Friday, May 27, 2011

Hukum Cukur Rambut Dan Cukur Jambul Bayi

Selesai majlis cukur jambul & akikah asya seperti yang diceritakan di entri ini--> Majlis Cukur Jambul Asya 2008 .Keesokkan harinya pula, tok ki asya @ FIL m'cukur keseluruh rambut asya di kepala hingga botak. Mula-mula tenggok, risau gak takut luka ke kalo kepala dia bergerak. Tapi alhamdulillah, semuanya beres.. Sebab asya tidur jer sepanjang proses mencukur rambutnyer. Rambutnya yang dah dicukur itu akan ditimbang & disedekahkan  mengikut berat rambut asya.





Mencukur rambut bayi adalah sesuatu yang disunatkan oleh Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Setiap bayi tergadai dengan akikahnya, disembelih untuknya pada hari ketujuh, dicukur rambutnya dan diberi nama.” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 2838] Tujuan mencukur rambut adalah untuk membersihkan selaput kepalanya dan agar rambut yang baru lagi sihat dapat tumbuh. Oleh kerana itulah dalam riwayat yang lain, mencukur rambut juga disebut sebagai “bersihkan kotoran”, yakni hadis:“Bersama seorang anak satu akikah, maka tumpahkan untuknya darah (yakni sembelihan akikah) dan bersihkan kotorannya (yakni mencukur rambut).” [Shahih al-Bukhari, no: 5472, Fath al-Bari, jld. 27, ms. 24]
Mencukur rambut disunatkan ke atas bayi lelaki dan perempuan, dan sunat dilakukan pada hari ketujuh selepas kelahirannya. Malang sekali, ramai ibubapa masa kini yang menyayangi bayi mereka dengan cara yang salah, mereka menyayangi rambut bayi mereka sehingga membelakangkan anugerah pahala dan rahmat daripada Allah s.w.t.. Justeru mereka menggantikan suruhan mencukur rambut bayi yang sunat hukumnya kepada majlis cukur jambul.
Mencukur jambul bayi hukumnya makruh, kerana ia sejenis “qaza” yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w. [Shahih al-Bukhari, no: 5920] “Qaza” ialah mencukur sebahagian rambut di mana-mana bahagian kepala sementara di bahagian lain rambut dibiarkan [Fath al-Bari, jld. 28, ms. 832]. “Qaza” dilarang kerana ia mencacatkan  kepala seseorang – termasuk kepala bayi – dan ia menyerupai fesyen sebahagian orang bukan Islam. Sekalipun hukumnya makruh, mana-mana ibubapa yang beriman kepada Allah lagi mengharapkan keredhaan-Nya akan berusaha menjauhi sesuatu yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w.. Selain itu ada juga ibubapa yang sekadar menggunting beberapa helai rambut bayi. Praktik ini tidak memiliki apa-apa manfaat sama ada dari sudut agama mahu pun selainnya.
Adapun melaksanakan majlis sempena cukur jambul, maka yang sepatutnya dilaksanakan ialah majlis akikah. Majlis akikah membuktikan kesyukuran kepada Allah atas bayi yang dianugerahkan-Nya, pengumuman kepada jiran-jiran akan kelahiran anak yang baru dan persediaan awal bahawa bayi itu akan dididik menjadi hamba yang berkorban untuk kebaikan agama dan umat. Majlis akikah dengan sendirinya adalah satu bentuk ibadah, maka ia tidak perlu diubah-suai dengan ibadah-ibadah lain seperti membaca surah Yasin, zikir-zikir, doa selamat dan sebagainya. Walaubagaimanapun majlis akikah hukumnya sunat, maka mana-mana ibubapa yang tidak mampu tidak dituntut melaksanakannya.


11 comments:

NM02 said...

suker tgk baby botak... cute dan comell

Fieza79 said...

fieza pun time di cukur rambut irfan dan kakak masa baby dulu ckup la risau...lngsung tk sanggup nk tgk..sedar2 dh selesai je hehee

kella said...

anak anak bos kita selalu je mencukur kepada anakanak nya... dah besar pun anak2 nya selalu je dibotakkan... hehe

ZSqueenbee said...

alhamdulillah ade ilmu bru yg sye dpt arini..cukur rambut baby di hri ketujuh slps hari lahir ye?? ermm tp msti tkut kn mse nk cukur tu..tkut² luka ke..kne wat mse dia tdo kan??

Yan said...

kitarang mmg tak pernah mengamalkan majlis cukur jambul ni. kalaua abah akak tau ada jemputan org kg bagi majlis cukur jambul, dia takan datang pun.

fazilzura said...

akil x penah wat cukur jambul ..

Dilla Ady said...

dak acha pun mase cukur jambul nih tido jek..risau jugak kot kalu mak bidan tu terhiris kulit kepala die time acha gerak2..tpi alhamdulilah..takde mende pun..

dinor's family said...

seriu kn bla nak botakkn kepala baby, sbb kulit masih lembut,tp tetap comel walaupun botak...

MamaYatie said...

anak2 akak semua dicukur rambut smp abis..tumbuh rambut baru baru le elok rambutnya

~izan~ said...

biasanya baby lps cukur rambut lg lebat..tp ada jugak yg tak kan hehe..baby ni botak2 pun comelll

Sofya said...

kesian ja tengok baby takda rambut..
but cute

Buat Follower, Jangan Lupa Tinggal LINK kat kotak KOMEN entri terlatest ye.