Tuesday, May 31, 2011

KAEDAH PERANCANGAN KELUARGA

 Kali ni saya nak share fasal kaedah atau jenis-jenis perancangan keluarga yang mungkin boleh kita pilih dalam memantapkan kualiti kekeluargaan kita. Pamplate ni saya ambik masa checkup bulanan asya kat klinik. Dan saya scan balik untuk dikongsi bersama.. Bagi saya perancangan keluarga amat penting dalam memastikan kualiti anak terjamin. Jom sama-sama kita lihat pilihan perancangan yang ada :-

 klik pic utk lebih jelas

Jadi macamana dengan pilihan kawan2?? Macam saya memilih kaedah IUCD sejak tahun 2009 lagi.. Dan IUCD ni akan dibuka pada Julai 2012.. Kebaikannya, sesuai utk org y selalu lupa nak makan ubat perancang hari @ ambik suntikan perancangan. Ianya juga sesuai buat y mempunyai masalah kesihatan seperti saya. Macam saya tak boleh ambik perancang y melibatkan hormon. Jadi kaedah diatas semua melibatkan hormon kecuali IUCD, KONDOM & Kaedah pemandulan lelaki & perempuan.. Pada asalnya, saya patutnya ikat peranakan tu, tp last minute sebelum operation tu, sekali lagi saya berfikir panjang & tuko pada penggunaan IUCD. Itu saja jalan yang terbaik.

Monday, May 30, 2011

Gila-Gila Remaja

Teringat zaman dulu-dulu saya memang peminat tegar majalah remaja.. Tiap2 bulan wajib beli 2 nashkah dewi remaja.. Yang keluaran 1hb & 15hb.. Saya start layan Majalah Remaja ni masa umur 14 tahun sampailah saya dah kahwin pon still langgan.. Punca terjerebaknya, sebab baca novel Kemelut Kasih yang dicetak secara bersiri di dalam majalah tu... Tapi lama kelamaan saya dah jadi gila dgn majalah tu. 

Bersama sebahagian majalah Remaja.
terpaksa tutup pic saya tuh sbb x bertudung & lentok kemain lagik...

Yang bestnyer, saya suka layan part fesyen... dululaaa yer. Dan byk info kesihatan kat dalam tu, sesuai utk remaja. Selain tu saya mula kenal apa itu blog dari majalah ni lah, dalam segmen Minah Siber kalo tak silap. Tapi sayangnyer saya x mula b'blog pada tahun tu... Sgt2 rugi.... masa tu nak buat assignment pasal subjek komunikasi..last2 jumpa info y bnyak pasal blog dalam majalah remaja ni. Masa tu blog mmg x femes lagi, sbb baru j menapak kat malaysia. Saya memang banyak koleksi majalah ni, sampai penuh almari besar. Tapi lastnyer, saya hantar ke pusat recycle.. Ingat masa nak bawak majalah ni semua, sampai senget kereta, & bahagian bonet & seat belakang mmg dah full dgn majalah. Saya y duk kat depan tu pun, duduk atas majalah..

Saya mula stop beli majalah ni start keje rasanya.. Sebab masa tu dah x kena dgn jiwa saya. Lepas tu just langgan Mingguan Wanita. :Lagik byk info buat y dah berumah tangga. Dan Dewi Remaja terakhir y saya folo semestinya Scha Al-Yahya.. Yang selepas tu mmg saya dah x kenal siapa.. Tapi ramai y join Dewi Remaja, walaupun finalis & x ke peringkat finalis pon ada y dah femes sebagai pelakon. Antaranyer, IntanLadyana... dia ni dapat jadi finalis tahun Annahita kalo x silap. Tapi tarik diri, sbb dah mula berlakon time tu.. Kakak Nora Danish pon finalis tahun Annahita. Namanya Nadia Danish. Saya memang suka tgk dia, sbb senyuman dia sgt2 sweet.. Ramai lagi y dah femes, antaranya Rebecca Nur Islam, Izreen, Zaryn dan ramai lagi. Hero Remaja pon aper kurangnya.. Tu Zed Zaidi pon Hero Remaja.

AERISHADANIA SHAIRWAN

Baru-baru ni lepak-lepak dalam surau kat ofis.. Belek-belek paper Berita Harian : Inspirasi bertarikh 14 Mei 2011. Belek-punya belek masuk dalam ruangan Permata Hati. Last tertenggok pic bahagian bawah yang paling besar.. Memang familiar sgt2 nih... sgt2 familiar... acu teka...

saper tak kenal aerish ni???

Rasanya ramai dah kenal aerish ni kan?? Anak blogger yang sgt kreatif & penuh seni EB dari blog Ten Little Fingers.. Eb, kalo ada rezeki ni, boleh menang barangan Avon bernilai Rm300.. Lya doakan.. Manatau kot2 rezeki EB..

Sunday, May 29, 2011

APAKAH ITU KEPUTIHAN ?

Keputihan ialah Keputihan adalah sebutan umum untuk infeksi pada vagina dan bagian luar genital (vulva) yang disebabkan oleh jamur

by google

Terdapat tiga keadaan keputihan yang keluar dari sistem peranakan seorang wanita;

1)     Normal: Faraj mengeluarkan lendir tidak  berwarna dan tidak berbau. Ia berfungsi sebagai pelindung semula jadi dengan cara mengurangkan geseran dinding faraj ketika berjalan dan ketika saat melakukan hubungan seks. Dalam keadaan normal lendir ini dominan dan tidak berlebihan, hanya sekadar untuk menjaga ekosistem faraj. Lendir jenis ini tidak keluar dari sistem peranakan wanita dan tidak dipermasalahkan oleh para wanita. Ia seumpama air liur yang sentiasa berada di dalam mulut.

2)     Normal: Keadaannya sepertimana yang pertama. Akan tetapi kadarnya agak berlebihan sehingga ianya meleleh keluar dari sistem peranakan seorang wanita. Ini yang dinamakan keputihan mengikut bahasa awam dan dipermasalahkan oleh para wanita mengenai hukum berkenaannya. Keputihan ini keluar pada ketika;

- Tanda suci dari haid.
- Keluar sebelum kedatangan haid.
- Keluar ketika hamil.
- Keluar ketika waktu subur.
- Ketika persetubuhan dan naik syahwat. (Keputihan ini dikeluarkan dari bibir faraj)
- Mencantumkan di antara benih lelaki dan wanita dan sebagai pembekal makanan kepada benih lelaki yang berada di dalam rahim. (Keputihan ini dikeluarkan oleh pangkal rahim)
- Keluar ketika dalam kemurungan atau kegembiraan teramat sangat.
- Selepas menopaus.

3)     Tidak normal: Keadaan ini berlaku apabila keputihan yang keluar terlalu banyak dan berlaku perubahan pada warna, bau dan rasa gatal. Lendir menjadi kekuningan sehingga kehijauan, rasa gatal, luka bibir faraj, terlalu kental dan berbau. Keadaan ini memerlukan rawatan doktor.

PERANAN KEPUTIHAN NORMAL KEPADA WANITA

Keputihan yang normal berperanan sebagai;

1)     Melembap
2)     Membersihkan
3)     Penyediaan medium pH yg sesuai utk badan dan peranakan
4)     Cairan semula jadi yang membantu ketika berlaku persetubuhan.
5)     Membersihkan sistem peranakan dan membuang sel-sel lama dan mengganti dengan yang baru.

PETUA UNTUK MERAWAT KEPUTIHAN

Wanita dan keputihan memang sukar dipisahkan. Keputihan ialah sebatian yang di rembes oleh sistem peranakan wanita. Walaupun begitu, adakalanya kadar keputihan yang keluar adalah terlalu banyak sehingga menggangu kerja seharian. Sebagai alternatif, pemakaian pantiesliner adalah jalan yang terbaik. Namun begitu masih ada petua-petua lama yang boleh diamalkan bagi merawat masalah ni. Dibwah adalah antara petua yang saya jumpa hasil carian google untuk dikongsi bersama.


by google
  • Makan sekuntum bunga siantan (menjarum) bersama dengan daun sirih. Sebagai ulam pula, makanlah kuntum bunga inai putih. Amalkan setiap hari.
  • Rendamkan lima tangkai bunga cempaka dalam air panas. Tutup dan biarkan semalaman. Minum airnya setiap hari di waktu pagi dan petang. Bunga itu boleh direndamkan berulang-ulang hingga rasa pahitnya hilang
  • Rebus secekak daun pegaga dengan akarnya sekali.Campurkan sedikit garam. Minum dua kali sehari sehingga sembuh.

" SELAMAT MENCUBA "

Slot Samarinda : Sinopsis Annisa


Annisa merupakan drama terbaru  mengantikan drama Sahara yang mula ditayangkan pada 31 Mei 2011 dalam slot Samarinda di TV3.

ANNISSA mengisahkan Anna (Fiza Elite), Balkis (Rozita Che Wan), Sara (Aida Aris) dan Shila (Faradhiya) berkongsi minat yang sama iaitu masing-masing berminat dalam dunia fesyen dan mahu memulakan perniagaan sendiri, Maka, mereka telah membina empayar perniagaan, Annissa Corporation.
Memasuki tahun yang kelima, Annissa Corporation telah mengukuhkan kedudukannya di industri fesyen. Namun, kehidupan peribadi mula tercalar. Anna mengesyaki suaminya, Farid (Zamarul Hisyam) telah memadukannya. Walaupun Farid menafikan sangkaan Anna tetapi Anna tetap cuba menyiasat siapakah isteri kedua tersebut.
Balkis ialah sahabat yang paling dipercayai dan disayangi oleh Anna. Namun, Balkis telah mengkhianati Anna dengan mengahwini Farid secara senyap-senyap. Mereka pandai menyimpan rahsia dan menjadikan Kamal (Eizlan Yusof) sebagai kekasih Balkis, Kamal meninggalkan Balkis apabila Balkis memintanya untuk pura-pura menjadi suaminya selepas mengandung. Maka, Balkis mengupah Imran untuk menyamar sebagai suami.
Sara mengambil keputusan untuk menarik diri daripada Annissa Corporation dan menjauhi diri daripada kawan-kawannya setelah disahkan menghidap barah peringkat ketiga. Sikap Sara yang banyak berahsia telah menimbulkan syak wasangka Anna. Balkis hanya mendiamkan diri. Shila turut memusuhi Sara kerana bersimpati dengan Anna. Apabila Kamal mengahwini Sara, barulah Anna menyedari diri telah mempersalahkan Sara selama ini.
Walaupun akhirnya Shila dapat menghidu hubungan sebenar Balkis dan Farid tetapi dia tidak sanggup memberitahu Anna dan terus diselubungi rasa bersalah. Bagaimana Anna berdepan dengan pengkhianatan sahabat karib yang ibarat adik beradik kepadanya?

Sinopsis Misi Betty

Misi Betty merupakan drama terbaru dalam Slot OMG (Oh! Mari Gelak ) yang disiarkan di TV9 mengantikan drama Nana Narita bermula 28.5.2011. Jom kita pecah perut....

SINOPSIS MISI BETTY



Misi Betty pula merupakan seorang jururawat yang kuat berangan bahawa dia seorang watak dalam telenovela Yo Soy Betty La Fea. Bukan itu sahaja, tetapi dia juga kuat melatah dan cepat panik!

Bukan senang untuk menjadi jururawat ataupun misi jika tidak mempunyai sifat-sifat kesabaran, kelembutan dan tegas. Mereka harus pandai mengambil hati pesakit apatah lagi mengikut rentak pesakit yang cerewet. Jadi apakah yang si kuat latah Misi Betty perlu lakukan ketika dia berhadapan dengan pelbagai situasi lucu di hospital? Dapatkah dia menjaga ketenangannya dan sifat lemah-lembutnya ketika terkejut dengan sesuatu?
Keadaan menjadi semakin teruk apabila dia diberi tugas untuk memberikan suntikan BCG kepada murid-murid sekolah tahun 6. Ketika ingin menyuntik seorang pelajar lelaki, tiba-tiba dia ternampak tikus dan terus melatah dan menyuntik murid lelaki tersebut dengan kasarnya dan membuatkan murid itu kesakitan serta luka dengan teruk. Kecuaian Misi Betty telah menyebabkan dia dipindahkan ke hospital lain. Namun dia menjadi fobia untuk menyuntik mana-mana pesakit dan dia juga masih tidak dapat menghilangkan penyakit latahnya itu.
Dato’ Jejaman, seorang pesakit tua kaya telah melamar Misi Betty untuk menjadi jururawat peribadinya di rumah. Walaupun Misi Betty sudah fobia atas kesilapannya yang lalu, tetapi kerana sayangkan kerjaya, dia tetap memberanikan diri untuk menjaga Dato’ Jejaman (Pak Man) yang memerlukan tiga suntikan insulin sehari. Dia tetap mahu bekerja untuk Pak Man kerana akan mendapat sumber pendapatan yang lebih tinggi dan sekaligus dapat menimba lebih ilmu pengetahuan.
Dalam kekalutan diri seorang insan bernama Peah atau Betty ini, dia pun ingin bercinta dan dicintai. Pak Man amat senang dengan sikap Misi Betty dan bercadang untuk menjodohkan Misi Betty untuk anak lelakinya bernama Fahim secara senyap. Namun sikap dan cara mereka berdua yang “ada saja yang tak kena” membuatkan Pak Man terpaksa membuat strategi lain. Watak Fahim yang dibawakan oleh Zul Yahya mempunyai karektor yang ego dan tidak mahu mengalah, amat berlainan daripada Misi Betty. Adakah kesabaran dan sikap melatah Misi Betty dan  melembutkan ego Fahim?
Watak utama yang disandang oleh Siti Fazurina selaku Peah, hanya akan menyahut dengan nama samarannya iaitu Betty. Drama komedi dipercayai dapat memberi tarikan bersama pelakon-pelakon handalan lain seperti Dato’ Jamali Shadat, Zul Yahya, Erry Putra, Tasha Aziz dan ramai lagi.
sumber : oh bulan

Friday, May 27, 2011

Hukum Cukur Rambut Dan Cukur Jambul Bayi

Selesai majlis cukur jambul & akikah asya seperti yang diceritakan di entri ini--> Majlis Cukur Jambul Asya 2008 .Keesokkan harinya pula, tok ki asya @ FIL m'cukur keseluruh rambut asya di kepala hingga botak. Mula-mula tenggok, risau gak takut luka ke kalo kepala dia bergerak. Tapi alhamdulillah, semuanya beres.. Sebab asya tidur jer sepanjang proses mencukur rambutnyer. Rambutnya yang dah dicukur itu akan ditimbang & disedekahkan  mengikut berat rambut asya.





Mencukur rambut bayi adalah sesuatu yang disunatkan oleh Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Setiap bayi tergadai dengan akikahnya, disembelih untuknya pada hari ketujuh, dicukur rambutnya dan diberi nama.” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 2838] Tujuan mencukur rambut adalah untuk membersihkan selaput kepalanya dan agar rambut yang baru lagi sihat dapat tumbuh. Oleh kerana itulah dalam riwayat yang lain, mencukur rambut juga disebut sebagai “bersihkan kotoran”, yakni hadis:“Bersama seorang anak satu akikah, maka tumpahkan untuknya darah (yakni sembelihan akikah) dan bersihkan kotorannya (yakni mencukur rambut).” [Shahih al-Bukhari, no: 5472, Fath al-Bari, jld. 27, ms. 24]
Mencukur rambut disunatkan ke atas bayi lelaki dan perempuan, dan sunat dilakukan pada hari ketujuh selepas kelahirannya. Malang sekali, ramai ibubapa masa kini yang menyayangi bayi mereka dengan cara yang salah, mereka menyayangi rambut bayi mereka sehingga membelakangkan anugerah pahala dan rahmat daripada Allah s.w.t.. Justeru mereka menggantikan suruhan mencukur rambut bayi yang sunat hukumnya kepada majlis cukur jambul.
Mencukur jambul bayi hukumnya makruh, kerana ia sejenis “qaza” yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w. [Shahih al-Bukhari, no: 5920] “Qaza” ialah mencukur sebahagian rambut di mana-mana bahagian kepala sementara di bahagian lain rambut dibiarkan [Fath al-Bari, jld. 28, ms. 832]. “Qaza” dilarang kerana ia mencacatkan  kepala seseorang – termasuk kepala bayi – dan ia menyerupai fesyen sebahagian orang bukan Islam. Sekalipun hukumnya makruh, mana-mana ibubapa yang beriman kepada Allah lagi mengharapkan keredhaan-Nya akan berusaha menjauhi sesuatu yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w.. Selain itu ada juga ibubapa yang sekadar menggunting beberapa helai rambut bayi. Praktik ini tidak memiliki apa-apa manfaat sama ada dari sudut agama mahu pun selainnya.
Adapun melaksanakan majlis sempena cukur jambul, maka yang sepatutnya dilaksanakan ialah majlis akikah. Majlis akikah membuktikan kesyukuran kepada Allah atas bayi yang dianugerahkan-Nya, pengumuman kepada jiran-jiran akan kelahiran anak yang baru dan persediaan awal bahawa bayi itu akan dididik menjadi hamba yang berkorban untuk kebaikan agama dan umat. Majlis akikah dengan sendirinya adalah satu bentuk ibadah, maka ia tidak perlu diubah-suai dengan ibadah-ibadah lain seperti membaca surah Yasin, zikir-zikir, doa selamat dan sebagainya. Walaubagaimanapun majlis akikah hukumnya sunat, maka mana-mana ibubapa yang tidak mampu tidak dituntut melaksanakannya.


Thursday, May 26, 2011

Kad Undangan Perkahwinan Versi Tahun 2006

Baru-baru ni belek album kahwin. Dalam album kahwin, memang saya simpan kad kahwin saya sebagai kenangan untuk masa depan. Saya kahwin tahun 2006, time tu umur baru 21 tahun. Kalo nak tgk kad kawin saya ni xdelah cun macam org2 zaman sekarang ni. Semuanya hebat. Kad kahwin saya biasa-biasa jer.. Tapi untuk sebelah saya saja saya buat 4 jenis kad kahwin. Dasyattt..punyalah semangat nak kahwin. 2 jenis kad saya tempah & 2 lagi saya buat sendiri dengan menggunakan teknologi yang ada pada waktu tu.

Kad kaler pink ni tempah. Tak tau macamana boleh sangkut dgn kaler pink. Yang pasti saya suka sebab kad ni bentuk empat segi sama.Kalo x sialp kad ni RM1.50 sekeping.. Sekarang ni mungkin dah murah harganya. Alahai..dah renyuk kad ni.

Kad kaler krim ni buat sendiri. Bahagian dalamnya saya buat melalui Mc Powepoint & ada software nama apantah dlm pc kakak saya time tu. Just kulit bahagian luar, beli kat Mydin. Memang jimat.Budget untk kad ni tak sampai RM1 sekeping.

kad hijau ni pon buat sendiri.. Bahagian dalam gunakan kertas putih dgn menggunakan sofware y ada dlm pc kakak saya time tu. Dan kad dibahagian luar dibeli sendiri. Budget untuk kad ni pon tak sampai RM1 sekeping.

Kad kahwin hijau naunggg ni tempah. Yang ni kad kertas biasa jer.. Rasanya sekarang memang dah xde yang guna. Atau kalo ada pon..jarang sangat. Harga kad ni , kalo x silap RM 0.30 sekeping.

~ Macam mana kad kahwin kawan2 semua masa zaman dulu2. Mesti kad masing2 mengikut tema yang hot pada tahun tersebut kan?? Sekarang ni, kebanyakan kad kahwin dh di combine utk sebelah pengantin perempuan & lelaki. Time dulu, jarang sgt y dicombine. Kebiasaannya buat asing2. Dan tema warna yang hot tahun 2006 ialah hijau lumut. Pergi situ sini, semua hijau lumut. Termasuk saya, nak hijau lumut..tapi pelamin yang datang hijau lain... gerammm bila ingat perancangan yang dirancang x berapa menjadi. ~

WEDDING CAREMONY : JASZ & KERY

Majlis ni berlangsung pada 13.5.2011 di Kampung Kijal, Kemaman. Jasz ni merupakan adik ofismate saya yang sempat saya buat photoshoot untuknyer kat dalam lalang & pokok2 kelapa tu. Boleh klik link ni-->

PHOTOSHOOT : KAMPUNG PENUNJUK, KIJAL



Gadis di sebalik jambangan bunga. Gadis????

Ni masa majlis pernikahan pada sebelah pagi.

Selain tu, saya juga diamanahkan untuk merakamkan detik bersejarah adiknya. Tapi saya dah gtau awal2 yang saya x pro..Hasilnya jugak bukannya pro. Lagi pun, saya xde gadget2 yang canggih-manggih lagi, cuma guna y basic ajer y mmg dah sedia ada.

Tuko baju... untuk majlis persandingan di sebelah petangnya.

Kali ni jom layan sebahagian pic posing2 hasil dari lensa saya selepas majlis akad nikah.
Pic2 nikah & bersanding akan menyusul di kemudian hari.





Masih banyak kekurangannya kan??? 
Tunjuk ajar ku sifu..

Nak tenggok banyak lagi aksi posing yang cukup sporting dari Jasz

Majlis Pernikahan Neitu & Keiry : 13 Mei 2011

Majlis Cukur Jambul Asya 2008

Kali ni saya nak share gambar2 kenangan sewaktu majlis cukur jambul atau org teranung menyebutnya "cukur kepala". Pic ni semua saya tak pernah lagi publish kat blog ni. Majlis ni dibuat pada bulan 12 tahun 2008.. Usia asya dalam dekat sebulan @ sebulan lebih kot. Kebetulan rumah sepupu ada buat majlis korban, jadi saya tumpangkan terus untuk majlis Akikah asya.


odway nak ke rumah cousin.. 
dah mula pandai tgk tang kamera

Lena benar tidur... Time ni belum start majlis lagi

SEPANJANG MAJLIS BERLANGSUNG
ASYA ASYIK TIDUR JER

Bila majlis bermula... masih lena diulit mimpi

Makin lena bila dgr org selawat ke atas nabi

Walaupun org main rambut dia... maintain tidur

Tidur sampai ternganga mulut tu

Punya la addict pink... 
sampai semua peralatan utk bercukur ni saya deko2 kaler pink..

Sampai nk tertutup mata dgn hairband tu..


~ THE END ~

Wednesday, May 25, 2011

Belum tumbuh gigi...sudah pandai baca kitab


Kenangan ...
Pic asya masa belum tumbuh gigi... cutenyer senyum... gerammmMasa ni umur asya dalam 6 bulan kot.. Masa asya kecik & rambut tak panjang lagi saya suka hiaskan rambut asya dengan hairband & hair clip. Sesekali pakai topi. Tapi sekarang dah rambut panjang... kena lah bertancang selalu... Kalo x..habislah berserabai.

Dinner @ Teratak Geliga Western Food

Pic ni pon dah lama. Akhir bulan lepas punya. Ntah camner boleh tersangkit dalam draft. Time ni baru dapat gaji..apa lagi, makan beso la... Xdela besor mana pon. Around RM35.00 gitu jer.

Muker nak makan lamb chop

Yang ni plok berangan ke aper??

Pose candid

Tunjuk kemesraan la tu

Asya & mama.... xleh buat aper la, bila dah nampak air tu

For me & Fain--> Lamb Chop
Punyalah banyak dia letak sos black paper.. Sampai banjir

Makan dulu....

~ Selamat Bersantap Semua ~

HADIAH TEMPAT PERTAMA : Contest Story Mory Sob..sob..by Pieyaris

Kali ni rezeki menang tempat pertama untuk

Contest Story Mory Sob..sob..by Pieyaris

Kali ni dapat hadiah perfume untuk lelaki & wanita brand Designer.
Memang wangi!!

For her....For Him...

Bau nye mmg lembut.. I like :-)

Untuk Fain

Untuk saya

ENTRI KEMENANGAN :

RESULT:


TERIMA KASIH BUAT
UNTUK HADIAH YANG SANGAT MENARIK INI.
SANGAT-SANGAT HARGAINYA :-)

Sinopsis Novel Andai Itu Takdirnya

TAJUK NOVEL : ANDAI ITU TAKDIRNYA
PENGARANG: SITI ROSMIZAH

Lepas habis layan novel Kasih Yang Suci aka Nora Elena tu... sambung lak dengan novel air mata ni.. Start permulaan citer hingga nak ke ending penuh dengan air mata. Sampai mata ni naik bengkak. Apa yang pasti novel ni mmg sgt2 menyentuh kalbu & best!

Watak utama dalam novel ni ialah Syed Azril & Nur Aleya. 

Masih lagi berkisarkan perkahwinan paksa antara Aleya & Syed Azril. Aleya meminati Syed Azril dalam diam sejak dia study di oversea bersama. Tapi Azril ni seorang yang ego dan hanya memandang perempuan yang setaraf dengannya sahaja. Namun perkahwinan terjadi sebaik sahaja pulang ke Malaysia & ditakdirkan Aleeya bekerja di syarikat milik Azril, dimana sahabat Azril telah memerangkap Aleeya & Azril di apartment Azril sehingga di tangkap khalwat. Serius, cerita ni memang best sgt2 bermula dari awal cerita hingga ke endingnya. memang sepanjang membacanya air mata saya mengalir jer.. part y paling sedih bila syed azril ni sepak terajang aleeya y sedang sarat mengandung dalam hujang sampai terhantuk dinding & menyebabkan salah seorang bayi kembar y dikandungnya meningal.. 

SINOPSIS ANDAI ITU TAKDIRNYA

Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika telah mula ada getaran buat Aleya. 


"Salahkah Leya mencari sedikit bahagia? Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya? Hina sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan orang miskin? Memang Leya miskan tapi Leya juga jugak ada maruah diri." 

Terjadinya suatu perkara yang menyatukan mereka. Tapi kerana terlalu ego, sombong dan mementingkan darjat, begitu hina Aleya dilayan Syed Aizril. 

"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling." 

Kuasa cinta, tiada siapa yang dapat menghalang. Mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril. Ketika ingin menyulam bahagia dan menyemai kasih antara dua hati, munculnya Sharifah Emilin, sepupu kepada Syed Aizril yang membuat onar. Sharifah Emilin yang penuh di hatinya dengan ego, bongkak dan iri hati ingin menunaikan dendamnya pada Aleya yang dianggap merampas Syed Aizril yang konon dianggap sebagai kekasihnya. Namun, di hati Syed Aizril, hanya Aleya yang bertakhta. 

"You dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah, I akan pastikan hidup you musnah...musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I takkan lepaskan you. You tetap akan jadi milik I. I janji Zril, I janji." 

Namun, ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan. Kerana keegoan seorang lelaki yang menuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya. 

"Leya jangan tinggalkan abang. Kembalilah sayang, kembalilah. Jangan teruskan perjalanan itu. Berilah abang peluang untuk membahagiakan Leya. Hentikan perjalanan itu sayang, pandanglah ke belakang walaupun cuma seketika." 

Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya? 

"Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh suaminya. Habis manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri. Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri. Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris." 

Cinta...cinta telah menjadikan Aleya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih. 

"Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil." 

Cinta...cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang yang sangat menghargai cinta dan kasih sayang. 

"Leya, abang janji dengan nama ALLAH abang akan menjaga Leya hingga ke nafas yang terakhir. Percayalah sayang. Leya takkan keseorangan lagi. Abang sayang Leya dengan penuh hati abang." 


Alhamdulillah dah selamat pon khatam, sampai bengkak2 mata nih.. 

Kalo citer ni di dramakan lagik best ni... Dan heroin pilihan Tiz Zaqyah & heronya kena carik y kulit putih & berbibir merah..mengikut watak dalam novel ni la... saper kah hero y sesuai agaknyer??? adoiii tinggi benor impian saya ni nak tgk novel ni di dramakan.

Tuesday, May 24, 2011

Saper cari ni--> Alyani Blog Kemaman??


Hehehheee.. tadi wak rajin nak check kat key word nuffnang ...
huhuhu... apa yang menariknyer kat situ ada orang cari kata kunci " Alyani Blog Kemaman"
Adakah saya orangnyer??? Atau ada blogger Kemaman yang bernama Alyani???
Jom kiter try skodeng

Bunga Raya : Bunga Kebangsaan Malaysia

Salah satu hasil yang saya capture sendiri. Antara spesies bunga raya yang terdapat di Malaysia. Pokok bunga ni ditanam di halaman rumah saya. 

Jom tenggok lagi gambar yang menarik & indah 

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (136) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (97) MyHappyFamily (79) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (71) INFO (67) Asya's School (59) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (49) Ramadhan (49) Shopping (47) Birthday (46) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Jom Singgah (44) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (34) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (29) MamaAsya (27) Tempat Makan Best Di Kemaman (27) Tempat Makan Best Di Terengganu (27) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) mama+papa+fasya (21) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) fasyafrinatraveltales (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) Parenting (7) mama+papa (7) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Tempat Makanan Best Di Kuantan (5) Family Day (3) Lyafrina's Instagram (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) Mamalovefasyafrina (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1)