masuk 2 tahun pun


RAMADHAN 2009



Masih lagi sakit.. sakit... sakit & sakit.... Hanya sempat berpuasa x sampai seminggu..
Kisahnya---> http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/2009/09/ksah-hdup-kta.html (klik sini )


" DIKESEMPATAN INI, SAYA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 2010. MAAFKAN ANDAI ADA Y TERCORET DISINI MENGURIS HATI KAWAN2 SEMUA."

27 comments:

idah @mama izzya said...

selamat berpuasa lya
smga puasa tahun ni lebih bermakna..
idah doakan lya sihat dlm menjalani ibadah puasa

zue @ annaleeya said...

selamat berpuasa lya... smoga thn nih lya dpt menjalankan ibadah pose sesempurna mgkin... Insyaallah..

selamat berpuasa..!!

ZiE FAUZi said...

salam ramadhan untuk lya sekeluarga.. semogs ramadhan kali ni lya dapat berpuasa dgn sempurna..

kella said...

ya Allah Lya, berdiri bulu roma lagi, bila baca ini!
asya berkongsi nyawa denganmu lya!

semoga Ramadhan kali ini membawa sinar baru untuk lya dan keluarga! sama-sama kita doakan kita dapat melalui Ramadhan, semoga TUhan berikan kesihatan dan kekuatan untuk melaluinya!
InsyaAllah.. :)

salam Ramadhan..

mummy_ayu said...

sedihnya baca entry nie..berair mata ayu lya....apa pun kami semua doakan lya sihat dan boleh berpuasa tahun nie dan tahun tahun akan datang....amin!!
selamat berpuasa Lya & family....

LyNn HaMzAh said...

semoga ramadhan kali ini memberi berkat kepada lya dan keluarga...lynn sedih baca entry lya...moga lya tabah hadapi semuanya...

izahdaut said...

slmt berpuasa lya.. smoga diberi kesihatan yang lebih baik..Allah jua tempt kita merujuk.. tabahnya seorg lya...

'NuReeN' said...

slamat berpuasa lya.. moga puasa & amalan kita di bulan ramadan ini diterima olehnya InsyaALLAH...
jom join contest simple ni ;)
http://nureenasir.blogspot.com/2010/08/cute-teddy-bears-giveaway.html

h4ni3 said...

salam lya
semoga dikurniakan kesihatan yg baik utk menjalani ibadah puasa tahun ini ya =)

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Selamat menyambut Ramdhan Al-mubarak Lya..Semoga Lya diberi kesihatan yg baik utk menjalankan ibadah puasa tahun ini..

mamalieyna said...

Selamat Menyambut Ramadhan 1431H buat lya sekeluarga..moga ramadhan kali ni adalah yg lebih baik dr tahun sebelum2nya..Insyaallah..Amin..

^_^..moga Lya dlm kesihatan yg baik utk menunaikan ibadah puasa kali ni!

Liza said...

mmg rutin liza nangis kat entri2 lya.. :( salam Ramadhan Lya. semoga dapt menepuh ramadhan dengan penuh keberkatan.

Ena said...

Selamat berpuasa buat Lya sekeluarga ye..
Moga lya diberi kekuatan & ketabahan utk lalui Ramadhan kali ni ye.. mudah2an..

umialya said...

salam ramadhan.. moga tahun ini Lya berkeadaan baik hendaknya.

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

Salam Lya..
Salam Ramadhan juga.. ye semoga ramadhan kali ni juga beri keajaiban lg utk awak je.. sedey saya baca kisah awak lya.. awak mmg cukup tabah..

Salam dr. kami sekuarga

Nazz@Purple said...

tabahnya..kagum!

Selamat menyambut bulan ramadhan..

mama zharfan said...

asya adalah anugerah yg tidak ternilai dlm hidup lya..moga lya terus tabah, sihat, bahagia ..Amiin..

mama rifQy said...

akak..sy memang kagum sangat ngan kak lya nih.sgt kuat.
Asya adalah sumber kekuatan akak.
Die leh survive sbb mama die mmg kuat!!

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

wahh...mmg allah sayangkan lya sbb lya mmg insan terpilih..

semoga ramadhan kali ini lya dpt berpuasa dgn lebih baik...

selamat berpuasa ye...:-)

iem said...

selamat berpuasa lya... smoga thn nih lya dpt menjalankan ibadah pose sesempurna mgkin... Insyaallah..

Aleeya said...

marhaban ya ramadhan...

Ain said...

selamat berpuasa untuk lya sekeluarga....

ain doakan lya dapat menjalani ibadah puasa dengan sebaik mungkin....

moga sihat hendaknya sepanjang ramadhan nanti....

Farra Dhelina said...

bsr sungguh dugaan hpd lya ye..

lya seorg yg kuat..

* lya thnx bg kata2 smgt utk fra ye..

slmt berpuasa lya..

☺[ai][sUmi]☺Chan said...

banyak sungguh dugaan yang sis alami.. semoga sis kuat menghadapi semua ni.. :)

alyyani said...

insyaAllah moga ramadhan kali ni dipermudahkan...

@e_da said...

semoga puan di beri kesihatan yg baik hendaknya ramadhan kali ni.. sesungguhnya allah itu amat menyayangi puan sekeluarga.. tak sangka asya dpt terus hidup dgn sihat kan... syukur pada allah.. betul2 kejajaiban kuasa allah.... selamat berpuasa

PinkyLady said...

Sedihnye baca kisah lya ni..terharu rasanya dengan kekuatan dan ketabahan seorang Lya...Semoga terus kuat dan tabah ye Dear...dan semoga dapat menjalani ibadah puasa ini dengan sempurna dan penuh barakah...aminnn...

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (81) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (73) INFO (67) Asya's School (60) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Birthday (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Jom Singgah (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (27) Tempat Makan Best Di Terengganu (27) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) mama+papa+fasya (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) fasyafrinatraveltales (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) mama+papa (8) Parenting (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1)