Tuesday, January 18, 2011

Perancangan Keluarga & Kaedah Merancang Keluarga (FAMILY PLANNING)

~ AUTOPUBLISH ~

segala artikel di bawah, dipetik dari pamplate yang saya ambil di hospital

MENGAPA PERLU MERANCANG?
Untuk menghasilkan sebuah keluarga yang sihat dan ceria dengan merancang bilangan, jarak masa kehamilan yang sesuai.

Faedahnya :-
  • Ibu sudah bersedia untuk hamil dari aspek kesihatan, mental & sosial.
  • Anak mendapat kasih sayang, pemakanan yang sihat termasuk susu ibu dan penjagaan sepenuhnya.
  • Suami dapat menyediakan kemudahan asas mengikut kemampuan fizikal, mental, sosial & ekonomi keluarga.
BAGAIMANA HENDAK MERANCANG?
Kaedah merancang yang terbukti erkesan secara saintifik ialah kaedah kontraseptif moden iaitu :-
  • Pil
  • untikan
  • Implan
  • Alat Dalam Rahim
  • Kondom
  • Kaedah Pemandulan Bagi Lelaki & Wanita
Kaedah lain yang kurang berkesan berbandihg diatas ialah kaedah semulajadi iaitu:-
  • Kaedah masa selamat
  • Kaedah penyusuan bayi
DIMANA IA BOLEH DIPEROLEHI ?
Kebanyakan kaedah ini boleh diperolehi di:-
  • Klinik/Hosp Kerajaan
  • Klinik/Hosp Swasta
  • Klinik LPPKN
  • Klinik Persatuan Perancang Keluarga
  • Farmasi - Kondom/Pil Perancang
BILA KAEDAH PERANCANG OLEH DIMULAKAN?
Ia bergantung kepada kaedah kontraseptif yang ingin digunakan. Bincang dengan doktor atau petugas kesihatan di klinik yang berdekatan. Ibu-iu digalakkan berbincang keperluan perancang keluarga semasa lawatan pemeriksaan antenatal(seelum bersalin).

SELEPAS BERSALIN, PERLUKAH MENUNGGU HINGGA DATANG HAID UNTUK MEMULAKAN KAEDAH KONTRASEPTIF?
Tidak perlu, kerana keanyakan kaedah kontraseptif oleh dimulakan seawal 6 minggu selepas bersalin, bergantung kepada kaedah & keadaan individu.

BAGAIMANA HENDAK PILIH KAEDAH YANG SESUAI?
Pemilihan bergantung kepada keadaan individu. Ia mengambil faktor umur, masalah kesihatan, penyusuan bayi, pengamilan ubat-ubatan lain & lain-lain. Dapatkan nasihat doktor berkaitan kaedah yang paling sesuai drp doktor @ petugas kesihatan.

Saya menggunakan kaedah IUCD, kerana masalah kesihatan yang membuatkan saya x boleh menggunakan perancang yang mengandungi hormon. Mula dipasang pada tahun 2009 & pada tahun 2012 alat tu akan ditukar baru.

" Merancang Keluarga Adalah Tanggungjawab Bersama Ke Arah Keluarga Bahagia "

---> tapi bagi yang berkemampuan dari segi ekonomi & kesihatan dll... tak perlu merancang kot.

31 comments:

ciK mOt ©™ said...

akak pun merancang jugak..tapi so far merancang sendiri...tingin nak try kaedah lain, tapi riso plak kalu naik berat...

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Perancangan keluarga ni mmg penting..
dulu lily mkn ubat..tp sebln yg lalu dh tukar..amik sutikan..tp mcm x sesuai..period x teratur..lg pon bila dh dtg period 2minggu baru bersih..slps 3bln ni stop x nk amik suntikan dh..

Fieza79 said...

Lya guna IUD ye..fieza mkn pil je..tu pon skrg dh jrg2 mkn...kekdah seniri la kot..hehe

dakcik said...

ramai yg pakai IUCD kan?kwn kat opis sy pun ramai pakai..tp saye rancang sendiri jek..sbb dlu saye bersalin ceasar..lgpun keadaan anak yg mengalami mslh kulit..tue kene rancang ckit..huhu

Zaidah said...

zai gunakan noriday.....memang khusus untuk ibu yang BF sebelum nie memang tak rancang...selepas dapat adam kena rancang...

eT said...

xder pengalaman merancang lg...
me dulu BF...so mmg xperiod sampai anak umo 1thn5bln...huhu
sampai skang dah ada 2nd baby.. :)

alyyani said...

setuju ayat last lya tu, merancang keluarga menjamin kebahagiaan keluarga :)

cik dah ganu kiter said...

idah mkn pil..gerun la nak guna iucd tu..bila mkn pil kena beringat selalu takut terlupa...

Dilla Ady said...

dilla pun merancang lya..tp dilla telan ubat tetiap malam..

'NuReeN' said...

nureen rancang gak tp rancang sendiri ja.. nak pakai alat2 ni takut jgk org kata berat naik.. so baik nureen plan jerr ehhehe..

lya doakan utk 2nd bb utk nureen k.. x dak rezqi lagi ni nk bg elly adik..

h4ni3 said...

saya pun telan pil jer
tak rela diriku diseluk oleh orang lain utk masukkan iucd
hehehe
(bila masukkan utk orang lain... kemain lagi ;p )

munna said...

kak munna pun merancang sebab kencing manis masa preggy... sebab fully breastfeeding makan pil Norridays

LYAfrina said...

ciK mOt ©™:

ada kaeadh y x naikkan erat badan.. cam pil.. pon ada y x naikkan erat badan..tp mahal sket la.

LYAfrina said...

LiLy @ MumMyQiStInA:

lily..dulu pon lya amik suntikan.. mmg period x teratur..& tempoh period pon lama.. selain tu.. masa amik suntikan tu.. lya mengandung..mknaya, suntikan tu x bkesan utk lya

LYAfrina said...

dakcik:

iucd sennag.. sbb xperlu risau, cz tempoh dia 3 thn baru tuko.. cam ut, kna slalu igt..kalo ttinggal..habihhh.. tp ada gak kes, pkai iucd pon blh petnant. lya x reti nk rncang2 sndiri ni..

LYAfrina said...

Fieza79:

yep...guna sejak thn 2009... thn 2012 tuko aru..nmpaknya, fieza dh bsedia utk bg adik kat irfan yer??

LYAfrina said...

Fieza79:

yep...guna sejak thn 2009... thn 2012 tuko aru..nmpaknya, fieza dh bsedia utk bg adik kat irfan yer??

LYAfrina said...

Zaidah:

betul tu..lps ni kna la rncangkan??

LYAfrina said...

eT:

alhamdulillah.perancang semulajadi kan...

LYAfrina said...

alyyani:

betul tu.. ayat dlm pamplate tu..

LYAfrina said...

cik dah ganu kiter:

'kalo mkn pilkna igt sokmo la.. ishh..lya pon takut..tp doc psg iucd masa x lps operate dulu.. jd xtau la.. ni dbr2 gak nk kna buang nanti.. takut j

LYAfrina said...

Dilla Ady:

kna ingt sokmo tu.. xleh ttinggal

LYAfrina said...

'NuReeN':

nureen.. alat iucd x naikkan ody..sb dia kn hormon..

waa..pndai nureen plan sndiri.. lya mmg x reti..

insyallah..ada rezeki xkemana :-)

LYAfrina said...

h4ni3:

hehehee.. msa buat pap smear dulu.. eee.. rasa kemang muka.. malunyer.....

so, apa pgalamn doc hanie??? ehheheh

LYAfrina said...

munna:

kalo y bpenyakit, mmg dgalakkan merancang.. utk kesihatan kita & baby juga kan:-)

**sHiKinn** said...

lya, maaf klu sy tanya.kalau pasang IUD tu bape kosnya?mcm berminat nk pakai tu sb skrg plan sendiri2 jer. tak makan pil atau apa2 alat.Takut juga kadang-kadang. Ye la kan takut terpeknan sb kte org pun merancang juga. kiranya 2 thn sorang pun okey.

LYAfrina said...

SHIKIN :

cam lya aritu free.. sbb doc y psgkan lps operate..

tp... shikin just pegi kat klinik desa y check mngandung tu.. bg tau nk alat iucd.. free je.. just kna pasang sndiri kat klinik swasta dlm rm 50 j kot... kalo shikin nak ambik alat tu kat swasta + psg, jd mhl la.. better ambik alt tu dr klinik kerajaan & psg ajer kat klinik swasta.. pilih la klinik y ada doc pompuan. pakai dlm tmpoh tahun ... ckp 3 thn bru tuko smula

MrS. F!zA said...

info yg bgus sgt ni..mmg tgh merancang pon..hehehe

Zue AnnaLeeya said...

rancang dgn pil... tp berat bdn mmg naik ar... nak psg alat tuh mcm takut plak.. hehehe... sakit tk lya masa psg iucd tuh????

AngahSayang2314 said...

wah lya info yg betul2 penuh padar isi2nya....

I-Kazoku said...

Assalamualaikum,
Maaf kerana mengganggu. Berkaitan dengan perancangan keluarga, kami menyediakan khidmat menjual kondom secara online. Penghantaran dibuat melalui pos laju. Kepada pasangan suami isteri yang sedang merancang keluarga, tetapi berasa segan untuk membeli kondom di kedai-kedai atau farmasi, silalah lawat laman web kami di. http://ikazoku.blogspot.com. Terima kasih kerana sudi membaca.