Wednesday, December 1, 2010

BRANDS : Pati Beri Innershine

Lintas langsung dari LOT 6445 & harini saya terpaksa ambik EL. Sepatutnya saya akan masuk ofis semula lepas appoitment di Klinik Pakar.. Tapi gara2 insiden yang x diduga... Maka terpaksalah EL. Jadi, saya just post kan entri yang saya dah draft ni.. Esk la saya citer.. Letih sgt2..

Ada yang dah cuba Pati Beri Innershine ni?? Saya baru je sempat cuba sekotak ni. Dah habis... tp x beli2 lagi.. Yang pasti, saya memang suka rasanya.. Mata saya?? xtau lagi perbezaannya, sbb baru guna sekotak.. Teringin nak cuba Pati Prune pula lps ni, utk wajah berseri-seri.

Serlahkan sinaran mata anda dengan InnerShine Pati Beri

InnerShine Pati Beri membantu memberikan khasiat dan melindungi mata anda agar dapat kekal kelihatan segar dan bersinar sepanjang hari. Anda boleh lupakan tentang mata yang tampak lesu dan tidak bermaya. InnerShine Pati Beri diperbuat daripada campuran khas beberapa jenis buah-buahan beri premium yang telah dipilih secara ekslusif termasuklah blueberry, blackcurrant, cranberry, chokeberry, strawbery, acai berry dan elder berry dari Eropah yang kaya dengan Anthocyanins dan memiliki sifat antioksida dan amat baik untuk mata. Selain daripada itu, ia diperkaya dengan Vitamin A, C, E dan Zink yang dapat membekalkan khasiat terbaik yang diperlukan oleh mata anda.

InnerShine Pati Beri hanya menggunakan buah-buah beri yang berkualiti tinggi, dan yang telah dipilih dengan teliti dari Eropah untuk membekalkan dan mengekalkan nutrien penting dan antioksida yang penting untuk mata anda.

Blueberry
Blueberry kaya dengan flavanoid serta Vitamin C dan E. Kajian menunjukkan bahawa Anthocyanins daripada blueberry membantu melegakan mata yang lesu dan memperbaiki peredaran darah.

Blackcurrant
Blackcurrant sangat lazat rasanya dan kaya dengan Vitamin C dan flavonoid.

Cranberry
Cranberry merupakan sumber bagi flavonoid seperti Anthocyanins, dan ia adalah salah satu daripada antioksida yang sangat berkesan. Ia bukan sahaja dapat melindungi diri anda daripada radikal bebas, malah ia juga baik untuk tubuh anda.

~ alahaiiii..kat pic lupe nak letak watermark la plokkk ~

8 comments:

PUANSTOBERI said...

Yunk,
Kak Reen pun consume ni gak skang. Baru masuk 2nd box. Tp KakReen tak buleh minum la yg prun tu. Tak soka..retu beli sekotak, kak reen kasik ke incik asben je..
Tp yg beri ni setapp...sukka... hihihikk..
mata pun ok la..tak la rasa pedih-kering giteww...eceh!

kella said...

yup! minum gak! tapi bukan beri untuk mata tu.. tapi tak ingatla yang warna purple tu.. ntah ape ke namanya! dah abis minggu lepas, tunggu dapat gaji lah pulok baru beli! hehehe.. tapi memang sedap!
apa ya namanya tu! ish! balik ni nak check semula, :)

Dilla Ady said...

dilla penah rase yg ungu tu..lupe la name die ape...

tp tak suke la rase die..masam giler..last2 buang jek bape botol ari tu..abih da sume tak nak, dilla lak tak leh nk telan..so, buang jek..huuhu

Fieza79 said...

tingin nk cuba...mesti mata Lya bersinar sinar lps ni...!

~ yus ~ said...

Saya pun baru cuba sekotak. Ada satu botol terakhir untuk esok. Mata masih sama...:(. Tapi rasanya memang enak...I like.

ieda said...

x pernah lagi minum ..
ermm sedap yer dikk :)

mamalieyna said...

bagus eh lya..eina pun tak pernah cuba..nnti ada perubahan +ve kongsi2 la eh..leh kita cuba lak..hehe...

dyea irdina said...

sy pernah minum yg prune..mmg cantik kulit nampak bersseri2 tp skrng dah benti mahal la RM26 for 6 bottles...klu sebulan?..skrng pakai hada labo je..ok gak mmg berseri2..hahahha

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (79) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (71) INFO (67) Asya's School (59) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (49) Shopping (47) Birthday (46) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Jom Singgah (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (34) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (27) Tempat Makan Best Di Terengganu (27) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) mama+papa+fasya (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) fasyafrinatraveltales (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) Parenting (7) mama+papa (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1)