Tuesday, November 30, 2010

Dr. Asya

Jom layan pic asya bersama koleksi mainan doktor & patung ala2 barbie yang diperolehi semasa harijadinya baru-baru ini.

Mula2 doktor kena berdandan dulu sebelum berjumpa pesakit. Asya mula menunjukkan skillnya memeriksa pesakitnya.

Mama : Bila besar nak jadi aper???
Asya : Jd Dokterrrrrr.. ( ini je jawapannya... sama mcm sy time kecik dulu)
Mama : Doktor kata apa??
Asya : Bukak mulut... ( sambil periksa dlm mulut & ambik temperature ltk kat ketiak sy)
Asya : Mama demam

Asya ni kalo kata nak jumpa doktor memang happy sgt2.. Mlm ahad baru2 ni bawak asya jumpa doc kat ER. Suka sgt dia kena check doc, & doc tu dah knl asya dah every month jumpa. Paling suka bila doktor check kat dada guna steteskop tu. Dan bila part nak ambik ubat tu, semuanya nak bawak, TAPI sampai part nak makan ubat kat rumah... MENJERIT SAMPAI 1000 BATU DENGAR. Tapi adala skill dia nk bg makan ubat. Mula2, fain baringkan asya & kedua2 peha kepit badan asya & saya pula pegang kepala asya. Sambik menyebut aaaaa(mulut terbuka) & terus masukkan ubat menggunakan picagari & picit hidungnya skejap, barulah ubat tu x keluar balik. Ilmu ni dpt dr someone jugak.

Tip-tip memberikan anak makan ubat :

1.Menggunakan sudu
Papa perlu berhati-hati jika memberi anak makan ubat dengan menggunakan sudu. Jangan terlebih dos.

2.Menggunakan alat penitis
Memberi anak ubat menggunakan alat penitis lebih mudah kerana tidak tumpah. Anda hanya perlu menyukat ubat mengikut dos yang betul dan masukkan ke dalam mulut anak. Picit hujungnya untuk mengeluarkan ubat tersebut.

3.Menggunakan picagari khas
Masukkan hujung picagari ke dalam botol ubat dan sedut ubat mengikut dos yang ditetapkan. Kemudian, masukkan pula hujung picagari itu ke dalam mulut anak dan tekan tombol picagari untuk mengeluarkan ubat.

4.Menggunakan hujung jari
Sekiranya cara-cara yang telah disebutkan tadi masih kurang berkesan, gunakanlah jari anda. Bersihkan jari anda terlebih dahulu dan celup ke dalam bekas yang mengandungi ubat mengikut dos yang telah ditetapkan. Biarkan anak menjilat jari anda. Ulangi cara ini sehingga ubat habis.
*
*
*
*
 " akhirnya menangis sbb kena buli dengan mama "

Hulurkan Bantuan Untuk Adik Afiq

Sumber : Pa & Ma

Hulurkan Bantuan Untuk Adik Afiq


Saya dapat info berkaitan penubuhan dana ni dari blog Ain.

Baby kecil ini adalah anak bongsu kepada blogger DJ EPOI. Baby Afiq sekarang menderita penyakit jantung dan akan menjalani pembedahan jantung di India Disember nanti.

Cerita lanjut boleh baca di entri ini :

ATAU

Segala sumbangan boleh disalurkan melalui:

MAYBANK:: 162143008275
CIMB:: 01180032819528

Sama-sama kita membantu baby Afiq, agar urusan pembedahan Baby afiq dapat berjalan dengan lancar dengan bantuan ikhlas kita semua. Andai tidak mampu hulurkan wang ringgit, cukuplah sekadat membuat entri tentang Adik Afiq ini serta iringi doa untuk kesejahteraan Adik Afiq. Amin

SINOPSIS : PUTERA KATAK

Bagaikan cendawan, adalagi drama baru dari TV3 dalam Slot Lagenda, iaitu PUTERA KATAK yang akan menggantikan drama Ulek Mayang. Drama ini mula ditayangkan kelmarin (29.11.2010) pukul 4.30 kot. Tp y perasanya sbb siaran ulangannya di TV 9 pukul 8.30mlm, bukak2 ada citer ni. Rupa2nya ulek mayang dah hbis. Camner episod akhirnya??


SINOPSIS PUTERA KATAK :

Drama Putera Katak di slot Lagenda ini akan membawa para penonton ke alam fantasi dan magis Putera Amar dalam menemui cinta sejatinya dalam membebaskan diri daripada sumpahan. Putera Amar tidak bertukar menjadi manusia selepas dicium oleh Puteri Zadora dalam drama ‘Putera Katak’.

Prince Katak

Putera Amar (Zizan Nin) telah disihirkan oleh kekasihnya, Puteri Zadora (Bia Rameshan) yang kecewa apabila Putera Amar tidak menjelma menjadi manusia walaupun sudah diberikan ciuman.Lantas, Putera Amar dibuang ke bumi dan terpaksa menjalani kehidupan sebagai katak selamanya.


Trisha

Amar (katak) dibela oleh Trisha (Nora Danish), seorang pencinta haiwan.Amar tetap optimis bahawa dia akan menjadi manusia semula kerana cinta suci akan memulihkan dirinya suatu hari nanti.
Princess Zadora
(pelakon baru ke ni??)

Lima tahun berlalu, Puteri Zadora sedar bahawa sihir kakaknya, Puteri Ixora (Norseha) telah menghalang Putera Amar untuk kembali menjadi manusia. Maka, Puteri Zadora telah menghantar panglimanya, Zamir (Fazreen Rafi) untuk menjejaki Putera Amar untuk dibawa balik ke planet Zadora.Zamir berjaya menemui Putera Amar tetapi Amar enggan pulang kerana perbuatan kejam Puteri Zadora masih menghantuinya. Putera Amar yakin bahawa Trisha yang sangat menyayanginya (katak) ialah cinta sejatinya.

Sumber : http://mytupai.blogspot.com/2010/11/nora-danish-putera-katak.html

Monday, November 29, 2010

Hisap Ibu Jari Kaki Petanda Dapat ADIK ???

model tetap blog mama

Pernah dengar tak orang tua-tua kata, kalo ank kita hisap ibu jari kaki ( macam pic asya hisap ibu jari kaki tu..), tandanya dia bakal dapat adik. Tak tau boleh percaya atau ke tidak, sebab peristiwa didlm pic tu berlaku thn lepas dalam bulan 9-12... xingat dah bulan berapa.. Asya selalu je hisap ibu jari kaki.

Dan time tu jugak, ramai la sedara-sedar duk perli asya bakal dapat adik. Saya ignore jer, sbb saya still dtg bulan every month & ambik suntikan perancang. Tp time tu jugak saya selalu xde selera makan, badan x sihat & bila makan j selalu muntah. Sebab kalau saya sakit pon mmg biasa dah mcm ni. Jadi x syak apa2..

Tapi last minute, KURASAKAN SOMETHING.. jeng..jeng..jeng..... Saya pon buat pregnancy test. Resultnya -ve.. Kusss semangat. Dan, keadaan saya still macam tu & utk puaskan hati saya, dlm seminggu lps buat pregnancy test tu, saya pegi buat sekali lagi.. Alangkahhhhh TERKEJUTNYA masa tu. Bila saya disahkan mengandung.

Masa tu blurr gak rasa, sbb saya ambik suntikan perancang+period setiap bulan. Dan dlm masa yang sama ada gak berkata-kata " Patutla Asya Hisap Ibu Jari Kaki Sokmo" --> EHH.. TIBA2 DAH TERPENGARUH DGN KATA2 ORG TUA.. Ermm xtau la.. Tapi, kandungan saya x dpt bertahan lama, sbb masalah kesihatan saya & dlm bln 12 thn lepas saya keguguran & terus doktor pakaikan IUCD. Kalo ikutkan time operate tu, doc nak ikat terus peranakan tp last minute pilih plan pakai IUCD, sbb sy tkut menyesal d kemudian hari. Mana tahu kot2 10 tahun lg, ditakdirkan saya blh mengandung semula kan??

Jadi bolehkah diterima pakai mitos org2 tua ni?? Adakah ianya SURATAN @ KEBETULAN?? Try gak search google nak cari info & kaitan pasal hisap ibu jari kaki ni dengan kata2 orang tua. tapi x jumpa la.. Apa2 pun rezeki itu semuanya dari Allah.

KUASA ADOBE PHOTOSHOPE CS4

Pagi-pagi kita segarkan mata dulu


Pic Asal
agak blur
*
*
*
*
*
*
*
*
New Image
Diedit menggunakan Photoshope CS4
Fuhhhhh.. macam guna DSLR kan??
*
*
*
*
Ketika Bersantai Di Watermelon Garden

Saturday, November 27, 2010

Sinopsis AYOUB

Sekarang saya demam duk layan drama AYOUB dalam slot samarinda. Sebenarnya xtau pun ada citer baru, tertengok secara x sengaja.. Tengok episod 1 tu, macam best citer ni. Cute benor Ayoub masa kecik.. Pandai bercakap & baik hati. Tapi episod 3 baru2 ni,,, ayoub dah besor & dilakonkan oleh iqram dinzly. Nampak gayanyer, bertenggekla setiap selasa-khamis kat depan tv ni.

pelakon utama

SINOPSIS AYOUB

Nukilan skrip oleh Faznita Md Nor mengisahkan Ayoub (Iqram Dinzly) yang sentiasa bersabar terhadap segala rintangan dalam hidupnya. Ayoub dibesarkan oleh ibunya, Banun (Rosnah Johari) dalam keadaan yang sederhana selepas ayahnya, Musen meninggal dunia semasa Banun baru mengandung. Ibu bapa Musen yang berasal daripada keluarga yang berada menyangka Banun berlaku curang dengan Mat Sewel (Razak Ahmad) lalu tidak mengaku Ayoub sebagai cucu mereka.
Ayoub mempunyai seorang kawan karib, Wan Aidil (Fizz Fairuz) sejak bangku sekolah. Ibu Wan Aidil, Norma (Norish Karman) sentiasa cemburu terhadap Banun dan tidak membenarkan Wan Aidil rapat dengan Ayoub. Wan Aidil telah berkahwin dengan Sazzy (Watie Sadeli), seorang gadis bandar yang kaya. Norma berasa bangga dengan kejayaan anaknya namun dia selalu mendesak Wan Aidil supaya lebih berjaya daripada Ayoub.

Ayoub pula memulakan kerjayanya sebagai seorang pengedar beras di kampung. Dia telah mewarisi harta peninggalan datuknya dan dapat mengembangkan perniagaannya. Walaupun keuntungannya kini tinggi, Ayoub menjalani kehidupan secara sederhana mengikut hukum Islam dan sering menolong mereka yang memerlukan. Ayoub bertemu jodoh dengan Tengku Zarima (Fiza Halim).
Mereka dikurniakan 4 orang anak selepas berkahwin. Perniagaan Ayoub semakin maju. Ayoub sering bersedekah kepada penduduk kampung dan menjadi penaja kepada beberapa dana.Mimpi ngeri Ayoub bermula apabila Wan Aidil semakin tertekan dengan kejayaan Ayoub. Kehidupan Wan Aidil tidak semewah dan sebahagia yang diimpikan selepas ditimpa dengan beberapa masalah.

Wan Aidil sanggup melakukan apa sahaja bagi menjatuhkan Ayoub. Syarikat Ayoub mula menghadapi masalah setelah beberapa pekerjanya berpaling tadah. Anak yatim yang pernah dibantunya pula menuduh Ayoub mencabul kehormatannya.Imej Ayoub sebagai seorang dermawan dan usahawan yang berjaya tercalar. Namun, Ayoub dan Tengku Zarima masih sabar dan tabah menghadapi segala cabaran. Wan Aidil bertindak lebih agresif sehingga tergamak membunuh anak-anak Ayoub serta menyebabkan Ayoub menderita dengan penyakit kulit akibat sisa bahan toksik.

Ayoub telah menyepi diri di dalam hutan. Dia enggan menerima sebarang bantuan daripada sesiapa dan mula menyalahkan Tuhan tentang nasib malangnya. Zahra, seorang anak yatim yang pernah dibantu oleh Ayoub hadir dalam hidupnya dan tekad memulihkan semangat Ayoub. Mampukah Ayoub bangkit semula? Bagaimana pula dengan kesudahan Wan Aidil?


--> Sumber:Mstaronline

Friday, November 26, 2010

Kaki Terlekat Di Liang Lahad

~ Semoga kisah ini dapat menjadi iktibar buat kita semua agar menghormati kedua ibubapa kita. Kisah ini, saya perolehi dari Fb. Sama-sama kita menginsafi di sebalik kejadian ini. Amin ~



Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu. 1 September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng - gelengkan kepala. Pasti ada sesuatu yang ‘besar’ sedang mereka bincangkan, kata saya di dalam hati.
Setelah injin motosikal di matikan, saya berjalan ke arah mereka.

” Bincang apa tu ? Serius aku tengok,” saya menyapa.

” Haaa… Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia ?”  kata Jaimi, kawan saya.

” Budak perempuan ? Tak boleh keluar dari kubur ? Aku tak fahamlah,” jawab saya.

Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu.

” Macam ni,” kata Jaimi, lalu menyambung, ”di kubur kat kampung Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu. Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia… tapi belum boleh lagi “.

” Kenapa jadi macam tu ? ” saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam.

Patutlah serius sangat mereka berbual..

Jaimi memulakan ceritanya...
Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempuan berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.

” Bukannya banyak, RM 20 aja mak !” gadis itu membentak.

” Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu,” jawab ibunya, perlahan. Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi, lemah jantung dan kencing manis.

” Maaak… kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak,” kata gadis itu.

” Yalah, mak tau… tapi mak tak ada duit,” balas ibunya.

” RM 20 aja !” si gadis berkata.

” Tak ada ,” jawab ibunya.

” Emak memang kedekut !” si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.

” Bukan macam tu ta…” belum pun habis ibunya menerangkan, gadis tersebut menyanggah, katanya,

” Ahhh… sudahlah emak ! Saya tak mau dengar ! ”

” Kalau emak ada du… ” ibunya menyambung , tapi belum pun habis kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ;

” kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada !” Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai .

” Saida.. Sai.. dddaaa..” katanya perlahan sambil mengurut dada. Wajahnya berkerut menahan sakit.

Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik, di balingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan Sementara diluar, suasana sunyi sepi. Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila di pegang ke pergelangan tangan dan bawah leher , tidak ada lagi nadi berdenyut. Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya, tapi tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melaui jiran-jiran, kematian wanita itu di beritahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar.

Jaimi menyambung ceritanya ;

” Mak cik tu di bawa ke kubur pukul 12.30 tadi.

Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak di masukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat Bantu.

” Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur.”

Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan. Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad. Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh di angkat . Ia seperti di paku ke tanah. Si gadis mula cemas.

” Kenapa ni ayah ?” kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi.

” Apa pasal,” Si ayah bertanya.

” Kaki Saida ni.. tak boleh angkat !” balas si gadis yang kian cemas. Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.

” Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat… tak boleh nak naik,” gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya. Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi di panggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil.

” Ayah… kenapa ni ?? !! Tolonglah Saida , ayah..” si gadis memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur. Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cuba menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat.

” Tolong saya ayah, tolong saya… kenapa jadi macam ni ayah?” kata si gadis sambil meratap.

” Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal . Sekarang ayah pun tak tau nak buat macam mana,” jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu. Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.

” Emak… ampunkan Saida emak, ampunkan Saida…” gadis itu menangis . Sambil itu di peluk dan di cium jenazah. Air matanya sudah tidak boleh di empang lagi.

” Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal… Saida menyesal.. Ampunkan Saida emak,” dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku.

Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh ditarik keluar. Beramai-ramai tangannya supaya boleh di tarik keluar. Beramai-ramai orang cuba mengeluarkannya namun kecewa. Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu dikambus.

” Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat di lihat lagi. Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja… kalau hujan macam mana ? ” kata imam kepada bapa gadis berkenaan.

” Habis anak saya ?” tanya si bapa.

” Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat isteri awak di sempurnakan, anak awak kita selamatkan,” balas imam.

Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang di putuskan, upacara pengebumian terpaksa di teruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya. Bagaimana pun kubur di kambus separas lutut gadis saja, cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya. Yang menyedihkan , ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talking di baca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil.

” Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni.
Lepas ni aku nak ke kubur lagi. Nak tengok apa yang terjadi,” kata Jaimi.

” Aku pun nak pergilah,” kata saya. Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur.

Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana. Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang di maksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak. Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai ke barisan paling hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah di buat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing. Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya.

” Pssstt… Raie… Raie.. Psstt,” saya memanggil , Raie yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan.
” Boleh aku tengok budak tu ?” saya bertanya sebaik saja dia datang ke arah saya.

” Mana boleh . Keluarga dia aja yang boleh,” jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik.

Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan khuatir ada orang yang tahu.

” Sekejap aja. Bolehlah…”saya memujuk.

Alhamdulillah, setelah puas di pujuk dia mengalah. Tanpa berlengah, saya mengusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar kencang. Pertama ,risau, takut di halau keluar. Kedua ; tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan. Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke pusara yang di maksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya. Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik.Mungkin dia merayu supaya saya tidak di halau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur. Bila di jenguk kedalam , dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih ;

“Emak… ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal..” Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya.

” Emak… lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan saya,” Di tarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.

Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak di buat untuk menyelamatkan gadis berkenaan.

” Sudahlah tu Saida… makanlah sikit nak ,” rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya.

Hampir menitis air mata saya melihat Saida . Tidak saya sangka, cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata. Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibi bapa akan di balas ‘tunai’.Malangnya saya tidak dapat lama di sana. Cuma 10 - 15 minit saja kerana Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak mahu , terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap

” Ampunkan saya emak,ampunkan saya saya, Ya Allah, lepaskanlah kaki ku ini, aku bertaubat, aku insaf…”

Lantas saya menoleh buat kali terakhir.Saya lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk di bawa keluar, tapi seperti tadi, tidak berhasil. Seorang polis saya lihat mengesatkan air matanya. Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu. Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak di benarkan . Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis , permintaan itu terpaksa di tolak. Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba. Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata.Suara tangisannya yang saya terngiang-ngiang di telinga.

Saya di beritahu ,sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa. Namun telah di sebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat di keluarkan. Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang di beri oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita.Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari. Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang di lakukannya.

Allah Maha Agung… sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian di sempurnakan seperti mayat-mayat lain. Kuburnya kini di penuhi lalang.
Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka. 

" SESUNGGUHNYA SYURGA SEORANG ANAK TERLETAK DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU "

sumber : http://haticlassic.blogspot.com/2010/11/ayahtarik-tangan-saya-nikaki-saya.html

Thursday, November 25, 2010

MEREMPIT SAMPAI TERKEPIT

Lokasi : Kg. Besut Kemaman,Trg (betul2 tepi Masjid Besar Sultan Ahmad)
Tarikh : 19.11.2010
Waktu : 6.30 pm - 7.00 pm

Kali ni saya nak kongsikan sedikit tentang isu rempit. Mesti semua biasa berhadapan dengan mat-mat rempit ni time memandu di djalan raya kan. Yang pasti setiap hari Jumaat, memang penuh sepanjang jalan besar penonton-penonton yang ingin menyaksikan mat-mat rempit ni berlumba & menbuat macam2 aksi yang menakutkan. aksi superman la.. Aksi kepala seret kat jalan raya la.. Ishhh.. memang berani sungguh. Tetapi, yang menyakitkan, waktu yang dipilih untuk xtvt ni ialah time maghrib & di jalan masjid. Kiranya kat masjid sibuk melaungkan surah2 suci al-quran sebelum azan maghrib, y dijalan raya pula sibuk melaungkan bunyi2 ekzos yang sgt2 bising & seakan mempersendakan agama. Sungguh kurang ajar !

Fuhhh.. memang advande sungguh la. Kiranya berani mati ni. Bukan saja membahayakan nyawa sendiri, tapi membayakan nyawa org2 yang x bersalah & terlibat dengan gegaja rempit ni. Sebenarnya banyak lagi yang dibelakang tu..

Bawak motor sampai nak bergesel-gesel dengan kereta ni. Walaupun polis block, dia orang ni memang berani la..

Ni 3 orang ni nyaris nak belanggar dengan kete ni.. Merempit kemain laju..

Sebenarnya ada option lain kalo betul2 berminat dengan rempit-rempit ni. Apa salahnya join club n lakukan dengan cara betul di litar lumba motor siap dengan pakaian yang safety. Sekurangnya, lebih selamat untuk si perempit & pengguna jalan raya yang lain. Selama ni pun dah banyak keluar dalam paper, pasal kemalangan y melibatkan kematian akibat merempit & lagi menyedihkan apabila pengguna jalanraya yang x bersalah pun menjadi mangsa.

---> fikir-fikirla... gegala yang sudah lama berlaku dari zaman dulu lagi hingga kini masih belum dapat di banteras. selalu jer ada generasi pelapis.

Jumpa Doktor :-(

Tengok steteskop tu.. x sampai kat telinga pon. Sampai muncung mulut asya pakai.

Papa : sya sya beso nok jadi mende??
Asya : adi dokter .. mama akittt

Assalamualaikum & selamat pagi semua. Mungkin disaat entri ni di publish saya odway ke HTAA sebab macam biasa la saya ni, rutin bulanan bertemu dengan doktor pakar. Walaupun, kalo ikutkan hati memang malas nak pegi & dah bosan sangat2.. Tapi apa daya semua ni untuk kebaikan saya jugak. Pejam celik, pejam celik dah 11 tahun saya hidup macam ni. Tapi 8 tahun kebelakangan ni condition makin teruk.

Ini pula saya terpaksa berulang alik jumpa pakar di HTAA & HKM . Tapi, ada y terpaksa saya postpone sbb mcm x best jer cuti sokmo kan. Sebab saya ni bekerja, takut meganggu kerja2 di ofis. Bulan 12 ni pun ada banyak apoitment, salah satunya jumpa pakar NEUROLOGI di HTAA. Dan Asya pun harus jumpa pakar PAED di HKM.. Dalam masa yang sama masih ada beberapa apoitment dengan pakar MOPD  untuk saya di HKM. Rasa macam padat sgt2 jadual. Mybe ada y nak kena ponteng ni. Blood test pun tiap2 bulan kena buat di kedua-dua buah hospital ni.

Sekarang saya masih menunggu tarikh appoitment untuk MRI. Doktor ada suspek SATU perkara tu berulang lagi. Apa2 pun tunggu buat MRI dulu & tengok resultnya selepas itu. Apa2 pun, saya mohon dipermudahkan segala urusan ni semua & harap sangat2 result MRI tu ok jer. Okey... doakan semoga dipermudahkan segala urusan saya hari ini & selamat perjalanan pergi & pulang. Amin..

Wednesday, November 24, 2010

Petua untuk menegangkan payudara

Payudara merupakan aset penting bagi wanita terutamanya bagi mereka yang sudah berkahwin. Jadi, disini ada beberapa petua yang dapat di amalkan untuk mengekalkan keindahan payudara anda.


1. Labu
Masak labu sehingga empuk. Setelah empuk, biarkan labu itu sehingga suam2 kuku & ramaskannya. Kemudian sapukan labu itu pada keseluruhan payu dara. Biarkan selama 20 minit sebelum dibilas. Lakukan petua ini sebanyak dua kali seminggu.

2. Daun Sirih
Layurkan daun sirih di atas api dan angkat setelah agak-agak panas dan pastikan daunnya tidak terbakar. Kemudian tekapkan kepada payu dara tetapi tidak menutup puting. lakukan langkah yang sama terhadap payu dara satu lagi. Selepas itu, pakai coli seperti biasa dan biarkan sehingga 2 atau 3 jam.

3. Senaman Payu Dara
Caranya mudah dan tidak mengambil masa yang lama, iaitu dengan menegakkan badan dan genggam kedua-dua tapak tangan. Tolak ke arah berlawanan dan lakukan selama 10 hingga 20 minit mengikut kemampuan


---> info diperolehi oleh carian google, dah terlupa link. terdelete masa edit. 

Resepi SUP TULANG Ringkas

Hari raya ke-2 Aidiladha saya ada ambik bahagian dalam korban kat ofis seperti yang diceritakan dientri ini . Jadi, pada hari raya ke-3 tu sempat la saya menyalakan kayu-kayu api untuk membuat Sup Tulang ni. Ermmm.. caya ke saya guna kayu api??? Rasanya dah ramai yang tahu cara nak buat sup tulang ni. Dan ni jugak percubaan pertama saya buat sup tulang, jadi nak share sikit cara2 nak membuat sup tulang ni. Tapi kalo ada sesiapa y ada petua y bagus2 atau cara2 y lagi super duper untuk menyedapkan sup tulang ni, meh la share sama2 yer..

Langkah 1
Setelah tulang daging dipotong & dibasuh bersih masukkan satu persatu isi tulang tu di dalam periuk yang berisi air.

Langkah 2
Setelah paras air agak sesuai dengan jumlah daging y dimasak itu, mula hidupkan api & masukkan sup bunjut

Ini contoh sup bunjut y saya gunakan. Disponsor oleh Mak Siti (bukan dato siti yer)

Langkah 3
Sediakan rempah ratus diatas.. Dan ditumis

Langkah 4
Kemudian, masukkan sekali bawang merah+putih y diblender & tumis hingga agak kekuningan & naik wangi. Setelah siap ditumis, masukkan terus ke dalam periuk tempat merebus daging tadi.

Langkah 5
Setelah, bahan tumis dimasukkan. Masukkan juga halia & lada hitam. Dan tunggu hingga daging empuk.
*
*
*
*
*
*
*
Finally
jangan lupa letakkan daun sup+bawamg goreng yer

SEDIA UNTUK DIMAKAN

---> Boleh juga rempah ratus diatas ditumis dahulu, kemudian masukkan air & daging serta sup bunjut+halia & lada hitam.

Salam Takziah Buat Aisyah Kenangan Terindah

Tadi terbaca satu entri yang cukup menyentuh perasaan dari blog Cik Mot , berkaitan Arwah Aisyah yang merupakan ibu kembar 3 yang kesemuanya perempuan telah kembali ke rahmatullah pada 22.11.2010 kerana terjatuh di dalam bilik air. Saya terus ke blog arwah--> Aisyah Kenangan Terindah. Rupanya arwah baru saja bermula dalam arena blog ni. Walaupun, belum sempat mengenali arwah.. tetapi sbg saudara sesama islam sama2lah kita sedekahkan surah Al-Fatihah buat arwah dan semoga suami & anak2 arwah tabah menerima ketentuan ini.

komen terakhir arwah pada hari arwah kembali pada pencipta


Sama-sama Kita Sedekahkan Surah Al-Fatihah Buat arwah 

" Semoga Arwah Ditempatkan Di Kalangan Orang-Orang Yang Beriman "
AMIN

Banjir Besar Di Terengganu ??

Lokasi : Bakau Tinggi, Kemaman Terengganu
Tarikh : November 2010
Waktu : 4.45 petang ( time balik ofis ni )

Jom kita tengok fenomena hujan lebat yang berlaku dari awal bulan 11 baru2 ni. Tarikh snap pic dah x ingat bila, tapi dalam 10-15hb kot.. Dan dengar ramalan cuaca, katanya Terengganu bakal berhadapan dengan banjir besar tahun ni. Sekarang cuaca kat sini panas terik yang amat, just hujan time malam (kadang2). Kalo ikut ramalan, katanya bermula akhir bulan ni hingga ke bulan December. Apa-apa pun, lebih baik bersedia dari awal dengan sebarang kemungkinan yang akan berlakukan??

Time ni keadaan langit mula gelap & jln raya basah kesan hujan yang sebelum tu.

Hujan mulai turun

Time ni dah melepasi trafic light Bakau Tinggi & hujan mula lebat

Dan terus lebat

Sampai terlalu kabur. Saya suggest suruh fain stop kereta jer. Sebab takut, dengan anginnya yang kuat .


" Di KUALA TERENGGANU, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah, berkata Terengganu kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga berikutan kebimbangan pertembungan limpahan hujan dengan air pasang besar yang dijangka berlaku akhir bulan ini dan tiga kali sepanjang bulan depan. "

fain sediakan payung sebab panas ni


"  SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN "

Tuesday, November 23, 2010

Mini Zoo Kemaman : PART 5

Haaaa.. dah bosan ye??? Sayangla kalo x upload apa y best kat dalam zoo ni.. Bukan sekadar posing semata-mata yer. Ok..ok, yang ni kiranya part last dah. Kita pakat skodeng, apa y ngetop kat zoo ni. So jom kita layan. Zasssssss..

RUMAH TERENGGANU

Zoo bukan sebarang zoo, disini turut terselit rumah tradisional terengganu yer.

Ini rupanya.. Amacam cun x?? Patutla, kat sini ramai y buat rmh combine moden+tradisional. Ikut rmh trg lama rasanya. Kalo nak tgk, p jalan2 kat Kg Mak Chili ( Mother Chili Village ), rumah sorang2... fuhhhhh!!

Jemput la ke teratak kami

Asya pon minat rumah tradisional ni.

Rumah Tradisional Terengganu

PLAYGROUND DI HUTAN BELANTARA

 

Kita main masuk je lorong2, ikut kaki.. Sekali terjumpa PG ni.. Asya aper lagi, terus berlari ke situ

Sempat lg layan PG diiringin bunyi2 latar belakang cengkerik & unggas .

WATERFALL

Mengadap PG ni ada waterfall yang dah direnovate menjadi kolam.. Bestnyer boleh mandi manda lagi. Kalo x silap, nak mandi harganya RM5. Kalo tau bawak baju lebih, blh terjun dlm ni.. Ada org mandi manda di kolam sebelan sana.

Sempat jugak saya berposing... saya jer!!

Dan one more yang baru kat sini, kolam mandi ala2 Gambang waterpark ( tp mungkin x sebesar tu sgt )baru dibuka selepas raya korban baru2 ni. Mula2 kita org dah jln nak tgk waterpark tu, tp sekerat jln, patah balik.. Jauh jugak yer. Kat sini byk cabang & saya rasa banyak lagi tempat y saya tertinggal Plan fain, lps raya haji, nak dtg lg sini nk bawak asya berendam kat waterpark tp apa daya, hingga ke hari ni asya masih x sihat & demam. .

Time ni tunggu tram datang ambik

Finally.. berakhir sudah perjalanan kami di Zoo Kemaman.

" JOM RAMAI-RAMAI PAKAT GI ZOO KEMAMAN "
MELANCONGLAH DI MALAYSIA DI SINI SEMUANYA ADA
CUTI-CUTI MALAYSIA

~~ Last.. jangan lupa VOTE asya, just follow step kat SINI. Tq

Mini Zoo Kemaman : PART 4

Pagi yang ceria ni, kita semua pakat tenangkan fikiran kat hutan ibok ni dulu sambil kita intai2 pak belang pula.


Wowww.. Istana untuk pak belang ni memang besar sekali. Istana kristal g2. Untuk melihat abg belang ni, boleh pilih melalui tangga atau direct ke tempat p.belang. Kalo naik tangga, lebih advance dan boleh tgk permandangan dari atas tapi saya x larat la nak meround..


Ada 2 ekor pak belang.. Ermm besonya boleh tahan.. Lebih besar dari saya.


Time ni sebab nak ambik pic berlatar belakangkan pak belang. Terpaksa guna mcm2 helah utk tarik perhatian asya supaya tgk ke kamera.. kalo idak, asyik nengok ke harimau jer.. Time ni.. asya kata " papa rimau "

Tangga ke sangkar harimau

Family Potrait

Me & asya berlatarbelakangkan istana pak belang

Selepas meraound ke istana pak belang, misi diteruskan lagi. Kali ni dah xtau nak menuju kemana.. Last2 ke tempat rusa, tapi harus naik jambatan gantung.. Ermmm ini yang bestnyer.

Tangga ke jambatan gantung

Lagi pose papa+asya


Memang panjang jambatan ni. Kita org jalan x sampai 10 minit , terus patah balik.. Jauh lg tu, xtau smpai kemana + takut nak bawak asya jauh2 ke dalam hutan. Tapi memang cantik sgt2 permandangannya.


Lagi.... pic bersama family


Sekali kena pelepokkk kat dari asya. Asya kata, diammm!!


Me LOVE Asya

Tunggu next entri... masih ada sambungannya... Panjang benor kan??? Nak promote Kemaman ni!!


Jom Klik Link2 Kat Bawah :


~ Vote untuk asya just follow step kat sini ~

--> Coming soon, last episod di zoo.

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (136) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (96) MyHappyFamily (78) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (71) INFO (67) Asya's School (59) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (49) Ramadhan (49) Shopping (47) Birthday (46) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Jom Singgah (44) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (34) Check-Up (33) Let's Eat (33) NuFF (33) D.I.A.R.I (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (29) MamaAsya (27) Tempat Makan Best Di Kemaman (27) Tempat Makan Best Di Terengganu (27) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) mama+papa+fasya (21) Isu (20) PLAYground (20) Do It Yourself (19) Throwback (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) fasyafrinatraveltales (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Deko VillaCintaku (8) Idea Bento (8) Travel (8) Parenting (7) mama+papa (7) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Tempat Makanan Best Di Kuantan (5) Family Day (3) Lyafrina's Instagram (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) Mamalovefasyafrina (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1)