Tuesday, April 12, 2011

TSUNAMI KECIL DI DUNGUN, TERENGGANU.

Kita tinggal dulu cerita ttg xtvt saya di Pantai kemasek saya up kan dulu berita penting untuk dikongsi bersama. Saya percaya, mesti dah ramai yang baca ttg berita ini. Perkara yang paling di takuti akhirnya terjadi di negeri Pantai Timur.. Patutlah, malam kelmarin hujan lebat sgt2.. Pagi tadi buka kosmo online, tgk berita bahawa berlakunya tsunami kecil di Dungun. Tak kira ianya besar @ kecil. Sebab ianya merupakan satu peringatan & amaran buat kita. Akhirnya, terjadi juga di Pantai Timur. Semoga dijauhi daripada malapetaka ini. Dan di Hulu Terengganu pula banjir besar baru2 ni. Apa2 pun, sama2 kita berdoa agar negara kita dijauhi daripada segala musibah ini serta dilindungi Allah SWT selalu.

BERITA LANJUT
.
.
.
DUNGUN – Dua bot nelayan tenggelam manakala sebuah pelantar bagi mengorek pasir sungai tersangkut di sebuah jambatan akibat dihanyut oleh arus deras luar biasa yang melanda Kuala Sungai Dungun di sini awal pagi semalam.
Insiden tersebut mengejutkan semua mangsa memandangkan kesemua bot tersebut sudah pun ditambat tali dengan guni berisi pasir seberat kira-kira 1,500 kilogram.Selain itu, pelantar mengorek pasir yang hanyut dan tersangkut di jambatan di Kampung Nibong Stesen, kira-kira dua kilometer dari Kuala Sungai Dungun juga sudah dilabuhkan dengan lima sauh.
Turut hanyut ialah tiga bot nelayan lain dan dua bot fiber namun kesemuanya berjaya diselamatkan. Jumlah kerugian dianggarkan RM100,000. Salah seorang pemilik bot, Yusuf Saleh, 67, berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan seorang rakan bahawa bot miliknya hanyut sejauh kira-kira 100 meter dari tempat ia berlabuh kira-kira pukul 5.30 pagi semalam.
“Pada mulanya saya tidak percaya dan terus datang untuk melihat sendiri apa yang terjadi itu. “Saya benar-benar terkejut apabila mendapati bot saya dan bot seorang rakan, Muhamad Jaafar, sudah hampir tenggelam,” katanya ketika ditemui di Kuala Sungai Dungun semalam. Jelasnya, sudah berpuluh tahun dia menjadi nelayan namun kejadian itu adalah kali pertama berlaku.


14 comments:

AngahSayang2314 said...

mari sama2 kita berdoa..

Jijahh @ f.k said...

moga semua selamat dari segala bencana

~aSHa~ said...

asha ni terlalu hampir dgn laut...uwaaaaaaaaaaaaaaaa takutnye

dyea irdina said...

mak oiii tak baca sotkabar lagi ari ni....peringatan unt ummat manusia semua tu..sekali tuhan sebut kun fa ya kun apa yg tak sepatutnya leh berlaku...

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Kat sini pon dh brp hari hujan lebat..nasiblah hari ni cerah..
Moga negara kita dijauhi dr malapetaka ini..

eB ezrin said...

nauzubillah... takotla lya... hu2

Dilla Ady said...

ish..seramnye..

mintak dijauhkan la dari malapetaka..

ingat dulu dilla blaja kt uitm dungun tu..ptg2 slalu main air kt tepi pantai..

CiK Jue aka ibu FarisYah said...

ishhh mintak jauh dari segala bahaya

kella said...

astaghfirullah... mohon supaya semua ahli keluarga terselamat dari dugaan ini.. moga dijauhi dari bencana yang tidak diingini..amin.

nur aisya humaira said...

uish2, jadi jugak kt trg..

dinor's family said...

semoga dijauhkn malapetaka d dunia ni.....

h4ni3 said...

uishh
kuat betul ombaknya tu

ieda said...

mohon dijauhkan lahhh dari bencana.. mesia nie kecik je .. kalau jadi apa2 apalah yg tinggal huhuh

Yan said...

takut je kan.. mudah2an mberi keinsafan kepada kita semua.

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (135) WEEKEND (114) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (96) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) MyHappyFamily (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (71) INFO (67) Asya's School (57) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Sinopsis (51) Ramadhan (49) DapurLyaBerasap (48) Shopping (47) Birthday (46) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Jom Singgah (43) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (34) Check-Up (33) NuFF (33) D.I.A.R.I (32) Let's Eat (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (28) Video (27) MamaAsya (26) S.A.N.T.A.I (26) Tempat Makan Best Di Kemaman (26) Tempat Makan Best Di Terengganu (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (19) mama+papa+fasya (19) Do It Yourself (18) Villafasyafrina (18) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) Medical (11) TUTORIAL (11) fasyafrinatraveltales (11) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) DecobyLya (8) Idea Bento (8) Travel (8) Deko VillaCintaku (7) Parenting (7) mama+papa (7) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Tempat Makanan Best Di Kuantan (4) Family Day (3) Lyafrina's Instagram (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) Mamalovefasyafrina (1)