Tuesday, November 2, 2010

Mitos TERSEDU..

Asya - 1 minggu menghirup oksigen di muka bumi

Kebiasaannya, bayi yang baru lahir selalu tersedu. Mesti kawan2 semua ada melaluinya kan?? Sama juga dgn saya sewaktu berpantangkan asya. Apakah puncanya?? Adakah kerana masuk angin @ tersedak susu?? Dan bermacam-macam petua juga diberikan untuk hilangkan bayi yang tersedu. Contohnya, seperti pic asya time kecik tu. Kata org2 tua, basahkan cebisan tisu/kertas dengan air & lekatkan atas dahi. Ermmm menjadi k?? X diakui, selepas tu mmg sedu terhenti. Apakah kaitan tisu lembap dgn sedu?? Apa yang pasti semuanya berlaku dengan izin Allah. Mesti kawan2 kat luar ada lg banyak petuakan yang boleh dikongsi bersama.

INFO MELALUI CARIAN GOOGLE

Kenapa Manusia Tersedu

Apabila kita menarik nafas, diafram (otot yang membantu kita bernafas) tertarik ke bawah untuk membantu udara masuk ke paru-paru. Tetapi ada ketikanya, proses ini terganggu. Apabila ini berlaku, diafram membuat pergerakan menarik ke bawah dalam keadaan tersentap. Oleh itu, udara berebut-rebut masuk dan melanggar kotak suara anda. Maka terhasillah bunyi hik, hik.

Adakah Bayi Akan Rasa Terganggu?

Walaupun ibubapa akan rasa risau, namun sebenarnya ia tidak begitu mengganggu atau menyakitkan bayi. Ibu boleh terus memberikan bayi susu atau makan serta bermain seperti biasa. Ia tidak akan membuatkan bayi tercekik.

Bila Perlu ke Doktor

Jika sedu ini berlarutan terlalu lama, berlaku dengan sangat kerap dan tetap kerap terjadi selepas umur bayi setahun, sila beritahu doktor anda.

“Bayi dengan penyakit refluks gastroesofagal mungkin tersedu lebih kerap. Jika sedu bayi terlalu kerap berlaku, beritahu doktor, lebih-lebih lagi jika bayi muntah dengan banyak atau batuk dan sangat meragam.” kata Lynette Manzur, Professor Pediatrik dalam Babycenter.com.

Jika Bayi Tersedu, Apa Nak Buat?

Anda boleh membiarkan sahaja bayi tersedu. Ia akan mengambil sedikit masa untuk menghilangkannya secar sendiri. Tapi anda boleh mengelakkannya dengan mengurangkan kuantiti angin yang masuk ke perut bayi. Saiz puting yang tidak sesuai boleh menyebabkan bayi menghisap udara. Ini mungkin menyebabkan bayi tersedu. Bagaimana nak tahu saiz puting adalah sesuai? ‘Bila anda menonggengkan botol susu bayi, anda sepatutnya dapat lihat titisan susu bukan aliran susu tanpa henti ke bawah’.

Sendawakan bayi dengan menyandarkannya ke bahu. Bagi bayi yang lebih besar, biarkan dia duduk. Tepuk belakang bayi perlahan-lahan.

Terus menyusukan bayi walaupun bayi tersedu. Biasanya sedu bayi tidak mengganggu penyusuannya, malah mungkin ini akan membuatkan sedunya hilang. Tetapi jangan terlebih menyusukan juga kerana mungkin terlebih menyusu menjadi penyebab sedu bayi. Jika anda risau terlebih memberi susu, cuba beri susu bila bayi mahu (on-demand) bukannya mengikut jadual.


Kebaikan yang diperolehi daripadanya adalah 'bayi yang tersedu ini dapat meningkatkan deria untuk mencari puting susu'..selain itu, jika dari dalam rahim dia sudahpandai menghisap jari, ini dapat membolehkan bayi tersebut 'pandai menghisap susu ibunya' sebaik sahaja lahir ke dunia..

9 comments:

cha said...

kata orang, bayi tersedu sebab nak besar. hehe.

mummy_ayu said...

tul kata cha..org kata sedu sbb nak besar..tapi kalu org besar sedu pun sbb nak besar jugak ker? he he he...

zue @ annaleeya said...

petua basahkan tisu tuh mmg akak ikut utk anak2... tp menjadila... mgkn secara kebetulan dan jgk dgn izin Allah....

org tua ckp klu budak2 tersedu tuh nak makin beso ler tuh... heheh!!

Sricahaya said...

kalau bdk2 tersedu tandanya nak besar..
kalau org dewasa tersedu tandanya apa yerk? hihi

Fieza79 said...

fieza dl pon bt gitu la jgk..asal baby sedu je tempek tisu basah kat dahi sure ilang sedu tu...petua org2 dulu sgt menjadi kan...

Cik Jue said...

biasanye..baby sedu nak besar...lepas tu letak kertas kat dahi..tapi kalau org tua nak buat camana..minum air kot..tapi kalau bulan puasa parah betul...

Ena said...

itu baby.. kalo kita yg dah tuas ni sedu naper lak ek?? hoho

'NuReeN' said...

betoi kata cha.. klau sedu tue nak membesar.. hehhee... mak nureen mmg akan letak tisu lembab atas dahi gitue la jgk...

kella said...

betul3 ksetahunya, beby tsedu sb nk mbesar... hehehe.. tp kalo org yg dah besar ntah ape lg yg nk besar tuhh... huhu

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (133) WEEKEND (108) in N.A.T.U.R.E (98) Kata HATI LYA (94) M.A.K.A.N.A.N (75) About Me (73) AIDILFITRI OR AIDILADHA (71) MyHappyFamily (70) INFO (67) MACAM2 ADA (57) Asya's School (56) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) Sinopsis (51) CAREMONY (50) Ramadhan (49) DapurLyaBerasap (47) Shopping (47) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Birthday (44) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Jom Singgah (42) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (39) My L.O.V.E (39) Check-Up (33) NuFF (33) CINEMA (32) D.I.A.R.I (32) Let's Eat (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (28) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) Tempat Makan Best Di Kemaman (26) Tempat Makan Best Di Terengganu (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) MamaAsya (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (19) Do It Yourself (18) Villafasyafrina (18) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Novel (15) Artis (14) Bento Asya (14) Fotografi (13) Pregnant (13) mama+papa+fasya (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) Medical (11) TUTORIAL (11) fasyafrinatraveltales (11) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) DecobyLya (8) Idea Bento (8) Travel (8) Deko VillaCintaku (7) Parenting (7) Ulangtahun Perkahwinan (6) mama+papa (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Family Day (3) Lyafrina's Instagram (3) Public Holiday (3) Tempat Makanan Best Di Kuantan (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) Mamalovefasyafrina (1)