Tuesday, October 26, 2010

26.10.2010 : AKU TERIMA NIKAHNYA

NOTE :
kualiti image di entri ini x memuaskan sebab x sempat nak scan pic.. Ni main snap dgn kamera jer.. Mana y sempat aje ni..

26.10.2006

Hari ini 26 Oct 2010 genap 4 tahun usia perkahwinan kami. Alhamdulillah, walau pelbagai ujian yang menimpa dalam kehidupan kami berdua.. Tapi berkat kesaaran semuanya dapat di harungi bersama. Sememangnya usia 4 tahun masih belum matang , di depan... perjalanan masih panjang. Semoga ikatan suci ini akan terus kekal hingga ke akhir hayat. Biarlah kami bersama selamanya di dunia & akhirat. Saya x mahu apa2 lagi, melainkan kasih sayang terus berkekalan & kami selalu tabah untuk menhadapi ujian2 kehidupan ini bersama-sama.

Aku terima nikahnya

Mengimbau detik itu, ketika saya sah bergelar isteri kepada Fain, kami berdua masih terlalu muda.Dimana ketika itu saya berumur 21 tahun & Fain 22 tahun. Dan ketika itu juga saya masih bergelar seorang pelajar (berada di sem 5... tinggal 2 sem utk dihabiskan). Sememangnya perancangan awal, kami akan berkahwin selepas saya tamat belajar. Tapi andai jodoh itu tiba.. walau sejuta kali kita menolak kita x mampu melawannya kerana jodoh, pertemuan di tangan tuhan. Bukanlah mudah untuk mengambil keputusan yang akan merubah keseluruhan kehidupan & status kita dalam usia yang cukup muda.


detik bahagia

Namun, situasi saya cukup berbeza.. Kerana faktor kesihatan saya akhirnya Fain mengambil keputusan untuk mempercepatkan perkahwinan walaupun pada asalnya saya x bersetuju. Tapi akhirnya saya akur setelah memikirkan di sudut positif tentang kesihatan saya. Alhamdulillah, semua yang tersurat ada hikmatnya. Pencapaian saya dalam pengajian saya begitu membanggakan. Mungkin berkat dari doa & bantuan suami di saat saya study. Selalu disisi ketika saya sibuk study untuk exam. Dan, selepas itu saya jatuh sakit lagi... alhamdulillah sekurangnya ada seseorang yang menjaga saya dengan baik. Kalau dulu hanya mengharapkan mama saya yang makin berusia. Sejak itu saya semakin yakin keputusan ni memang tepat.


Dan sejak itu disaat saya tenat di hospital, Fain terus bersama & x pernah tingga ke saat ini. Masih ingat cerita K.long saya hanya beberapa bulan setelah berkahwin, saya sakit tenat & hampir di intubate serta berada dalam keadaan x sedarkan diri. Ketika itu juga Fain pengsan kerana terkejut melihat keadaan saya ketika itu dan sedar terus menjerit-jerit panggil nama saya. Dan sekali lagi pengsan dan time tu jugak nurse2 & kak long terus bawa Fain ke ER. Kata kak long, fain x makan & minum beberapa hari. K.long kata mengalir air mata org tgk drama tu. hehehhehee :- )

u & me love forever

Selain tu, sebelum berkahwin Fain awal2 lagi sudah tahu saya x boleh mengandung kerana faktor kesihatan saya. Dan bermula awal perkahwinan lagi doc dah sediakan perancang. Selama 2 tahun saya hidup sebagai suami isteri tanpa kehadiran anak. Ketika itu kami hanya redha, walaupun berulang kali saya yakinkan fain saya tetap perlukan seorg anak. Saya tahu Fain memang nak anak walau dia x pernah g tau, mungkin krn bimbangkan kesihatan saya membuatkan Fain mengalah.
tumpang interframe jap yer.

Tapi siapa sangka.... akhirnya hidup kami berdua bercahaya... Hati kami berdua bercahaya dengan kehadiran "CAHAYA HATI"... Nur Fasya Afrina Binti Mohd Fain yang bermakna CAHAYA HATIKU PUTIH KEMERAHAN.


---> YA ALLAH, PANJANGKAN UMURKU UNTUK AKU NIKMATI KEHIDUPAN YANG INDAH BERSAMA SUAMI & ANAK YANG TERCINTA

38 comments:

idah @mama izzya said...

insyaallah..smga doa lya diperkenankan..
menitis airmata baca citer lya..idah doakan kesihatan lya pulih & hepy bersama keluarga tersyg..

[-suziey-] said...

huhu sebak baca kisah lya..betapa kasihnya seorang suami..smga lya dan fain akn kekal bahagia hingga ke anak cucu..dan dikurniakan anak yg ramai..insyaAllah..yakin pada Qada' Qadar Allah..happy anniversary to both of u :)

LYaFRINA said...

Idah :

amin... harap2nya macam tu la..
tq idah.

MamaShiLa said...

Lya....selamat menyambut ulangtahun...tabahkan hati...banyakkan berdoa...setiap yang berlaku pasti ade hikmah yang ingin ditunjukkan kpd kita hambanya....

LYaFRINA said...

[-suziey-] :

mudah-mudahan begitulah la suziey..
tq yer..

LYaFRINA said...

MamaShiLa :

tq mama shila.. insyallah mudah-mudahan diperkenankan..

mama_iris said...

Tuhan tu dah tau jodoh yg terbaik utk kita...hanya Fain yg mampu buat mcm tu kat lya...hanya dia yg boleh terima buruk baik lya....kalo Fain dan Lya lemah,x mungkin Asya akan ada dlm dunia ni...Allah kurniakan pulak Asya sbb Dia tahu kamu berdua masih mampu menerima ujian...betul kan Allah tak akan uji kita melebihi kemampuan kita??jadi kerana itu Dia temukan korang berdua....nikmati hidup ni seindah mungkin selagi dunia ni kukuh berdiri....

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

tahniah..dah 4 tahun!
mcm2 liku dah ditempuhi kan..nak2 lagi drama fain pengsan tu..eheheh...mmg dia syg betul tu kat lya..bertuah lya..:-)

lya, if nak gambar tu tak nmpk cahaya flash tu, jgn guna flash, then buh gambar tu bawah lampu then fokus..baru takde cahaya toingg kat tengah gambar tu..eehhehe

mama_iris said...

ops...terlajak bebel....lupa lak...happy anniversary lya...we are lucky not because we are married with someone we can live with...but it's because we marry someone we cannot live without...=)

Rizziela said...

Insyallah Lya,...kami sentiasa mendoakan kesejahteraan lya & family

Semoga rumahtangga yg dibina akan terus berkekalan sehingga hujung dunia

AiSHieY said...

Muke awk n fain ade iras dier...sbb tula jodoh korg sgt kuat...

AngahSayang2314 said...

lya angah ucapkan selamat ulang tahun yg ke 4..Kejap jer masa berlalukan.. dah 4 tahun..

angah doakan semoga 1 keluarga sihat walafiat & kekal hinggah ke akhir hayat & dunia akhiratttt aminnnnnn...

Fieza79 said...

hepy aniversary Lya dan Fain...moga bertambah tambah bahagia....dan bertambah cahaya mata...aminn

moga Lya terus dikurniakan kesihatan berpanjangan ye...

azzey said...

lya: Slmt ulangtahun perkahwinan yg ke-4. Mudah2an lya terus tabah dan dikuatkan smgt utk menempuhi dugaan dlm kehidupan.amin...

~aSHa~ said...

hepi anibeseri...semoga bahagia hingga ke syurga...

lya, semuanye telah tersurat dan tersirat fain tuk lya...dia terbaik

alyyani said...

sememangnye fain adalah yg terbaik utk lya. dan sykur lya dan fain bertemu jodoh awal dan dah ditakdirkan dia akan menjaga lya dan asya sepanjang hayat lya. semoga ikatan yg dibina terus kukh dan kekal bahagia hingga hujung nyawa. happy 4th anniversary to lya and fain!

az rina a.k.a jaijina said...

happy anniversary..semoga jodoh kalian berkekalan sampai bila²..aku doakan semoga sentiasa dalam pelihara yang maha Esa..

cinta sang ratu... said...

Happy Anniversary akak...semoga perkahwinan ini terus berkekalan bahagia selamanya hingga ke syurga =)

mummy_ayu said...

sedihnya..mengalir ayu baca entry lya..selamat ulangtahun perkahiwnan yang ke 4 to Lya & Fain..semoga berbahagia selamanya...sampai syurga..tul tu...semoga lya sihat selalu...and happy selalu with Fain & Asha!!!
lya..kena tag ngan Ayu kat sini...http://mummyayucontest.blogspot.com/2010/10/baby-and-toys-contest.html

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

epi 4th anniversary Lya..
semoga kekal hingga ke syurga..
suke dgr cite Lya, epi 4 u!!

Zaidah said...

jangan sedih2 lya....semoga mahligai yang dibina berkekalan hingga ke akhirat...

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ♥ said...

semoga jodoh berkenalan k...& dimurahkan rezeki..

MamaYatie said...

oloh Lya..menitik air mata la baca..akak doakan jodoh korang kuat & berkekalan hingga ke sana..dan lebih berseri2 ngan cahaya ati korang yg comey tu...amin..

'NuReeN' said...

slamat ulangtahun lya.. moga berkekalan hingga akhir hayat.. cinta fain kat lya mmg tulus... lahirnya seorang cahaya mata yg menambahkan lagi sinar dlm rumah tangga lya.. moga semua diberikan kesihatan daripadaNYA.. Amin..

'NuReeN' said...

lya jemput ambil tag yerr
http://nureenasir.blogspot.com/2010/10/tentang-seseorang-1st-giveaway.html

Mama Zharfan said...

congratulations
me doakan lya sihat, panjang umur, bahagia dgn suami +anak :)

sarah shafie said...

nk nangis bace...smoga lya sntiasa sihat dan hepi dgn fain dan asya..trase bhagia sgt bce entri ni..

Mama Hanim said...

semoga bahgia slalu spt biasa utk lya sekeluarga..

Ena said...

Huhu.. sebak sunguh baca n3 lya nie..

Hepi Anniversary ye.. Moga bahagia itu milik kita semua.. Amin

Sricahaya said...

Happy Anniversary..semoga berbahagia dgn org tersayang dan kekal sehingga akhir hayat..

Semoga lya semakin sihat..

THE LEKAT LEKIT STORY said...

Alhamdulillah lya miliki seorang suami yang sgt2 baik.. Allah memberi lya kesakitan tp menghadiahkn lya penawar iatu Fain & asya.. Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 4

wan nurul hezrina abd halim said...

happy anniversary to both of u..moga hubungan berkekalan n gumbira sokmo k.

ieda said...

eppy aniversary dikkk .. moga bekekalan hingga ke akhir hayat .. dan berbahagia selamanya :))

wanie_kashfi said...

sebak hati baca kisah cinta Lya ngan Fain...semoga panjang jodoh & usia

~ ms julie ~ said...

Sedihnya bc post nie..
smga kalian semakin tabah dlm menempuh dugaan yerk...
happy annivessary!

mamalieyna said...

Happy Anniversary Lya! maaf la lambat terjah sini..dh dtg tadi, dan datang semula tinggalkan komen..

Insyaallah..Moga Allah sentiasa pelihara kesihatan, kasihsayang, keutuhan cinta kam0 berdua! Amin..

Ju@Lucky^Mummy said...

Happy Anniversary Lya & Fain..

Semoga Allah sentiasa memberi rahmat dalam rumahtangga, kekal & bahagia.
Semoga Allah sentiasa pelihara kesihatan Lya.

<3

Yan said...

Congratulation Alya... Berkekalan hendaknya

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (135) WEEKEND (111) in N.A.T.U.R.E (98) Kata HATI LYA (96) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (71) MyHappyFamily (71) INFO (67) MACAM2 ADA (57) Asya's School (56) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) Sinopsis (51) CAREMONY (50) Ramadhan (49) DapurLyaBerasap (47) Shopping (47) Birthday (46) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Jom Singgah (42) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (39) My L.O.V.E (39) Check-Up (33) NuFF (33) CINEMA (32) D.I.A.R.I (32) Let's Eat (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (28) Video (27) MamaAsya (26) S.A.N.T.A.I (26) Tempat Makan Best Di Kemaman (26) Tempat Makan Best Di Terengganu (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (19) Do It Yourself (18) Villafasyafrina (18) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Novel (15) mama+papa+fasya (15) Artis (14) Bento Asya (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) Medical (11) TUTORIAL (11) fasyafrinatraveltales (11) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) DecobyLya (8) Idea Bento (8) Travel (8) Deko VillaCintaku (7) Parenting (7) mama+papa (7) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Family Day (3) Lyafrina's Instagram (3) Public Holiday (3) Tempat Makanan Best Di Kuantan (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) Mamalovefasyafrina (1)