Sunday, October 3, 2010

Diserang hendap di bahagian TEKAK


Sejak Jumaat saya diserang sakit tekak.. Memang perit yang amat. Hari ni, suara macam nak keluar & x nak keluar dah.. Perit & pedihnya.... Asya pula dgn demam+selsemanya yang x baik2 lagi. Jom baca sikit info yang saya perolehi hasil carian google.


Tanda dan Gejala Sakit Tekak


Gejala-gelaja demam biasanya timbul pada 1 hingga 3 hari selepas terdedah kepada virus demam selsema. Tanda dangejala demam selesema termasuklah:
• Hingus meleleh
• Gatal dan sakit tekak
• Batuk
• Rasa sesak
• Sakit-sakit badan atau sakit kepala ringan
• Kerap bersin
• Mata berair.
• Demam dengan suhu tidak terlalu tinggi
• Kepenatan


Sakit tekak yang disebabkan oleh jangkitan bakteria, tanda dan gelaja adalah seperti berikut:
 
Gejala di kalangan kanak-kanak atau orang dewasa biasanya demam panas dan toksik (sakit yang lebih teruk) :

• Sakit tekak secara tiba-tiba, rasa sakit semasa menelan makanan, demam, sakit kepala, sakit di bahagian abdomen, loya dan muntah.
• Tidak semua pesakit memperolehi sindrom yang teruk secara keseluruhan dan dalam banyak kes, sindrom adalah ringan dan tidak ketara. Kemerahan dan cairan pada rongga mulut dan bintikan pada lelangit (petechiae), bengkak kemerahan pada uvula, bengkak dan keras pada anterior nodus cervical dan ruam.

Rawatan Sakit Tekak 

1. Rawatan umum termasuklah mengekalkan pengambilan cecair (minum air) dan kumur dengan air suam.

2. Pengambilan Paracetamol adalah efektif dan selamat selamat segi analgesic dan antipyretic. Ia merupakan pilihan ubat untuk analgesia dalam sakit tekak. Pengambilan aspirin tidak digalakkan untuk kegunaan umum terutamanya untuk kanak-kanak kerana berisiko untuk sindrom Reye's.

3. Agen Anti-Inflammatory Bukan Steriod (NSAIDs) Ibuprofen (NSAID) telah meningkat penggunaannya sekarang untuk rawatan kesakitan dan demam di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa yang mengalami sakit tekak.

4. Lozenges (ubat kemam) untuk tekak dan ubat kumur kerap digunakan, dan ianya boleh membantu meredakan sakit tekak dan melegakan rasa ketidakselesaan tekak.


--> Rasanya faktor cuaca y x menentu & panas juga menyebabkan saya sakit tekak & x lupa ais... tu la y xleh nak lepas..

9 comments:

idah @mama izzya said...

idah pernah rase cemana xde suara..serak2 gitu..batuk & selsema plg teruk masa sek lu..

Farra Dhelina said...

byk kn minum air msk lya..kurang air dlm bdn tu..

smga lekas sembuh ye

SYaMiLa said...

musim skrg ni mmg nk kena bykkan minum air masak..kurangkan penganbilan minuman sejuk...

Ain said...

ain pun tengah demam skrg ni, siap dengan pakej batuk dan selesema...

tekak memang sakit nak menelan tapi batuk kadang2 jer sbb ain guna myk aromatherapy...

nak minum air tak boleh la pulak sbb sayang tengah puasa enam...

Rizziela said...

jangan lupa makan ubat yer lya...biar cepat sembut..bykkan minum air suam tu..bagus utk hilangkan sakit tekak

Zaidah said...

banyakkn rehat...jangan lupa makan ubat...jangan stress....zai baru aje baik sakit tekak nie...makan ubat plus ngan aromatherapy yang ain bagi...alhamdulillah ...

'NuReeN' said...

slalu klau nureen sakit tekak minum aiq masak byk2 tp nak telan pon susah kan sakit cam nerr nk minum byk.. huhuuu.. cian lya.. bykkan sabar..

asya demam & selesema yg ari tue belum beik2 lagi.. lya kena bagi vitamin C utk asya.. antibody dia x kuat tue..

az rina a.k.a jaijina said...

laki aku mmg selalu kene sakit tekak..aku plak paling 10sen time kene waktu tido, mengganggu gugat ketenteraman waktu tido aku, haish..

LyNn HaMzAh said...

lynn tengah alami masalah ini skrg nie...sangat perit rasanya tau...huhuhuhu...

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (133) WEEKEND (108) in N.A.T.U.R.E (98) Kata HATI LYA (94) M.A.K.A.N.A.N (75) About Me (73) AIDILFITRI OR AIDILADHA (71) MyHappyFamily (70) INFO (67) MACAM2 ADA (57) Asya's School (56) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) Sinopsis (51) CAREMONY (50) Ramadhan (49) DapurLyaBerasap (47) Shopping (47) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Birthday (44) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Jom Singgah (42) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (39) My L.O.V.E (39) Check-Up (33) NuFF (33) CINEMA (32) D.I.A.R.I (32) Let's Eat (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (28) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) Tempat Makan Best Di Kemaman (26) Tempat Makan Best Di Terengganu (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) MamaAsya (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (19) Do It Yourself (18) Villafasyafrina (18) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Novel (15) Artis (14) Bento Asya (14) Fotografi (13) Pregnant (13) mama+papa+fasya (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) Medical (11) TUTORIAL (11) fasyafrinatraveltales (11) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) DecobyLya (8) Idea Bento (8) Travel (8) Deko VillaCintaku (7) Parenting (7) Ulangtahun Perkahwinan (6) mama+papa (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Family Day (3) Lyafrina's Instagram (3) Public Holiday (3) Tempat Makanan Best Di Kuantan (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) Mamalovefasyafrina (1)