1. Suami isteri berjimak semasa waktu azan subuh dibulan puasa dan kemudian mandi wajib bolehkah mereka berpuasa, sedang apa yang saya tahu masa waktu imsak kita dikehendaki berhenti makan dan membuat perkara membatalkan puasa juga selepas azan subuh maksudnya puasa itu bermula?
Apabila seseorang menyangka bahawa fajar akan terbit lambat lagi, lalu bersetubuh. Kemudian dalam bersetubuh itu fajarpun keluar atau terdengar suara azan, maka wajiblah ia menghentikan persetubuhan itu dengan segera (serta merta) tidak boleh diteruskan lagi. Jika ia meneruskannya bererti ia telah merosakkan puasanya dengan bersetubuh yang disengajakan. Demikian pulalah dengan orang yang minum dan makan pada waktu itu.
Jika persetubuhan itu diteruskan walaupun telah terdengar suara azan, maka hendaklah membayar kaffarah. Pertama memerdekakan hamba, jika tidak ada atau tidak mampu, dengan berpuasa dua bulan berturut-turut, jika tidak sanggup iaitu dengan memberi makan 60 orang miskin.
2. Pada bulan puasa seseorang lelaki melakukan persetubuhan di siang hari dan dia terlebih dahulu membatalkan puasa tersebut pada hari itu, adakah perlu diganti puasa tersebut 2 bulan berturut-turut.
Jawapan :
Perlu dingatkan bahawa sengaja berbuka puasa di bulan Ramadhan adalah dosa besar sama ada berbuka dengan makan, minum atau bersetubuh (jimak).
Sabda Nabi s.a.w. (bermaksud);
“Sesiapa berbuka puasa sehari di bulan Ramadhan tanpa ada rukhsah (kelonggaran) yang diizinkan Allah untuknya, puasa sepanjang masa sekalipun tidak akan berupaya membayarnya sekalipun ia melakukannya” (Riwayat Imam Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah).
Hukuman yang dikenakan pada soalan no.2---> KLIK SINI
---> Semalan ke Emergency room kul 9mlm.. dekat pukul 12 baru balik rumah.. Ceritanya.. lepas2 ni la.. esk k..lusa k..




17 comments:
ish lya ke ER..nape pulak tu?..nnti citer ye..hope lya n asya ok2 jer..huhu..
haah... nape ker ER mlm2??? lya sakit balik ker??? hrp lya ok yer..
thanks for the info dear..salam Ramadhan!
kena pegi ER? harap2 semua ok ye.
lya x sihat ker?
harap semuanya ok la yer...
ermmm kita sedia tahu tu kan...slmt berpose Lya
knp semalam ER...? hrp2 sume ok2..
banyak org dah tau pun tetap nak buat jugak..itu bukan syaitan yg hasut..tapi nafsu..
p/s : semoga lya tabah selalu
semoga lya ok....kena control nafsu di bulan pose...klu tak jadik macan tulah
kalau dah tak tahan sgt, pas berbuka lah buat kan..
sape lak kene pegi ER tu?
info yg bagus unt diketahui,..
onfi yg baik utk dikongsikan.
lya ke er?knp??
Selamat berpose Lya.Hope sumenya ok2 belaka
lya ok ke? ke asya? ish, nanti update ye!
tak sanggup part puasa 60 hari berturut2 tuh.
salam ramadhan
thanks for info ye lya
lya kenapa sakit lagi ke??? lya angah harap lya dalam keadaan baik2 aja risau angah dengar cerita lya nie.. hope ok semuanya
kenapa gie er? Lya sakit balik ker?
harap tak de yg serius..apa pun tq for shre info pasal tajuk panas..
he he he..nanti story yer..
info buat sesiapa yg belom tahu...
lya take care.. hope evrything ok.. ;)
lya sakit blk ke?harap2 seme ok ya,insyallah...
byk terlepas entri lya!
apa citer dengan emeregncy room tu..
Post a Comment