Wednesday, November 10, 2010

SINOPSIS SERIBU KALI CINTA

Antara pelakon dalam seribu kali cinta

Drama Seribu Kali Cinta merupakan drama terbaru dalam slot akasia y mengantikan drama Chinta bermula 15.11.2010. Ini bermakna esok episod last Chinta.. Saya jadi x sabar nak tunggu esok, adakah amar itu iman rasul??? Adakah Chinta akan meninggal?? Sebab kelmarin, dia sakit kepala & pengsan time solat. aduiii macam2 kesimpulan dalam kepala saya smpai dah tersimpul-simpul ni.

Sinopsis Seribu Kali Cinta


Nizam (Kamal Adli), seorang jejakan yang tidak pernah serius dalam percintaan. Dia mempunyai ramai teman wanita tetapi masih belum dapat menentukan mana satu calon isterinya. Atas desakan orang tua yang mahukan dia berkahwin dengan Huda (Marsha), Nizam telah membawa diri ke Pulau Aman. Di sana, dia telah jatuh hati dengan Miasara (Intan Ladyana) seorang gadis yan peramah dan mesra melayan kanak-kanak.

Nizam diuji dengan pelbagai dugaan kerana Miasara mengalami sindrom Amnesia. Apa yang dilakukan pada hari ini, akan dilupakan pada keesokkan harinya. Justeru, Nizam hanyalah seorang yang tidak dikenali bagi Miasara apabila menjelang pagi esok. Mungkin itu adalah balasan bagi Nizam yang selalu mempermainkan perasaan cinta pada masa lalu.

Nizam bertekad untuk mencintai Miasara dengan sepenuh hati walaupun dia perlu melafazkan seribu kali cinta kepada gadia idamannya. Bagi membantu memulihkan ingatan Miasara, Nizam merakamkan aktiviti bersama Miasara. Miasara terharu dengan kesabaran Nizam namun keadaan Miasara tetap tidak berubah.

Ayah Nizam, Hisyam mendesak Nizam supaya pulang ke Kuala Lumpur bagi menguruskan syarikat. Baginya Nizam masih belum matang dan serius dalam hidup. Ibubapa Miasara juga tidak yakin dengan hubungan Nizam dan Miasara lalu menasihati Nizam supaya melupakan hasratnya untuk berkahwin dengan Miasara. Namun. Nizam tidak sanggup meninggalkan Miasara dan dia yakin dengan naluri hatinya serta menyayangi Miasara.

Apakah Nizam sanggup memikul tanggungjawab sebagai seorang suami yang perlu melayani kerenah isteri yang akan melupakan dirinya setiap pagi?? Setiap hari Nizam perlu mengulangi perbuatannya bagi memenangi hati Miasara. Dia amat mengharapkan dapat melihat senyuman manis dan teguran Miasara pada setiap pagi dan bukannya takut, binggung dan kalam kabut.

ehhh,  sebijik macam cerita y adam sandler & drew barrymore tu jer..
" 50 first date"

11 comments:

ieda said...

hermm kamal adli dan intan nie kann tgh hot bercinta ..
org2 filem nie kalau ada jer artis2 yg tgh hot couple buatlah drama kapel2 kan mereka .. herghhhh ..

aper2 punnn akak x minat cite kalau ada intan .. entahlah kenapa .. kamal adli lak .. entahlahh cam lakun main2 jer ..

huhuhuh ape2 punn tepuk dada tanya selera kann :)

idah @mama izzya said...

sinopsis dia besh la..ntah sempat tidak nak negok tu..asik main belah ptg ssuah jgk..mana nak masak,mana nak maghrib lg..x psl2 nnt kena sound ke mertua...

MamaYatie said...

erkkk...ada unsur2 copy cat ker?hopefully pengarah tu menggarap dgn caranya sendiri...

.:mUnies:. said...

ye la..cite ni sebiji dengan cite omputih tu..yg cite omputih, saya suke sgt tgk..yg versi malay ni, kite tgk duluuu huhu

mamaaerish@eb said...

xyah tgk la kalo g2 kan?... nanti eb sebok nk compare la plk.... ;p

AngahSayang2314 said...

wah.. macam best jer kan?? tapi cerita chinta pun best gak akhirnya macam mana la tak sabar nak tunggu angah rasa chinta ada penyakit barah otak.... kot

~ Lady ell ~ said...

baca sinopsis mmg lebih kurang 50 first date..alahai..tk tulen langsung...

princeduyong said...

ermm...ok la jugak...cintan cintun..

mamalieyna said...

herm...kita saksikan la nnti ye..

Yasmin Nabilah.. said...

haah la..mcm 50 first date? hurm..napa mesti wat crite sama yek..hurm..

~aSHa~ said...

seronok plak baca sipnosis tu..mcm menarik..ermmm esok ye start..ehehe kalo ada masa nak tgk

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (82) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (74) INFO (67) Asya's School (60) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Birthday (46) Jom Singgah (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) F.A.M.I.L.Y (41) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) H.O.L.I.D.A.Y (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (28) Tempat Makan Best Di Terengganu (28) mama+papa+fasya (28) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) fasyafrinatraveltales (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) mama+papa (8) Parenting (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1) ma (1)