keluarga bahagia milik rita & aidil
Tadi termasuk ruangan gosip Beutiful Nara. Saja baca kisah2 terkini.. Dan sampai la satu part berkaitan kisah rumahtangga rita & aidil. Sewaktu membacanya, rasa sedih pun ada. Tapi yang bahagianya, bila tahu RITA SEDANG MEGANDUNGKAN ANAK KE DUA. Ini bukti bahawa mereka memang saling mencintai & bahagia bersama. Maknanya segala khabar angin yang tersebar di akhbar bahawa mrk akan bercerai adalah x betul.
Dan saya mendoakan semoga rita & aidil tabah menerima ujian ini. Apa yang pasti Aidil masih menyayangi Rita & mereka akan cuba mempertahankan rumahtangganya. Semoga keluar aidil dapat menerima Rita sebagai menantunya suatu hari nanti. Lagi pun, bukan menjadi satu dosa berkahwin dengan jarak usia yang jauh.Kunci kebahagiaan ada di mana-mana & sudah tertulis jodoh antara mereka berdua.
Kata-kata Aidil yang membuatkan saya tabik pada Aidil.
Saya petik dari Beautiful Nara.
" Sebagai ketua keluarga, saya tetap berusaha perlahan-lahan memulihkan hubungan isteri dan keluarga. Saya sayangkan isteri, dalam masa yang sama, saya hormati ibu bapa saya. Impian saya mahu pertemukan Rita, keluarga mentua dan keluarga saya. Insya-Allah, saya mahu mereka berdamai. Saya percaya perbalahan tidak akan selesai jika masih berbalas kenyataan di akhbar, ia akan mengeruhkan hubungan. Kami sudah berbincang dari hati ke hati, Rita tidak kisah beralah, asalkan rumah tangga kami terpelihara. Apa yang saya nak tekankan di sini, tidak terdetik di hati kami nak bercerai seperti tersebar dalam internet. Walau apa pun yang berlaku, kami reda dan sanggup mengharungi suka duka bersama demi anak-anak kami. Berpisah jauh sekali. "
(klik)
---> sama2 kita doakan semoga kebahagiaan tetap menjadi milik mereka. Sangat kesian pada anaknya yang masih kecil.



10 comments:
Alhamdulilah, moga kebahgiaan mereka berkekalan.
akak baca semalam pun rasa terharu je..Doakan yang terbaiklah kan..
Alhamdulillah.. moga kebahagiaan milik mereka berdua..
lya: alhamdulillah, mudah2an berbaik semula
kita doakan yg baik2 dah lah kan
moga baiklah hendaknya hubungan diorang ni kan...issh mmg sian kt anak if berlaku apa2..waah nak masuk ke-2..best tu//hehe..
Alhamdulillah bicara ikhlas hati seorang suami
tu la kan suka sangat wat gosip bukan2.. Fitnah tu namanya..
Moga mereka kekal bahagia hingga ke akhirnya.. amin
kata2 yg sgt matang kan
aidil ni muda tapi jelas kematangannya kan..
Post a Comment