Friday, December 31, 2010

31.12.2010

TETAP RASA SAYANG NAK MENINGGALKAN 2010
TAPI APAKAN DAYA, BUMI TERUS BERPUTAR, MASA TERUS BERJALAN.
NAK TAK NAK KITA AKAN TERUS KE DEPAN BUKANNYA KE BELAKANG
KECUALI
KEHIDUPAN KITA TERHENTI DISAAT KITA DIJEMPUT ILAHI


Wishlist 2011
  • Nak DSLR.. Yang ni dah tertunggak hampir 3 tahun!! Sebelum aktif dalam blog lagi. Iyerla, ada y lebih penting dari tu. Duit digunakan utk perubatan saya. :-( Tak kisahla dapat ke tak dapat, tetap akan berada disenarai yang teratas. Sebagai pembakar semangat utk berusaha lebih!
  • Tahun 2011... TAK NAK MASUK WAD!!!!! Tapi iyerla, bukannya kita tau apa yang terjadi dimasa depan. Tapi xpe, kita sbg umatNya harus sentiasa berdoa.
  • Dari segi material.. xde apa yang saya nak.. Henfon?? xpela... henfon lama jer! Asalkan blh call & sms.
  • Paling penting.... saya nak family saya akan terus bersama hingga ke akhir hayat x kira apa keadaan yang menimpa kita orang! Dan kasih sayang antara kami semua makin bertambah dari hari ke hari. Sebab kasih sayang ni merupakan senjata & kekuatan untuk kita menhadapi setiap kepahitan dlm kehidupan!
  • Yang ni memang saya harap sgt2... sebab saya & fain mmg dah lama x bercuti. Harap thn depan saya dpt bwk asya bercuti jika kesihatan menizinkan. Amin
  • Kalau bolehla.. saya nak belajar drive semula.. Dah hampir 5 tahun saya x drive sbb sakit. Awal2 tahun aritu, ada try drive.. tp mmg x boleh, kaki smpai berketar-ketar.. Tp drive membahayakan saya & pengguna lain.. Ermm.. mcmana tu??
  • Sesuatu yang paling mendebarkan... saya akan menjalani MRI pada 24.2.2010. Walaupun, saya nampak tenang, tapi saya sgt2 takut untuk menghadapi kenyataannya. Semoga semuanya Normal saja.
  • Nak rumah...nak rumah...nak rumah!!!!!
  • Dah xtau apa.. tp saya nak sihat.. sihat.. bahagia & hidup bersama Fain & Asya serta famili saya!
SELAMAT DATANG 2011

Thursday, December 30, 2010

Memori 2010

Selamat Tinggal 2010. Semoga segala pengalaman pahit & manis yang diharungi pada tahun 2010 dapat memberi & menambahkan kekuatan diri ini untuk berdepan dengan dugaan yang mendatang dengan lebih KUAT & TABAH. Insyaallah..Dan, syukur alhamdulillah kerana masih diberi kesempatanNya untuk menikmati tahun baru keesokkan harinya. Insyallah... Jika berkesempatan.Masih ada wishlist yang tidak tercapai dalam tahun 2010, tapi takpe kita bawa ke 2011. Jadual berjumpa doktor untuk tahun 2011 dah dapat. Setakat ni sampai ke bulan Mac. Adoiiii.. bosan betul! Tapi nak buat camner kan, kalo nak sihat & sayangkan asya+Fain kena ikut arahan doktor. Jom kita imbau sket antara kenangan sepanjang 2010.

JANUARI 2010
Pembukaan 2010, terpilih sebagai lucky winner dalam cabutan bertuah yang dianjur oleh asha.. Fuyoooo.. dapat pergi Gambang WaterPark! 

Survey Kapal Bestmaritime Alliya

FEBRUARI 2010
Menghadiri majlis bertandang Flizz Za

MAC 2010
Merupakan bulan yang penuh makna, kerana 10.3.2010 merupakan ulangtahun kelahiran saya yang ke-25. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk bernafas. Semoga, saya dapat meraikan ulangtahun kelahiran yang ke 26 pada 10.3.2011 nanti.

APRIL 2010
 Antara kenangan best sepanjang April 2010, ketika bersantai disini.. Fresh semuanya!

MEI 2010
HARI IBU
Kami sama2 merasai penderitaan itu...
Sama2 merasai kesakitan itu dulu..
Kini..kami sama2 menikmati kebahagiaan itu..
Sama menghargai nikmat kasih sayang yang tercipta

JUN 2010
Sepatutnya pada tanggal 5.6.2010 saya melahirkan seorg lagi anak. Tapi tuhan lebih menyayanginya. Tuhan meminjamkan sekejap sahaja di dalam perut saya. Saya percaya semua yang berlaku ada hikmah. Kerana tuhan lebih mengetahui tahap kemampuan & keadaan kesihatan saya kerana itu dia pergi. Walaupun sekejap, kasih sayang tetap terasa & kehilangan turut terasa.

JULAI 2010
Merupakan bulan yang penuh cabaran & ujian buat saya apabila saya jatuh sakit lagi hingga terlantar dalam ICU. Dan tanpa pengetahuan saya juga, ramai blogger2 menulis entri ttg saya serta melancarkan dana untuk saya. Ya Allah, hanya tuhan mampu membalas diatas setiap kata2 semangat, doa serta segala bentuk bantuan yang dihulurkan. Dan, ketika ini ramai blogger yang datang melawat saya, antaranya asha, ain , k.miemiey, liyatie. Tqvm!
hehehehe.. tgk tang rambut palsu tu (edit yer)

selepas keluar hospital. Ain datang melawat di rumah

OGOS 2010
Alhamdulillah... pada 16.8.2010 dah masuk 7 tahun usia percintaan antara saya & fain. Semoga ianya kekal hingga ke akhir hayat!

SEPTEMBER 2010
Paling best, dapat meraikan aidilfitri bersama keluarga tersayang..
KAMI in PINK.. So Sweet!!!

OKTOBER 2010
Bulan 10 memang bulan yang sangat2 special! 26.10.2010 merupakan ulangtahun perkahwinan saya & fain yang ke-4. Syukur alhamdulillah, semoga terus berkekalan hingga ke akhir hayat. Dan pada 31.10.2010 merupakan ulangtahun kelahiran fain yang ke 26..

NOVEMBER 2010
Alhamdulillah, 3.11.2010 cukup 2 tahun usia asya & ini bermakna sudah 2 tahun kenangan itu berlalu. Syukur alhamdulillah, asya berjaya mengharungi liku kehidupannya sejak dalam kandungan lagi. Mama & papa sayang asya!

Special untuk asya, bawak dia tgk animals kat Mini Zoo Ibuk.. Satu pengembaraan yang menyeronokkan!

DECEMBER 2010
Akhir tahun 2010, kami di uji. Saya masuk wad lagi akibat sakit kepala yang terlampau & mengalami pendarahan dari hidung. Dan hasil berjumpa pakar neuro di Kuantan, MRI akan dilakukan pada Feb 2011. Kata doc punca pendarahan tu antara 2 sebab antara, sama ada darah x dapat membeku  (masalah platelet darah ke apatah)@ kerana ketumbuhan. Tapi saya mcm dah agak jer, sbb simptom camni la yang saya alami masa umur 15tahun dulu, dan hasil MRI menunjukkan saya ada ketumbuhan dalam otak & pembedahan dilakukan dgn segera untuk membuang ketumbuhan tu. Apa2 pun, saya harap dapat dijauhi drp semua tu & apa2 pun kita tunggu hasil MRI bulan 2 ni( walau nampak tenang, dlm hati hanya tuhan yang tahu). Dalam tempoh saya berada di wad, sekali lagi saya diuji apabila mengetahui Asya turut mengidap penyakit lelah & paru2 kronik. Sekaligus saya terus mengabaikan keadaan saya time tu, apa y sy fikir cuma untuk asya.

Disebalik kesedihan ini, sedikit terhibur bila mengetahui, kedua-dua org anak saudara dapat 8A dalam PMR baru2 ni. KLIK SINI

28.12.2010
Time ni sebelum ke emergency room bawak asya. Steady lg masa ni. Macam biasa, every month demam+lelah & nafas berbunyi. Jumpa doc, dia bg sejenis lg ubat lelah. Start mlm tu dah xdpt tido, sakit dada. Fain la yang berjaga malam jaga asya. Saya nak jaga, tp Fain x bg takut ganggu kesihatan saya.. Tp iyela.. ttp xleh lelap mata bila ank sakit.

29.12.2010 
Keadaan makin  teruk, sampai muntah2 setiap masa. Rasa nak menangis bila tgk mata asya mcm terbeliak ke atas menahan sakit. Bimbang sgt2. Tp siang hari dia ok sikit, boleh aktif. Bila time malam, jd lemah. Bila sakit, mmg dia nak dgn papa dia jer. .

Time tidur pun peluk x nak lepas. Ok la sayang, mama x lah risau sgt, atleast kalo saya xde asya x tersasa sgt kehilangan saya nanti.


Harapan untuk hari ini, esok & selamanya :-

Hanya mohon diberikan kekuatan serta ketabahan yang berganda-ganda untuk menghadapi liku-liku kehidupan y mendatang. Saya percaya di depan sana masih banyak dugaan menanti. Yang penting, kita sabar & saya tak akan sekali mengeluh dengan apa yang terjadi. Semuanya ada rahmatnya. Saya makin tua, dunia ni pun makin tua & kita semua makin tua. Semoga setiap tahun yang berlalu dapat memberi kita seribu erti pengajaran yang dapat membawa kita ke arah yang lebih baik ke tahun mendatang! Gud luck semua & semoga wishlist2 yang tak tercapai pada thn ni akan dicapai pada thn depan. Insyallah!

Wedding Caremony : FLIZZ IRMA & ZULKADRI - Jom Terbang Ke Bandung, Indonesia.

Ehh.. ni pic semasa hari persandingan saya tahun 2006 dulu!
Irma yang berada di sebelah kanan sekali. Sekarang just tinggal FLIZZ ZATI saja y belum join club kita org. Bila lagi zati???

*
*
*
*

Design pelamin Indonesia memang sinonim menggunakan kaler2 macam ni

Kali ni saya nak share pic perkahwinan my bf yang cukup unik sekali dari budaya kita di Malaysia. Kali ni kita terbang ke Bandung, Indonesia sempena meraikan majlis perkahwinan Irma. Tapi sayangnya, saya x dpt join, yela jauh sgt tu. sy plok alah nak naik kapal terbang ni.
Kamu cantik bangat irma!! Di hari pernikahannya pada 30.9.2010. Tapi lambat publish, sbb picnya baru dapat. Kuning, kaler febret irma!

Di hari persandingan Irma & Zul

Selamat melangkah ke alam berumah tangga

Design sudut acara memotong kek


Irma, cunnyer kamoooo!!


Sesi touch up

SESUATU YANG LAIN


Kalo kat sini, kita mesti gunakan kanopi. Tp nampaknya kat tempat ni, masih menggunakan xtvt bergotong royong membuat bangsal2 tempat makan. Mesti meriah.
*
*
*
*
Last but not least
FLIZZ STAR di hari konvokesyen! Saya memang berisi time ni, baru lepas pantang!

Wednesday, December 29, 2010

TUTORIAL : SETTING UPDATED EDITOR

Kali ni nak share tentang satu cara untuk menukar blog dari OLD EDITOR ke UPDATED EDITOR. Dulu, permulaan blog saya menggunakan OLD EDITOR. Memang ada banyak perbezaannya. Kalo nak tahu sama ada blog anda menggunakan OLD EDITOR @ UPDATED EDITOR jom tenggok di bawah:

PERBEZAAN PADA CREATE "NEW POST "

OLD EDITOR

UPDATED EDITOR
Perbezaan antara old editor & updated editor boleh dilihat pada pic 1 & 2. Bulatan hijau menunjukkan perbezaannya.

Antara Kebaikkan Updated Editor (maknanya ada byk lg y baik) :-
  • Boleh menukar pelbagai jenis font yang diingini
  • Boleh UNDO & REDO
  • Boleh buat macam ni-->  saya comel x??,  ada garisan atas tulisan tu.
  • Paling bagus.... setiap kali sebelum post, kita boleh preview dulu entri kita. Klik jer kat PREVIEW tu. At least, kalo ada tersilap tulis k, gambat senget ke, boleh baiki sblum publish.
  • Dan senang keje2 m'upload pic. Tak macam old post kena setting saiz untuk semua pic dalam satu n3. Cam updated editor ni senang, setiap pic tu kita boleh setting ikut saiz y kt nak dalam n3 jer & kerja2 upload dilakukan sekaligus. Jom tenggok bawah ni:-
OLD EDITOR
Untuk upload pic, kita kena pilih LAYOUT & SAIZ IMEJ sekaligus untuk semua pic. Kecuali utk layout kt klik NONE blh la pilih mana2 layout kita nak.

UPDATED EDITOR
perbezaan ketara dengan old editor

Boleh upload pic yang sedia ada dalam blog ni dgn hanya klik di bahagian FROM THIS BLOG. Atau broese dari mana2 fail yang kita nak.

Untuk setting saiz & layout pic ni, just klik pada setiap pic & pilih saiz sama ada SMALL, MEDIUM dll. Dan untuk layout tu, just klik pada LEFT, CENTRE @ RIGHT. Dan jika nak buang pic tu, just klik pada REMOVE. Senangkan!

Cara-caranya:

Klik SETTING-->GLOBAL SETTING-->SELECT POST EDITOR & KLIK PADA UPDATED EDITOR (seperti bulatan hijau). Dan last SAVE SETTINGS

" SELAMAT MENCUBA "

--> untuk lebih jelas, klik pada pic

Dapat Award : SUPER MOM !!


Eb... xtau nak kata ape.
Memang sangat2 terharu sebab dapat award yang memang khas untuk lya ni.
Terima kasih banyak2 atas penghargaan itu & sesungguhya, lya adalah wanita biasa sama seperti EB dan ibu-ibu yang lain. Sememangnya, seorang ibu akan bertarung sepenuh jiwa demi zuriatnya. Dan pengalaman itu menjadikan kita lebih kuat! Tq EB.. EB juga super mom, sbb turut mengharungi detik2 sukar sewaktu mengandung&melahirkan Aed.

I LOVE U TO...

---> rindu pada lily & qis.. Bila lily akan kembali berblog macam dulu???

Kutipan Sumbangan Pembiayaan Rawatan Kanser Darah Adik Zawawi

Buat teman-teman yang mengenali, saudara sesama Islam & 1Malaysia..
Cahaya Hati Puan Rosnaini bt Aris ( Staff ILJTM )
ZAWAWI
Disahkan menghidap penyakit kronik...."KANSER DARAH"

Bagi yang mengenali nama Zawawi (usia 3 thn lebih) mungkin tahu sejarah kesihatan yang semakin kronik dan merosot sejak beberapa bln kebelakangan ini. Semalam baru diketahui anak Pn Rosnaini bt Aris bahawa sel darah putih telah semakin membesar dan hampir menutup keseluruhan darah merahnya. Jika ini berlaku akan menyebabkan kegagalan sel darah merah membawa oksigen ke otak dan kesemua organ. Untuk pengetahuan semua Zawawi telah menjln rawatan Kimoterapi Tahap 5 (yg terakhir) pd bln Nov 2010. Doktor telah mengesahkan tiada lagi rawatan kimo buat Zawawi, dan sekiranya terjadi lg 'relapse' (sel darah putih berkembang semula) dia hanya blh bergantung pd ubat Kimo yg menelan belanja RM1500/ubat. Doktor juga telah memberitahu Pn Rosnaini & suami agar menyediakan wang sebyk RM160, 000 bagi menanggung kos perubatan & rawatan yg akan dijalani sekiranya ada penderma darah & transplant yg sesuai dgn jenis darah Zawawi iaitu darah jenis 'O' (terdapat kriteria tertentu bg darah jenis ini).

selepas kimo tahap 5 ( last kimo )
~ saya x dpt bayangkan kanak2 sebesar ni terpaksa menanggung kesakitan kimo.. saya faham ~

Oleh yg demikian, atas dasar persahabatan & perasaan kemanusiaan, sy Fatimazuraida & Etty Nurulhuda ingin memohon jasa baik teman2, & saudara2, agar dpt panjang2kan info ini pada sesiapa agar dpt meringankan beban Pn Rosnaini sekeluarga baik dr segi kewangan ataupun bagi yg sudi menderma utk rawatan 'Bone Marrow Transplant - BMT' sila hubungi kami Fatimazuraida (0192320108 - defida012@yahoo.com.my) atau Etty Nurulhuda (0192197316 - uda06@yahoo.com).

Moga Allah rahmati jasa baik anda dunia & akhirat. Amin..
Akaun utk Sumbangan :

Akaun atas nama :ETTY NURULHUDA BT MOHD JOHAR @ MOHAMAD
Maybank Account : 164258370838

Nama Akaun : Definal bin Syofyan
Akaun CIMB : 12260088442528

" Saya mohon jasa baik rakan blogger agar sebarkan kisah ini agar dapat kita membantu meringgankan penderitaan Kak Ronie ini......pada yang ingin menyumbang sila guna no.acc diatas. Jika kak ronie terbaca blog ini saya ingin memohon maaf kerana tidak meminta izin dari kak ronie untuk membuat entry ini... apa pun niat saya dan rakan yang hanya ingin membantu saudara sesama islam yang memerlukan bantuan"

CERITA LANJUT

---> entri y dicopypaste dari sini.

maklumat dari Facebook dari rakan2 yang ingin membantu

Popia MAMALYNA yang sedap... aaaaa sedapp!!

Baru-baru ni menang GA yang dianjurkan oleh MAMALYNA
*
*
*
*
Ni Popianya... Memang Sedaplaaa!!!
Siyes!!


Kalo ada sesiapa yang berminat nak try meh klik sini-->

Tq, Mamalyna!!

Tuesday, December 28, 2010

Hitang beletung.....Gelap katup!!

Apa itu HITANG BELETUNG ??
Menunjukkan, betapa gelapnya sesuatu itu.

Cth:
Ayat Biasa : Hitamnyer warna beg tu
Ganu Word : Wohhhh... hitang beletunggg beg tu

Apa itu GELAP KATUP ??
Menunjukkan suasana yang gelap gelita

Cth:
Ayat Biasa : Gelapnyer suasana kat dalam rumah ni.
Ganu Word : Gelap katup dalam rumah ni!

CERITANYA BEGINI
*
*
*
*
Tenggok tu?? Gelap katup!!!!! Itang beletung!!!

Kesnya, petang kelmarin paip air besar kat kawasan bandar kemaman pecah, secara tak langsung mengakibatkan banjir di kawasan sekitar & sekaligus paip2 air ditutup! Makanya, semalam xde air la kat rumah.. Bangun pagi tadi harap ada lah air.. ghupenyer xdok lagi laaaa... Yang ada air seluk jer . Seluk tu lumpur la.. Nasib baik air dalam tangki ada, blh la mandi, kalo dok kena mandi air hujan la pagi tadi. Owhhhh.. hingga ke saat ni masih tiada AIR !!!!!

Dan secara tiba-tiba, elektrik pon diputuskan semalam. Mungkin untuk kerja2 menanam semula paip air y besor tu. Aduyaiiii, sib baik suasana dingin, maka x panas la semalam. Dan kami berada la dalam suasana romantik sekali dengan cahaya lilin. Kalo tau, boleh candle light dinner. Last2 tertido, xtau pukul bape ada elektrik.

Ermmmm.. itu jer sebenornya.. Petang ni rasa free sikit. So, saya buatla entri ni. So, ini bukan scheduled2 punya yer.. Dan, perpindahan ke pejabat baru postpone ke bulan 2.. uwaaaaaaaaaaaaaa!!! Walauapapun, nanti nk upload juga pic suasana ofis baru.. Ermmmm.. tahun baru masih di bangunan lama..

TUTORIAL : ENTRI AUTOPUBLISH @ SCHEDULED

Assalammualaikum..Kali ni  saya nak berkongsi cara2 nak autopublis/scheduled entri pada masa yang kita mahu enti ni keluar. Mybe dah ramai yang tahu, tapi bagi blogger2 baru & yang belum tahu bolehla belajar. Dan entri ni juga, khas buat sheda.

Diatas adalah contoh2 entri yang telah saya scheduledkan memgikut masa yang telah saya tetapkan entri ni publish . Saya dah siap scheduledkan untuk seminggu tu. Kebaikannya, bagi yang bekerja memang x ada masa di pejabat untuk menulis entri setiap masa. Jadi ini adalah pilihan yang terbaik supaya blog kita selalu update. Dan inilah cara saya nak update blog saya. Dan masa terluang di pejabat bolehla saya jengguk2 blog kawan2+komenKebiasaannya, setiap xtvt yang saya lakukan & ingin publish, sebelah malam tu sy ambik kesempatan utk tranfer pic dlm lap top + edit serta terus siapkan entri tapi di scheduledkan. Kalo x sempat, saya just upload je dulu semua pic tu & time masa terluang di pejabat bolehla menulis entri. Sesiapa yang ingin setting masa entri ini publish jom follow i follow u follow i..heheheh step dibawah.

STEP 1
Macam biasa, klik NEW POST

STEP 2
Tuliskan entri/upload pic dan klik POST OPTION, seperti yang dibulatkan dalam bulatan MERAH tu.

STEP 3
Setelah klik POST OPTION, akan keluar ikon seperti diatas. Terus ke bahagian SCHEDULED AT seperti didalam bulatan merah. Dan set kan tarikh & masa yang anda inginkan entri ni dipublish. Dan akhir sekali publish post. Dan untuk memastikan entri anda dah sukses & publish mengikut masa y ditetapkan, sila check semula seperti pic No.1, pastikan ada perkataan scheduled & jika keluar perkataan draft just klik edit & publish post semula.

**That's why kenapa blog saya selalu update.
~ SELAMAT MENCUBA ~

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (136) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (96) MyHappyFamily (78) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (71) INFO (67) Asya's School (59) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (49) Ramadhan (49) Shopping (47) Birthday (46) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Jom Singgah (44) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (34) Check-Up (33) Let's Eat (33) NuFF (33) D.I.A.R.I (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (29) MamaAsya (27) Tempat Makan Best Di Kemaman (27) Tempat Makan Best Di Terengganu (27) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) mama+papa+fasya (21) Isu (20) PLAYground (20) Do It Yourself (19) Throwback (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) fasyafrinatraveltales (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Deko VillaCintaku (8) Idea Bento (8) Travel (8) Parenting (7) mama+papa (7) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Tempat Makanan Best Di Kuantan (5) Family Day (3) Lyafrina's Instagram (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) Mamalovefasyafrina (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1)