Thursday, April 29, 2010

SELAMAT HARI PEKERJA !!

Selamat menyambut 1 MEI semua...
Cuti2..rehatkan minda yer... Special utk kiter!!
Harini last day... sebab esk daa cuti.... Kita jumpa balik next week yer...
Cuti ni pegi mana geng???????
Sebelum tu,,, meh layan dulu orang yang asyik...asyik....asyikkknyer..

*****

***

*

Kerakusan???????
opppssssss... sila jgn salah tafsir dulu....
Inilah dia magsa kerakusan CONTEST yang tumbuh bagai cendawan lepas hujan..

Owh..susah gak tau nak ambik pic anak dara ni sorang.. Macam2 peseng .. letih wei.. Semuanya gara2 mama dia y kemaruk masuk contest, anak plok jadi mangsa.Hahahahaha.. Sabor yer sayang..Kena PAKSA... Last2 mengamuk la plok.. haaa, ambik minum air..

Pahtu, cepat2 tarik botol susu..Olooo, mengamuk plok.. Ahhhhaiiiii... Lepak nyanyi lagu "Burung Kakak Tua". Baru snyap.. Susah plok nk suruh dia duk elok2 sbelah bear tu.. Olooo... sambil sebut " tatak" (kakak)... G hisap idung tatak tu..pahtu tarik rambut tatak tu.. susah weiii!!


hihihii.. ideal dtg lagi... diambilnya botol tu..nak sumbat dlm mulut tatak.. ish..ish..ish..


Daaaa... Bosan dah layan mama dia.. Terus baring..

AKHIRNYA, XDE POSE YANG MENARIK.. TAPI NAK MASUK GAK... NAK TAU PIC MANA??---> http://fasyafrina.blogspot.com/2010/04/baby-with-bear-ball-giveaway.html



Owhhh.. yang ni pon, berkali-kali ambik pose.. x sia2..sebab masuk final..Untuk contest INI

Yang ni lagi kesian.. hehehehe... kena rendam sebab kontes INI.

" Walaupun mama sy sentiasa paksa sy posing pelik2..... saya & papa ttp sokong hobi mama saya "


---> Jom ar ke blog contest saya.. ada banyak contest yang boleh dilayan : http://fasyafrina.blogspot.com/
---> bye....nak rehat puas2... xtau lg nak kemana cuti ni.. habis kuat ke kuantan...

Owhh..my kawannn..JANGAN DISELUBUNGI MISTERI!!


Aduiiii... daaa sakit perut ni ketawa sorang2...

Sebenarnya bukan n3 pun..tapi ntah nape jadi gitu?? mak aiii.. dah naik misteri gak ni...
Sebenarnya nak post komen kat ain... tiba2 macam tersekat.. pahtu.. try post balik.. ok jer.. tapi yang tsekat ni... macamna la masuk jadi N3 lya ni???

WHAT DO YOU THINK ????


---> ahahhahahahahahahahahahaha... nampak HANTUUUUUUU !!!

Mama Danish & Sarah: WHAT DO YOU THINK?

Mama Danish & Sarah: WHAT DO YOU THINK?

ain..bkpe pelik sgt ni....

Jom Seranggggggggggggggggggggggg!!


Assalamualaikum semua!!!
Sihat ke????
Ok..ok.. Kita Mulakan Hari Ini Dengan Senyuman Yang Paling SWEET ..
Kita rileks2kan minda dulu erk...

JOM SERBU SINI-->


---> enjoy!!!!!

Wednesday, April 28, 2010

Masa kecik2 dulu... rindu...

Alamak..macam jiwang je bunyi.. Act ketika saat ini, tiba2 saya rindukan asya yang amat.. x sabar nak jumpa dia.. Saya pun tgk gambar dia masa new born kat PC ni.. Tiba2 hati terasa sebak yang amat.. Terasa pilu.. Sedih sgt2.. Saya tak tau kenapa.. Tapi tiap kali saya tgk pic asya masa lahir mesti saya akan menangis. Saya rasa sedih bila ingat saat2 ketika pregnantkan asya dulu.. Bayangkan kalau asya sempat digugurkan pada ketika itu.. X mungkin saya berpeluang menikmati kebahagian ini.. Hanya seorang ibu yang tau nikmat & kebahagian itu..

Hargailah zuriat kita.. Tidak kiralah walau bagaimana rupa pun keadaannya.. kasih sayang seorg ibu mengatasi segalanya.. Itulah keputusan saya dulu.. nekad untuk lahirkan asya walaupun peluang utk saya @ asya @ kedua-duannya hidup adalah tipis..

Namun kuasa Allah mengatasi Ilmu Sains & Teknologi. samapi hari ini saya masih rasa macam mimpi.. Saya x sangka saya akan selamat & saya x sangka asya sempurna.. Tidak seperti yang diramalkan.. Asya disyaki mengalami kecacatan bengkok tulang akibat kesan daripada ubat ketika saya koma dulu TAPI ada terkena sikit pada tangan kanannya ( sedikit bengkok)..Tapi skarang saya tgk, bengkok tu dah x nmpak n x perasan. Tapi semua tu xkisah. Yang penting... Asya hadir dalam hidup saya & Fain

Masa ni asya 6 bulan di dalam perut saya. Time ni doc buat 3D scan sebab nak tgk kondisi asya.. Pada waktu ni saya dalam keadaan kritikal & badan lumpuh.. Dan ketika ini jugak asya bakal digugurkan. Tengok tu, asya dah cukup sifat masa ni. Semua dah ada.. Macam baby yang dah lahir cuma saiznya saja y kecil.Rambutnya jelas kelihatan.


Dan ketika ini, kuasa Allah mengatasi segalanya. Asya dilahirkan. Bayangkan kalau asya digugurkan. Inilah rupa yang akan saya lihat jika penguguran itu diteruskan. Tapi syukur, telah tertulis asya adalah penawar hidup saya & fain. Memang asya adalah amanah drp Allah untuk saya pelihara. Pada waktu ni, asya di wad khas kerana tidak cukup bulan. Hanya gambar ini pengubat hati saya time tu. Kerana sy hanya berjumpa sekejap dengan asya selepas asya dilahirkan.


Owhhh.. time ni sungguh syahdu. Pertemuan pertama saya dengan asya.. Mama syg sgt2 asya.

Kini asya selamat di pangkuan saya.

Botak... tp comelnya..


Kesayangan saya.. Asya memang selesa dgn papa dia sejak lahir lagi.. Papa asya lah yang bagun malam utk buatkan susu, salin pampers..

Dalam pantang...

Ketika asya berusia sebulan.. Rindunya...

Sweet 2 Months

She grow up!!! 3 months..

Makin besar...

Dan besar.... 5 Months
Saiz kaki asya ketika sebulan

NUR FASYA AFRINA

NUR : CAHAYA
FASYA (fain) : HATIKU
AFRINA (alyani) : PUTIH KEMERAHAN



--> sebab itu nama blog saya ~ CAHAYA HATIKU ~
--> n3 ni sempat la draft ptg kelmarin, lps siap keje.. sementara tunggu fain.

Tuesday, April 27, 2010

Rugi kalo tak tengok... hehehhehehe

video
Kita tenang2kan fikiran sket...
2, 3 hari ni bz y amat.. jadi kurang blogwalking.. bila keje dah settle saya akan serbu kesemua rumah2 geng yep!! Jd sediakan makanan & minuman secukupnya!!


---> time kasih yer..krn sudi datg sini.. singgah2lah selalu yer..

Lagenda Budak Setan

Ada saper2 yang pernah layan Novel Lagenga Budak Setan (LBS) ni..?? Huhhh..sayalah sorang drpnya.. Saya sangat2 suka citer ni.. Perjalanan ceritanya.. Dan kebanyakan novel Ahadiat Akashah saya khatam.
Antaranya novel2 yang sangat2 melatop :
Pilot Cafe... Novel ni saya ada beli. Ini merupakan novel duet pertama di Malaysia.. Mula2 maca, susah nak faham sebab novel duet ni ada dua cerita.. Bila baca habis baru faham & best!!
Katerina..... dan sambungannya


Kasyah.. adalah kesinambungan daripada novel Katerina..

Dan LBS adalah novel paling melatop!! Saya mmg suka sgt cerita ni..


SINOPSIS : 
Kisah bermula dengan kenakalan Kasyah, seorang pelajar kolej yang sering membuli dan mengenakan pelajar lain, bersama beberapa rakannya. Sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kehadiran pelajar baru, Ayu, yang menambat hati pemuda terbabit. Sebaik saja pulang ke kampus, Kasyah yang tidak mengetahui perkahwinan Ayu dan Azmi, terkejut dengan berita yang diterimanya itu.

Masa berlalu, rumah tangga Ayu dan Azmi berantakan lantaran sikap Azmi yang panas baran dan pemabuk. Ayu sering dipukul. Suatu malam, akibat tidak tahan dipukul Azmi, Ayu bertindak melarikan diri dari rumah dengan memandu kereta. Ayu hilang kawalan lalu terbabit dalam kemalangan. Ayu cedera parah dan dibawa ke hospital. Mukanya hancur dan terpaksa melakukan pembedahan plastik. Wajahnya berubah, tetapi dia pulih semula. Seterusnya Ayu menuntut perceraian.

Bersama wajah berbeza dan dengan trauma kehidupan lampau, Ayu kini bertekad untuk memulakan hidup baru. Bersama wajah barunya dan dengan pampasan perceraian, dia membuka syarikat perniagaan serta menampilkan diri sebagai Emilia. Menerusi Suzana, kawan rapatnya ketika di universiti, Kasyah diambil bekerja.

Kasyah yang mulanya tidak perasan kehadiran Ayu dalam diri Emilia, mulai berasakan sesuatu kerana persamaan yang dimiliki antara dua wanita itu. Emilia mendapati Kasyah masih setia menyintai Ayu. Keadaan itu menambah deritanya apabila Kasyah tidak menerima Emilia dalam hatinya.


  Dan sekarang LBD difilemkan.. Harap2 hasilnya sehangat novel tu.. Jom tengok pelakon2 LBS..

 ****
***
**
*
KASYAH
 Kasyah bersama rakan sekumpulannya, Sapi, Man dan Cin Cai merupakan pelajar nakal yang sering membuat onar dan terkenal kerana sering dikenakan tindakan disiplin. Mereka juga melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan. Namun, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru, Ayu. Ayu telah benar – benar menambat hati dan perasaan Kasyah, membuat dia jatuh cinta. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah dan sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah. Hubungan Kasyah dan Ayu bertambah erat dengan bibit percintaan mulai bercambah. Pada semester akhir, Kasyah ke kawasan pedalaman bagi menjalankan kajian untuk tugasannya. Mereka tidak berhubungan dengan harapan Kasyah dapat menumpukan perhatian pada kajiannya.Episod baru hidup Kasyah pun bermula.
AZMI

Ketika pemergian Kasyah, bekas kekasih Ayu, Azmi, muncul menagih cinta. Azmi menggunakan kedudukan dan kemewahan keluarga bagi mempengaruhi ibu Ayu, Mak Leha, agar memujuk gadis itu berkahwin dengannya. Berpura-pura sakit tenat, ibu Ayu berjaya meminta anaknya berkahwin dengan Azmi.Ayu yang serba salah terpaksa menerima Azmi dalam hidupnya, kerana bimbangkan keadaan ibunya. Ayu berkahwin dengan Azmi.Azmi kembali kepada tabiat lamanya yang pemabuk, panas baran, kaki perempuan dan sering membelasah Ayu. Suatu malam, mereka berdua bergaduh besar. Ayu yang dipukul bertindak melarikan diri dengan kereta. Ketika memandu dalam keadaan trauma dan emosi, Ayu hilang kawalan lalu kemalangan. Ayu cedera parah. Mukanya hancur. Azmi menuntut maaf tapi Ayu sebaliknya menuntu cerai dan minta wajah yang baru. Episod baru hidup Ayu pun bermula. Ayu yang kini berwajah baru tampil sebagai Emilia. Ayu ingin memulakan hidup baru dan melupakan episod dukanya., meskipun hatinya mencintai Kasyah.                    

                                  
AYU
EMILIA

Ayu / Emilia, menubuhkan syarikat melalui wang simpanan dan pampas an dari Azmi. Melalui kawannya, Suzana, Kasyah dijejaki dan dipelawa untuk bekerja dengan syarikat Emilia. Kasyah yang pada mulanya tidak menyangka apa – apa, mula mengesyaki sesuatu setelah baru bekerja. Melalui Suzana juga Kasyah mengetahui segalanya tentang Ayu / Emilia. Hubungan mereka kembali bertaut. Azmi yang sakit hati cuba mengagalkan hubungan itu kembali. Azmi sekali lagi meminta bantuan Mak Leha untuk memujuk Ayu / Emilia. Semasa di rumah Emilia, Azmi telah memukul Emilia dihadapan Mak Leha sehingga milia terjatuh dan tidak sedarkan diri. Emilia cedera parah di kepala dan hilang ingatan. Berbagai cara dilakukan oleh Kasyah dan Mak Leha untuk memulihakn ingatan namun belum berhasil. Emilia yang senakin pulih, akhirnya mengahwini Kasyah. Kebahagian yang diharapkan Kasyah tidak kekal lama. Ayu / Emilia meninggal dunia ketika melahirkan anak



---> Tak sabar tunggu filem lakonan lisa ni!!

Monday, April 26, 2010

PAK CIK BAIK HATI...mekacihh!!

Pak Cik Baik Hati.. mekasih banyak2.. sebab 2 hari berturut-turut blanja makan.. TAPI..kena bayorr sendirila..!! Mana ada dpt free... Masuk toilet pon kena bayor. Apa2 pon... senyuman PAK CIK BAIK HATI ni sgt2 la sweet... Tomey g2..


Ok..dah la membebel panjang2.. Ni nak citer pasal pertemuan awok2 FLIZZ STAR minggu lps.. Dua hari berturut2 berkampung kat rmh PAK CIK BAIK HATI ni .. Pertemuan pertama tu, just berdating berdua-duaan dgn CIK ZATI kt.. Dia yang blanje.. Tenkiu..tenkiu... Zati siap kol fain tu, mintak izin culik saya.. Apa2 pun tenkiu sgt2 buat Fain syg sbb SPORTING sokmo.. Dan pertemuan ke-2, keesokkan harinya b'4.. Just sorang xde... Sbb stay kat Perak.. Susahnya nk bersama 5 org.. y baru2 ni.. y tu ada.. y ni x dop.. Bila y ni ada.. yang tu plok x dok.. ayoyoyooo... (buat2 faham je la bebelan sy ni erk..)

LAYAN DULU PIC BERATING BERDUAAN NI :)
Lama gak lepak2 kt sini.. Mcm2 topik.. Tp zati ni kan.. sejak dh ada kamera baru... Baru jer nk duduk..dah siap kuarkan kamera.. Dah tkena penyakit VIRUS ..

Huhhh.. layan je la.. mmg kecoh!! mcm dah xde kerja kan.. Tp dpt hasil y mantop ni!


Dan... layan lagi... Jgn tdo daaaa...
Zati,,mekasih la susoh ambik ambe kat opis ni.. Dah la t'seksa nk masuk opis i ni..

DAH TAMAT BABAK PERTAMA.. JOM KE BABAK YANG SGT2 KECOH NI

Act pertemuan ke-2 ni... x dirancang..semuanya scara spontan, cz kebetulan irma(tudung hitam), balik Malaysia.. Jadi, bukan senang nk jumpa ni.. So, zati la org kuatnya.. balik keje terus merempit.. Jd pertemuan gempaq pon terjadila... TAPI.. mmg xleh tahan dgn pertemuan kali ni.. Penuh dengan drama kan zati.... Kelakor y amat.. Apa2 pun BIARLAAA RAHSIA!!!


Memang riuh.. riuh..dan.. riuh... Rindunya time2 blaja dulu.. Tiap2 hari ada j xtvt gila2..Yang paling xleh lupa berkhemah kat dalam van kat Cherating..sbb hujan lebat.. Tp mmg klakor y amat.. Selain tu, time merempit dgn van..laju weiii za rempit..nak tcampak kt org!! Dan paling akan slalu ingt saat FLIZZ hadir di hospital pada hari Asya sepatutnya digugurkan.. Sedihkan ingt time tu?? Dan terharu... bila geng2 ni hantar voice sms nyanyi lagu BERTAKHTA DIHATI.. tp d tuko lirik.. Time tu sy sakit.. waa..nangis msa tu.. Eyhhh ada satu lg perkara lucu... hey...heyy.. u ouls ingt x kita menari lagu ROSSA-PUDAR ..Siap rakam beb..mmg kelakor habis.. mcm2 gaya..kita mmg giler2 la...

Irma, bakal menamatkn zaman bujang bulan 9 ni.. Jadi kt berkira-kira nak k indon.. Tapi xtau lg mcmana.. hopefully buatla majlis kat malaysia yer mbakk irma!! I takot naik sesuatu y x bgantung dgn tali tu.. Cakap punya cakap... ntah pukul brapa baru balik... Balik tu, sempat la asya jumpa tante irma.. heheheh.. ni pertemuan pertama irma & asya.. hehehehhee.. slama ni sy sorok asya..(jgn ler pcaya).. Smoga ptemuan lps ni, ckp la geng FLIZZ yer.. Apa2 pun.. rindu slalu saat2 dulu tu.. Suka Duka BERSAMA !!


---> CIK ZATI.. tinggal u sorang lagi ni.. bila nak ikut jejak langkah kita org??? Cepat2 laaa...
---> Check nuff tadi..tgk dah dapat 3 buffered drp blog ni.. Tapi still xfaham fungsi dia.. Ada sape2 y tau blh x-plain x??

Sunday, April 25, 2010

Di Dunia Dapat Menggelak.. Tapi Di Akhirat ???


Sedih sangat baca KOSMO pagi tadi.. Kisah remaja yang berusia 21tahun yang nekad melarikan diri drp dicekup gara-gara berkhalwat akhirnya maut apabila terjatuh daripada tingkat 5. Masih terlalu muda dan masih menuntut di kolej.. Yang sudah pergi tetap akan pergi.. Semua itu urusan Allah SWT.

Tapi, kali ni saya cuma ingin katakan ttg tindakan kita.. Walau apa2 pun yang ingin kita lakukan. Fikirla sedalamnya. Yang penting fikir ttg ibu bapa kita. Betapa hancurnya hati mereka jika kita pergi dengan cara sebegini. Macamana untuk mereka berhadapan dengan saudara-mara, jiran2 serta masyarakat sekeliling.

Janganla ambik jalan yang singkat. Kerana ingin larikan diri drp dunia, kepadaNya kita mengadap.. Masih belum sempat untuk menebus dosa & kesalahan.. Macamana lagi kita mampu melarikan diri daripada Nya. Semoga kisah ini menjadi iktibar untuk kita semua.


---> Berita lanjut KLIK SINI

Thursday, April 22, 2010

Akhirnya Aku Sahut Cabaran Itu...TRANSFORMASI..

Waduh2... saya dah makin sakit jiwa nih... akhirnya daa terkena kat batang hidung sendiri.. Ok..ok..ok.. setelah OYA menyahut cabaran dengan n3 JOM BERJUANG ... dan MIEMIEY pon menyahut seruan itu dengan n3 pabila aku berporno....!!! ... Apa2 pon tabik springgg kat OYA & MIEMIEY... toinngggggg!!!! Akhirnya saya rela untuk mentranformasikan diri saya..

Inilah rupa paras yang sebelum ditransformasi..
Jom layan

***

**

*

*

*

Waaa.. saya sungguh hebat sekali!!!

Gaya seoarang pejuang negara!!! Itu saya nak berperang di Pearl Harbour.. & jgn kata xtau yang saya adalah WANITA PERTAMA di Malaysia y menjejak bulan...

Saya juga seorang SUPERHERO...
Jeng,,,jeng,,,jeng  SUPERPINKY!!

Saya seorang yang penyayang... Saya suka kucing.. Tapi kali ni nmpak seramm daaa...!!

Inilah saya di ambang hitam putih.. owhhh.. budak kecik tu MINI ME !!
heheheeh

Huhhuuu.. sedih.. xpasal-pasal jd banduan... Sebabnya CULIK ANAK TERUNA ORG!! aiyokkkkk!!! padahal dia tu terhegeh-hegeh.. Tgk tu.. smpai berjanggut saya!


Inila TERUNA itu.. Teruna ini sgt2 xleh dpercayai... Sebab??? Dia banyak skandal wooo... Kata sayang kat aku.. Tapi, pada RINA  dia pergi.. pada OYA dia kata sayang.. Pada MIEMIEY dia kata cinta & Pada LIYATIE dia ajak kawin... Aiyokkkk... Sejak itu aku daa lupakan TERUNA YANG BANYAK SKANDAL NI.. (husss..blambok lg skandal di kat dlm FB nun)


Setelah saya tinggal TERUNA tu.. x sangka.. sy jd femes y amat d HOLLYWOOD!! Jgn jeles u!! Waaa..saya jadi idola kat sana.. Tgk, ramai y berebut saya utk djadikan cover magazine.. Ni majalah apa ntah..


Ini bukti betapa saya diminati d HOLLYWOOD.. tgk tu, PARIS HILTON & POSH BECKHAM amat meminati saya.. sanggup dia tunggu saya semata-mata nak bersalam dengan saya.. fuhhh.. sgt2 terharu!! Aiseyyy..dia org suka image bertudung laa.. Huhuhuuu.. y tu saya dpt offer mengayakan gaya marilyn monroe.. waa..menjadi j kan?? (tp sy sprayyyykn pd bhgian y seksis tu)

Walaupun saya menjadi rebutan di HOLLYWOOD.. Tetapi pilihan hati saya tetap ya aww..awww... Orang MALAYSIA kita.. Itu dia jejaka pojaan hatiku.. Aiii.. apesal fain cam malu2 je. Konon2 hip hop la tu.. smpai nk ttutup muka.. hehehehe..

Waaa..akhirnya..CINTA KAMI KESAMPAIAN!! Amacam?? Grand x majlis kawin FAIN & ALYA??
Owhhh..jgn komen apa2, tukang make-up tu silap touchup muka fain.. tu y jadi hitam tu.. Wowww..kalo u all blh tgk gambo ni full.. lentok beb!!! Tp i malu la.. so cut ..cut.. j la..

Dan inilan pengapitnya.. Mengalahkan pegantin... Oloooo pengapit y sorang tu masam je muka..

Inila... CAHAYA HATIKU

~JOM SAHUT CABARAN INI~
(sape y dah buat jgn lupa bg link yer..)

 
--->Haaaa.... ada saper2 brani sahut cabaran ni?? Kalo berani... jom buat di FotoFunia , Ada banyak lagi tempat best nak layan..jom layan di loonafix & FunPhotoBox
---> Kat FB,, makin menggila mtranformasikan diri masing2..

AMARAN KERAS... DILARANG COPY PASTE PIC NI... KAN TERSEBAR

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (81) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (73) INFO (67) Asya's School (60) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Birthday (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Jom Singgah (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (27) Tempat Makan Best Di Terengganu (27) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) mama+papa+fasya (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) fasyafrinatraveltales (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) mama+papa (8) Parenting (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1)