Monday, August 9, 2010

Wanita & Keputihan


Masalah keputihan wanita boleh didefinisikan sebagai pengeluaran cairan dari vagina. Cairan tersebut pada kebiasaannya keluar dalam keadaan pekat atau cair, berwarna jernih, putih, kuning atau hijau dan berbau atau tidak berbau. Ada sebahagian daripada wanita yang menganggap cairan yang keluar dari vagina adalah masalah yang biasa dan ada juga antara mereka yang menganggap masalah keputihan wanita ini mengganggu aktiviti seharian mereka.Masalah keputihan wanita yang amat perlu diberikan perhatian adalah apakah keputihan wanita tersebut adalah normal atau ada sesuatu penyakit.


Antara penyebab keputihan wanita yang abnormal:


*Jangkitan kulat, mengeluarkan keputihan wanita yang berwarna putih atau kekuningan, berlaku secara berterusan disertai rasa gatal, kebiasaannya disebabkan oleh kulat candida atau monillia

*jangkitan kuman trichomonas, jenis ini biasanya ditunjukkan oleh keluarnya cairan berwarna kehijauan dan serta rasa gatal

*Jangkita bakteria vaginosis, tandanya ialah keluarnya cairan yang berwarna kelabu dan berbau

*Penyakit yang menular melalui perhubungan seks, yang biasanya ditunjukkan dengan keluarnya cairan yang bersifat ‘cheesy’, berbau dan bercampur darah

*Kanser pangkal rahim iaitu apabila keluarnya cairan tetapi tidak gatal biasanya disertai bau busuk


Antara contoh penyebab keputihan wanita lain:

*Vaginitis atropik yang timbul di waktu usia lanjut (menopause) yang pada kebiasaannya disertai rasa nyilu disebabkan kurangnya hormon estrogen

*Ubat seperti : antibiotik, ubat yang mengandungi estrogen

*Kehadiran benda asing seperti benang, kain atau benda lain yang secara sengaja / tidak sengaja ada di dalam vagina.


Antara cara mencegah keputihan :

1. Jaga kebersihan bagi mencegah penyebab keputihan wanita

2. Tidak menggunakan ubat membersihkan vagina secara rutin dan berlebihan. Ia boleh menyebabkan kehilangan keadaan semulajadi yang ada di vagina yang bertugas bagi melindungi terhadap kuman dari luar

3. Menjauhi tekanan yang berlebihan

4. Pengidap kencing manis (diabetes) mesti memastikan kadar gula yang stabil

5. Segera berjumpa doktor apabila keputihan keluar secara berlebihan

Sumber : http://www.klik4sihat.com/keputihan-wanita.html


---> Publish koleksi n3 y sudah di draft...aci j kan?? hehehe..
semangat... semangat.. semangat..

14 comments:

Zaidah said...

orang kata klu makan kobis banyak pun bleh menyebabkan keputihan...

miemiey said...

ye ke makan kobis cam tu..i like kobis..huhuhu..masa remaja mmg tak di nafika keputihan ni menjdi beban..tambah2 lagi nak dkt period..
tapi alhamdulilah pas kahwin keputihan n segugut semua ilang...rahmt jugak kahwin kan..hehehe..tq for info lya..lya siht tak?

LYaFRINA said...

ZAI :

YE K?? NASIB BAIK LYA MMG XSUKA KOBIS...

az rina a.k.a jaijina said...

aku pon suke gak makan kobis..aku time seminggu pas abis period adelah, stanby ajelah panty liner..

LYaFRINA said...

K.MIE :

LYA SKARANG ADA KPUTIHAN Y BLH TAHAN TERUK GAK NI.. SMUANYA START LPS MASUK IUCD... MYBE SBB ADA BENDA ASING,, TU Y JD G2..

LYA MAKIN OK.. TP ADA LA GK SKALA SKALI.. TP BLH TAHAN LA..

LYaFRINA said...

RINA :

ISH...ISH..KUAT MKN KOBIS BLAKE NI.. NASIB BAIK AKU MMG DOK SUKER... AKU GELEKEKK JE.. KIH..KIH

LyNn HaMzAh said...

erm...org tua-tua ckp kalau ada masalah keputihan nie makan aarr pegaga...insyaallah akan berkurangan...

LYaFRINA said...

lynn :

ye k... tp sedap k air pegaga..?? blh la cuba.. tp xtau la mulut ni blh trima k x..

Ain said...

keputihan ni sume wanita ada rasanya, cuma banyak ngan tak banyak jer kan....

selalunya seminggu selepas dan sebelum period kadar keputihan lebih banyak dari biasa...

selagi tak meninggalkan kesan gatal dan berbau tak bahaya kot...

hehehe...

'NuReeN' said...

bkn setakat kobis ja keputihan bendi, timun blabla mcm2 lagi sebenaqnya.. kena study jgk bab2 sayur ni..

kella said...

sempat jenguk blog lya je sekejap ni, yg lain tak sempat lg, nt qada balik! terima kasih atas komen2 lya yang buat orang terharu sgt! tq! :)

makdara TERDIVA said...

mase zmn anak2 dara, keputihan ni mmg masalah negara..tapi sejak dah beranak-pinak ni dah x de.. :) alhmdulilah

mummy_ayu said...

emmm...mcm mcm hal org perempuan nie..kena jaga luar dalam..he he he..

fazilzura said...

kene jaga kebersihan

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (132) WEEKEND (104) in N.A.T.U.R.E (95) Kata HATI LYA (94) M.A.K.A.N.A.N (75) About Me (72) AIDILFITRI OR AIDILADHA (71) INFO (67) MyHappyFamily (64) MACAM2 ADA (57) Friend (56) Asya's School (54) M.E.M.O.R.Y (52) Sinopsis (51) CAREMONY (50) Ramadhan (49) Shopping (47) DapurLyaBerasap (46) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Birthday (44) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Jom Singgah (41) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (39) My L.O.V.E (39) NuFF (33) CINEMA (32) Check-Up (32) D.I.A.R.I (31) Let's Eat (31) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (28) H.O.L.I.D.A.Y (28) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Tempat Makan Best Di Kemaman (24) Tempat Makan Best Di Terengganu (24) Beauty N Health (23) MamaAsya (21) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (19) Do It Yourself (17) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) VillaCintaku (17) I care..U Care.. We Care (16) Novel (15) Artis (14) Bento Asya (13) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) Medical (11) TUTORIAL (11) fasyafrinatraveltales (11) Deko VillaCintaku (10) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) PETUA (9) Idea Bento (8) KuMeowww (8) Travel (8) mama+papa+fasya (8) Parenting (7) Ulangtahun Perkahwinan (6) mama+papa (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Family Day (3) Lyafrina's Instagram (3) Public Holiday (3) Tempat Makanan Best Di Kuantan (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1)