Monday, August 30, 2010

Audit ISO---> penat..lelah.seksa...

Salam....
Dalam seminggu dua lepas, memang masa yang memenatkan sebab dilanda kbz'an dengan kerja2 untuk menyediakan fail2 bagi audit ISO.. Tahun ni 8 fail kapal nak kena audi& audit bahagian pengeluaran & perolehan.. Penat otak. Hari cuti pun terpaksa korban masa sikit untuk prepare fail.



Dan hari ini  (29.8.10)  dengan jayanya dah selamat satu babak saya diaudit, bahagian perolehan & pengeluaran.. Lega...Tinggal esok  (30.8.10) untuk audit bahagian fail2 kapal. Dan tadi bawa balik rumah sikit untuk review kali terakhir.. Nasibnya tunggu esok je la...

Lepastu.......
MERDEKA !!!!!!!

hehehehe... upload skali lagi.. tapi versi lain

---> sori yer, sbb xde masa nk melawat rmh kawan2 dalam 2 hari ni..Ni pun, ambik masa jap sblum tdo. Semat gak singgah2 rumah geng2 semua, tpx smpat nk leave komen la... Esk bila dah settle audit, akan buat kunjungan balas....

Saturday, August 28, 2010

AWAS !!!! Taktik Penculik Menculik Kanak-Kanak Dalam Sekelip Mata !

SILA AMBIL IKHTIBAR ATAS KES PENCULIKAN KANAK2 YANG BERLAKU  DI CAREFOUR BARU2 INI... TQ, UNTUK IEYZA UNTUK INFO YANG AMAT TINGGI NILAINYA..

JIKA ANDA SAYANGKAN ANAK ANDA...

BACALAH SAMPAI HABIS, DENGAN HARAPAN IANYA DAPAT MEMBERI KESEDARAN DALAM DIRI KITA SEBAGAI IBUBAPA AGAR SELALU PEKA DENGAN KEADAAN SEKELILING APABILA KITA MENDEDAHKAN ANAK2 KITA DI KAWASAN UMUM SEPERTI
 SHOPPING COMPLEKS DLL..

Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja... Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan menghantar e-mel ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu... Terima Kasih.

Kita mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging, dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.

Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian, dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.

Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta.. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.

Siapa pun yang melakukannya - iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya - melakukannya kurang daripada 10 minit. Ini bikin saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan mereka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.

Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit. Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas.

SEBARKAN BERITA INI SELUAS-LUASNYA SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA !
 

---> Tindakan segera mungkin boleh diambil dengan cepat jika kes penculikan ini berlaku di tempat tertutup seperti Shopping Complex... Tetapi, bagaimana pula nasibnya jika penculikan itu berlaku di tempat terbuka, dipenuhi orang ????

Thursday, August 26, 2010

Peristiwa NUZUL AL-QURAN

NUZUL AL-QURAN

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Sama-sama kita menhayati keindahannya... Perhubungan antara Nuzul Al-Quran & Peristiwa LailatulQadar



---> SELAMAT BERCUTI SEMUA... ADA PLAN NAK KE MANA-MANA KE???

Anak Mama , Kekuatan Mama

Kekuatan Tidak Datang Dari Kemampuan Fizikal,
Tetapi Ianya Datang Dari Semangat Yang Tidak
Pernah Mengalah!!!


Yaaaa...
Inilah anak mama yang penuh semangat dan tidak pernah mengalah pada keadaan.
Tiada orang dapat memahami semangat itu.. Mama sendiri tidak faham...
Tapi mama tahu, anak mama sentiasa kuat & semangat.
Maka, sebab itu lahirlah anak mama di muka bumi ini.

Maafkan mama,
Kerana membawa anak mama ke dalam situasi & keadaan yang menyakitkan dulu.
Maafkan mama,
Kerana terpaksa membiarkan anak mama merasai beban yang mama tanggung dulu.
Dan sekali lagi..... Maafkan mama,
Apabila selalu membiarkan anak mama sendiri disaat mama tersungkur.

TAPI....
Mama yakin, anak mama seorang yang baik
Memahami situasi & keadaan mama
Memahami kesakitan & kesusahan mama
Dan sebab itulah, anak mama selalu membuatkan mama ketawa.

THANK YOU ASYA SAYANG !!!


---> n3 yang ditujukan khas untuk anak mama. Semoga apabila asya membacanya, asya dapat memahami & mengetahui betapa besarnya nilai kasih sayang mama pada asya. Xtau pada saat asya membacanya, mama masih ada atau x.. Atau mama sudah tua ... Atau mama terlantar sakit lagi..

Wednesday, August 25, 2010

Berasap Didapur :- Sotong Ku Sudah Kering..


Sila abaikan tajuk n3..
Sebenarnya, 1st time saya dapat sotong kering yang real macam ni. Kebiasaannya, makan sotong kering yang dah siap packing n diawet dalam plastik.. Ala2 sate tu.. Baru2 ni, kat ofis ada bagi2 sotong kering ni. Memang banyak & nak buat macam sotong kering y selalu beli kat Kuala Kemaman tu memang x reti plok.

Dan balik rumah jer, mama kata boleh masak sambal sotong goreng utk berbuka nanti. Sebenarnya 1st time makan (kesian kat saya...) .. Biasanya makan sotong fresh y basah tu. Dan x sangka, rasanya lebih sedap daripada sotong fresh tu. Selain tu, sotong kering juga sesuai dijadikan sambal untuk nasi lemak. selain tu, Fain cuba bakar sotong ni, rasanya boleh tahan.

*
*
*
RUPA DAH BERTUKAR

Jadi macam dah bergulung-gulung sotong ni.


RESEPI : 


---> Jadi... lepas ni bolehla cuba menu ni sebagai hidangan berbuka.. Cara memasaknya sama sajer seperti memasak tumis sotong biasa..  

Kibarkan Jalur Gemilang : 1 BLOG 1 BENDERA..


Salam ceria & selamat pagi semua..
Sempena bulan kemerdekaan ni, apakata kita tunjukkan semangat cintakan negara kita. Esspecially slps apa y berlaku di Kedutaan Malaysia di Indonesia tu. Mari kita semarakkan semula JALUR GEMILANG yang menjadi kebanggan kita semua. Sekarang, semua dihujung jari... Bukan saje poleh kibarkan jalur gemilang di rumah , kereta dll.. Bahkan sekarang di BLOG pun kita boleh kibarkan jalur gemilang.

Sebagai menghargai kehidupan kita hari ini, diatas kemerdekaan negara Malaysia yang ke 53, jom sama2 kita sertai Kempen 1 BLOG 1 BENDERA.


--> Tertarik utk sertai kempen ni, selepas membacanya di blog ZAI

Tuesday, August 24, 2010

My Angel...

Girl, you’re my angel, you’re my darling angel
Closer than my peeps you are to me, baby
Shorty, you’re my angel, you’re my darling angel


----> Pic yang sempat diambik sementara berbuka puasa kat rumah MIL..
Upload sini just utk kenangan & memori ...

Persoalan NuFF : Earning , Buffered Earning , Status Gliterati


Berkaitan n3 kelmarin... DUIT RAYA NUFF, ada yang bertanya perihal berkaitan nuff ni.. Sebenarnya, seikhlas hati.. saya sendiri pun xdela tahu.. Cuma mana2 y saya tahu dpt la dikongsikan. Itupun kebanyakan info y saya perolehi berkaitan dengan nuff hasil carian d google. Kata org, nak berjaya kita mesti berusaha. Ibarat seperti zaman2 study dulu, kita berusaha mencari sumber rujukan untuk setiap persoalan yang kita inginkan.


1. BAGAIMANA BOLEH CASH OUT ???
Siyess.. darp awl saya join nuff saya sendiri xpernah tahu macamana nak cashout.. Dulu otak kuno saya just fikir, bila tiba masanya nuff akan hantar cek direct ke rumah.. Oppsss..rupanya silap!! Bila tiba masanya duit nuff itu blh dicashout anda akn tau scara automatik.. Jumlah paling min yang blh dicashout ialah RM50.. Sebaik sahaja earning mencecah ke nilai RM50, secara automatik akan keluar perkataan " CASH OUT MY EARNING" dibawah angka RM50. So, kalo nak trus cashout, just klik pada perkataan tersebut. Terpulang pada individu, samaada nak cashout atau trus kumpul & kumpul..


2.BILA BOLEH CASH OUT
Sebaik sahaja earning mencecah ke tahap min RM50.. secara automatik akan keluar perkataan "CASHOUT MY EARNING".. Sekiranya nk trus cashout, just klik pada perkataan tu. Atau boleh terus kumpul jumlah earning. Dan petua yang saya terima drp ZAIFULL , masa terbaik utk cashout earning ialah diakhir bulan.. Untuk cek yang saya terima tu, sy buat kesilapan sikit sbb cashout awal bulan. Sebabnya, jika cashout diakhir bulan, tempoh menunggu cek x begitu lama dan dlm tempoh ke akhir bulan juga earning kita boleh bertambah lagi.


3. EARNING TAK NAIK - NAIK ???
Untuk persoalan ini, saya sendiri pun xpasti kenapa. Saya pernah terbaca dalam satu blog dulu, xpasti blog sape... earning yang diperolehi kadang2 lambat diupdate.. X semestinya hari2 akan diupdate. Cuba baca point2 kat bawah.. Saya yakin, ianya dpt mningkatkan earning akaun nuff.

--> STATUS GLITTERATIi
Pastikan setia pada yang satu, dimana dengan mendapat STATUS GLITERATI drp pihak nuff, ianya membawa byk keistimewaan seperti mendapat iklan CPC y lebih mahal serta senang mendapat BUFFERED EARNING. Macamana nak dapatkan status gliteratti?? Senang sajer.. SETIA PADA YANG SATU.. dimana dengan hanya meletakkan iklan NUFF didalam blog anda tanpa ada iklan2 drp syarikat p'iklanan lain y mnjadi saingan Nuff seperti INNITY dll.. Keterangan lanjut berkaitan status ni, blh baca kat dalam website nuff..

--> BUFFERED EARNING
Saya tahu mengikut pemahaman, tp xreti nak translate.. jadi saya cuba search google jumpa n3 berkaitan Buffered Earning.. Dalam byk2 n3, y ni paling senang utk difahami.. Jom terbang ke sana---> http://chekguisza.blogspot.com/2010/04/jom-sama-sama-kita-belajar-mengenali.html


--> PEMASANGAN UNIT ADS
Pemasangan unit ads didalam blo memainkan perana penting. Pastikan anda memasang ketiga-tiga unit ads yang diberikan. Dan letakkn unit ads di tempat yang strategik di dlmblog. Sebolehnya, jgn letak di bahagian y tercorot(di bahagian paling bawah dlm blog).


--> PASTIKAN BLOG DIUPDATE
Selain tu, utk memastikan earning terus bergerak, pastikan blog selalu diupdate. Tapi iyerla, nak ngadap  selalu pon x sempatkan??? Caranya... jika ada masa terluang(betul2 terluang & xde keje), gunakan kesempatan tu utk draf n3 & save.. Biar ada byk pun y d draf.. Dan apa y pasti... earning akan senang naik bila kita dapat buffered earning.. Pastikan berusaha keras utk dptkan buffered earning. Ilmu ni saya dapat drp ASHA dulu. Macam saya ada cara tsendiri, tp xpasti ianya mjadi @ tidak... Sekiranya pada hari tersebut tiada sebarang post tbaru, saya akan upkan post y sebelum ni ke tarikh n masa terkini. Jadi dengan cara itu, blog akan nampak selalu b;update dan buktinya akan ada pengomen2 baru.


~~~~>Alamak...  apa lagi yer yang boleh dikongsikan... Setakat ni, ini j y mampu dikongsi. Saya pun budak baru belajar. Kalo ada kesilapan, harap dimaafkan & diperbetulkan. Saya sendiri pun byk sangat perkara y nak tahu. Tapi xtau di mana sumber rujukannya.. Cara senang, dihujung jari anda.... SEARCH..... semuanya ada jawapannya. Insyallah. DAN KUNCI UTAMANYA ADALAH KEJUJURAN... PASTIKAN ANDA JUJUR DENGAN SETIAP PENULISAN ANDA. SUPAYA REZEKI YANG DIPEROLEHI AKAN LEBIH DIBERKATI. AMIN....

Monday, August 23, 2010

Duit Raya Dari NUff... TQ :- )


Alhamdulillah...
Akhirnya saya dapat merasai juga hasilnya.. Walaupun x banyak, tapi saper senang2 nak bagi duit kat kita kan??? Ternyata.. berblog x merugikan langsung. Selain boleh menambahkan pendapatan..atleast blh jadikannya sbg simpanan.. Bblog juga boleh menambahkan kenalan dari seluruh Malaysia..

Jutaan terima kasih buat semua blogger y hebat2 belaka.. kerana sudi mengintai-intai, menjenguk, menyinggah di blog ini selalu.. Semua rezeki yang diperolehi juga adalah berkat daripada keiklasan kawan2 semua y menyinggah disini..

So... kawan2, terus berusaha dengan gigih dalam menghasilkan n3 yang menarik & tertarik.. Dan jangan lupa, jadilah seorang BLOGGER yang JUJUR.. JUJUR dalam setiap PENULISAN & N3..


---> cek ni masih tperap d rumah lagi.. masih belum dicashkan lagi.. Rezeki lbh, blh la buat simpanan.

Sunday, August 22, 2010

Mencari Something Di Bazar Ramadhan

Salam Ahad semua... Yang di pantai timur dah start koje arini.. Yang di Barat, Selatan, Barat Daya, Tenggara dll duk diam2 kat rumah yer.. Atau semua sibuk bershopping raya ni??? Pada y bshopping selamat bshopping yer...

Sepanjang bulan puasa ni Bazar Ramadhan banyak dibuka. Kat sini ada dalam 5 buah bazar kot & y kecik2 pon ada jugak.. Dan semuanya sudah diterjah. Tapi skejap2 jer.. Saya naik lemas pergi tempat org y penuh, nk nafas xde ruang.. nk pitam jadi lebih baik pergi cepat.. Kelmarin, sempat pergi Bazar kat Binjai... Ramai jugak, tp xdelah seramai kat Astaka.. Tp g situ apa y dapat?? Just sosej utk asya...



Cuma masa ke bazar kat Astaka Jumaat baru2 ni sempat beli Yong Tau Fu.. Tapi dalam banyak2 tu.. ada satu tu.. cute sgt2... Ada bentuk bintang n bear.. Special utk asya y tu. Jd benarla kata org, warna & bentuk serta rasa y menarik dpt menarik minat kanak2 utk memakannya..



Dan x lupa Kuih Tepung Pelita.. Kuih ni x pernah jemu. Memang sedap. Lagi best sebab dia guna daun pandan betul dan bukannya perasa pandan tiruan. Baru ada feel.. Dan ada sejenis lagi kuih macam yang kat blog zue tu, xsilap kuih TAKO.. Eyhhh betul k zue?? Memang nampak macam Kuih Tepung Pelita.. Tapi sebenarnya bukan... Nampak mcm sama, tapi rasanya lain.. Yang ni selalu confius..
*
*
*
*
"WALAUBAGAIMANAPUN... MOTIF UTAMA KE BAZAR TIME TU SEBAB MENCARI SOMETHING "

*
*
*
*
Ahhaiiii... Sebenarnya nak beli tanglung jer.. Nak biarkan Asya rasai kemeriahannya.. Tapi terbeli Bunga Api Besi dah.. Lebih suka beli bunga api besi, sebab apinya x sakit drp y biasa ada byk belerang n bahaya.. Just, besi tu terus letak dlm bekas y berair n buang d tempat y selamat. Dan yang penting, pantau semasa anak main.. Tapi, lps kes semalam... Asya dh takut nak main bunga api sbbnya terkejut Pak Cu dia pasang mercun... Ayooooo... mama pun nak tcabut jantung semalam.


---> Teringat zaman kecik2 dulu... Arwah tokwan buat pelita dengan buluh & tanglung dengan tin pahtu jln sekeliling kampung... Tapi skarang kampung tu dah x advance mcm dulu lagi.. Semuanya dah serba moden & canggih.. Kalo dulu..lembu penuh ats jln.. skrang nk jumpa lembu pon dah xde.. Tetap rindu saat2 tu...

---> Ehhh.. ada satu n3 lagi asya main bunga api.. sila dlm bosan yer... just utk kenangan asya bila dia besor...

Saturday, August 21, 2010

ISTIMEWA RAMADHAN : FATISHA MUSHROOM GARDEN CAFÉ


Bersempena Ramadhan Al Mubarak ini, di Fatisha Mushroom Garden Café akan mengadakan Bufet Ramadhan. Pelbagai pilihan makanan barat dan tempatan akan disediakan. Datanglah beramai ramai bagi merasai pengalaman baru berbuka puasa dengan hidangan lebih dari 30 jenis makanan dan kuih muih di café kami.


Waktu operasi Bulan Ramadhan

Bufet Berbuka Puasa : 6 pm – 9 pm
Dewasa - RM 38
Kanak2 -  RM 23

Bufet Moreh @ Fatisha : 10 pm – 1 am
RM 8 seorang

Sahur (Ala – Carte) : 11 pm – 5 am


Sila buat tempahan awal untuk mengelakkan sebarang kesulitan.  Sila hubungi kami di :
Zam -0178995189 
Epi - 0139220835

*Kami juga menjual pelbagai jenis kuih muih untuk berbuka puasa bermula jam 3 petang di kawasan perkarangan café kami
*Surau desediakan bagi kemudahan pelanggan.

JOM KLIK :-
http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/2010/06/fatisha-mushroom-garden-cafe.html
&
http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/2010/07/fatisha-mushroom-garden-cafe-im-coming.html


---> Sekadar berkongsi info yang saya terima di inbox FB drp pihak Fatisha.. Sesiapa y ingin menikmati suasana y tenang & aman serta jauh dari kesibukan kota, blhla berbuka di fatisha.. & sesiapa y berminat jgn lupa booking awal2 dgn contact saja no yang tertera di atas.. Sebab cafe ni selalu full...

Thursday, August 19, 2010

Kite tengok.. penyu telorrrr

Walaupun citer ni dah basi... Tapi ttp jugak nak publishkan.. Sebelum sakit aritu, sempat bawak asya ke Pusat Penerangan & Santuari Penyu kat Cherating. Tiada bayaran dikenakan.. Pusat ni sebelah je dengan Club Med. Yang datang sini kebanyakan pelancong dari Jepun & lain2 negara lg y mginap di Club Med. Aiii.. just blh tgk Club Med dari jauh jer.. Yang pasti, mmg cantik..cm bkn kat malaysia. Orang luar x dibenarkan masuk di area Club Med melainkan pegunggung y mginap disitu.. Harap2 one day dapatlah mginap di Club Med.. Percutian yang terJAUH & terMAHAL.. Just 10 minit perjalanan.. hehehehehe..

Mula2 sampai, suh asya posing dulu... Yihaaaaa

Mula2 masuk adalah jumpa tempat2 pameran.. Byk lagi info2 y dapat kita perolehi, tp x ckp memori nk snap byk2 time ni.. Pic x tranfer lg.. Jd... sbb asya suka sgt dgn DUGONG ni.. So, kita ambik kenangan yer.. Kalo x silap, dugong ni y ori punya, tp dah di awet...
  
 
Lepas dah tawaf kat nahagian dalam.. Keluar kat kolam Penyu.. Bolehla tgk penyu2 kat situ.. X tau spesies apa. Dan kat luar lagi ada pusat penetasan penyu.. Ada disediakan tapak pkhemahan utk sesiapa y ingin mginap n ingin melihat penyu naik ke darat utk btelur & melihat anak2 penyu menetas.. Pic lama dulu, saya dah pernah pegang ank penyu y baru menetas.. Geli rasa... bila kaki dia bgerak2 atas tangan.. Tp sgt2 sweet..

Dah nak balik... ambik pic kenangan bersama penyu y dah di awet.

Inilah aksi kami...



---> salam semua.. harini mybe sy x dpt tgl komen sepenuhnya. sbb hari ni rsa x sihat sgt.. letih... n3 ats ni pun dh di draf baru2 ni.. Nanti mlm ni @ esk sy qada yer n3 y tlps.. sy pening ni.. Mata dah kuyu2... : -( 

Rahsia 5 Waktu


Nabi Muhammad SAW merupakan Nabi Terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

Subuh:
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Zohor:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Asar:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Maghrib:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Isyak:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

 
---> Note ni saya tjumpa dalam simpanan p'drif.. Rujukannya juga hasil carian internet.. Sama2 kita hayatinya.

Wednesday, August 18, 2010

PHOTOSHOOT : Asya dok sporting laaa..

Dah lama saya x buat photoshoot untuk asya.. Tiba2 mood tu datang.. Alang2 EL Isnin baru2 ni.. Trus ambik pluang utk mengayakan Asya.

Aiiii.. Cobaan pertama, dia nampak walker lama dia, terus panjat masuk. Akal pun makin panjang. Dah berani panjat situ sini.. Tapi part nak turun, menjerit 1 rumah...

Sayangnya, asya x sporting lansung kali ni. Banyak main2. Bila mama kata senyum.. dia buat mulut muncung. bila suh tunjuk gigi, dia ketatkan mulut dia. So ini je la hasilnya. Macam biasa, motif utamanya sebab nak join CONTEST INI <--klik


--> Jom ar pakat join blake...

Monday, August 16, 2010

MasaDapur Nak Berasap Ni..


Salam petang... Tq pada semua kawan2 y wish utk anniversaty saya & Fain pd n3 sebelum ni.. Sgt2 hargainya..  Semoga kita semua memperolehi kebahagiaan & kemanisan dalam percintaan di alam rumahtangga..

Kebetulan harini EL... Mengejut.. terkejut.. & dikejutkan sbb MIL ke spital... Jadi harini duk melayan asya & 1st time nk turun dapur dalam Ramadhan ni & setelah lamax trun.. xdela lama sgt..

*

*

*




AGAK-AGAK SAYA MASAK APER ????

---> selamat berbuka puasa..

Dah 7 tahun yer... I LOVE U!!!

You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see

16.8.2010 muncul lagi.. Pada tarikh ini, genapla 7 tahun usia percintaan. Siapa sangka akhirnya dia juga y jadi suami saya?? Semoga kasih sayang antara kami akan terus mekar hingga ke akhir hayat. Disebalik 1001 kepahitan dalam kehidupan saya.. Tuhan pertemukan saya dengan Fain disaat kegelapan dulu. Kehadiran Fain dalam kehidupan saya betul membuatkan saya jadi terus bersemangat untuk berjuang melawan segala kesakitan & keperitan y di alami waktu itu.

Tiada siapa sangka, pertemuan semula saya dengan Fain bermula lagi selepas saya tamat sekolah (18 tahun).. Ketika itu saya masih lumpuh.. Dan hanya kerana Fain menemani kawannya utk menziarahi saya yang sedang sakit telah menyatukan semula saya & Fain. Sememangnya pertemuan y x diduga, sbb kali terakhir saya jumpa Fain dulu semasa saya Form 5 time buat psembahan kawat sempena mewakili Daerah Kemaman di Hotel Impiana. Dan ketika itu, ofis Fain buat family day..

Dan pada saat Fain menemani kawan dia, memang saya dah perasan Fain lain. Masa dia minum, cawan yang dipegangnya terketar-ketar smpai family saya tegur. Bila ingat saat tu, saya tsenyum sendiri. Dan sejak pertemuan itu, Fain x putus2 cuba merebut hati saya. Saya agak pelik sbb apa mesti saya.. dengan dalam keadaan saya begitu. Dalam kecacatan yang saya alami..

PADA TARIKH 16.8.2003 :

FAIN : saya nak... nak dot dot..
LYA : amende dot dot dot??
FAIN : Dot com dot my..
LYA : &%#)@#%&%
FAIN : I Love U..... Saya nak.... awk dalam hidup saya..
LYA : uwaaaa (dlm HATI).. OK.. ok.. sy cuba.. saya cuba untuk menerima awk..(smbil air mata mgalir laju)


Oleh kerana Fain ni KERAS KEPALA sampai bawak serombongan orang KG.BERENJUT... akhirnya saya terima gak dia ni pada 16.8.2003.. Pada tarikh majlis doa selamat untuk saya diadakan.. Alhamdulillah... bermula saat tu, Fain x putus2 memberi dorongan & semangat utk saya pulih semula.. Alhamdulillah.. akhirnya saya boleh berjalan semula... Dan yang pasti, bermula dari saat itu.. Fain x pernah sekali pun meninggalkan saya. Dari dulu hingga sekarang. Dia selalu ada disaat2 saya perlukan sokongan hidup.. Dia pedengar yang baik.. Selalu  teman saya menangis (saya selalu sedih dgn apa y menimpa sy dr dulu hingga kini ).

~ Disebalik KEKECEWAAN, Allah telah menghantar Fain dalam hidup ini bagi merawat KEKECEWAAN.. Disaat saya KESAKITAN & KESEDIHAN... Tuhan hadirkan Fain sebagai seorang suami untuk menjaga saya DAN disaat saya KEHILANGAN, sekali lagi Tuhan berikan KEAJAIBAN dengan kehadiran Nur Fasya Afrina ~


KHAS BUAT FAIN yang suka skodeng blog ni, pahtu komen depan2..-->

Rupanya dari awal lagi tuhan dah tunjukkan jodoh kita. Tapi saya yang x sedar dulu ni.Terima kasih kerana sudi menerima diri ini seadanya & memberikan kasih sayang yang tak bertepi buat saya & Asya. Terima kasih kerana menjaga saya dengan begitu baik sekali saat saya sakit. TAPI.. saya x mampu nak jadi seperti abg, terlalu banyak kekurangan diri ni. Saya nak jd seperti ISTERI y lain.. Saya xdapat berikan apa2 melainkan kasih sayang & doa seorang isteri. Abang pun jgn lupa selalu letakkan saya di hati abg.. Dah setiap kesalahan saya secara sedar @ tak, maafkanlah saya. Saya x nak pergi dalam keadaan berdosa pada suami. Syurga saya ada di bawah telapak kaki abang.

Sunday, August 15, 2010

Pesta L!L!N

Jom sama-sama kita memeriahkan Pesta Lilin di Kampung Berenjut...
njutt... njutt.. njutttt

*
*
*
*
hi.... rindu saya x??? Saya makin nakal.. Makin gelap jugak.. hehehehhe.. Ni, mama saya ajar saya main api.. ish..ish.. ishhh... xpatut..

Oppssss silap.. tu dia org y ajar main api.. Asya tgk dari jauh jer.. sbb x nak kawan dengan api.. Mama kata..

" API ni.. Kecik-kecik KAWAN... Bila besar jadi LAWAN "


---> Pic ari Jumaat baru2 ni.. berbuka kat rumah Ma Fain...

Saturday, August 14, 2010

Bertukar menjadi Mia Sara


Hehehe... Saya budok baru belajor... Memang x reti satu mde lagi.. Try mengatal kot photoscape.. Boleh tahan bestnya.. Tiba2 tjumpa rambut Adik Mia Sara... Pinjam jap yer..kasi asya pakai.. hehehhehe.. Alamak.. rambut besar drp kepala la plok.

Perasan x watermark lavender tu... Skarang dh x guna cap p.point lagi.. Dah ada halcipta terpelihara.. Testing masukkan watermark.. ---> KLIK SINI


----> Dah masuk hari Ke-4 dalam bulan Ramadhan.. Setakat ni masih kuat & mampu bertahan.. Alhamdulillah.. Okeysss... SELAMAT BERBUKA!!

Friday, August 13, 2010

ZAKAT




Zakat merupakan rukun ketiga dari lima rukun Islam dan ia juga merupakan salah satu di antara panji-panji Islam di mana Islam tidak boleh ditegakkan tanpanya. Orang yang enggan membayar zakat boleh diperangi dan orang yang menolak kewajipan zakat adalah dianggap kafir.



Zakat telah difardukan pada tahun kedua Hijrah dan ia telah disebut di dalam beberapa potong ayat di dalam Kitab Suci al-Quran di antaranya firman Allah:  (وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَءَاتُوا الزَّكَاةَ وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ) yang bermaksud: Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk. (Surah al-Baqarah, Ayat: 43) dan firman Allah: (وَالَّذِينَ فِي أَمْوَالِهِمْ حَقٌّ مَعْلُومٌ. لِلسَّائِلِ وَالْمَحْرُومِ.) yang bermaksud: Dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum. Bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta). (Surah al-Ma'aarij, Ayat: 23, 24).‏
 
 
Hukum Jika Tidak Membayar Zakat
 
Sesiapa yang mengingkari kewajipan zakat, ini bererti orang tersebut terkeluar dari agama Islam dan dia hendaklah diminta supaya bertaubat. Jika dia tetap bertegas tidak mahu bertaubat, dia boleh dibunuh sebagai seorang yang kafir kecuali orang tersebut baru sahaja memeluk Islam di mana dia boleh dimaafkan disebabkan oleh kejahilannya tentang hukum-hakam yang berkaitan dengan ajaran Islam.
 
(Sambungannya :KLIK SINI )
 
Pelbagain info tentang ZAKAT-->> KLIK SINI
 
 
---> Jangan lupa bayar zakat yer...
---> Dah masuk Hari Ke-3 di bulan Ramadhan... Kelmarin mdpt khabar sedih kerana schoolmate telah selamat kembali ke rahmatullah dalam pukul 11 am kemarin.. Semoga roh arwah trus dicucuri rahmatNya. Amin.

Thursday, August 12, 2010

Seharum Cinta LAVENDER

Sesuatu yang sungguh kebetulan... Saya & Fain adalah peminat cerita LAVENDER ini.. Filem ini juga yang menyatukan cinta kami.. Dan kami penggemar haruman lavender.. (ishhhh terlajak jiwang sudahh!!)

 *
*
*
*
*
*
*
*


 
 Hehehe,, ini jer nak bagi tau... Semoga blog ini pun akan seharum LAVENDER. Dapat merilekskan pembaca, menenangkan pembaca.. Watermark ni dah lama saya nak, dari sebelum sakit aritu lagi.. Dengan hanya memberi gambaran, SHA dapat menghasilkan design yang cantik sekali. Sangat2 puas hati.. Apalagi.. meh terjah SINI untuk membuat tempahan. Sha.. puas hati sangat2.. Tenkiu!!!

JIKA ANDA INSAN PRIHATIN--> KLIK SINI


---> Alhamdulillah, hari ke-2 Ramadhan dapat ditempuhi dgn baik sekali. Okies.. SELAMAT BERBUKA.

SUAMI & ISTERI : Berjimak di bulan Ramadhan

1. Suami isteri berjimak semasa waktu azan subuh dibulan puasa dan kemudian mandi wajib bolehkah mereka berpuasa, sedang apa yang saya tahu masa waktu imsak kita dikehendaki berhenti makan dan membuat perkara membatalkan puasa juga selepas azan subuh maksudnya puasa itu bermula?

Jawapan :
 Apabila seseorang menyangka bahawa fajar akan terbit lambat lagi, lalu bersetubuh. Kemudian dalam bersetubuh itu fajarpun keluar atau terdengar suara azan, maka wajiblah ia menghentikan persetubuhan itu dengan segera (serta merta) tidak boleh diteruskan lagi. Jika ia meneruskannya bererti ia telah merosakkan puasanya dengan bersetubuh yang disengajakan. Demikian pulalah dengan orang yang minum dan makan pada waktu itu.

Jika persetubuhan itu diteruskan walaupun telah terdengar suara azan, maka hendaklah membayar kaffarah. Pertama memerdekakan hamba, jika tidak ada atau tidak mampu, dengan berpuasa dua bulan berturut-turut, jika tidak sanggup iaitu dengan memberi makan 60 orang miskin.


2. Pada bulan puasa seseorang lelaki melakukan persetubuhan di siang hari dan dia terlebih dahulu membatalkan puasa tersebut pada hari itu, adakah perlu diganti puasa tersebut 2 bulan berturut-turut.

Jawapan :
Perlu dingatkan bahawa sengaja berbuka puasa di bulan Ramadhan adalah dosa besar sama ada berbuka dengan makan, minum atau bersetubuh (jimak).

 Sabda Nabi s.a.w. (bermaksud);
 “Sesiapa berbuka puasa sehari di bulan Ramadhan tanpa ada rukhsah (kelonggaran) yang diizinkan Allah untuknya, puasa sepanjang masa sekalipun tidak akan berupaya membayarnya sekalipun ia melakukannya” (Riwayat Imam Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah).

Orang yang melakukan perbuatan di atas ia telah melakukan dua dosa; pertama, dosa berbuka puasa dengan sengaja di bulan Ramadhan dan kedua, dosa melakukan helah (tipu daya) untuk menghalalkan larangan Allah di bulan Ramadhan.

Hukuman yang dikenakan pada soalan no.2---> KLIK SINI

---> Semalan ke Emergency room kul 9mlm.. dekat pukul 12 baru balik rumah.. Ceritanya.. lepas2 ni la.. esk k..lusa k..

Wednesday, August 11, 2010

HARI PERTAMA : Keindahan Ramadhan

"Salam...
Nama saya Syaa'ban.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya iaitu Ramadhan akan datang mengunjungi anda tidak lama lagi bersama isterinya iaitu REZEKI & kedua-dua anaknya iaitu SAHUR & IFTAAR.

Mereka akan ditemani oleh ketiga-tiga cucunya iaitu RAHMAT, BARAKAH & KEAMPUNAN.

Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaiki pesawat penerbangan Eidul Airlines.

Hargai mereka & anda akan mendapat pahala yang berlipat ganda."


Mari bersama kita menhayati keindahan Ramadhan dengan hati yang terbuka dengan melakukan pelbagai amal ibadah bagi mendapat keredhaan Allah SWT.. Hargainya, kerana kita x tahu sama ada kita akan dapat lagi menghayati Ramadhan pada tahun hadapan. Selagi kita berpeluang mengecapinya. Gunalah sebaiknya, masa yang ada dengan nyawa y dikurniakan oleh Allah SWT sebelum kita kembali kepadanya. Amin.


---> Alhamdulillah.. setakat ini ,masih mampu bertahan..
Ya Allah, kuatkan hamba mu utk terus bertahan di sepanjang hari..

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Datang Lagi


Ramadhan datang lagi.. Semoga Ramadhan kali ini akan dapat saya hayati dengan sempurna & baik sekali. Sama2 kita menghayati keindahan Ramadhan ini dengan beramal ibadah & melakukan perkara-perkara y baik.. Jika sesuatu perkara y x baik itu berlaku.. itu adalah dari diri kita sendiri.. Kerana, disepanjang bulan Ramadhan ini, kita akan bebas dari segala hasutan syaitan & iblis.. Maka jika ianya berlaku juga, ini bermakna.. hasutan itu datangnya dari hati & diri kita sendiri..

Sesungguhnya, saya begitu mengharapkan agar saya dapat lalui dengan sempurna pada Ramadhan kali ini.. Sejak 2 tahun kebelakangan ni, Ramadhan saya di hospital & x sedarkan diri.. Jom kita imbau sedikit kisahnya :

RAMADHAN 2008


Pada saat ini saya & asya bertarung nyawa dimana saya koma & asya di dalam kandungan saya ( saya xpasti sama ada asya pun turut koma @ tidak) .. Seingat saya, dalam pertengahan Ramadhan saya dah sedar.. Tapi ini merupakan saat2 y paling getir dalam kehidupan.. Dimana nyawa menjadi taruhan, perlu mengorbankan nyawa asya demi menyelamatkan saya y dalam keadaan kritikan & saya hanya mampu hidup kerana di intubate (mesin bantuan hayat utk teruskan hidup).

Saya x sedarkan diri sejak di awal kandungan lagi.. Kerana di dianosis sbg status epilepticus (sawan y berterusan hingga boleh membawa maut) & komplikasi pada jantung. Saya xtau apa y berlaku di sekeliling saya.. Yang pasti pada saat2 nyawa asya hampir dikorbankan demi menyelamatkan nyawa saya... Berlaku keajaiban daripada Allah swt.. Tendangannya.. Yang membuatkan saya tersentak dari lena yang panjang. Saya terkejut melihat perut y besar. Saya menangis kerana kesakitan y amat.. Kesakitan seluruh tubuh y dipenuhi jarum2 drip & kesakitan menahan pedih kerana di dalam mulut saya dipenuhi wayar2 inkubator utk menyokong saya teruskan kehidupan.

Saya x mampu melakukan apa2 pun.. Bercakap langsung x boleh, melainkan air mata y terus mengalir & mengalir.. Syukur kpd mu Ya Allah, kerana kau berikan KEAJAIBAN dalam kehidupan ini. Akhirnya, asya selamat. Saya pasti, saya terus kuat saat itu kerana mendapat kekuatan y luar biasa daripada asya.. Saya pasti pada saat itu asya sudah berkomunikasi dengan mamanya.. Maafkan mama syg, krn terpaksa terus membiarkan asya kesakitan setiap saat ubat-ubatan dimasukan melalui salur darah. Mama pun sakit.. Yang pasti, setiap kali ubat dimasukkan, asya seakan mengelupar dari dalam.. sama seperti y y mengelupar krn kesakitan. Jelas kelihatan perut2 saya di saat asya kesakitan itu.

Namun, keputusan utk mgugurkan asya ttp diteruskan demi selamatkan nyawa saya. Akhirnya tpaksa akur... Surat ditandatangani.. Dan pada ptg itu juga prosedur akan dilakukan.. Saya akan melahirkan seperti biasa, namun dalam keadaan baby dah x bernyawa. Namun, secara drastik.. saya merayu pada doktor untuk menangguhkan pd keesokkan harinya.. Sekali lagi KEAJAIBAN berlaku.. Kerana penangguhan itu, pguguran itu dihold dulu krn saya akn ditransfer ke HKL daripada Hosp Besar Kuantan.

Setelah beberapa lama di HKL, sy dihantar balik k Hosp Kuantan. Dan kali ini, saya terus nekad utk mempertahankan asya.. Kali ini saya pertaruhkan nyawa saya utk melahirkan asya. Untuk pengetahuan semua, sepanjang megandung, kaki kanan saya lumpuh.. Dah dekat2 nak lahirkan asya, kaki dpt bergerak semula.. Alhamdulillah...

Asya berusia 5-6 bulan.. saat asya hampir digugurkan..

*
*
*
*
*
KEAJAIBANNYA
*
*
*
*
Asya... bernafas hingga kini.. Dah nak masuk 2 tahun pun


RAMADHAN 2009



Masih lagi sakit.. sakit... sakit & sakit.... Hanya sempat berpuasa x sampai seminggu..
Kisahnya---> http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/2009/09/ksah-hdup-kta.html (klik sini )


" DIKESEMPATAN INI, SAYA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 2010. MAAFKAN ANDAI ADA Y TERCORET DISINI MENGURIS HATI KAWAN2 SEMUA."

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (135) WEEKEND (112) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (96) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) MyHappyFamily (72) AIDILFITRI OR AIDILADHA (71) INFO (67) Asya's School (57) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Sinopsis (51) Ramadhan (49) DapurLyaBerasap (48) Shopping (47) Birthday (46) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Jom Singgah (42) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) Check-Up (33) NuFF (33) CINEMA (32) D.I.A.R.I (32) Let's Eat (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (28) Video (27) MamaAsya (26) S.A.N.T.A.I (26) Tempat Makan Best Di Kemaman (26) Tempat Makan Best Di Terengganu (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (19) Do It Yourself (18) Villafasyafrina (18) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) mama+papa+fasya (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) Medical (11) TUTORIAL (11) fasyafrinatraveltales (11) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) DecobyLya (8) Idea Bento (8) Travel (8) Deko VillaCintaku (7) Parenting (7) mama+papa (7) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Family Day (3) Lyafrina's Instagram (3) Public Holiday (3) Tempat Makanan Best Di Kuantan (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) Mamalovefasyafrina (1)