Monday, May 23, 2011

JOM KENALI EMOSI SI KECIL

Kali ni saya nak share info y saya dapat drp Majalah Pa&Ma. Tapi yang keluaran thn lepasnyer. N3 ni patutnyer dah lama publish.. Tapi tersimpan dlm draft. Ni sib baik buat rajin nak check... Tgk2, byk gak n32 yang dh draft tp tak t'publish. Emosi merupakan satu perasaan serta merupakan satu perkara penting yang mesti ada dalam diri kita mahupun anak2 kita. Kalolah kita hidup tanpa sebarang EMOSI dalam diri, mmg x lengkaplah hidup. Ibaratnya hidup tanpa perasaan.. Cuba kita bayangkan kalolah kita & anak2 xde emosi.. Mesti hidup begitu membosankan & x seimbang. Emosi merangkumi pelbagai perasaan termasuk negatif dan positif. Melalui emosi, anak-anak dapat meluahkan perasaan yang tercetus dalam dirinya. Malah, ia membantu kanak-kanak membina idea baru, matlamat dan perancangan. Jom kita kenali emosi yang di tunjukkan oleh anak-anak kita agar kita lebih memahaminya .

Gembira
Membantu kanak-kanak berfikir bagaimana melahirkan rasa seronok dan menggalakkan mereka bercakap mengenai sesuatu yang disukai sepanjang hari penerokaan dalam persekitarannya.

Marah
Membantu mencari jalan bagaimana menghadapi halangan untuk mendapat sesuatu yang diinginkan dengan melahirkan perasaan geram dalam bentuk yang bersesuaian.


Takut
Rasa terancam iaitu suatu motivasi ingin memastikan keselamatan diri dari aspek fizikal dan psikologi.

Sedih
Perasaan kehilangan iaitu tidak mendapat apa yang dikehendaki menjadikan kanak-kanak berusaha lebih untuk mendapat apa yang diinginkan dan berfikir bagaimana mengatasi rasa sedih.

Geli
Selalunya dikaitkan dengan makanan, bau dan pandangan, suatu yang semula jadi menjadikan seseorang kanak-kanak berhati-hati dan tidak berminat untuk mendekati dan mengambilnya.

Cemas
Ia membantu kanak-kanak berusaha mengambil langkah mengelak diri dari menghadapi masalah, belajar menahan perasaan bimbang dan bertindak proaktif untuk menunjukkan sesuatu yang terbaik.

Malu
Menjadikan kanak-kanak menyedari kepentingan perilaku yang baik dan mengelak bersikap di luar batasan.

Bangga
Tercetus bila seseorang kanak-kanak terasa dihormati dan dihargai oleh orang lain atau bila ia mencapai apa yang diharapkan oleh ibu bapanya.


Semoga kita sebagai ibubapa dapat memahami emosi anak-anak kita agar kita dapat berkomunikasi dengan lebih erat lagi...

23 comments:

mamalieyna said...

thanks for info lya~

baru pagi td dak arif menyorok2 blkg abahnye time masuk lif..bila tanya kenapa?..malu katanya..ekeke..sbb ada brother nengok je dia dlm lif tu, brother tu pun gelak je nengok perangai dia..tau sgt malu..ihiks..

comel asya~mcm2 emosi ditunjukkan~

Nazz@Purple said...

hehehe..menarik ni..bnyk lagi psikologi kanak2 yang perlu kita fahami..nazz suka topik ni..

farhana aka isteri fakri said...

cute giler muke asya time happy 2..

♥ aNJe a.k.a MaMa_Balqis ♥ said...

comey semua gambo asya, good info

LiLy @ MumMyQiStInA said...

THX FOR INFO..
kita mesti kena memahami setiap emosi kanak2 ni..alolo..apsal Asya marah tu..takut Aunty.. :)

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

10Q info yang berguna nie...

eLYies said...

cute la gamba2 di atas..

good info...

salam perkenalan

zaidah said...

terima kasih lya....tapi gambar asya tu semua cute tak kiralah dalam emosi yang macam mana

~aSHa~ said...

semua mimik muka ada...pandai si asya ni....



------------------------------
last nite nampak fain dgn si asya...tak nampak lya.....asha nak cepat time tu...sbb nirwana nak tutup...ehehhee

LYAfrina said...

asha:

yer.. fain ada gtau. time tu lya kat bahgian bahan basah... beli udang sket/.. lya msuk dulu, sbb nirwana dh nk tutup.

LYAfrina said...

zaidah :

itula zai..kadg2 kita asyik ambik pic ank kita. tp x perasan emosi y dipamerkan melalui pic2 ni semua.

LYAfrina said...

mamalieyna :

hehehhe.. pemalu arif rupanya.. itulah, selama ni kita x sedar setiap plakuan ank bkaitan jugajk dgn emosinya time tu kan

LYAfrina said...

Nazz@Purple:

betul tu nazz.. cuma kita kena usha cari bahan bacaan supaya kita dpt memahami psikologi ank2 kita

--------------------------------------

farhana aka isteri fakri:

budak,, dia x reti nk tipu2 pamerkan emosi.. sbb tu smuanya real & dari hati

-----------------------------------

♥ aNJe a.k.a MaMa_Balqis ♥:

tq anje... sama kita fahami ank kita:-)

♥MiZz-siHa♥ said...

br seronok kehidupan kanak2 nie bl mempunyai pelbagai emosi...bl kt tgk pon seronok kan..klau xde pelbagai emosi nie,boring la kehidupan diorng..

LYAfrina said...

LiLy @ MumMyQiStInA:

btl tu lily

----------------------------------- cik Jue Aka Ibu Farisyah :

sama2 kita knali ank kita

----------------------------------
eLYies :

tq.. semua kanak2 cute belaka:-)

salam pkenalan jugak dr lya

ieda said...

aah kan emosi mereka nie kita kena belajar jugak kan :)

suke pic asha last tuu :))

Sofya said...

n3 yg kreatif bila ada model cute... :)

fazilzura said...

mmg mcm2 emosi budk2 ada kan .. kdng2 tu mencuit hati, kdng2 kite rs nak bertukor ijau ..
tu ler penyeri idup

Lelord said...

comelnya...

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

thanx for sharing..mmg dah beli pa&ma..tapi lya pon share sini..:-)

Lynn Hamzah said...

bagus info nie...tq lya...

etiey.com© said...

good info... kena pula dengan gamabr dengan tuan punya badan yg comel

MamaYatie said...

good info..kdg2 kita as parents yg tak sensitif dgn emosi anak2..nampak remeh, tp sekali terguris agak lama utk kita perbetulkan semula keadaan..

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (133) WEEKEND (107) in N.A.T.U.R.E (97) Kata HATI LYA (94) M.A.K.A.N.A.N (75) About Me (73) AIDILFITRI OR AIDILADHA (71) MyHappyFamily (68) INFO (67) MACAM2 ADA (57) Friend (56) Asya's School (55) M.E.M.O.R.Y (52) Sinopsis (51) CAREMONY (50) Ramadhan (49) DapurLyaBerasap (47) Shopping (47) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Birthday (44) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Jom Singgah (42) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (39) My L.O.V.E (39) Check-Up (33) NuFF (33) CINEMA (32) Let's Eat (32) D.I.A.R.I (31) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (28) H.O.L.I.D.A.Y (28) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) Tempat Makan Best Di Kemaman (26) Tempat Makan Best Di Terengganu (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) MamaAsya (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (19) Do It Yourself (18) Villafasyafrina (18) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Novel (15) Artis (14) Bento Asya (13) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) mama+papa+fasya (12) Medical (11) TUTORIAL (11) fasyafrinatraveltales (11) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) DecobyLya (8) Idea Bento (8) Travel (8) Deko VillaCintaku (7) Parenting (7) Ulangtahun Perkahwinan (6) mama+papa (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Family Day (3) Lyafrina's Instagram (3) Public Holiday (3) Tempat Makanan Best Di Kuantan (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) Mamalovefasyafrina (1)