Friday, August 13, 2010

ZAKAT




Zakat merupakan rukun ketiga dari lima rukun Islam dan ia juga merupakan salah satu di antara panji-panji Islam di mana Islam tidak boleh ditegakkan tanpanya. Orang yang enggan membayar zakat boleh diperangi dan orang yang menolak kewajipan zakat adalah dianggap kafir.



Zakat telah difardukan pada tahun kedua Hijrah dan ia telah disebut di dalam beberapa potong ayat di dalam Kitab Suci al-Quran di antaranya firman Allah:  (وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَءَاتُوا الزَّكَاةَ وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ) yang bermaksud: Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk. (Surah al-Baqarah, Ayat: 43) dan firman Allah: (وَالَّذِينَ فِي أَمْوَالِهِمْ حَقٌّ مَعْلُومٌ. لِلسَّائِلِ وَالْمَحْرُومِ.) yang bermaksud: Dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum. Bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta). (Surah al-Ma'aarij, Ayat: 23, 24).‏
 
 
Hukum Jika Tidak Membayar Zakat
 
Sesiapa yang mengingkari kewajipan zakat, ini bererti orang tersebut terkeluar dari agama Islam dan dia hendaklah diminta supaya bertaubat. Jika dia tetap bertegas tidak mahu bertaubat, dia boleh dibunuh sebagai seorang yang kafir kecuali orang tersebut baru sahaja memeluk Islam di mana dia boleh dimaafkan disebabkan oleh kejahilannya tentang hukum-hakam yang berkaitan dengan ajaran Islam.
 
(Sambungannya :KLIK SINI )
 
Pelbagain info tentang ZAKAT-->> KLIK SINI
 
 
---> Jangan lupa bayar zakat yer...
---> Dah masuk Hari Ke-3 di bulan Ramadhan... Kelmarin mdpt khabar sedih kerana schoolmate telah selamat kembali ke rahmatullah dalam pukul 11 am kemarin.. Semoga roh arwah trus dicucuri rahmatNya. Amin.

14 comments:

Fieza79 said...

ibadah zakat sll dilupakan...kalau da lebihan rezki lebih baik la berzakat kan...?

Lya dh sihat nmpk nya..? alhamdulillah...

LYaFRINA said...

Fieza :

itula fieza... nmpak mcm remeh.. tp hukumannya..jk x byr zAKAT..

alhamdulillah fieza.. slow2..dh makin ok la.. tp kbykan n3 copy paste.. heheheehe.. kalo y taip pun simple2 j.. @ lya buat sikit2.. save draft dulu.. n3 lama pun byk lg x publish.. hehehehe

doakan lya agr trus blh menulis yer.. sbb ni pon sumber pndapatan lya gak..

mamalieyna said...

Alhamdulillah..masuk tahun ni, tahun ke-3 zakat dibayar sang suami..hehe..yg ke-3 ini belum lagi, dok tnggu kaunter zakat bukak kt area sini.. ^_^

*Al-fatihah buat arwah kwn lya! moga rohnya dicucuri rahmat! Amin..

h4ni3 said...

sama-samalah kita menunaikannya
=)
kitorg slalu bayar kat abah jer.. sbb my abah amil. senang sket. hehe

kella said...

ya betul tu lya! kena bayar zakat! dulu pertama kali masa lepas kawin, buat tak tahu je tentang bayar zakat ni, sebab sebelum ni papa yang bayarkan, pastu papa tanya, dah byr zakat ke belum? eh, bukan papa byrkan ke? huhuhu...
sib baik papa ingatkan, sebab hubby pun lupa masa tu.. hihihi..

thanks lya?

amacam hari ni? sihat kan... :)

ceria sokmo..

mummy_ayu said...

ah ah..ayu selalu kena remind cik daddy...takut dia lupa...

al fatihah untuk arwah kawan lya...
teruskan menulis sbb kami terus membaca...

Farra Dhelina said...

al-fthh utk kwn lya..skt ape lya dia?

zkat,ramai org terlepas pndang kan..

Ena said...

Alhamdulillah.. setakat ni masih menjalankan kewajipan tu.. Mudah2an sentiasa dapat menunaikannya di masa akan datang..

Al-fatihah buat arwah kawan lya..

SYANI said...

Nak mencelah jugak..
orang kalau sebut zakat mesti asyik teringat zakat fitrah je. Sedangkan masih banyak lagi zakat yang perlu dibayar - zakat pendapatan, simpanan, kwsp, saham, hartanah...

Zaidah said...

zakat nie wajib...bukan setakat zakat fitrah aje tau tapi pendapatan pun kena zakat...

'NuReeN' said...

wajib ni.. lya mcm mana skrg ni.. tgk dr blog rasanya lya dah semakin sihat.. alhamdulillah...

az rina a.k.a jaijina said...

alhamdulillah, tahun ni zakat di bayar oleh abah echa..bayar untuk echa sekali, ekeke..

kawan mu sakit mende lya? alfatihah..

bukhairiah said...

salam...nie add mrs bubu... bukhairiah.blogspot.

NO.21,JALAN SERI 6,TAMAN CHENG BARU,75250,MELAKA

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Insyallah..perkara yg wajib X kan dilupakan..

Al-fatihah buat arwah kwn lya..moga rohnye ditempatkan bersama2 org2 yg beriman..AMIN..!!

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (133) WEEKEND (108) in N.A.T.U.R.E (98) Kata HATI LYA (94) M.A.K.A.N.A.N (75) About Me (73) AIDILFITRI OR AIDILADHA (71) MyHappyFamily (70) INFO (67) MACAM2 ADA (57) Asya's School (56) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) Sinopsis (51) CAREMONY (50) Ramadhan (49) DapurLyaBerasap (47) Shopping (47) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Birthday (44) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Jom Singgah (42) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (39) My L.O.V.E (39) Check-Up (33) NuFF (33) CINEMA (32) D.I.A.R.I (32) Let's Eat (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (28) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) Tempat Makan Best Di Kemaman (26) Tempat Makan Best Di Terengganu (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) MamaAsya (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (19) Do It Yourself (18) Villafasyafrina (18) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Novel (15) Artis (14) Bento Asya (14) Fotografi (13) Pregnant (13) mama+papa+fasya (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) Medical (11) TUTORIAL (11) fasyafrinatraveltales (11) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) DecobyLya (8) Idea Bento (8) Travel (8) Deko VillaCintaku (7) Parenting (7) Ulangtahun Perkahwinan (6) mama+papa (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Family Day (3) Lyafrina's Instagram (3) Public Holiday (3) Tempat Makanan Best Di Kuantan (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) Mamalovefasyafrina (1)