Saturday, November 27, 2010

Sinopsis AYOUB

Sekarang saya demam duk layan drama AYOUB dalam slot samarinda. Sebenarnya xtau pun ada citer baru, tertengok secara x sengaja.. Tengok episod 1 tu, macam best citer ni. Cute benor Ayoub masa kecik.. Pandai bercakap & baik hati. Tapi episod 3 baru2 ni,,, ayoub dah besor & dilakonkan oleh iqram dinzly. Nampak gayanyer, bertenggekla setiap selasa-khamis kat depan tv ni.

pelakon utama

SINOPSIS AYOUB

Nukilan skrip oleh Faznita Md Nor mengisahkan Ayoub (Iqram Dinzly) yang sentiasa bersabar terhadap segala rintangan dalam hidupnya. Ayoub dibesarkan oleh ibunya, Banun (Rosnah Johari) dalam keadaan yang sederhana selepas ayahnya, Musen meninggal dunia semasa Banun baru mengandung. Ibu bapa Musen yang berasal daripada keluarga yang berada menyangka Banun berlaku curang dengan Mat Sewel (Razak Ahmad) lalu tidak mengaku Ayoub sebagai cucu mereka.
Ayoub mempunyai seorang kawan karib, Wan Aidil (Fizz Fairuz) sejak bangku sekolah. Ibu Wan Aidil, Norma (Norish Karman) sentiasa cemburu terhadap Banun dan tidak membenarkan Wan Aidil rapat dengan Ayoub. Wan Aidil telah berkahwin dengan Sazzy (Watie Sadeli), seorang gadis bandar yang kaya. Norma berasa bangga dengan kejayaan anaknya namun dia selalu mendesak Wan Aidil supaya lebih berjaya daripada Ayoub.

Ayoub pula memulakan kerjayanya sebagai seorang pengedar beras di kampung. Dia telah mewarisi harta peninggalan datuknya dan dapat mengembangkan perniagaannya. Walaupun keuntungannya kini tinggi, Ayoub menjalani kehidupan secara sederhana mengikut hukum Islam dan sering menolong mereka yang memerlukan. Ayoub bertemu jodoh dengan Tengku Zarima (Fiza Halim).
Mereka dikurniakan 4 orang anak selepas berkahwin. Perniagaan Ayoub semakin maju. Ayoub sering bersedekah kepada penduduk kampung dan menjadi penaja kepada beberapa dana.Mimpi ngeri Ayoub bermula apabila Wan Aidil semakin tertekan dengan kejayaan Ayoub. Kehidupan Wan Aidil tidak semewah dan sebahagia yang diimpikan selepas ditimpa dengan beberapa masalah.

Wan Aidil sanggup melakukan apa sahaja bagi menjatuhkan Ayoub. Syarikat Ayoub mula menghadapi masalah setelah beberapa pekerjanya berpaling tadah. Anak yatim yang pernah dibantunya pula menuduh Ayoub mencabul kehormatannya.Imej Ayoub sebagai seorang dermawan dan usahawan yang berjaya tercalar. Namun, Ayoub dan Tengku Zarima masih sabar dan tabah menghadapi segala cabaran. Wan Aidil bertindak lebih agresif sehingga tergamak membunuh anak-anak Ayoub serta menyebabkan Ayoub menderita dengan penyakit kulit akibat sisa bahan toksik.

Ayoub telah menyepi diri di dalam hutan. Dia enggan menerima sebarang bantuan daripada sesiapa dan mula menyalahkan Tuhan tentang nasib malangnya. Zahra, seorang anak yatim yang pernah dibantu oleh Ayoub hadir dalam hidupnya dan tekad memulihkan semangat Ayoub. Mampukah Ayoub bangkit semula? Bagaimana pula dengan kesudahan Wan Aidil?


--> Sumber:Mstaronline

11 comments:

idah @mama izzya said...

besh citer dia kan..aritu terlayan gak..kalau x ngantuk bolehla tgk lg...

ieda said...

dikkk
akak dah tahu citer nie ..
x moo tengok aci tak !
muahhahah

Nem0 o0h Nem0 said...

bestnye sinopsis ni.. tk sabar nk tggu ending..

Ena said...

hehe..

bagus la lya ni.. sbb ena memg tak pernah tengok.. so sdikit ebanyak tu.. faham la jugak apa yg nak disampaikan melalui citer nie.. ;D

Yan said...

Macam seronok je kan. Akak ingat nak tgk lah next week..

THE LEKAT LEKIT STORY said...

Pandai lya karang sinopsis.. menarik bila baca

Zaidah said...

tnegok jugak hari tu macam best...tapi klu panjang sangat episodnyer malas plak nak tunggu habisnyer...

LYaFRINA said...

To all :

jom kiter layannnn

LEKAT LEKIT:
eyhh.. lya pon cilok jugak apa y melekat lekit tu.. ada kan link kat bawah tu.. karya asalnya dlm blog artis..

*azni* said...

mcm best je cite ni...nnt nk tgk jgk la mggu dpn..

munna said...

sejak kakak meya dah pandai tgk tv ni.. 24 jam kartun x boleh tukar channel lain... jd mmg x tgk langsung citer ni

KABAKOGA said...

yaha,
siap ah bawak tivi gombak kekgi,,

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (135) WEEKEND (114) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (96) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) MyHappyFamily (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (71) INFO (67) Asya's School (57) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Sinopsis (51) Ramadhan (49) DapurLyaBerasap (48) Shopping (47) Birthday (46) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Jom Singgah (43) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (34) Check-Up (33) NuFF (33) D.I.A.R.I (32) Let's Eat (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (28) Video (27) MamaAsya (26) S.A.N.T.A.I (26) Tempat Makan Best Di Kemaman (26) Tempat Makan Best Di Terengganu (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (19) mama+papa+fasya (19) Do It Yourself (18) Villafasyafrina (18) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) Medical (11) TUTORIAL (11) fasyafrinatraveltales (11) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) DecobyLya (8) Idea Bento (8) Travel (8) Deko VillaCintaku (7) Parenting (7) mama+papa (7) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Tempat Makanan Best Di Kuantan (4) Family Day (3) Lyafrina's Instagram (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) Mamalovefasyafrina (1)