Wednesday, November 24, 2010

Resepi SUP TULANG Ringkas

Hari raya ke-2 Aidiladha saya ada ambik bahagian dalam korban kat ofis seperti yang diceritakan dientri ini . Jadi, pada hari raya ke-3 tu sempat la saya menyalakan kayu-kayu api untuk membuat Sup Tulang ni. Ermmm.. caya ke saya guna kayu api??? Rasanya dah ramai yang tahu cara nak buat sup tulang ni. Dan ni jugak percubaan pertama saya buat sup tulang, jadi nak share sikit cara2 nak membuat sup tulang ni. Tapi kalo ada sesiapa y ada petua y bagus2 atau cara2 y lagi super duper untuk menyedapkan sup tulang ni, meh la share sama2 yer..

Langkah 1
Setelah tulang daging dipotong & dibasuh bersih masukkan satu persatu isi tulang tu di dalam periuk yang berisi air.

Langkah 2
Setelah paras air agak sesuai dengan jumlah daging y dimasak itu, mula hidupkan api & masukkan sup bunjut

Ini contoh sup bunjut y saya gunakan. Disponsor oleh Mak Siti (bukan dato siti yer)

Langkah 3
Sediakan rempah ratus diatas.. Dan ditumis

Langkah 4
Kemudian, masukkan sekali bawang merah+putih y diblender & tumis hingga agak kekuningan & naik wangi. Setelah siap ditumis, masukkan terus ke dalam periuk tempat merebus daging tadi.

Langkah 5
Setelah, bahan tumis dimasukkan. Masukkan juga halia & lada hitam. Dan tunggu hingga daging empuk.
*
*
*
*
*
*
*
Finally
jangan lupa letakkan daun sup+bawamg goreng yer

SEDIA UNTUK DIMAKAN

---> Boleh juga rempah ratus diatas ditumis dahulu, kemudian masukkan air & daging serta sup bunjut+halia & lada hitam.

22 comments:

idah @mama izzya said...

skg dah senang ada pressure cooker..tggu stgh jam dah boleh mkn..

LYaFRINA said...

idah @mama izzya :

hehehe..lya agak ketinggalan bab2 keje d dapur ni..

ciK mOt ©™ said...

lya, saje jek kan..nak dagingggggggggggggg...arh meroyan dah ni

umialya said...

wah lya, rajinnya guna dapur kayu.. sbnrnya masakan guna dapur kayu lebih wangi bndg dapur biasa..

sedapnya sup tu, mintak sikit!!!

mama_iris said...

sudah penat mkn daging 2 minggu ni..hehhe....

LYaFRINA said...

ciK mOt ©™ ;

xpe c.mot..beli kat pasar jer.. tp bezakan dgn daging y fresh ni

LYaFRINA said...

umialya :

xdela umialaya.. guna dapur gas gak ni.. space nk guna dapur kayu pon xde

LYaFRINA said...

mama_iris:

betul tu.. smpai naik muak jugak kan.. lya lps mkn sup ni.. terlentang jugak.. darah naik tinggi

munna said...

wah.. nampaknya tulang korban yg munna dpt hari tu boleh buat macam sup versi lya lah lepas ni

Ena said...

passst!
lya, ena tak pernah pun masak sup tulang.. sdd ena ni tak suka bau daging.. tapi kalo org masak sedap & tak bau hamis daging kompem ena makan tau.. tapi nak suk masak tu.... tak tahu la bilanya.. hahahaha.. hampeh kan!..

mummy_ayu said...

wah...cedap tu...

Fieza79 said...

fuhhh Lya..mesti sedap gilerr ni...tgk dh tingin ni..cmne..?

*azni* said...

meleleh air liur ni..hehe..tp aritu xbwk blk tulang,daging je..cmne nk try buat ni..ishhh...

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

nyamnyammmmm
lapor balik dah tgk gambor sup tulang..peberet tuu

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

beshhhh..
nnti nk try wat edisi lya plak..
mudah n simple aje kn?..

THE LEKAT LEKIT STORY said...

alahai sedapnya.. dah lama tak makan sup tulang or daging sbb hubby memang tak makan daging so, terpaksa makan apa yang dia makan sebab kita berdua jer.. kang masak benda yang dia tak makan membazir jer..

Zaidah said...

lya hantar kat zai skit....

εїз Cik Fasya εїз said...

uh,sedap!
fasya ngidam nk mkn otak lembu masak kicap..tp sstgh org xmakan kn bnd2 gitu..hehe

eB@mamaAerish'n'Aed said...

sdp tuh... :)

az rina a.k.a jaijina said...

eh, aku masak sup gok semalam..mu tiru aku eh, ke mu sekodeng aku msak ni?

Cik Jue said...

emmmmmmmmmmm sedap nie...cik hubby jue memang gile sup tulang...

azzey said...

Lyafrina: Perghhhhhhhh......sedapnya. Makan plak dgn nasi panas2 & ikanmasin goreng. Mmg terangkatlah!

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (135) WEEKEND (114) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (96) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) MyHappyFamily (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (71) INFO (67) Asya's School (57) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Sinopsis (51) Ramadhan (49) DapurLyaBerasap (48) Shopping (47) Birthday (46) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Jom Singgah (43) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (34) Check-Up (33) NuFF (33) D.I.A.R.I (32) Let's Eat (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (28) Video (27) MamaAsya (26) S.A.N.T.A.I (26) Tempat Makan Best Di Kemaman (26) Tempat Makan Best Di Terengganu (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (19) mama+papa+fasya (19) Do It Yourself (18) Villafasyafrina (18) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) Medical (11) TUTORIAL (11) fasyafrinatraveltales (11) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) DecobyLya (8) Idea Bento (8) Travel (8) Deko VillaCintaku (7) Parenting (7) mama+papa (7) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Tempat Makanan Best Di Kuantan (4) Family Day (3) Lyafrina's Instagram (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) Mamalovefasyafrina (1)