Sunday, October 24, 2010

Sinopsis Taubat Nasuha

Dulu dah pernah tengok drama yang penuh keinsafan ni. Dan kali ni ditayangkan lagi di TV3 pada malam ni kerana tercalon dalam Anugerah Skrin . Teruja nak tengok drama ni yang penuh dengan keinsafan dan pengajaran yang boleh dijadikan tauladan dalam kehidupan seharian kita dalam melayari kehidupan erumah tangga.. Esspecially kaum lelaki, harus tengok drama ni. Malam ni, bersiap sedialah sekotak tisu di depan TV yer..

SINOPSIS TAUBAT NASUHA

Hasil perkahwinan Syamizi dan Laila mereka dikurniakan 3 cahayamata iaitu Aimin 11 tahun, Aiman 8 tahun dan Amirul 4 tahun. Laila sekarang sedang mengandung anak empat dan usia kandungannya 4 bulan. Ketiga-tiga anak Syamizi begitu nakal pada pandangan Syamizi. Ini kerana Syamizi adalah seorang ayah yang cepat panas baran akibat tuntutan dan didikan hidup dari arwah ayahnya yang merupakan seorang tentera.

Akibat dari itu, cara dia menegur dan mendidik anak-anaknya sama seperti arwah ayahnya yang garang dan bengis serta berdisplin. Pantang sahaja sedikit silap anak, mesti rotan atau sepakan singgah di muka anak itu. Laila sudah puas mengingatkan dan menasihatkan suaminya, namun tidak diendahkan oleh Syamizi, malah ada kalanya Laila juga menjadi sasaran baran Syamizi.

Bagi anak-anak pula setiap kali kemunculan ayahnya di rumah membuatkan mereka sedikit gementar namun tidak menghalang mereka bergurau senda dan bermain bersama. Keriuhan sebegini menjadi satu gangguan kepada Syamizi. Kesabaran Laila cukup tinggi memandangkan sebagai seorang isteri, dia sedar syurga itu di telapak kaki suami. Apa yang berlaku di dalam keluarga Syamizi itu disedari oleh mertuanya Haji Osman, yang tidak suka mencampuri urusan rumahtangga anak menantunya. Namun setiap kali kalau anak menantu dan cucunya pulang ke kampung pasti akan dinasihati atau paling tidak akan diberikan buku panduan rumahtangga atau kitab-kitab untuk rujukan mereka sekeluarga. Masa terus berlalu.

Kandungan Laila juga semakin hari semakin membesar. Begitu juga dengan Syamizi semakin menjadi-jadi barannya. Syamizi lebih selesa dan seronok bila dia bersama kawan-kawannya di pejabat tapi sebaik sahaja dia menjejak kaki di halaman rumah, sikapnya mula berubah. Tawa ria kini berganti maki hamun. Anak-anak pula semakin nakal. Disinilah kemarahan Syamizi memuncak bila dia menghantukkan kepala anak-anak itu. Sehingga pagi itu menjadi suram dalam keceriaan anak-anaknya untuk ke sekolah. Bukan itu sahaja, Laila juga sudah putus harap melihat tingkah laku suaminya.

Satu hari, Laila pulang selepas menjemput anak-anak balik dari sekolah. Ketika masuk ke dalam rumah, 3 lelaki telah merompak mereka. Perompak-perompak itu telah membunuh kesemua anak-anak dan Laila. Bermula pagi itu juga Syamizi mengalami kesalan yang panjang sehingga mengganggu emosi dan jiwanya, kehidupan dan kerjayanya. Dia lebih banyak termenung dan mengimbas keceriaan anak-anaknya. Tiada hilai ketawa dan senda gurau anak-anak. Yang tinggal hanya kenangan. Sesungguhnya jauh di sudut hati Syamizi amat kesal dengan sikapnya dan menyedari semua itu selepas mereka yang tersayang pergi buat selama-lamanya.

Lakonan Mantap Shiela Rusly & Fauzi Nawawi Sebagai Teraju Utama

4 comments:

kella said...

kita pun baru pas tengok je ni lya... layan... semoga ada tuah untuk citer ni.. kita pun kuar entri tentang ni.. komen komen je..

THE LEKAT LEKIT STORY said...

kisah ni seakan sama 1 kisah yang saya copy dr Fb bertajuk kalau tak suka pulangkan...

try lya baca kat blog saya
http://lekatlekitgurl.blogspot.com/2010/10/pulangkan.html

LYaFRINA said...

KELLA :

LYA X BOH NANGIS.. TP LAJU J AIR MATA NI,,, HUHUHU

LYaFRINA said...

SURIA:
ADAPTASI DARI NOVEL TU.. PERASAN X PART LAST JALALUDDIN KATA " KALAU X SUKA PULANGKAN"

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (81) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (73) INFO (67) Asya's School (60) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Birthday (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Jom Singgah (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (27) Tempat Makan Best Di Terengganu (27) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) mama+papa+fasya (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) fasyafrinatraveltales (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) mama+papa (8) Parenting (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1)