Wednesday, May 18, 2011

Nora Elena VS Kasih Yang Suci : MANA LAGI BEST??

 Sekarang kat TV3 ana itu,dalam Slot Akasia tgh hot dengan drama Nora Elena. Siyes,,, jalan ceritanya mmg syok habis. Nora Elena ni diadaptasi dari Novel Kasih Yang Satu karya Meen Zulaikha. Kononya nak menghayati watak... Sampai mencari novel Kasih Yang Satu ni. Sib baik, budak y training kat saya ni mmg hantu novel gak & dia ada novel ni. Jadi saya pon mulakan khatam novel Kasih Yang Satu ni.

Memang drama ni diadaptasi dari novel Kasih Yang Satu. Tapi perjalanan cerita dalam drama & novel agak lain. Bila didramakan, watak utama iaitu Nora Elena dijadikan title drama ni. Dan watak-watak dalam novel ni dikembangkan lagi dalam drama. Jujur dari hati.... drama lagi best. Kalo dalam novel, pertemuan pertama nora & seth kerana terlanggar di cafe sampai baju seth kotor. Sama gak dalam novel, bezanya... dalam novel, pada pertemuan itu eid iaitu tunang nora ada disitu & turut diperkenalkan pada bosnya iaitu seth. Dan dlm novel, eid tahu baju y kotor tu nora y basuhkan. Selain tu, pada pertemuan tu, seth & nora dah tahu y dia ni duk sekampung dulu & merupakan abg kpd best friendnyer, Mei Lin ( dalam drama--maria).

Cam dalam drama kelmarin, eid mengamuk bila jumpa baju seth kat rumah nora. Eid pon xtau y seth & nora saling mengenali & duk sekampung. Kiranya, dalam drama mmg pebuh thriller lagi. Dan kalo ikut watah Seth Tan dalam novel, dia ni mmg beragama Cina dan tukar agama semasa nak berkahwin dgn Nora. Tapi dalam drama lak, Seth Tan merupakan kacukan Cina-Melayu. Selain itu, watak Yvonne di dalam drama keluar di pertengahan cerita dah, berbeza dgn drama.

Dalam novel, ketika nora dirogol dia dalam keadaan x sedarkan diri. Hehehehe.. apa-apapun saya dah tau siapa sebenarnya y merogol Nora. Selain tu cerita dikembangkan dengan usaha Seth untuk menjejaki Nora Elena. Dan akhirnya Seth jumpa Nora melalui FB melalui ID Qaseh Suci--tajuk novel ni....

Tak sabar nak tgk episod hari ni.. Pendek kata, perjalanan cerita dalam novel agak memboringkan berbanding dengan drama y membuatkan hati ni teruja nak tahu apa y terjadi seterusnya. Apa2 pun, sewatu saya membaca novel, setiap watak y saya baca tu, saya terbayangkan pelakon2 y terlibat dalam Nora Elena ni.

SINOPSIS NORA ELENA


Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru…

Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.
“Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua.” tegas Seth.

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya… Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa… saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima. Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.






" Walaupun baru je khatam novel Kasih Yang Suci ni... Tapi lebih teruja nak tenggok drama Nora   Elena . Sebab jalan cerita dalam drama lagi best!!!!"

15 comments:

ieda said...

akak suke pelakon wanita tuu .. yg jadi nora eliena .. she's cute lah lya :)

CT said...

dh baca novel ni..pinjam kat library...

Fieza79 said...

sama la fieza pun tgh gila tgk drama ni..skrg dh tak tgal..mmg best kan nak2 pulak pelakon faberet yg acting..

Ena said...

tak sempat tengok lg citer ni.. sana sini dok review.. kena gak tengok ni..

Mek Norfa said...

la cete nora elena tu dari novel ker.. mek suka la tgk cete tu..

cik dah ganu kiter said...

tgh layan citer ni kat tonton.my..x sempat tgk kat umah...

beshhh.....

zaidah said...

wow...bravo lah lya...dah khatam novel .... sama macam lya memang teruja setiap petang tunggu citer tu...sebab jalan citernyer zai suka....best....

MamaYatie said...

tak pernah baca novel ni..kalo dah gitu Lya nya review,kita tngk drama dah arr..hahaha

munna said...

tak dpt nak tgk drama tv sgt skrg ni.. berebut dgn meya yg nak tgk ceria memanjang

Lynn Hamzah said...

x pernah baca novel nie...tp citer tu memang best...

ct N honey said...

mula2 tak nak tgk dramanya..tapi bila dah tgk satu episod,terus melekat.

7 novel bakal diadaptasikan kepada telefilem

mamalieyna said...

bestkan citer ni..eina still tertnya2 siapa gerangan org yg merogol nora elena tu..hu~ takpe taktau kasi suspen sket..hee~

Khairyna said...

asben tgk 1st episod terus dia kata cite ni best..drama sblm2 ni semua dia tak layan. yg ni dia lak terlbh excited dr saya tgu depan tv..hehe..mmg best giler cite ni..tak sabo nk tgu ptg ni

shah-kayrul said...

tak lama tak baca novel..nie yang tak sabar nak tau ending citer nie

syaz@rozelt said...

thanks kasik sinopsis..hehe..drama nie memang sgt best!hehe

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (133) WEEKEND (108) in N.A.T.U.R.E (98) Kata HATI LYA (94) M.A.K.A.N.A.N (75) About Me (73) AIDILFITRI OR AIDILADHA (71) MyHappyFamily (70) INFO (67) MACAM2 ADA (57) Asya's School (56) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) Sinopsis (51) CAREMONY (50) Ramadhan (49) DapurLyaBerasap (47) Shopping (47) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Birthday (44) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Jom Singgah (42) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (39) My L.O.V.E (39) Check-Up (33) NuFF (33) CINEMA (32) D.I.A.R.I (32) Let's Eat (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (28) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) Tempat Makan Best Di Kemaman (26) Tempat Makan Best Di Terengganu (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) MamaAsya (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (19) Do It Yourself (18) Villafasyafrina (18) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Novel (15) Artis (14) Bento Asya (14) Fotografi (13) Pregnant (13) mama+papa+fasya (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) Medical (11) TUTORIAL (11) fasyafrinatraveltales (11) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) DecobyLya (8) Idea Bento (8) Travel (8) Deko VillaCintaku (7) Parenting (7) Ulangtahun Perkahwinan (6) mama+papa (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Family Day (3) Lyafrina's Instagram (3) Public Holiday (3) Tempat Makanan Best Di Kuantan (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) Mamalovefasyafrina (1)