Friday, September 24, 2010

Episod Kehidupan Mama Asya

Askum... dah jumaat ye. Kat belah pantai timur hari jumaat merupakan weekend bg kami. So selamat b'istirehat.. Bagi y belah utara, selatan, tenggara, barat daya & lain2.. SELAMAT BEKERJA & B'BLOGGING...

Ambik masa skejap utk update blog ni. Biasa mlm2 saya draft, tp semlm x boleh cz sakit t'amat sgt. Sakit kepala sampai muntah2, mengigil, x oleh nk bnafas(sakit dada y amat) & mata ni dah jd bengkak & nk senget.. Macam time sakit baru2 ni. Semalam pun nyaris nk ke ER. Tp cuba btahan, cz kalo pegi cnfirm akn kna tahan wad n makin melarat sakitnya. Last2 makan ubt tahan sakit n ttdo sampai k pagi ni.Pagi ni, masih rasa sakit2.. cuma kurang dari semalam.. Tapi ttp kena bjaga-jaga cz takut jd makin teruk.

Just nak share pasal pertemuan dgn pakar kelmarin.. Memang lama.. masa saya masuk bilik doc, still ramai org kt luar. Time keluar tkejut... dh xde org. Rupanya saya duk dlm bilik doc tu dekat 1 jam.. Hasil pjumpaan pakar semalam.. ada byk petunjuk ditemui & penyiasatan makin dperhebatkan (tiba2 macam detektif plok).. Nak tak nak ... harus redha..


  •  Bukti paling nyata y menyebabkan saya dirserang epilepsi adalah kerana pembedahan Tumor Otak dulu. Mybe berlaku jangkitan disitu @ pemedahan x djalankan dgn sempurna. Jadi kesannya berlaku beberapa tahun selepas itu.. Dan itula y berlaku pada saya sekarang. Dan.. petunjuk baru, sakit kepala & muntah2 serta muka, mata mula jd sembab/bengkak & sakit y amat sama seperti y saya alami 10 tahun dulu semasa saya disahkan ada Tumor Otak. Jadi doc plan utk melakukan CT SCAN & MRI utk melihat semula sesuatu y abnormal berlaku pd diri saya. Katanya nk lihat jugak kandungan air dalam otak saya,, saya x paham apa maksudnya dan jika air tu apa ntah(sy xpasti apa y doc katakan).. ianya blh membawa MAUT pada saya. (tba2 dgr pkataan tu.. tkecutt hati saya)

  • Dan saya dirujukkan semula dengan pakar Neurologi berkaitan dengan TRANVERSE MYELETIS & ENCHEPELITIS... Katanya semua y berlaku saling berkaitan & sistem saraf saya menjadi bercelaru sbb tu tiba2 kaki jadi lemah & tak ada daya nk berjalan (ini berlaku pada diri saya). Dulu saya pernah lumpuh.. tp keajaiban saya semuh & jika episod itu berulang tiada lagi harapan saya utk sembuh & kalo ada tlalu tipis. Kata doc.. saya satu dalam sejuta sebab walaupun saya sakit & pernah lumpuh akibat Transfer Myletis tp saya mampu pulih semula. Dan pluang y ada utk semuh satu dlm sejuta sudah pun saya perolehi hari ini.. Tapi jika episod ini berulang lg.. tiada lg peluang utk saya. Macamana nk teruskan hidup lps ni kalo ia berlaku lagi?? Adakah Fain akan terus setia??? ( saya jd takut)

  • Masalah jantung MITRAL VALVE PROLAPSE akan dilakukan lagi pada bulan 11. Besar kemungkinan segala masalah berkaitan tangan tiba2 menjadi sembab bila sakit @ secara tiba2 tu ada kaitannya. Kalo nk tahu sejak tahun 2008 semasa sy pregnantkn asya , tangan saya(terutama sebelah kanan) akn bengkak, sembab & urat2 merah akan timbul & menyakitkan. Dulu ingtkan ianya hnya sembab mgandung. Tp doc kata sembab mgandung x myakitkan sampai x blh memegang apa2 ..kna angin pun sakit.. Time mgandung dulu..kaki pun sembab macam belon nk pecah n penuh bintik2 merah. Sakit nk bjalan, pakai selipar n kalo saya duduk sy xleh bangun tanpa bantuan org sbb kaki y bengkak tu.Sbb tu saya x pakai cincin sbb tkut tba2 tangan mbengkak. Tp raya ru2 ni nk sgt2 pakai... dalam beberapa jam je.. tba tangan terus bengkak smpai cincin xleh uang terus n myakitkan sb dah sekat aliran darah.Nyaris nk g ER nk uang cincin tu. Padahal kalo dipakai time tgn saya ok, cincin tu sgt longgar dgn saya. So sekarang, jika ianya xde kaitan jantung maknanya ada sesuatu y petanda baru berlaku pada saya. Tunggu & lihat ajer.. 

  • Lain2 hal.. samung lps ni... sakit dh.. Nak makan ubt tahan sakit n samb tidur... Doakan segalanya selamat..
Berlari..mengejar cita-cita ... mengejar impian bergelar seorang DOKTOR untuk mama saya

28 comments:

kella said...

panjang cerita lya.. satu persatu dibaca dan difahami..diletakkan diri disitu..agar mengerti..
Allah maha besar Lya, Dia yang Maha Tahu segala-galanya.. dan lya dipilih untuk menghadapi dugaan ini. semoga lya tetap kuat dan tabah mengharunginya.

semoga fain juga sentiasa ada di sini lya, tetap menjadi semangat kekuatan untuk lya!
Lya memang kuat.
semoga Lya terus cekal dan kuat, kami sentiasa bersama mu Lya..

azzey said...

LIYA: Sabar ye...ujian Tuhan tu.Dan terus ikhtiar utk berubat....

Fieza79 said...

sedih la Lya...fieza doa kan moga Lya boleh sembuh dan akan terus sihat smpai bila2...mesti sembuh ye Lya..harus...demi Fain demi Asya..kena kuat...!

moga Lya sentiasa di lindungi Allah...aminn

mummy_ayu said...

besar tul dugaan Tuhan untuk Lya, tapi apa yg berlaku tentu ada hikmahnya...
Lya, kuatkan semangat, selalu doa kat Tuhan..semoga Lya sembuh sepenuhnya....be strong untuk Fain & Asya..and to fain...please support Lya, Lya need u at this moment & forever..ok..kami semua doakan Lya & sayang Lya!!!muah..

az rina a.k.a jaijina said...

berat bahu memandang berat lagi bahu yg memikul..sesungguhnya aku tak pernah alami ape yg mu alami tp aku boleh memahami sedikit sebanyak rasa sakit itu..

mungkin ada hikmah yg Allah SWT nak tunjukan disebalik sakit itu..

Rizziela said...

Semoga Liya akan terus sembuh seperti biasa...tak nak lagi dengar tentang kesengsaraan liya kerana kasih pada lia dan family...

Harap Liya teru tenang & tabah menghadapi dugaan ni yer....

Rizziela said...

Semoga Liya akan terus sembuh seperti biasa...tak nak lagi dengar tentang kesengsaraan liya kerana kasih pada lia dan family...

Harap Liya teru tenang & tabah menghadapi dugaan ni yer....

mamalieyna said...

singgh tadi membaca, tk smpt komen..dtg lagi...

sebak! cuba meletakkan diri di tmpt Lya!

Moga ada jalan terbaik...moga Lya terus kuat & kesihatan dipelihara oleh-Nya!

tmbh sebak part last tu..Asya!

Ena said...

sedih baca nie lya.. harap lya terus sabar & moga fain tidak berubah kasih sayangnya..

DIA Maha mengetahui segalanya.. Moga Lya terus kuat & tabah ye..

mama zharfan said...

moga lya terus tabah, and cepat2 sembuh..u got to be strong for asya yer dear :)

LyNn HaMzAh said...

semoga lya terus tabah...entry lya kali nie buat lynn meronta-ronta nak datang ke sana bertemu lya...rasa nak sangat jumpa lya...peluk lya...rasa sebak sangat...kuatkan semangat yer lya untuk hadapi dugaan ini...

MamaYatie said...

huhu..sedih baca n3 lya..semoga Allah terus memberikan kekuatan utk Lya dan org2 disekeliling Lya tuk menghadapi ujianNya ini...

teruslah berdoa semoga Dia memberikan keajaibanNya lagi tuk lya,insyaallah...aminnnn

'NuReeN' said...

lya mmg tabah N kuat.. sayu sedih & takut bila baca n3 lya.. detail lya ceritakan keadaan lya jumpe doc semlm..

moga ada sinar utk lya dariNYA.. semua utk lya, fain & asya..

THE LEKAT LEKIT STORY said...

sebenarnya kekuataan lya tu menjadi motivasi & kekuataan pada orang lain juga. Kita di hadirkan dugaan yang tak sama, namun melihat orang yang lain yang lebih menderita berbanding kita, akan menjadi pendorong pada kita untuk lebih kuat & jd seperti mereka yang tabah menempuh ujian Tuhan. Tahniah lya... sesungguhnya lya di kurniakan semangat yang luar biasa.

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

sayu, terkedu semua ade masa bca cite lya ni..besar sunggoh dugaan lya hadapi.
nak kongsi bersama mmg takleh sbb tak pernah rasa. cuma kata2 semangat jela yg sy leh bagi
semoga lya makin tabah ya..
n jgn risau..fain akn ttp setia walau ape jua akan lya hadapi. sy doakan ye..aminnn

Yan said...

Salam Alya,

akak baru cuba mengenali Alya. Terkejut pulak bila dpt tau yang Alya adalah bekas pesakit cancer..Tabah kan hati ye dik..INSYALLAH kalau diizinkan ALLAH, dan katanya KUN FAYAKUN, tiada siapa boleh mengubahkan nya..AMEEN.

umialya said...

akak tertarik ngan penyataan lya
Adakah Fain akan terus setia???

Insya Allah, akak percaya dia sorang suami yg setia dan penyabar..

sama2lah kita doakan yg terbaik buat lya sekeluarga, jgn fikir yg bukan2 ye!!! jaga diri dan kesihatan.. kuatkn semangat demi keluarga.

εїз Cik Fasya εїз said...

insyaAllah..abg fain will owes be with u dear..ssh senang bersama..doakan yg terbaik utk kak lya..jaga diri kak..cuba letakkan diri kt tempat akak..akak sgt kuat!

mama_iris said...

nurul selalu berdebar2 baca kisah lya....nurul lak yg takot and mcm lya lak yg kuat...lya bercerita seolah2 benda tu org lain nya cerita....haaaiiihhhh.....kuat ye lya,hidup dan mati di tangan Tuhan,selagi hidup....berjalanlah tanpa henti...=)

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

lya.. semoga awak akan tabah hadapi sebarang kemungkinan mendatang!..
speechless, tataw la camne kalo me @ ur shoes!InsyaAllah, sumenya akan baik2 saja yep..

mama rifQy said...

kak lya..InsyaALLAH sume akan ok kak!
akak mmg kuatkan?
saya doakan agar akak sihat seperti sediakala!!
sabar ye kak!!

idah @mama izzya said...

smga terus tabah mengharungi dugaan yg mendtg..
dan idah doakan fain terus bersama lya..
berat mata memandang berat lg bahu yg memikulnyer kan..

~aSHa~ said...

lya, arini baru sempat nak baca...smlm asha tak sempat...tak tau pun...alih2 ptg tu dtg tanpa tau keadaan lya...

tuhan tu benar2 memilih insan terpilih...dia tau lya kuat, fain tabah dan setia...sbb tu lya terpilih untuk lalui uujian yg ini...

semoga asya jadi doktor pakar yg berjaya...dpt rawat mamanye...amin

Mama Kembar said...

Salam..pertama kali mama dtg blog ni.. tersentuh hati mama baca ttg dugaan yg lya hadapi. Mama kagum dgn ketabahan lya satu family. kalau mama ditempat lya, belum tentu mama setabah dia. Moga lya akan bertambah sihat.

LYaFRINA said...

TO ALL :

tqvm atas smua kata2 smangat y dberikan. sesungguhnya lya sgt2 tharu mbaca ksemua komen2 ni. hopefully, suatu ari nanti.. asya dpt membacanya...

Ain said...

kami semua doakan lya kuat menempuh ujian kesakitan ini...

Allah lebih mengetahui hikmah disebalik semua kejadian...

insyaallah lya takkan pape dan akan sihat juga satu hari nanti...

ain doakan lya...

Farra Dhelina said...

sabar ye lya..lya seorg yg sgt2 tabah..fra kagum dgn lya

♥S@R@♥ said...

Salam,

saya rasa ketabahan & semngt lya adalah yg luar biasa..ketabahan & semngt itu juga yg membantu lya utk teruskan kehidupan & Allah memakbulkan doa lya..

semoga fain terus dsisi lya..Amin

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (133) WEEKEND (105) in N.A.T.U.R.E (95) Kata HATI LYA (94) M.A.K.A.N.A.N (75) About Me (72) AIDILFITRI OR AIDILADHA (71) INFO (67) MyHappyFamily (65) MACAM2 ADA (57) Friend (56) Asya's School (54) M.E.M.O.R.Y (52) Sinopsis (51) CAREMONY (50) Ramadhan (49) Shopping (47) DapurLyaBerasap (46) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Birthday (44) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Jom Singgah (41) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (39) My L.O.V.E (39) NuFF (33) CINEMA (32) Check-Up (32) D.I.A.R.I (31) Let's Eat (31) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (28) H.O.L.I.D.A.Y (28) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Tempat Makan Best Di Kemaman (24) Tempat Makan Best Di Terengganu (24) Beauty N Health (23) MamaAsya (22) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (19) Do It Yourself (17) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) VillaCintaku (17) I care..U Care.. We Care (16) Novel (15) Artis (14) Bento Asya (13) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) Medical (11) TUTORIAL (11) fasyafrinatraveltales (11) Deko VillaCintaku (10) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) mama+papa+fasya (9) Idea Bento (8) Travel (8) Parenting (7) Ulangtahun Perkahwinan (6) mama+papa (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Family Day (3) Lyafrina's Instagram (3) Public Holiday (3) Tempat Makanan Best Di Kuantan (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1)