Sunday, October 31, 2010

Live Life, Live LIBRESSE

Sebenarnya entri ni dh lama sgt2 draf.. Tai terperam sb dh tercorok ke bawah, jd xperasan daaa... Ekceli, sebelum ni guna brand lain, tapi satu hari tu rasa nk cuba, jd just beli y pack kecil tu jer. Lepas dah guna sekali tu, terus tersngkut.... serius sgt2 selesa.

Time ni ada promosi, beli 2 pack LIBRESSE(oleh pilih).. dengan harga RM 10.


Dan dapat percuma sekotak lg Libresse dengan pelbagai jenis pad.


Ini kandungan pad y di dalam kotak tu.


Dan paling syok dapat percuma purse untuk menyimpan pad. Ada 3 kaler biru,purple & hijau. Jadi lps ni kalo kat ofis ker @ kemana-mana, senang kita nak membawa pad dgn adanya purse ni. Xdela nampak kita bawak pad kan??


Ada 2 compartment untuk mengisi pad. So, berbaloi-baloi & keselesaannya amat diperakui...

Maklumat lanjut:

** Happy Birthday To You **

Untuk n3 sebelum ni...
Ekceli bukan birthday asya.. Tapi someone ni:-
*
*
*
fain in memory

Selamat Menyambut Ulangtahun kelahiran yang ke-26 buat suami  tercinta
 Mohd Fain Bin Ariffin


" Semoga abang terus diberikan kesihatan yang baik2 sepanjang masa & seumur hidup saya. Abang tahukan, kehidupan saya banyak bergantung pada abang bila saya sakit. Begitu jugak dengan Asya, yang sgt2 perlukan abg & begitu manja dengan abang. "

" Saya jugak tahu, abg mempunyai terlalu banyak impian. Dan ada terpaksa dikorbankan. Apa2 pun, saya sentiasa mendoakan walau cepat @ lambat, abg akan mengecapi apa y abg inginkan tu."

" Dan... Sebagai isteri saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat abang. Sama2 kita mempertahankan cinta & kasihsayang antara kita hingga ke akhir hayat agar rumahtangga kita terus bersinar & kekal bahagia walau sentiasa di uji. Terima kasih di atas segala ketabahan itu "

Dan....Satu2nya hadiah yang terhebat ialah
*

*

*

*

*

*

*

*

*

*
Cahaya Hati Kita

Saturday, October 30, 2010

Friday, October 29, 2010

Tahukah anda : KICAP & CUKA boleh hilangkan stress

image by google

PERCAYAKAH ANDA??? 
KICAP & CUKA DAPAT MENGHILANGKAN SEDIKIT STERSS .
 XPERLU MASAK, XPERLU MAKAN. JUST IKUT STEP DIBAWAH.

Adakah disaat ketika ini sedang berasa bosan?? stress??? Ok... jom kita cuba

" BACA LAJU-LAJU AYAT DIBAWAH & ULANG SEBANYAK 2X TANPA HENTI "


KICAP CUKA , KICAP CUKA, KICAP CUKA ,KICAP CUKA
&
CUKA KICAP, CUKA KICAP, CUKA KICAP, CUKA KICAP


--> Kalo x menjadi maaf yer?? sebab saya teringat masa time skolah dulu kita org berlawan sebut perkataan kicap & cuka ni laju & berulang sampai terbelit lidah jadi "cicap cuka"

Teratak Western Food KUALA KEMAMAN

Sempena meraikan ulangtahun perkahwinan yang ke-4 pada 26 OKTOER 2010 baru2 ni. Sempatla berdinner bertiga dalam suasana sejuk, dingin & mencengkam jiwa sebab hujan & angin dari pantai Kuala Kemaman bertiup membuatkan bulu roma asyik menegak jer.. Saya x pasti nama restoran ni, saya main letak je tu.. Sebab selama ni just sebut western food kuala kmn.. Xde dah y lain melainkan restoran ni jer.


Rasanya semua org kemaman tau mana letaknya restoran ni. Ekceli restoran ni baru dibuka setelah ditutup seketika untuk membina baru restoran ni. Kiranya 100 % berwajah baru ni. Cz sebelum ni restoran ni kecik jer & sekarang dah dibina semula 100% dengan keluasan berkali ganda & lebih selesa.


Bertemakan batu-bata yang mungkin dapat menyejukkan lagi suasana. Ruang makan yang lebih luas & selesa. Sebenarnya luas lagi ni.. ni just amik pic bahagian ni ajer. Masih nampak kosong, sebab masih dlm m'deko lagi.


Just makan Lamb Chop... Sesuaila dgn tuannya, x muat perut nak isi banyak2. Dan utk asya fun fries.


Misi bergambar jiwang2 x dapat diteruskan sebab asya x bagi cam kat mama & papa dia. Dia asyik nak main jer. Nak tengok air pancut la.. Main kat tangga la.. Dan paling best, part jeritan batinku bila nak air.


xpela.. xde pic org yang nak sambut anniversary ni. Saya letak pic Cahaya Hati saya & fain. Bukti cinta kami berdua. Muuahhhhh... mama & papa sayang asya sampai ke hujung nyawa.


---> memory yang indah untuk dikenangkan..

Thursday, October 28, 2010

CICOK is CICAK : Tips hapuskan cicak dirumah

Cicak dalam loghat Terengganunya disebut cicok.


Kenapa malam2 ni cerita ttg cicok ni?? Ekceli tgk Fain duk sibuk lastik cicok kat dinding tu, tba2 datang ideal utk cari info ttg cicak ni.. Bantuannya... melalui abg google yang membawa saya ke blog hasrulhassan

Jom kita berkongsi sikit tips yang bagus cara untuk menggurangkan cicak di rumah.

  • Tumbuk 2 biji lada merah atau 4 -5 cili padi. Bancuh dengan air. Masuk dalam Botol Spray. Spray kat tempat mana banyak semut atau selalu nampak cicak .
  • Basuh dan keringkan kulit telur ayam dalam 2 atau 3 hari. Pecahkan kecil-kecil jadi saiz duit 5 sen atau seposen. Lekatkan berapat-rapat pada kadbod dengan gam. Letak kat mana-mana yang nak elak cicak berkunjung. Kulit telur jika termakan boleh tercekik.


    Lain-lain petua untuk membasmi pembiakan cicok man, cicok woman bolehla :

Pasar minggu? Pasar Malam? Pasar Pagi ?

Hari ni mungkin saya tsangat-sangat bz krn nak buat preparation untuk x-ternal audit 30-31 oct ni.. Jadi mungkin, saya x berkesempatan nk round2 harini.. Jadi sementara saya menyiapkan kerja2 yang harus disiapkan, bolehla layan dulu xtvt pagi jumaat baru ni.. punyala berkurun di peram...

Pasar minggu di sepanjang jalan Padang astaka. Kesinambungan drp pasar minggu di mlm Khamis tu.. Kat sini, kita org x panggil pasar malam k, pasar pagi k, pekan rabu k.. Walaupun, pasar minggu tu hari ahad k, ari isnin k, hari rabu k, hari khamis ke... TETAP DI PANGGIL PASAR MINGGU, WALAUPUN BUKAN HUJUNG MINGGU. Kenapa yer???


Harusla lepak2 disini, sementara mama & papa minum cendol,
asya berlari-lari ank tawaf satu PG.


---> n3 auto publish...

HAPPY BIRTHDAY FLIZZ_ZATI


" SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN YANG KE-23"
PADA
28.10.2010

Masih ingat kat ZATI ??? Dia la yang selalu update tentang saya time di ICU dulu di SINI.. Saya sendiri pun x pernah tau time tu. Bila balik rumah, baca blog baru tahu. Apa-apa pun, ZATI ni merupakan bestfriend dulu, kini & selamanya. Merupakan yang paling muda dalam geng FLIZZ STAR. Dia selalu ada disaat kita senang, susah & pelbagai situasi. Bila tahu saya sakit, dia memang x putus-putus bertanyakan khabar.

Geng FLIZZ STAR


" SEMOGA SEMUA IMPIAN ZATI TERCAPAI "
&
" SUKSES DALAM KERJAYA"


--> zati, ada pesanan penaja.... jgn tunggu lama2.... cepat2 la yer..

Wednesday, October 27, 2010

Setelah sekian lama merajuk


Setelah sekian lama merajuk.. Sebab diabaikan.. Kini saya kembali membelainya & akhirnya dia mula muncul

*
*
*
*
*
*
*
*
*


Sejak saya sakit lama dulu, BE semuanya dah jd ME..
Tp arini check kat earning , tgk2 ada peningkatan dah dapat 2 BE dari blog ini..
TQ NUFFNANG  & KAWAN2 BLOGGER

Special Winner : Sedondon SeIrama of Pnstoberri Sedondon Raya Contest 2010

Alhamdulillah...
Sekali lagi terpilih sebagai special winner dalam contest

Sijil Penyertaan


Hadiah Yang Dimenangi
Uncang Material Kain Batik

Very2 nice... Hadiah ni saya terima hari Khamis baru2 ni. Uncang ni saya alat solek utk kgunaan di pejabat bila time solat. Lagi senang nak bawak ke hulu hilir. Tq PN STOBERI.

MEMORY 27.10.2006

NOTE :
Kualiti imej x memuaskan sbb x menggunakan scanner.. Just main snap dgn kamera.. Nak x-press punya pasal.

Memory 27.10.2006... Merupakan hari persandingan saya & Fain. Tema pilihan kaler ijau.. Kenangan sepanjang menghadapi majlis ni, macam2 ada.. Geram , marah, letih.. semua ada. 1st y memang saya cukup2 terkilan, sbb pelamin y di buat bukan seperti yang di tempah.. Katanya tersilap, walaupun dia nak pasang smula mcm y sy tempah tu.. Tp xpela... dah pasang, redha ajerla..


pose semasa tunggu fain

Pada hari persandingan... sepatutnya juru solek datang pukul 10 pagi sebab nak pasang tirai tempat makan beradat. Tapi x muncul2... Dah nak masuk pukul 1, x muncul lagi... Apalagi, k.long & abg saya dah naik geram sbb byk lg nak prepare, just pasang sendiri kain y di khaskan untuk makan beradab tapi tanpa tabir di belakang.. Huhuhu... Frust sgt2. Yela...kita naik pelamin sekali seumur hidup, mesti nak meninggalkan kenangan yang maniskan.

menyambut ketibaan suami tercinta

Dan bertambah geram, Fain dah kol nak bertolak dah ke rumah. Tapi jurusoleknya x sampai2 lagi.. Dpt panggilan jurusolek tu katenya kereta tsadai kat jambatan geliga, minyak habis katanya.. Saboooo ajer la.. Last2 sampai gak... so make-up la dgn tergopoh-gapah... Adoiiiii letihnya.


antara pic ketika bersanding

Sebagai kenangan untuk masa depan, msti kita mengharapkan pose & imiginasi Photo G mengambil pic dgn kreatif & cantikkan.. Dah nama pun Photo-G... tp sayang bagi saya hasilnya x memuaskan. Ermmm.. xpela, semua tu kenangan. Tapi saya dgn Photo-G & jurusolek tu memang boleh masuk, sbb kt org jd sekepala.. Mybe photo-g tu skarang dh makin kreatif, cz time sy dulu dia masih baru.. Sbb time abg sy hasilnya makin ok..



Baju krim ni sepatutnya saya pakai time nikah.. Tapi tuko plan B, saya pakai kaler putih.. Baju ni pakai sajer2 untuk bergambar sbb sy x merminat pakai gown & lain... Last d gunakan untuk acara potong kek.


Dan baju kuning sepatutnya untuk acara potong kek... Dah jadi acara posing2 plok.. Itula, tidak semua yang dirancang menjadi kenyataan. Pinjam rambut Rapunzel ni ... rambut palsu ajerr..


Dan xlupa FLIZZ STAR yang bertungkus lumus di hari bahagia saya dengan mjadi pengapit. Pandai dia org pakai baju sedondon menjadi flower girl.. Hehehhee.. Berkat tu, sorang-sorang menamatkan zaman bujangnya..Tinggal sorang j lagi... Cik Zati... bila lg??? jgn tunggu lama2...



--->Sekian saja, pic yang sempat di snap.. Kalo nak snap semua alamaknya.... Apa2 pun entri ini sekadar untuk berkongsi kenangan.. Lagi pun rasanya x pernah lg sy publish pic kawin sy.. Just pulish 1 @ 2 keping j..

Tuesday, October 26, 2010

Bertakhta Di hati

mood anniversary lagiii
Sebelum ku kenal, Dirimu siapa
Aku tak kenali, Apa itu cinta
Setelah ku kenal, Dirimu sebenar
Kau cinta sejati, Ku sandarkan jiwa

 
---> Sebenarnya nak citer pasal lain.. Tp pic blum transfer... Kiranya acila publich pic ni dulu... Asya bagi peluang kat mama & papa dulu yer..

26.10.2010 : AKU TERIMA NIKAHNYA

NOTE :
kualiti image di entri ini x memuaskan sebab x sempat nak scan pic.. Ni main snap dgn kamera jer.. Mana y sempat aje ni..

26.10.2006

Hari ini 26 Oct 2010 genap 4 tahun usia perkahwinan kami. Alhamdulillah, walau pelbagai ujian yang menimpa dalam kehidupan kami berdua.. Tapi berkat kesaaran semuanya dapat di harungi bersama. Sememangnya usia 4 tahun masih belum matang , di depan... perjalanan masih panjang. Semoga ikatan suci ini akan terus kekal hingga ke akhir hayat. Biarlah kami bersama selamanya di dunia & akhirat. Saya x mahu apa2 lagi, melainkan kasih sayang terus berkekalan & kami selalu tabah untuk menhadapi ujian2 kehidupan ini bersama-sama.

Aku terima nikahnya

Mengimbau detik itu, ketika saya sah bergelar isteri kepada Fain, kami berdua masih terlalu muda.Dimana ketika itu saya berumur 21 tahun & Fain 22 tahun. Dan ketika itu juga saya masih bergelar seorang pelajar (berada di sem 5... tinggal 2 sem utk dihabiskan). Sememangnya perancangan awal, kami akan berkahwin selepas saya tamat belajar. Tapi andai jodoh itu tiba.. walau sejuta kali kita menolak kita x mampu melawannya kerana jodoh, pertemuan di tangan tuhan. Bukanlah mudah untuk mengambil keputusan yang akan merubah keseluruhan kehidupan & status kita dalam usia yang cukup muda.


detik bahagia

Namun, situasi saya cukup berbeza.. Kerana faktor kesihatan saya akhirnya Fain mengambil keputusan untuk mempercepatkan perkahwinan walaupun pada asalnya saya x bersetuju. Tapi akhirnya saya akur setelah memikirkan di sudut positif tentang kesihatan saya. Alhamdulillah, semua yang tersurat ada hikmatnya. Pencapaian saya dalam pengajian saya begitu membanggakan. Mungkin berkat dari doa & bantuan suami di saat saya study. Selalu disisi ketika saya sibuk study untuk exam. Dan, selepas itu saya jatuh sakit lagi... alhamdulillah sekurangnya ada seseorang yang menjaga saya dengan baik. Kalau dulu hanya mengharapkan mama saya yang makin berusia. Sejak itu saya semakin yakin keputusan ni memang tepat.


Dan sejak itu disaat saya tenat di hospital, Fain terus bersama & x pernah tingga ke saat ini. Masih ingat cerita K.long saya hanya beberapa bulan setelah berkahwin, saya sakit tenat & hampir di intubate serta berada dalam keadaan x sedarkan diri. Ketika itu juga Fain pengsan kerana terkejut melihat keadaan saya ketika itu dan sedar terus menjerit-jerit panggil nama saya. Dan sekali lagi pengsan dan time tu jugak nurse2 & kak long terus bawa Fain ke ER. Kata kak long, fain x makan & minum beberapa hari. K.long kata mengalir air mata org tgk drama tu. hehehhehee :- )

u & me love forever

Selain tu, sebelum berkahwin Fain awal2 lagi sudah tahu saya x boleh mengandung kerana faktor kesihatan saya. Dan bermula awal perkahwinan lagi doc dah sediakan perancang. Selama 2 tahun saya hidup sebagai suami isteri tanpa kehadiran anak. Ketika itu kami hanya redha, walaupun berulang kali saya yakinkan fain saya tetap perlukan seorg anak. Saya tahu Fain memang nak anak walau dia x pernah g tau, mungkin krn bimbangkan kesihatan saya membuatkan Fain mengalah.
tumpang interframe jap yer.

Tapi siapa sangka.... akhirnya hidup kami berdua bercahaya... Hati kami berdua bercahaya dengan kehadiran "CAHAYA HATI"... Nur Fasya Afrina Binti Mohd Fain yang bermakna CAHAYA HATIKU PUTIH KEMERAHAN.


---> YA ALLAH, PANJANGKAN UMURKU UNTUK AKU NIKMATI KEHIDUPAN YANG INDAH BERSAMA SUAMI & ANAK YANG TERCINTA

Monday, October 25, 2010

Sesuatu y SPECIAL untuk dikenangkan


Segalanya akan terjawab di sini.....
Ermmmm,, kalo x jawab pun dah boleh agak kan ???
Tunggukan kemunculannya di Channel Cahaya Hatiku

Tumis Ayam Masak Lada Hitam SUPER POWER

Ekceli.. Saya tak tau sebenarnya lauk ni org panggil apa. Apa yang pasti ianya masakan Johor. Orang Johor mesti taukan nama lauk ni.  Menu ni merupakan febret saya sejak dulu lagi, dan rasanya ala2 tumis asam pedas melaka. Tapi bezanya untuk resepi ni, x menggunakan bunga kantan & ikan dan asas utamanya adalah ayam, lada hitam. Daging x pernah try lagi.

Kalo ada sesiapa yang rasa nak ubah selera boleh cuba masak menu ni. Janji... ANGKAT JARI PUNYA!!! Tapi ianya x sesuai untuk budak2 kecik sebab pedas, tapi kalo anak2 suka makan pedas n kurangkan pedas dalam masakan..ON jer.. Tp lauk ni, nak ada rasa2 pedas baru SUPERRR POWER!!

Tumis Ayam Masak Lada Hitam
Bahan-bahan :

Ayam Mentah - Mengikut keperluan
Daun Kesum
Air Asam Jawa
Air Putih
Cili Boh
Bawang Merah
Bawang Putih
Kunyit Hidup
Lada Hitam - Blander

Cara Memasak :

Bahan2 yang ditumis

1. Blander bawang merah, bawang putih & kunyit hidup
2. Blander lada hitam
3. Panaskan minyak
4. Tumiskan bawang merah, bawang putih, kunyit hidup dan cili boh sampai naik bau & naik minyak
5. Masukkan lada hitam y di blander + garam+serbuk perasa+sedikit gula & tumis lagi.
6. Masukkan ayam mentah yang siap dipotong & golek-golekkan dalam bahan tumis tadi.
7. Masukkan sedikit air asam jawa + air putih.(kuah kalo pekat2 lagi super)
8. Masukkan sedikit daun kesum (sikit j tau, selebihnya selepas masak). Dan test2 la rasa kuah tu.. kalo x ckp masam, tamah lg sikit air asam jawa smpai rasa tu ok.
9. Last , smpai dah yakin masak... bolehla angkat.

Ini la rupanya.. Fuhhh.. pedas desitttt

Last, masukkan balance daun kesum tadi ke dalam kuah supaya ada rasa rau-rau bau dia... Sedap macam ni.. Tapi kalo nak letak skaligus time masak pun ok, tp rasa kurang mesra la cz daun tu kecut. Kalo ikut sy, mmg sy msukkan sikit je time memasak, dan selebihnya saya msukkan setelah diangkat ketika kuah masih panas.. Boleh aplikasikan cara yang sama untuk Tumis Asam Pedas.

--> Kes masak lauk ni sbb xpuas makan tumis asam pedas ari khamis baru2 ni time rehat.. Ingatkan hari jumaat tu nk masak tumis asam pedas.. Skali kol abah fain, ikan pari yilllekkk... ikan merah pon yillekkkkk.. Tapi sebab nak mkn gak lauk y ada rasa daun kesum tu.. Terus teringat lauk ni.. Lama dah dapur x berasap.

Islamic Fashion Show 2010

PERTUNJUKAN MELAMPAUI BATAS

Islamic Fashion Show, khususnya yang dianjurkan pada tahun bulan Ogos, 2010 yang lalu, bukan sahaja melampaui batasan penutupan aurat yang diajarkan oleh Nabi. Malah ia juga bercanggah dengan kefahaman sebahagian pendokong ajaran Islam liberal itu sendiri. Namun apa yang dipersembahkan di Islamic fashion show itu telah lebih jauh melampaui kefahaman kumpulan itu apabila ia bukan sahaja tidak menutup rambut dengan sempurna malah, menggunakan nama nabi Muhammad di pakaian seksi mereka, memaparkan kaki, betis, belahan buah dada, peha, bentuk tubuh, belakang tubuh dan dada secara terangan dan menamakannya sebagai Islam. Saya telah menyemak kesohihan gambar-gambar tersebut, dan terbukti gambar-gambar yang paling menyeleweng seperti berbaju dengan nama Muhammad, kain singkat, terdedah dada dan yang dinyatakan di atas sememangnya wujud di pesta fesyen 'Islam' di Monaco.

Fesyen2 yang digayakan





Memakai pakaian mempuanyai khalimah suci???


ADAKAH ITU SEMUA FESYEN ISLAMIK???
KENAPA PERTUNJUKKAN FESYEN ISLAMIK DILAKUKAN DI NEGARA BUKAN ISLAM??
SAMA-SAMA KITA FIKIRKANNYA

INGIN MELIHAT YOUTUBE & INFO LANJUT:


--> saya hanya manusia biasa... masih banyak yang x perfect.. tapi sebagai manusia yang mudah leka, sama2lah kita saling ingat-mengingati.. untuk kebaikan bersama.

Sunday, October 24, 2010

Sinopsis Taubat Nasuha

Dulu dah pernah tengok drama yang penuh keinsafan ni. Dan kali ni ditayangkan lagi di TV3 pada malam ni kerana tercalon dalam Anugerah Skrin . Teruja nak tengok drama ni yang penuh dengan keinsafan dan pengajaran yang boleh dijadikan tauladan dalam kehidupan seharian kita dalam melayari kehidupan erumah tangga.. Esspecially kaum lelaki, harus tengok drama ni. Malam ni, bersiap sedialah sekotak tisu di depan TV yer..

SINOPSIS TAUBAT NASUHA

Hasil perkahwinan Syamizi dan Laila mereka dikurniakan 3 cahayamata iaitu Aimin 11 tahun, Aiman 8 tahun dan Amirul 4 tahun. Laila sekarang sedang mengandung anak empat dan usia kandungannya 4 bulan. Ketiga-tiga anak Syamizi begitu nakal pada pandangan Syamizi. Ini kerana Syamizi adalah seorang ayah yang cepat panas baran akibat tuntutan dan didikan hidup dari arwah ayahnya yang merupakan seorang tentera.

Akibat dari itu, cara dia menegur dan mendidik anak-anaknya sama seperti arwah ayahnya yang garang dan bengis serta berdisplin. Pantang sahaja sedikit silap anak, mesti rotan atau sepakan singgah di muka anak itu. Laila sudah puas mengingatkan dan menasihatkan suaminya, namun tidak diendahkan oleh Syamizi, malah ada kalanya Laila juga menjadi sasaran baran Syamizi.

Bagi anak-anak pula setiap kali kemunculan ayahnya di rumah membuatkan mereka sedikit gementar namun tidak menghalang mereka bergurau senda dan bermain bersama. Keriuhan sebegini menjadi satu gangguan kepada Syamizi. Kesabaran Laila cukup tinggi memandangkan sebagai seorang isteri, dia sedar syurga itu di telapak kaki suami. Apa yang berlaku di dalam keluarga Syamizi itu disedari oleh mertuanya Haji Osman, yang tidak suka mencampuri urusan rumahtangga anak menantunya. Namun setiap kali kalau anak menantu dan cucunya pulang ke kampung pasti akan dinasihati atau paling tidak akan diberikan buku panduan rumahtangga atau kitab-kitab untuk rujukan mereka sekeluarga. Masa terus berlalu.

Kandungan Laila juga semakin hari semakin membesar. Begitu juga dengan Syamizi semakin menjadi-jadi barannya. Syamizi lebih selesa dan seronok bila dia bersama kawan-kawannya di pejabat tapi sebaik sahaja dia menjejak kaki di halaman rumah, sikapnya mula berubah. Tawa ria kini berganti maki hamun. Anak-anak pula semakin nakal. Disinilah kemarahan Syamizi memuncak bila dia menghantukkan kepala anak-anak itu. Sehingga pagi itu menjadi suram dalam keceriaan anak-anaknya untuk ke sekolah. Bukan itu sahaja, Laila juga sudah putus harap melihat tingkah laku suaminya.

Satu hari, Laila pulang selepas menjemput anak-anak balik dari sekolah. Ketika masuk ke dalam rumah, 3 lelaki telah merompak mereka. Perompak-perompak itu telah membunuh kesemua anak-anak dan Laila. Bermula pagi itu juga Syamizi mengalami kesalan yang panjang sehingga mengganggu emosi dan jiwanya, kehidupan dan kerjayanya. Dia lebih banyak termenung dan mengimbas keceriaan anak-anaknya. Tiada hilai ketawa dan senda gurau anak-anak. Yang tinggal hanya kenangan. Sesungguhnya jauh di sudut hati Syamizi amat kesal dengan sikapnya dan menyedari semua itu selepas mereka yang tersayang pergi buat selama-lamanya.

Lakonan Mantap Shiela Rusly & Fauzi Nawawi Sebagai Teraju Utama

A.B.C

A.B.C
Air Batu Campur

Time cuaca panas-panas gini, bestnya dapat makan ABC + aiskrim vanilla ni.. Sejuk tekak... Xleh buat aper r... Jamu mata udahla yer..


--> Model ABC sedang beraksi

A Go Go VERSI 2010

Sekadar m'upload pic lama yang ada dalam simpanan & x pernah di publish lagi..
Hehehe.. Layan ajer la...
Zassssss




They’ve got a power and a force
that you’ve never seen before.
They’ve got the ability to morph
and to even up the score.
No one can ever take them down
the power lies on their siiiide.

Go Go Power Rangers
Go Go Power Rangers
Go Go Power Rangers
Mighty Morphin’ Power Rangers

They know the fate of the world is lying in their hands.
They know to only use their weapons for defense.
No one will ever take them down,
the power lies on their siiiide.

Go Go Power Rangers
Go Go Power Rangers
Go Go Power Rangers
You Mighty Morphin’ Power Rangers


--> Ehhh.. tiba2 jer jadi Go Go Power Ranjers

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (79) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (71) INFO (67) Asya's School (59) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (49) Shopping (47) Birthday (46) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Jom Singgah (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (34) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (27) Tempat Makan Best Di Terengganu (27) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) mama+papa+fasya (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) fasyafrinatraveltales (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) Parenting (7) mama+papa (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1)