Thursday, December 30, 2010

Memori 2010

Selamat Tinggal 2010. Semoga segala pengalaman pahit & manis yang diharungi pada tahun 2010 dapat memberi & menambahkan kekuatan diri ini untuk berdepan dengan dugaan yang mendatang dengan lebih KUAT & TABAH. Insyaallah..Dan, syukur alhamdulillah kerana masih diberi kesempatanNya untuk menikmati tahun baru keesokkan harinya. Insyallah... Jika berkesempatan.Masih ada wishlist yang tidak tercapai dalam tahun 2010, tapi takpe kita bawa ke 2011. Jadual berjumpa doktor untuk tahun 2011 dah dapat. Setakat ni sampai ke bulan Mac. Adoiiii.. bosan betul! Tapi nak buat camner kan, kalo nak sihat & sayangkan asya+Fain kena ikut arahan doktor. Jom kita imbau sket antara kenangan sepanjang 2010.

JANUARI 2010
Pembukaan 2010, terpilih sebagai lucky winner dalam cabutan bertuah yang dianjur oleh asha.. Fuyoooo.. dapat pergi Gambang WaterPark! 

Survey Kapal Bestmaritime Alliya

FEBRUARI 2010
Menghadiri majlis bertandang Flizz Za

MAC 2010
Merupakan bulan yang penuh makna, kerana 10.3.2010 merupakan ulangtahun kelahiran saya yang ke-25. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk bernafas. Semoga, saya dapat meraikan ulangtahun kelahiran yang ke 26 pada 10.3.2011 nanti.

APRIL 2010
 Antara kenangan best sepanjang April 2010, ketika bersantai disini.. Fresh semuanya!

MEI 2010
HARI IBU
Kami sama2 merasai penderitaan itu...
Sama2 merasai kesakitan itu dulu..
Kini..kami sama2 menikmati kebahagiaan itu..
Sama menghargai nikmat kasih sayang yang tercipta

JUN 2010
Sepatutnya pada tanggal 5.6.2010 saya melahirkan seorg lagi anak. Tapi tuhan lebih menyayanginya. Tuhan meminjamkan sekejap sahaja di dalam perut saya. Saya percaya semua yang berlaku ada hikmah. Kerana tuhan lebih mengetahui tahap kemampuan & keadaan kesihatan saya kerana itu dia pergi. Walaupun sekejap, kasih sayang tetap terasa & kehilangan turut terasa.

JULAI 2010
Merupakan bulan yang penuh cabaran & ujian buat saya apabila saya jatuh sakit lagi hingga terlantar dalam ICU. Dan tanpa pengetahuan saya juga, ramai blogger2 menulis entri ttg saya serta melancarkan dana untuk saya. Ya Allah, hanya tuhan mampu membalas diatas setiap kata2 semangat, doa serta segala bentuk bantuan yang dihulurkan. Dan, ketika ini ramai blogger yang datang melawat saya, antaranya asha, ain , k.miemiey, liyatie. Tqvm!
hehehehe.. tgk tang rambut palsu tu (edit yer)

selepas keluar hospital. Ain datang melawat di rumah

OGOS 2010
Alhamdulillah... pada 16.8.2010 dah masuk 7 tahun usia percintaan antara saya & fain. Semoga ianya kekal hingga ke akhir hayat!

SEPTEMBER 2010
Paling best, dapat meraikan aidilfitri bersama keluarga tersayang..
KAMI in PINK.. So Sweet!!!

OKTOBER 2010
Bulan 10 memang bulan yang sangat2 special! 26.10.2010 merupakan ulangtahun perkahwinan saya & fain yang ke-4. Syukur alhamdulillah, semoga terus berkekalan hingga ke akhir hayat. Dan pada 31.10.2010 merupakan ulangtahun kelahiran fain yang ke 26..

NOVEMBER 2010
Alhamdulillah, 3.11.2010 cukup 2 tahun usia asya & ini bermakna sudah 2 tahun kenangan itu berlalu. Syukur alhamdulillah, asya berjaya mengharungi liku kehidupannya sejak dalam kandungan lagi. Mama & papa sayang asya!

Special untuk asya, bawak dia tgk animals kat Mini Zoo Ibuk.. Satu pengembaraan yang menyeronokkan!

DECEMBER 2010
Akhir tahun 2010, kami di uji. Saya masuk wad lagi akibat sakit kepala yang terlampau & mengalami pendarahan dari hidung. Dan hasil berjumpa pakar neuro di Kuantan, MRI akan dilakukan pada Feb 2011. Kata doc punca pendarahan tu antara 2 sebab antara, sama ada darah x dapat membeku  (masalah platelet darah ke apatah)@ kerana ketumbuhan. Tapi saya mcm dah agak jer, sbb simptom camni la yang saya alami masa umur 15tahun dulu, dan hasil MRI menunjukkan saya ada ketumbuhan dalam otak & pembedahan dilakukan dgn segera untuk membuang ketumbuhan tu. Apa2 pun, saya harap dapat dijauhi drp semua tu & apa2 pun kita tunggu hasil MRI bulan 2 ni( walau nampak tenang, dlm hati hanya tuhan yang tahu). Dalam tempoh saya berada di wad, sekali lagi saya diuji apabila mengetahui Asya turut mengidap penyakit lelah & paru2 kronik. Sekaligus saya terus mengabaikan keadaan saya time tu, apa y sy fikir cuma untuk asya.

Disebalik kesedihan ini, sedikit terhibur bila mengetahui, kedua-dua org anak saudara dapat 8A dalam PMR baru2 ni. KLIK SINI

28.12.2010
Time ni sebelum ke emergency room bawak asya. Steady lg masa ni. Macam biasa, every month demam+lelah & nafas berbunyi. Jumpa doc, dia bg sejenis lg ubat lelah. Start mlm tu dah xdpt tido, sakit dada. Fain la yang berjaga malam jaga asya. Saya nak jaga, tp Fain x bg takut ganggu kesihatan saya.. Tp iyela.. ttp xleh lelap mata bila ank sakit.

29.12.2010 
Keadaan makin  teruk, sampai muntah2 setiap masa. Rasa nak menangis bila tgk mata asya mcm terbeliak ke atas menahan sakit. Bimbang sgt2. Tp siang hari dia ok sikit, boleh aktif. Bila time malam, jd lemah. Bila sakit, mmg dia nak dgn papa dia jer. .

Time tidur pun peluk x nak lepas. Ok la sayang, mama x lah risau sgt, atleast kalo saya xde asya x tersasa sgt kehilangan saya nanti.


Harapan untuk hari ini, esok & selamanya :-

Hanya mohon diberikan kekuatan serta ketabahan yang berganda-ganda untuk menghadapi liku-liku kehidupan y mendatang. Saya percaya di depan sana masih banyak dugaan menanti. Yang penting, kita sabar & saya tak akan sekali mengeluh dengan apa yang terjadi. Semuanya ada rahmatnya. Saya makin tua, dunia ni pun makin tua & kita semua makin tua. Semoga setiap tahun yang berlalu dapat memberi kita seribu erti pengajaran yang dapat membawa kita ke arah yang lebih baik ke tahun mendatang! Gud luck semua & semoga wishlist2 yang tak tercapai pada thn ni akan dicapai pada thn depan. Insyallah!

16 comments:

cik dah ganu kiter said...

smga ada sinar harapan 2011..

idah doakan lya & asya sihat..
sedih jgk baca rentetan 2010 lya nih..smga lya tabah hadapi liku2 hidup...

mummy_ayu said...

tognya pic last tu...sweet sgt...
apa pun Lya..selamat tahun baru, semoga tahun nie baru nie membawa sinar baru dlm hidup Lya & family...and to asha..semoga cepat smebuh yer..rajin2 makan ubat tau!!

Fieza79 said...

fieza menanti sinar baru 2011...harap2 segala nya ceria2 je..byk sgt kenangan 2010 yg menyentap hati di celah2 kebahagiaan yg ada nie...

Moga Lya terus tabah menghadapi hari yg mendatang...

kita sama2 doa kan ehh..

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

Lya, semoga segala kenangan pahit tahun ni, 2010 takkan timbul lg di thn depan & seterusnya..
& moga hari esok lebih baik dr hari sebelum ye, amin!!!!
takmo sedey² lg okeh.. =D

'NuReeN' said...

selamat tinggal 2010 & selamat datang 2011..

semua menjadi kenangan manis & pahit 2010 kan lya.. moga thn 2011 akan lebih bersinar2 & diberi kesihatan & kesejahterran utk lya sekeluarga.. AMIN..

MrS. F!zA said...

salam kenal..

oh yg last tu touchingnya..siap pegang tgn tu w/p tido dlm buai.. xnak org tgglkn dia..
smoga tahun hdapan ada sinar baru utk kita.. aminn

mommyYen said...

sayu dan pilu lihat asya tidur peluk tgn papa dia...
semoga Lya sekeluarga diberikan kesejahteraan yg berpanjangan.terus tabah Lya.

LYaFRINA said...

idah :

tenkiu idah.. lya pon doakan yang sama utk idah & family...

ayu :

tenkiu ayu.. insyallah, smoga thn depan bwk seribu makna dlm hidup kt semua

fieza:

itula kehidupan fieza.. mesti ada pahit manisnya... baru balnacekan hidup kita..

smoga thn 2011 menceriakan fieza skluarga

leily:

tenkiu.. bila kt blh jumpa ni??? hehehe... insyallah.. smoga ianya x berulang utk thn 2011

nureen:

tq.. insyallah.. smoga lbh byk y manis drp y pahit pada thn 2011

mrs fiza:

salam pkenalan fiza.. 1st tenkiu cz sudi dtg sini yer

insyallah.. sama2 kita doakan kesejahteraan kita semua.amin

munna said...

ada duka dan ada yg gembira ye Lya... pasal lya sepatutnya dapat baby munna tak tahu pun pasal takde blog sendiri lagi masa tu.. takpe lya blm ada rezeki...semoga sinar 2011 lebih membawa kegembiraan dan kesihatan yg baik buat lya dan asha

ieda said...

banyak kenangan manis dan pahit kan .. akak doakan lya tetap tabah walau dlm apa jua keadaan .. besabar dan terus berdoa agar segala kesedihan dpt dilalui dgn tenang dan berlalu segera ..
insyaallah hari esok masih ada dan ia tetap bersinar dgn kehendaknya .. aminnn :)

Cik Jue said...

moga 2011 membawa lebih sinar pada lya sekeluarga..

Dilla Ady said...

dilla doakan yg terbaik tuk lya dan asya tuk tahun baru nih ye..

smile always okeh lya..

maszmadi said...

selamat tahun baru lya.....
semoga ia semakin bersinar2 buat lya n asya n fain jugak.....

kella said...

hAI.. salam lya...
alhamdulillah dapat singgah sini..
sorryla macam lama tak singgah sini..
memang banyak coretan untuk 2010 kan.. insyaAllah nak coret coret juga...

semoga tahun yang akan datang adalah lebih baik dari yang berlalu.. :)

Mama Zharfan said...

sedih plak me baca entry ni--part2 yg last tu :(
moga lya cepat sembuh--utk asya yer

MamaYatie said...

Semoga tahun 2011 ni memberikan sinar kebahagian buat kita semua..akak doakan semoga Allah memberikan kesihatan yg baik buat Lya & Asya..juga semoga Lya bahagia sokmo di samping keluarga tercinta

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (79) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (71) INFO (67) Asya's School (59) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (49) Shopping (47) Birthday (46) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Jom Singgah (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (34) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (27) Tempat Makan Best Di Terengganu (27) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) mama+papa+fasya (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) fasyafrinatraveltales (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) Parenting (7) mama+papa (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1)