Friday, January 14, 2011

Unsur EMAS 24 KARAT DALAM PRODUK SAFI RANIA dipanggil SUSUK MODEN??

unsur emas 24 karat yang terkandung dalam Produk Safi Rania

Kecantikan juga adalah salah satu bentuk ujian daripada Allah SWT. Bagi yang menggunakannya sesuai tuntutan agama, dia akan menjadi orang yang beruntung. Dan bagi yang menggunakannya di jalan yang salah, sangatlah merugikan dan berdosa. Umat Islam terutamanya, kaum wanita Muslim di negara ini pernah dikejutkan dengan isu suntikan Botox. Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengharamkan penggunaan kaedah ini yang diyakini mengubah kejadian Allah, sekali gus menyimpang daripada ajaran Islam yang syumul. Baru reda dengan kekalutan Botox, sekali lagi umat Islam dikelirukan pula dengan penggunaan unsur (habuk-habuk) emas 24 karat di dalam produk kecantikan dan penjagaan kulit.

Penceramah , Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood, mengakui beliau pernah ditanya oleh orang ramai tentang pandangan Islam mengenai penggunaan produk kecantikan yang mengandungi unsur emas 24 karat atau adakah ini dinamakan susuk moden? Siti Nor Bahyah selaku jurucakap Halal Safi menjelaskan, Islam tidak melarang manusia itu atau umatnya untuk kelihatan cantik, namun perlu mengikut garis panduan yang dibenarkan di dalam Islam. Ini kata beliau dibuktikan dalam satu hadis Nabi Muhammad SAW ada bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah ini Maha Indah dan Maha Cantik dan Allah suka yang indah-indah dan yang cantik-cantik.”
  • “Susuk dengan penggunaan emas yang terkandung di dalam produk kecantikan Safi Rania Gold 24 karat ini sangat berbeza.
  •  Pertama, pemakaian susuk, ia ada menggunakan jampi serapah atau mentera, ada orang perantara (bomoh susuk) untuk memasukkan susuk ke mana-mana bahagian yang dikehendaki dan sebelum si pemakai menghembuskan nafas terakhir, dia perlu mengeluarkan susuk tersebut terlebih dahulu.
  • “Berbeza dengan rangkaian produk kecantikan Safi Rania Gold di mana ia tidak menggunakan bahan jampi serapah. “Malah produk ini apabila dipakai di wajah ia akan meresap ke dalam wajah dan lama kelamaan ia akan hilang dengan sendirinya. Berbeza dengan mereka yang memakai susuk di mana apabila melalui sinar x, bahan susuk (emas atau berlian) tersebut masih kelihatan di bawah lapisan kulit.
  •  “Laporan ujian menunjukkan bahawa nano-gold (Au) hanya dikesan pada lapisan epidermis dan dermis. Ini menunjukkan bahawa nano-gold tidak berupaya untuk menyerap sehingga ke pembuluh darah dan kerana itu ia tidak menganggu sistemik kulit. Malah juga tidak berlaku pertambahan pada jumlah habuk emas pada lapisan dermis, sama ada bagi sapuan sekali atau berturutan. Apatah lagi, menganggu sistem kawalan kulit tersebut.
  •  Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa habuk-habuk nano-gold yang digunakan dalam produk kecantikan Safi Rania Gold tidak tersimpan atau tertinggal di kulit malah ia hilang atau dibawa keluar daripada kulit semasa proses semula jadi pembaharuan kulit.
  •  Seperkara lagi produk Safi ini bebas daripada bahan alkohol. Mengulas tanggapan yang mendakwa pemakaian segelintir produk kecantikan, akan membuatkan wajah lebih menonjol, seterusnya menarik perhatian ramai dan bukankah ini dikira telah mengubah kejadian Allah
  •  Contohnya, Botox yang jelas mengubah bentuk wajah seseorang itu. Bagaimanapun penggunaan produk kecantikan Safi Rania Gold, ia tidak mengubah bentuk muka seseorang itu tetapi ia lebih kepada merawat wajah iaitu dari kusam kepada lebih sekata rona muka si pemakai tersebut. Perlu ditekankan di sini, ini tidak merubah ciptaan Allah tetapi bermatlamat kepada membantu merawat masalah yang dihadapi.
" JADI.. PENGGUNA SAFI RANIA GOLD SEPERTI SAYA BOLEH MENGGUNAKAN PRODUK SAFI RANIA TANPA WAS-WAS "

~ARTIKEL INI TELAH DIEDIT OLEH SAYA ( LYAfrina ) DENGAN MENGAMBIL SEDIKIT MAKLUMAT DARIPADA SUMBER YANG DINYATAKAN !~

SUMBER :- http://ruzmanizma.wordpress.com/2010/05/27/safi-rania-gold/

32 comments:

Izan Ishak said...

harus cuba produk ni cepat2...

Fieza79 said...

caya la bleh terus menggunakan tanpa was2...!

fieza pon ada guna pencuci dia..just sbg tambahan pd pencuci yg sedia ada...

eiyra'z said...

salam..
takut saya biler mula2 baca..sy pun pengguna Safi Rania ni juga..huhuh..tenkiu ats info awk yer..take care.

LiLy @ MumMyQiStInA said...

baguslahkan..Boleh di guna tanpa was-was..Lily blum pernah cuba pakai produk nih..nnt nk try test gak lah..

princeduyong said...

sesuai tak untuk pihak jejaka...

Nad @ MamaZakwan said...

guna kan SAFI ~ SUCI DAN BERSIH :)

saya guna gak!:)

munna said...

bagus-bagus... dengan ini bolehlah digunakan tanpa was-was..

eT said...

thanx info nih...

lega rasa...leh guna la pasnih.. :)

NM02 said...

huh... berdebar saya. gunakan tanpa was2 ok...

kella said...

hehehe... debor doh takdi! hihihi..
ok gunakan tanpa was was.. :)

Zue AnnaLeeya said...

ingat bln dpn nak try safi rania... skang nih nak abiskan yg ader tu dulu...

LyNn HaMzAh said...

penerangan yang bagus...jadi leh la gunakan tanpa was was...

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis said...

good info la lya...TQ ye baru nak cuba safi rania ni now kita tengah try garnier light...

izyanty collection said...

sya xleh pakai sapi rania gold, ngan tiba2 akan jd ruam,mybe tak sesuai ngan kulit..

MamaYatie said...

alhamdulillah..takder keraguaan la lagi yer..

h4ni3 said...

bagus.. bagus
kalau tidak, jenuh juga nak sental serbuk emas tu kat kulit kan.. huhu

Liza said...

Baguslah camtu. Kalo tak Lya kena tukar lah kan? hehe... Liza pakai Dempo Snow je. eli kt pasar malam, 30 hnggit, free satu botol..hehe

Ema said...

ooooooo tak terpikir plak bab susuk

mama_iris said...

lega...saya lah pengguna safi rania gold tegarrrrr!!heehe....thanks sharing this lya...

maszmadi said...

nampaknye semakin cantik la lya lepas ni yerk.. jeles nyer I..

~ yus ~ said...

Lya...akak pun dah cuba produk Safi Rania Gold ni. Baru 2 minggu pakai, sejak Lya masukkan dalam blog hari tu..

Bestlah serum dia..hehe

Zaidah said...

lya buatlah testimoni untuk produk tu...ade perbezaan tak....nak try jugak nie....dengan berkobarnyer....klu diharamkan sebab ade unsur emas....tutuplah syarikat unza tu...

mamalieyna said...

fuuuuh legaaa bila baca! baca tajuk je td, dh sentap jap..dh fikir kena cancel la pakai pasni..ghupenye...hehe...thanks for sharing lya! ^_^

imanmom said...

salam
terima kasih kerana kongsi info yang bagus tentang produk ni..
insyaalah nak guna jugak nanti..

tq

Ena said...

ena pakai dah dekat setahun tak terpk plak pasal susuk emas tu..

nasib baik memg tak perlu was2 kan lya.. heheh

Dilla Ady said...

ohhh..ade gold btul rupenye dalam rania nih ye..tak tau pun..

da ustazah kate boleh, make leh la digunakan tanpa was2 kan?

thanks lya for sharing!

SYaMiLa said...

mmg tk terpikir pun bab susuk ni...nak cuba pakai jugak lepas ni

miss afifa said...

hehe..cuak gak mula2 td..thanks 4 the info kak..

'NuReeN' said...

ramei yg pakai kata ok.. nureen malas nk mencuba2 ni sbb slalu sekerat jln jerr.. hehee

fazilzura said...

yehuu .. daku pun guneee..

* ku tepek & paste kt blog yekkkk

Sofya said...

saya pernah terbaca soalan jawab kat akhbar. Tapi saya tak ingat nama ustaz tu sebab lama dah saya terbaca artikel tu. Katanya, harga emas tu mahal.. mana mungkin nak letak kat dalam barangan kosmetik yang agak murah harganya.. Tak la mahal sgt, kita barang mampu beli la.. mungkin ini strategi pemasaran jer...

LYAfrina said...

To all :

tenkiu atas segala pendapat.. Dan bg pengguna safi rania, blhla gunakan terus kerana terbukti ianya produk halal...


Utk lelaki... blh je kot kalo nak pakai... lelaki zaman skarang pon dh jaga ketrampilan diri.. tp FACE CREAM tu jgn la pakai.... nnti btapung pula muka.. face cream TU CAM BASED MAKE UP..


SOFYA:-

terima kasih ats pandangan.. betul juga kata awak tu.. harga emas terlalu mahal .. mungkian ianya hanya strategi pemasaran.. tp dh dinyatakan di atas di dlm safi RANIA TERKANDUNG NANO GOLD (AU)... mybe org dlm bidang sainsifik lebih mengetahuinya antara nanogold & emas..

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (133) WEEKEND (105) in N.A.T.U.R.E (95) Kata HATI LYA (94) M.A.K.A.N.A.N (75) About Me (72) AIDILFITRI OR AIDILADHA (71) INFO (67) MyHappyFamily (65) MACAM2 ADA (57) Friend (56) Asya's School (54) M.E.M.O.R.Y (52) Sinopsis (51) CAREMONY (50) Ramadhan (49) Shopping (47) DapurLyaBerasap (46) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Birthday (44) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Jom Singgah (41) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (39) My L.O.V.E (39) NuFF (33) CINEMA (32) Check-Up (32) D.I.A.R.I (31) Let's Eat (31) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (28) H.O.L.I.D.A.Y (28) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Tempat Makan Best Di Kemaman (24) Tempat Makan Best Di Terengganu (24) Beauty N Health (23) MamaAsya (22) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (19) Do It Yourself (17) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) VillaCintaku (17) I care..U Care.. We Care (16) Novel (15) Artis (14) Bento Asya (13) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) Medical (11) TUTORIAL (11) fasyafrinatraveltales (11) Deko VillaCintaku (10) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) mama+papa+fasya (9) Idea Bento (8) Travel (8) Parenting (7) Ulangtahun Perkahwinan (6) mama+papa (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Family Day (3) Lyafrina's Instagram (3) Public Holiday (3) Tempat Makanan Best Di Kuantan (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1)