Friday, March 11, 2011

Tsunami melanda Jepun....dijangka akan ke Pantai Timur Malaysia


pic krdit :

Jepun dilanda gempa kuat, berkekuatan 8.9 pada skala Richter. Gegaran dikesan pada kedalaman 10 kilometer dan 125 kilometer di timur Jepun atau kira-kira 380 kilometer ke timur laut Tokyo. Bandar Onahama di utara Jepun kemudian turut dibadai ombak tsunami setinggi enam meter. Stesen Televisyen Tempatan, N-H-K berjaya merakamkan ombak tsunami menghanyutkan kereta, trak, rumah dan bangunan di bandar berkenaan. Ekoran bencana itu, Kementerian Pertahanan Jepun mengerahkan lapan pesawat tentera ke kawasan terjejas dengan bencana itu.

 Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami di Jepun, Russia, Kepulauan Markus dan Utara Mariana. Sejurus selepas gegaran dikesan, penduduk di kawasan pesisir pantai Jepun telah diarah menyelamat diri ke kawasan selamat. Agensi meteorologi memberi amaran malapetaka tsunami di pesisir pantai pasifik Jepun. Amaran yang sama turut dikeluarkan pusat amaran tsunami di Hawaii. Dengan gempa sekuat 8. 9 skala Richter, ia dijangka akan melanda kebanyakan negara kepulauan di Lautan Pasifik. Ia termasuk Guam, Taiwan, Filipina dan dan tidak terkecuali Hawaii.

 sumber tv3.com

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ya Allah, lindungilah kami dari sebarang malapetaka yang dasyat ini. Patutla, kat Pantai Timur (kemaman, trg) ni hujan lebat memanjang serta berangin & kadang2 diselangi ribut petir. Semoga segala ramalan itu hanya sekadar ramalan manusia. Sesungguhnya ketentuaannya di tangan Tuhan yang Maha Esa. Lindungilah ummat mu disini Ya Allah .

7 comments:

Azza Firza said...

nauzubilah, kesian tengok, mintak dijauhkan daripada kita semua, walau apa jua sekalipun, azza turut bimbang, orang yang azza sayangi pun ada berada di sana, osaka, harap mama azza terselamat .

tolong doakan mama azza di sana yea :')

Taufiq Tiramisu said...

thanks for the info..saya pun org kemaman trganu..tapi study kat penang..bimbangkan keluarga kat kemaman..sama sama lah kita doa pada Allah..

IEZA said...

Moga-moga kita semua tidak di landa musibah ini..Amin..

munna said...

tulah harap2 tak sampai ke mari... tapi cuaca skrg ni mmg hujan lebat memanjang kat sini

r|nA @ ja|j|na said...

harap² malaysia jauhlah dr bencana ni..tajut jugak aku, dahlah umah aku ni tinggi..

MamaYatie said...

nauzubillah !! harap2nya gitulah..ramalan manusia tak semestinya betul, kuasa di tangan Allah. tengok smlm tu..tak de signal pun!

Cik Ila said...

nauzubillah,semoga kita dijauhkan dari bencana..

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (82) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (74) INFO (67) Asya's School (60) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Birthday (46) Jom Singgah (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) F.A.M.I.L.Y (41) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) H.O.L.I.D.A.Y (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (28) Tempat Makan Best Di Terengganu (28) mama+papa+fasya (28) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) fasyafrinatraveltales (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) mama+papa (8) Parenting (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1) ma (1)