Wednesday, September 29, 2010

Slot Akasia : CHINTA


Drama Chinta mengisahkan perjalanan perit seorang gadis baik dengan imej bertudung di sebuah kampung.Namun hidupnya mula dikaburi seribu satu dugaan yang datang menghimpit apabila abang kandungnya Kamal (lakonan Azhar Sulaiman) sanggup merogol dan menjualnya. Bukan itu saja, sahabat karibnya, Mustika (lakonan Zarynn Min) pula menikam dirinya di sebalik kelembutan sebagai teman hanya kerana cemburu akan sayang seorang jejaka, Fakri (lakonan Ezany Nizariff) yang mencintai Chinta.

google
Chinta seorang gadis kampung

Meskipun tidak sesekali ingkar akan tanggungjawab kepada agama dan dirinya, Chinta terus dilanda dugaan yang datang bukan sekali, sebaliknya bertimpa-timpa hingga menyebabkan dirinya lemas dalam suratan yang tertulis buatnya.Chinta mula mempersoalkan nasibnya dan merasakan Tuhan tidak adil padanya. Justeru, Chinta tekad dan bangkit menentang takdirnya hingga mengambil keputusan meninggalkan kampung halamannya untuk berhijrah ke bandar raya bagi mengecapi satu impian di luar imaginasinya.

google
Chinta menjadi peragawati y popular

Chinta pergi meninggalkan zaman silam yang membunuh jiwanya di kampung. Dia tidak percaya dengan lelaki dan istilah cinta lagi. Fakri ditinggalkan tanpa amaran. Hidup barunya di KL menemukan Chinta dengan Mayang (lakonan Natasha Hudson). Diarinya mula berubah dan Chinta berdiri sebagai peragawati jelita, seksi dan menarik hingga menyebabkan banyak pihak datang mendekatinya. Kecantikan dan personalitinya yang penuh dengan dendam itu bagaimanapun mengundang rasa kurang selesa di kalangan wanita lain.

Saksikan kesudahan CHINTA di slot akasia di TV3

Di sebalik kerjayanya, Chinta menyimpan rahsia yang sebenarnya dia pelacur kelas atasan. Namun Chinta kekal dengan misinya bagi melangsaikan rasa dendam di hati yang kian menebal. Akhirnya, hidup bertopengkan kepura-puraan itu membuka pintu hati Chinta dengan nilai sayang sejati dengan pengawal peribadi kepada seorang Tan Sri yang membelanya, Amar (lakonan Ady Putra).

Info : KLIK SINI
 
Komen :
Baca jer sinopsis drama ni, hati makin teruja nk follow drama Chinta. Adakah drama Chinta ni juga y diadaptasikan dari Novel Chinta?? Sape nama penulisnya?? Dah x ingat...
 
"ehhh.. jumpa pun. Ini dia novel Chinta "

14 comments:

Whitey Mommy said...

ni ke novelnya... ala... nak la... huhu suka dengan norhayati berahim ni...

nurulhudaresad said...

follow gak citer neh.....rimas lak asek kene rogol je si chinta tu...uhuhuhu..

Yan said...

Salam Alya,

nampak macam sedap cerita ni..Tp kak yan sedih lah kalau cite melayu ni tak habis2 dgn cerita rape..Sakit hati jadinya..

Liza said...

adaptasi novel ke? tgk kejap tadik, boleh tahan gak. nak tgk kat tonton.com.my jap lagik

eMMe said...

owhhh...citerni dari Novel ekkk..penah baca Novel Norhayati Berahim,best2 novel dia...mmg tak sabar nak tgk sambungan chinta sok...best2...

LYaFRINA said...

Bru start tgk kelmarin..nmpak cam best j.. trus google.. baca sinopsisnya.. mcm best jer... rasanya mmg adaptasi CHINTA ni.. just dilainkan skit kot.. xpasti la

mamalieyna said...

eina baru tengok semalam..nampk best!!

ooh eina peminta penulis novel ni..Norhayati Berahim!! suke novel2 tulisan dia..dulu la..skrg takde masa nak membaca =P

Lya dh sihat sket ke?..hope sihat banyakk yee..^_^

LYaFRINA said...

Eina:

samala... bru start tgk semalam..
sihat tlalu byk2 sgt x juga.. tp ok la.. ni smlm start lemah badan.. tp ok la... x reti nk kata, rsa skit dada & pning2+ sakit kpala tu... sabor j la eina..

LyNn HaMzAh said...

drama nie memang best...lebih2 lagi bila ada ady putra...hehehehe...

iera me casa........ said...

lya.. iera mmg layan citer nih..best.. fasha sanda dah pandai jiwai watak....

drama ni di adaptasi kan ke??

AngahSayang2314 said...

lya angah ikuti ceritanya best kan???

cha said...

rasanya tak sama dengan novel tu, sebab kita dah baca novel tu sampai habis. hehe...

SYaMiLa said...

bila dh baca sinopsis ni rasa cam semangat la pulak nk tgk...

kella said...

pandainya lya cari novel itu..

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (135) WEEKEND (114) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (96) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) MyHappyFamily (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (71) INFO (67) Asya's School (57) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Sinopsis (51) Ramadhan (49) DapurLyaBerasap (48) Shopping (47) Birthday (46) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Jom Singgah (43) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (34) Check-Up (33) NuFF (33) D.I.A.R.I (32) Let's Eat (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (28) Video (27) MamaAsya (26) S.A.N.T.A.I (26) Tempat Makan Best Di Kemaman (26) Tempat Makan Best Di Terengganu (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (19) mama+papa+fasya (19) Do It Yourself (18) Villafasyafrina (18) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) Medical (11) TUTORIAL (11) fasyafrinatraveltales (11) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) DecobyLya (8) Idea Bento (8) Travel (8) Deko VillaCintaku (7) Parenting (7) mama+papa (7) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Tempat Makanan Best Di Kuantan (4) Family Day (3) Lyafrina's Instagram (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) Mamalovefasyafrina (1)