Friday, December 10, 2010

SLOT LESTARY :SINOPSIS HANI

Malam selasa baru2 ni dah saya dah tenggok episod 1 drama Hani ni yang mengantikan drama Asmara dalam Slot Lestary. Episod 1 ni ni memang penuh dengan keceriaan dalam setiap watak. Kecuali watak Adib (hero) yang pendiam kerana x dapat terima hakikat kehilangan abangnya. Tengok episod pertama memang dah terpaut, sbb mmg kelakar la lakonan Bell tu.

 
SINOPSIS HANI
 
Ummu Hani (Nur Fathia) ialah seorang pelajar Tingkatan Lima yang riang dan cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Hani menyimpan cita-cita untuk menyambung pelajaran di luar negara dan mahu menjadi seorang pensyarah. Irfan (Ryzal Jaafar) pula seorang pelajar baru yang berpindah ke sekolah Hani selepas ayahnya, Dr. Adib ditugaskan ke sebuah hospital di Kuala Lumpur. Irfan menjadi seorang yang pendiam dan gemar menyepikan diri selepas kematian abangnya akibat leukimia.


Kawan baik Hani, Aliah (Siti Fathiyah) dan Jalilah cuba mendampingi Irfan tetapi hanya mendapat layanan dingin. Hani mendapat tahu Irfan gemar membaca maka dia mula membaca novel kegemarannya bagi menarik perhatiannya. Sikap optimis Hani telah mempengaruhi Irfan, dia telah berubah menjadi seorang yang lebih aktif. Hubungan mereka juga menjadi rapat dan Hani mula menyimpan perasaan terhadap Irfan secara diam-diam. Hani yang selalu mengalami sakit kepala dan pening telah disahkan mempunyai ketumbuhan dalam otaknya sebelum menghadapi peperiksaaan SPM. Lebih menyedihkan, dia akan menjadi buta selepas menjalani pembedahan otak bagi menyelamatkan nyawanya.

Hani tidak dapat menerima hakikat bahawa dia akan menjadi buta pada usia 17 tahun. Baginya, berita tersebut umpama hukuman mati bagi mengejar cita-cita dan cintanya. Emosi Ummu Hani tertekan selepas menjadi orang buta. Mariam (Rozita Che Wan) dan Mokhtar (Esma Daniel) sekeluarga sering memberi motivasi dan kata-kata semangat kepada Ummu Hani.


Dr. Adib tidak mahu Irfan mengabaikan pelajarannya hanya kerana terlalu ambil berat terhadap Ummu Hani. Dr Adib dan Shafinaz merancang Aliah mendekati Irfan. Selepas keputusan SPM diumumkan, Irfan dan Aliah berjaya melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan di luar negara. Akhirnya, Irfan dan Aliah telah berkahwin dan kedua-duanya berjaya menjadi doktor.

Selepas tujuh tahun, Ummu Hani masih menunggu kepulangan Irfan kerana dia dirahsiakan tentang hubungan Irfan dan Aliah selama ini. Ummu Hani telah mendaftarkan diri di Pusat Latihan Orang Buta dan sedang membantu merealisasikan projek Quran Braille. Takdir telah menemukan Ummu Hani dengan cinta pertamanya, Irfan namun dapatkah Ummu Hani menerima hakikat bahawa kawan baiknya, Aliah telah menjadi suri hati Irfan?

SUMBER : OH BULAN
IMAGE : Google

--> errmmm.. mesti meleleh jugak air mata layan drama ni nanti.. Wait & see

11 comments:

nuraitul said...

ceritanya ada mcm ala-ala cerita jepun..one little of tears..

*azni* said...

mcm best jer..

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ♥ said...

ala lya kita tak nengok sangat la citer ni,

kella said...

tak tengok pun lagi citer ni lya... takpe next episod please...

salam jumaat lya.. :)

AngahSayang2314 said...

ue la angah pun ada tengok cita nie ari tue memang best la watak bell kelakar crfm sedih la.... nanti

Adyshariz said...

rozita pakai baju skolah ker?..hehe..jln citer mcm best, nk layan gak la

Dilla Ady said...

alamak tertinggal byk entri lya pulak..sori ye..

tgk gak episod pertama ari tu, cam bez jek citer nih..

errrr...same la dilla pun tak brape suke profile FB yg baru..

NM02 said...

tak sempat nak layan ari tu sebab dinner ngan kazen. next week baru nak layan... hehehe

'NuReeN' said...

byk crita2 tv nureen x tgk la lya.. bkn setakat x sempat tp asben x suka dia lebih suka tgk crita mat2 saleh nuuunnn....

h4ni3 said...

eh eh
cerita saya ni!
nama sama!
hehehe

Anonymous said...

tak adil bagi ummu hani..
irfan tak tepati janjinya untuk setia bersama ummu hani...!
hate aliah...kwn mkn kwn...!

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (81) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (73) INFO (67) Asya's School (60) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Birthday (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Jom Singgah (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (27) Tempat Makan Best Di Terengganu (27) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) mama+papa+fasya (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) fasyafrinatraveltales (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) mama+papa (8) Parenting (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1)