Friday, November 12, 2010

Pisang VS Banana

Kita interframe dulu owner kpd blog ni. Haritu dah interframe couple owner ni di entri ini . So sekarang tiba masa untuk berangan sorang2.. Opssss.. dah melalut tang kelain. Apakah kaitan pisang a.k.a banana di entri ni.. Bukan gimik semata-matanya.. Sememangnya setiap tajuk mestilah mempunyai kaitan dengan isi di dalam entri ni.

Tadaaaa.. tu dia, si kecik ni (walaupun dh makin beso still nak pgil si kecik jugak).. pantang nampak pisang dimana-mana mesti menjerit punya. Apa y paling jelas, buah febret asya ialah pisang. Itulah yang paling ketara, tp xpe bagus utk perut asya. Tapi y poblemnya, walaupun asya suka mkn pisang still x dapat atasi masalah asya utk mbuang. Tpaksa gunakan ubat macam mama dia. Adakah kaitan ketika pregnant dulu?? sbb sy mmg doc dah akui sy x blh mbuang normal tanpa bantuan ubat krn saraf y mengawal dah rosak/bermasalah. Xpelah asya.. teruskan memakan pisang banyak2 yer.. Ada bnyak khasiatnya . Jom intai..

KHASIAT PISANG

1. Sebagai sumber tenaga
Pisang dapat dicerna dengan mudah, gula yang terkandung di dalamnya diubah menjadi sumber tenaga yang bertindak secara cepat dan berkesan. ia baik untuk pembentukan tubuh, fungsi otot dan sangat berkesan untuk menghilangkan penat.

2. Penderita anemia.
Pesakit anemia disarankan untuk menikmati 2 biji pisang setiap hari kerana ia mengandungi zat besi yang tinggi.

3. Penyakit usus dan perut
Pisang yang dicampurkan dengan susu cair dijadikan sebagai usaha untuk mengubati penyakit yang berkaitan dengan usus. Selain itu ia juga disarankan untuk pesakit yang mengalami masalah sakit perut dan angin demi menyeimbangkan semula jumlah asid dalam perut.

4. Mengubati luka akibat terbakar
Daun pisang juga boleh digunakan untuk mengubati kulit yang terbakar dengan cara menyapu campuran abu daun pisang yang telah dicampurkan dengan minyak kelapa. ia mempunyai kesai yang menyejukkan kepada kulit.

5. Kecantikan wajah
Pisang yang telah dihancurkan dan dicampurkan pula dengan sedikit susu serta madu boleh disapukan pada wajah setiap hari secara rutin selama 30-40 minit. Kemudian basuh wajah kamu dengan air suam dan diikuti dengan membilasnya mengggunakan air sejuk atau ais. jika ingin melihat keberkesanannnya, lakukannya selama 15 hari berturut-turut.

6. Atur berat badan
pisang juga mempunyai peranan dalam penurunan dan penambahan berat badan kamu boleh menurunkan berat badan dengan mengamalkan pengambilan 4 biji pisang dan 4 gelas susu tanpa lemak atau susui cair setiap hari. jumlah kalori yang terkandung dalam menu tersebut hanyalah sejumlah 1250 kalori sahaja. malah menu ini juga memang sangat menyihatkan

7. Kecantikan semula jadi
Selain itu, diet dengan buah pisang juga boleh menjadikan kulit wajah kamu tidak berminyak dan bersih. Dengan menikmati segelas 'bana milk-shake' yang dicampurkan dengan madu, buah-buahan, kacang dan mangga setiapkali selepas makan ia boleh membantu menambahkan berat badan. bagi kamu yang berhasrat untuk menambah berat badan, kamu boleh cuba resepi ini.

8. menambah nafsu makan
Nikmati 2 biji pisang berserta satu sudu besar madu untuk menambah nafsu makan dan menguatkan kembalin tenaga

11 comments:

az rina a.k.a jaijina said...

hat last skali tu..nmpknye aku takleh ar makan pisang mnyak² lor..pasal nafsu makan aku macam kude padi, wahahaha..

Ain said...

pisang mmg terbukti banyak khasitatnya, kalau nak diet boleh jugak gantikan nasi dengan pisang....

kella said...

Lya, untuk pengetahuan lya, kita selalu makan pisang bila nak main badminton! penambah tenagalah katakan! kalau nak men badminton je mesti ada pisang! hheheh.. betul tu, kita pun selalu guna kulit pisang untuk hilangkan parut...

:)

shima said...

asya kena mkn ubat jugak ke nk membuang ?

Zaidah said...

lya....tak bleh makan pisang..nanti menaikan nafus makan n batin....hehehhe

Fieza79 said...

bagus pisang..mmg byk khasiat...amalkan mkn sll lg la baguss Lya utk pencernaan...

tp sll suka bt cekodok je...hehe tu dh kurang sket khasiat nya...

Dilla Ady said...

ooo..bagus ye asya suke makan pisang..

mmg byk khasiat pisang tp acha tak mo la makan pisang..

gigit sket pastu buang...

Jamiel said...

Makan pisang diet pemakanan yang sihat..
Thanks for sharing..
Hari2 rumah saya ada pisang..
Kecuali kalo xde stok kat kedai..

MamaYatie said...

kulit pisang emas boleh hilangkan parut kan..

THE LEKAT LEKIT STORY said...

suka pisang emas jer.. pisang lain x minat sgt. wah best info ni tp pd masa yg sama simpati pada lya & asya.. Apapun sy doakan kesihatan yang baik & keluarga yg bahagia buat lya & family


Jom tolong Vote cerita kreatif saya dengan menaip LEKAT LEKIT GURL STORY di comment box blog ni http://www.benashaari.com/2010/11/mari-mengundi-jangan-persiakan-undian.html
sebelum jam 12 tgh malam ni yer

ieda said...

tapi akak still pelik .. kenapa akak dan anak2 x suke pisang huhuhuh
kalau buat penggat & jemput2 pisang tuu selokk makan ..

makan mentah2 nie x leh lalu huhuhuh

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (82) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (74) INFO (67) Asya's School (60) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Birthday (46) Jom Singgah (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) F.A.M.I.L.Y (41) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) H.O.L.I.D.A.Y (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (28) Tempat Makan Best Di Terengganu (28) mama+papa+fasya (28) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) fasyafrinatraveltales (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) mama+papa (8) Parenting (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1) ma (1)