Thursday, May 26, 2011

Kad Undangan Perkahwinan Versi Tahun 2006

Baru-baru ni belek album kahwin. Dalam album kahwin, memang saya simpan kad kahwin saya sebagai kenangan untuk masa depan. Saya kahwin tahun 2006, time tu umur baru 21 tahun. Kalo nak tgk kad kawin saya ni xdelah cun macam org2 zaman sekarang ni. Semuanya hebat. Kad kahwin saya biasa-biasa jer.. Tapi untuk sebelah saya saja saya buat 4 jenis kad kahwin. Dasyattt..punyalah semangat nak kahwin. 2 jenis kad saya tempah & 2 lagi saya buat sendiri dengan menggunakan teknologi yang ada pada waktu tu.

Kad kaler pink ni tempah. Tak tau macamana boleh sangkut dgn kaler pink. Yang pasti saya suka sebab kad ni bentuk empat segi sama.Kalo x sialp kad ni RM1.50 sekeping.. Sekarang ni mungkin dah murah harganya. Alahai..dah renyuk kad ni.

Kad kaler krim ni buat sendiri. Bahagian dalamnya saya buat melalui Mc Powepoint & ada software nama apantah dlm pc kakak saya time tu. Just kulit bahagian luar, beli kat Mydin. Memang jimat.Budget untk kad ni tak sampai RM1 sekeping.

kad hijau ni pon buat sendiri.. Bahagian dalam gunakan kertas putih dgn menggunakan sofware y ada dlm pc kakak saya time tu. Dan kad dibahagian luar dibeli sendiri. Budget untuk kad ni pon tak sampai RM1 sekeping.

Kad kahwin hijau naunggg ni tempah. Yang ni kad kertas biasa jer.. Rasanya sekarang memang dah xde yang guna. Atau kalo ada pon..jarang sangat. Harga kad ni , kalo x silap RM 0.30 sekeping.

~ Macam mana kad kahwin kawan2 semua masa zaman dulu2. Mesti kad masing2 mengikut tema yang hot pada tahun tersebut kan?? Sekarang ni, kebanyakan kad kahwin dh di combine utk sebelah pengantin perempuan & lelaki. Time dulu, jarang sgt y dicombine. Kebiasaannya buat asing2. Dan tema warna yang hot tahun 2006 ialah hijau lumut. Pergi situ sini, semua hijau lumut. Termasuk saya, nak hijau lumut..tapi pelamin yang datang hijau lain... gerammm bila ingat perancangan yang dirancang x berapa menjadi. ~

16 comments:

mama iris said...

tema nurul....maroon+gold....kad kawen kaler maroon tulisan kaler gold...khemah nya scallop kaler maroon....baju sanding kaler gold....hehehhe....

Rozita said...

muda2 lagi dah kawen.. hehe.. akak kawen 2006 jugak tp masa tu umur dah 27 dah pun... dah tua..hehe.. kad akak ada 2 je... 1 tempah kat kedai..yg murah2 je.. yg satu lg untuk org kg bagi cam yg last warna hijau tu... akak punya ada banyak kaler2 hehe.. photostate je lg murah..

Dilla Ady said...

ye la lya..skang punye kad kawen dasat2 btul..huhu

dilla sempat simpan yg belah hubby jek..yg belah dilla sumenye da takde..tp design kitorang same jek, petanye jek yg lain..

rajin jugak ye lya wat sendri kad kawen..

~ yus ~ said...

Kad kahwin akak tak ikut tema pun..hihi.

Muda lagi rupanya Lya ya..:)

Aisumi Chan Kawa'i said...

kad buat cantik dan mahal2 pun orang bukan simpan kan kak? buat ikut padan patut je.. nway suka kad yang pink tu.. comeii~

Ena said...

dulu memg simple2 je kan.. sma la time ena dulu.. tp yela.. cantik2 cam skrg pun bkn org simpan pun.. cam rugi plak.. heheh..

LiLy @ MumMyQiStInA said...

kad kawin lily dulu warna ijau..tp x ikut tema..kat luar ada gmbr ktorg berdua..sampai skrg masih ada lg utk kenangan.. ;)

Salina@IbuAqil said...

bnyk nye koleksi kad kawin lya.. inapunya kad warna ijau lebih kurang mcm kad kawin lya yg 1st skali 2.. :D tp kad kawin kami x mcm yg zaman skrg ni bergambo bagai.. simple je..

ibu syafiq said...

hehek...lya wt ibu syafiq tingat blk knangan nk kwen dlu...

tp kad lya yg 1st mhl jgk kn...?tp sgt cute...

MamaYatie said...

akak kawen 2005, kad putih tulisan biru..combine sekali ngan hubby..siap ada lagu in-team..nur kasih..hahaa

sebut pasal kad kawen, esok my anniversary..huhu..6 thn sudah

ieda said...

time akak kawin , jemput mulut je dik .. mana kawan2 akak buat dlm kertas a4 sbb memang x der budget ekekke lucu kan .. bukan ape2 tarikh x plan .. bila bincang2 x nak tunggu lama .. so mana sedara mara yg jauh kami call je ..

org2 dulu cakap jemput mulut lagi afdal :))

etiey.com© said...

sekarang kad memang giler2 cantik kan... pelik2 pun ada.. yang simpel2 pun banyak juag.. pernah tgok kad yg reganya cecah rm50 sekeping

~ ms julie ~ said...

saya dulu kad kahwin buat sendiri..hi3..ringkas seringkasnya..takde envelope..just tulis nama jemputan kat luar kad jerk.Kad kahwin kaler kuning (ikut fav colour ayah :) )

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

saya pn de simpan gak kad kawen kami dulu.. ekekek, sgt jauh bezala ngan kad kawen org skrg..
huhuhu.. yela, dlu saya pn nk jimat bajet.. yg tuk org kg seniri bikin, photocopy kat opis.. heheheh, kantoiii.. ;p

maszmadi said...

wah meriah kad kawin lya, sampai 4 jenis.. masz dulu buat 2 jenis, 1 yang spesel sikit untuk kawan2 n 1 jenis lagi buat sendiri n potostet pon sendiri jek untuk org2 kampung.. hehe

Sofya said...

akak beli kad n buat sendiri dr muka depan sampai peta kat blkg. siap combine pengantin laki punya sekali. Print 200 keping ja kot untuk special. Yg untuk org kg fotostat ja. Jimat kan.. nak wat camna budget tak brp nk ada. Mula simpan kad tu, kad kawin abg pun simpan tapi dah terbakar (rumah terbakar)hu3 takda rezeki nak simpan jd kenangan cam Lya..

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (135) WEEKEND (112) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (96) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) MyHappyFamily (72) AIDILFITRI OR AIDILADHA (71) INFO (67) Asya's School (57) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Sinopsis (51) Ramadhan (49) DapurLyaBerasap (48) Shopping (47) Birthday (46) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Jom Singgah (42) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) Check-Up (33) NuFF (33) CINEMA (32) D.I.A.R.I (32) Let's Eat (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (28) Video (27) MamaAsya (26) S.A.N.T.A.I (26) Tempat Makan Best Di Kemaman (26) Tempat Makan Best Di Terengganu (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (19) Do It Yourself (18) Villafasyafrina (18) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) mama+papa+fasya (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) Medical (11) TUTORIAL (11) fasyafrinatraveltales (11) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) DecobyLya (8) Idea Bento (8) Travel (8) Deko VillaCintaku (7) Parenting (7) mama+papa (7) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Family Day (3) Lyafrina's Instagram (3) Public Holiday (3) Tempat Makanan Best Di Kuantan (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) Mamalovefasyafrina (1)