Thursday, February 24, 2011

MRI SCAN : Doakan Yang Terbaik Untuk Saya :-)

AUTOPUBLISH

Assalammualaikum.. Mungkin disaat n3 ni keluar saya odwy @ dah selamat sampai di hospital untuk menjalani ujian imbasan MRI di kepala. Sememangnya, ujian ni sgt2 penting untuk masa depan saya & menentukan nasib saya seperti y pernah saya ceritakan n3 sebelum2 ni. Adakah ketumbuhan tu muncul semula??? Walauapapun keputusannya, insyallah saya akan terimanya dgn redha. Semoga tuhan kuatkan hati saya :-).. Jom kita baca sikit info berkaitan ujian imbasan MRI ni:-

mesin MRI

MRI (Magnetic Resonance Imaging) merupakan satu kaedah pemeriksaan untuk menentukan jenis penyakit. MRI melibatkan pengunaan gelombang radio dan magnet berkuasa tinggi. Pemeriksaan ini amat berguna untuk meninjau sistem saraf, sendi dan tulang belakang. Kelebihan MRI berbanding peralatan lain ialah gambar yang terhasil lebih jelas serta boleh dilihat dari berbagai sisi dan ia tidak melibatkan pengunaan radiasi.

keadaan y benar2 padat ketika seluruh badan memasuki mesin ni

Selepas pemeriksaan, pakar radiologi akan meneliti imej-imej yang dihasilkan untuk mengesan sebarang 'abnormality' atau masalah kesihatan pada bahagian yang diperiksa.


gambaran jelas keadaan ketika ujian dijalankan

Mengikut pengalaman lalu saya, bagi saya ujian ini mmg x menyakitkan.. Tapi menakutkan buat saya, dimana selama hampir satu jam ujian ni dijalankan kita berada di dalam terowong y sgt2 compine space. Dan bunyi2nyer.. Mmg spanjang ujian dijalnkan saya akan ttp mata sbb saya takut nak tgok sekeliling. Kalo dulu, saya perlu dicucuk drip utk memasukan ubat sblum mjalankan ujian ni. Kali ni xtau lah.. Saya takut kena masuk drip tang leher jer, sbb urat2 saya kat bahagian tangan & kaki dh x blh terima ubat, just tinggal kat bahagian leher & celah peha ajer :-( Ermmm... xtau nak kata apa, sbb late ni sy asyik mengeluh ajer. Ishhh mmg x baik kalo mengeluhkan.  Sebab setiap ujian & dugaan Allah pasti ada hikmah disebaliknya. Apa2 pun doakan agar segalanya berjln lancar:-)


Banyak lagi info menarik berkaitan ujian imbasan MRI :

27 comments:

HafizRahman.com said...

be strong=)

lia said...

akak doakan yg terbaik buat lya.... amin...

ain nina said...

moga semuanya selamat kak lya.. :)

Fieza79 said...

aduhai berat nya dugaan Lya...berat mata memandang berat lagi bahu yg senri memikul..fieza doakan yg terbaik bt Lya...insyaallah..suma nya akn selamat dgn izin-Nya..

Sricahaya said...

Semoga semuanya selamat lya...
Awak sungguh tabah..

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

semoga semua dipermudahkan & takde tumor tu lagi..aminnn

Rizziela said...

Insyallah..Semoga lya akan sembuh...tak ada2 yg buruk akan berlaku...Asya ada untuk kuatkan semangat Lya

kella said...

Lya! semoga semuanya berjalan lancar ya... kita doakan takdalah apa apa perkara yang tak menyenangkan insyaALlah..
kuatkan hati..
kita sama sama doakan yang terbaik ya!

*klik klik mana yang patut kat umah lya ni.. hb pun of corsss...

Zue AnnaLeeya said...

smoga sgalanya dipermudahkan yer... take care lya...

mamashikin said...

lya, semoga semuanya selamat..

EiJa ZaQuaN said...

moga segalanya berjalan dengan lancar dan lya dapat hadapi segala dugaan drnya dgn tabah..

Nureen said...

moga semuanya lancar.. insyaALLAH.. lya tabahkan hati ye..;)

mama_iris said...

insyaAllah..kuatkan semangat...teruskan kehidupan....

rina a.k.a jaijina said...

semoga tabah hadapai ujian..ape pun keputusan, hope redha ye my friend..berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul..

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

InsyaAllah, semoga semuanya baik² aje & berjalan ngan lancar.. amin..

miera said...

takutnya tgok mesin tu...semoga lya tabah menghadapi ujian nie yer..moga lya cepat sembuh..amin..

Ena said...

harap semuanya baik2 saja ye lya..

LyNn HaMzAh said...

semoga segalanya dipermudahkan ALLAH S.W.T...lynn doakan lya sentiasa sihat yer...

AngahSayang2314 said...

angah pernah masuk mri nie dulu masa nak scan otak sebab takut ada ketumbuhan..

Normaliza said...

tabahkan hati ye. semoga semuanya selamat..AMIN..

tak dapat dibayangkan duk kat tempat yg sempit camtu..huhu

MAMACFA said...

SALAM KAK LEYA.. SEMOGE KAK LEYA SLMAT N SENTIASA BERSBAR DGN DUGAAN N KHABARAN YG BAKAL TIBA...

shah-kayrul said...

insya-allah..harap2 semuanya akan ok...

Zaidah said...

SEMOGA KEPUTUSANNYER NANTI OK YER LYA....HARAP LYA TABAH N KUAT MENGHADAPI UJIAN INI....

Dilla Ady said...

dilla doakan segalanye okeh ye lya..

CiK JuE said...

harap lya tabah..kita doakan yang terbaik buat lya

✿etiey erywan✿ said...

insyallah semuanya ok ok dan berkalan lancar. semoga semuanya dipermudahkan

Nur Raihana Abd Rahim said...

Salam lya...mekasih sudi reply komen saya..saya redha dgn apa jua keputusan mri tu..skrg pun sy dah rasa sikit perubahan pd diri saya..masalah sy ialah hormon prolactin y berlebihan..mengakibatkan susu badan keluar even sy tak menyusu anak, sakit kepala yg teruk, pandangan sesekali kabur dan berganda,vagina menjadi kering dan sakit..dan 4 hari ni lidah saya sakit,ulser pun tak sembuh2,kurang selera makan dan sakit gigi..mmg rasa kurang sihat..doc suspek saya hidap brain tumor..patutnya td saya jalani mri tp bila tgl sejam lg giliran sy kpj blackout dan tak dpt teruskan..ditunda ke isnin sdgkan sy dah sedia mental fizikal hari ni..huuhu..takpela mungkin ada hikmah di sebaliknya...lya ada fb,ym,gmail?apa2 boleh sy direct terus tnya lya :-)

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (82) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (74) INFO (67) Asya's School (60) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Birthday (46) Jom Singgah (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) F.A.M.I.L.Y (41) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) H.O.L.I.D.A.Y (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (28) Tempat Makan Best Di Terengganu (28) mama+papa+fasya (28) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) fasyafrinatraveltales (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) mama+papa (8) Parenting (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1) ma (1)